CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3210|Reply: 6

Tahniah!! Muar dan Batu Pahat dapat 16,000 expatriate

[Copy link]
Post time 26-4-2012 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan benarkan kemasukan 16,000 pekerja asing bagi industri perabot


2012/04/26

MUAR: Kerajaan membenarkan kemasukan 16,000 pekerja asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor industri perabot di daerah Muar dan Batu Pahat, bulan lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah berkenaan bagi mengekalkan nilai eksport perabot Malaysia sebanyak RM7 bilion setahun supaya tidak terjejas ekoran kekurangan tenaga pekerja di sektor tersebut yang mendesak, kebelakangan ini.

"Kerajaan sedar 40 peratus nilai eksport perabot Malaysia disumbang daripada pengusaha-pengusaha perabot dari dua daerah ini. Langkah ini juga penting kerana negara kita menduduki tempat ke-10 pengeksport perabot dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan makan malam MITI bersama Persatuan Perabot Muar, di sini, malam tadi.

Pengusaha kilang perabot di Muar dan Batu Pahat sebelum ini menghadapi masalah meneruskan perusahaan masing-masing apabila tempoh pekerja asing mereka tamat selepas lima tahun dan sukar untuk memperbaharui permit.

Mustapa berkata kerajaan sedar banyak syarikat perabot akan mengalami kerugian sekiranya masalah berkenaan tidak dapat diatasi.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing dari Nepal, Indonesia, Bangladesh dan tempoh kelulusan permit pekerja berkenaan dipercepatkan kepada dua minggu berbanding sehingga setahun sebelum ini.

"Kelulusan yang cepat itu dibuat setelah masalah ini dibawa dalam mesyuarat Kabinet untuk pertimbangan kerajaan," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 09:05 PM | Show all posts
sungguh internasional  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:37 PM | Show all posts
rakyat tempatan nak keje opis je

keje kilang xnak.... tapi xleh salahkan jugak majikan da bagi gaji kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:34 PM | Show all posts
Dah ada lah TT....
Tapi ai nak kutip +1 dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 05:41 AM | Show all posts
Memanglah susah nak dopek perkerja tempatan….perkojo asing tak poyoh bayaq EPF, SOCso tak perlu Union, bulih gono namo perkerja asing yang dah belah amik gaji masuk pokek tokey..banyaq tu…senang je
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 10:17 AM | Show all posts
makin b'tambah la lambakan foreigner time hr2 minggu kat bando muo ni..pi bando hr minggu da mcm pi melancong kat negara bangla da..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2012 10:20 PM | Show all posts
lepas ni dh tak syiok la nk turun muar pegi mkn mee bandung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.074192 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list