Post Last Edit by angura at 21-4-2012 13:06
Menteri Indonesia Perlekeh ProtonLan II on 10/01/2012 — 5 Comments
Kejayaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Solo [Sekolah Vokasional] mencipta kereta Kiat Esemka dengan kerjasama Kiat Motor mendorong supaya Indonesia mengeluarkan keretanya sendiri-Mobnas [Mobil Nasional]. Namun begitu Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN), Dahlan Iskan menegaskan pemerintah Indonesia tidak boleh terburu-buru inginkan mobil nasional seperti Malaysia. Dia mengingatkan supaya Indonesia bertenang.
VivaNews-9 Januari 2012 Dia berkata “Jangan emosional bahwa Malaysia punya, tapi kita tidak tahu di dalamnya itu apa,” dan “belum tentu baik seperti yang terlihat di permukaan”. Ini menunjukkan jiran kita Indonesia masih memperlekeh dan masih tidak mempunyai keyakinan kepada Proton, pembuat kereta nasional Malaysia walaupun telah bertapak dan mengeluarkan kereta melebihi 25 tahun semenjak 1985. Kenapa ini terjadi, ia sepatutnya diajukan kepada Proton dan Dr Mahathir. Rakyat Malaysia sendiri ramai yang tidak berkeyakinan kepada Proton. Kalau kita ingin bandingkan Proton dengan pembuat kereta Jepun, tidak adil rasanya. Namun kita boleh membuat bandingan dengan pembuat kereta Korea, KIA walaupun KIA mengeluarkan kereta lebih awal daripada Proton. Cuba lihat barisan model yang diperkenalkan KIA, agak banyak dan selalu menyertai autoshow dunia dengan inovasi dan kereta konsep terkini. Proton, hanya autoshow di Malaysia dan teramat jarang berada di autoshow di luar negara. RAV-4 adalah model SUV-Sport Utility Vehicle pertama yang diperkenalkan Toyota pada 1994. KIA telah memperkenalkan generasi ketiga SUV melalui model Sportage. Proton… bayangnya belum kelihatan. Proton baru mampu memperkenalkan MPV, melalui model Exora, setelah berbelas tahun pengeluar lain mengeluarkannya. Ada yang berkata rakyat kita kurang, pasaran kurang, entah!! Kawan ada yang berkata kalau nak terasa kereta lambat ‘buruk’ gunakan Proton. Sebabnya model yang sama lambat bertukar, masih terasa memakai model terkini. Kiat Esemka ciptaan pelajar vokasional Indonesia
peyno mane peyno...neh skli ngan indon buruk kan protong
|