CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 16-5-2012 01:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 13:34

BAB 42


Jam sudah 10 minit melebihi tengah malam. Umairah beberapa kali terdengar bunyi orang keluar masuk tandas. Hantu ke?? Hish jangan mengarut malam-malam buta ni. Umairah keluar dari biliknya. Dia mara kearah bilik Ifran. sakit lagi ke perut lelaki itu. dia mengetuk pintu bilik Ifran perlahan. Tiada suara menyahut. Diketuk lagi... namun jawapan yang sama dia dapat. Adakah Ifran dibilik air. Seingatnya tadi lampu bilik air tidak menyala menandakan tiada orang didalamnya.


Sudah tidur kah lelaki itu. Umairah memulas tombol pintu bilik itu perlahan. Dia sudah bersedia untuk menerima sebarang amukan dengan tindakannya menceroboh bilik suaminya itu. Umairah terkejut.Ifran kelihatan terbaring lesu diatas katil. Dia melihat teh yang disediakan tadi. Lelaki itu tidak minum sedikit pun. Degil betul. Umairah kedapur menbancuh semula teh pahit. Kali ini dia buat suam sahaja. Mudah untuk lelaki itu menelan sekejap lagi. Dia kembali kebilik lelaki itu semula.Dia memangku kepala Ifran yang kelihatan tidak bermaya.


“ nah minum teh ni...” arah Umairah lembut. Tak sampai hati dia melihat keadaan Ifran begitu. Tak sangka Ifran begitu alah dengan pedas. Dia tidak sepatutnya buat main benda sebegini. Bahaya. Betul kata Ifran. masak lemak cili apinya beracun. Beracun untuk kesihatan suaminya.


“ kau tak payah nak tunjuk baik. Keluar sekarang.” marah Ifran dalam nada yang lemah. Meskipun dia sakit, egonya tetap nombor satu. Dia tidak akan biarkan Umairah memijak maruahnya sesuka hati.


“ aku mintak maaf eh pasal tadi. Aku mengaku memang aku sengaja letak cili lebih pasal tak puas hati kau suruh aku masak. Aku dah la penat masa tu. Kau suruh pulak aku buat kerja... aku mintak maaf yer..... nah minum ni. Nanti kau makin sakit kalau biarkan je macam ni.” Pinta Umairah lembut. Dia sanggup meminta maaf dari membiarkan lelaki ini terus begini. Dia tahu memang itu silapnya. Ifran diam. Masih belum menjawab.


“minumlah If... janganlah macam ni. Nanti makin teruk kau jugak yang susah.bukak mulut..biar aku tolong suap.” Ujar Umairah lagi. Ifran tersentuh. Sudah lama dia tidak mendengar Umairah memanggilnya If dan bercakap lembut begitu. Dia merenung wajah manis didepannya. Dia membuka mulutnya perlahan-lahan.. membenarkan Umairah memasukkan teh pahit itu kedalam mulutnya.


“hish pahitnya... kau memang sengaja nak kenakan aku kan...”jerit Ifran namun perlahan. Tiada tenaga barangkali.


“nama pun ubat memang lah pahit... dah habiskan sikit lagi...” balas Umairah lembut. Ifran mengikut sahaja. Meskipun ingin memprotes arahan Umairah namun dia tidak jadi. Dia jadi cair tatkala melihat wajah isterinya malam ini.


“ dah baring semula... nah ambik minyak ni..sapu kat perut.” Suruh Umairah. Ifran buat tidak tahu dengan arahan Umairah. Malas dia melayan. Dah cukup baik dia ikut arahan gadis itu meminum teh pahit itu.


“ sapu la.... ke kau nak aku yang sapu... bukak baju tu.”Ugut Umairah. Dia tahu Ifran takkan benarkan dia buat begitu. Ifran terkejut.Bulat matanya mendengar kata-kata Umairah yang berani mencabarnya. Dia merampas minyak panas dari tangan Umairah. Dia ada tangan. Tak perlu Umairah nak buat benda macam tu. Karang jadi benda lain pulak malam ni. Umairah cuba menyembunyikan senyuman. Lucu dengan sikap ifran yang dirasakan kelakar.


“kau keluar lah. Aku nak berehat.” Pinta Ifran. dia penat. Terlalu banyak air dan tenaganya hilang setelah hampir 7 kali berulang alik masuk keluar bilik air.


“ tak pe ke... kot kau nak apa-apa boleh aku tolong...”tawar Umairah. Cuba membantu. Yelah cuba menebus kesalahan yang dia telah lakukan kepada suaminya.


‘ tak pe...aku larat lagi... pergilah rehat... esok bangun lambat pulak kau tu...” suruh Ifran dalam nada sindiran... tahu sangat Umairah jenis suka bangun lambat... Umairah buat muka kayu mendengar kata-kata Ifran.dia sudah biasa mendengar lelaki ini menyindir dan mengutuknya. Setakat kata-kata macam tu sudah tidak memberi kesan kepada hatinya.


“kalau nak apa-apa bagitau aku. kalau tak larat nak panggil..text je aku. aku akan datang secepat mungkin...” balas Umairah sambil bangun dari sisi katil lelaki itu. dia tahu Ifran tidak selesa dengan kehadirannya dibilik itu seperti mana dia merasa tidak selesa. Baik dia bagi lelaki itu berehat dengan selesa. Barulah lelaki itu cepat sembuh. Ifran sekadar mengangguk. Belum sempat Umairah keluar dari biliknya Ifran sudah memanggil wanita itu kembali.


“ Mai....” lembut Ifran menyebut perkataan yang sudah lama tidak sebut. Umairah terkejut... mahu menangis pun ada kerana terharu.Selama ini lelaki itu tidak pernah ingin menyebut namanya melainkan kerana terpaksa tapi hari ini lelaki itu panggil juga. Adakah ini bermakna lelaki itu sudah memaafkannya.


“hmm?” soal Umairah lembut. Cuba menyembunyikan rasa gembira yang melanda diri. Entah mengapa hanya panggilan nama ringkasnya dari lelaki itu sahaja mampu membuat dia rasa seperti diberi duit berjuta-juta ringgit. Gembira tak terkata.


“ thank....” ucap Ifran lembut. Dia tersenyum lembut kearah Umairah.. pertama kali dilakukan sepanjang leibh 3 tahun berkahwin. Umairah membalas senyuman itu dengan senyuman mesra.


“ dah tanggungjawab aku sebagai isterikan... at least aku ada buat something before kita bercerai. Lagipun kau sakit perut ni pun pasal aku masak pedas sangat..” balas Umairah lembut. Habis sahaja ayat itu dia terus meninggalkan Ifran. Ifran diam memikirkan kata-kata Umairah. Sekali lagi berlaku kelainan dalam dirinya. Pertama kali dalam hidupnya selepas hampir 4 tahun berkahwin dengan wanita itu dia mampu melupakan raut wajah insan yang paling dicintai...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 02:57 PM | Show all posts
wah...wah...wahhh...
suka...suka...suka...

nexttt...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 04:02 PM | Show all posts
akhirnya.............lembut gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 07:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 19:34

BAB 43


Zizie membelek-belek majalah yang ada di kedai buku itu. sebuah novel telah menjadi pilihannya untuk dibeli. Tiba-tiba dia teringin membaca majalah pula. Dia membelek-belek majalah wanita yang ada tepat didepannya. Diletak semula. Tiada isu menarik. Setakat perkahwinan artis yang suam-suam kuku sahaja popolarnya dia tidak berminat. Buat membazir duit aje.


“ Zizie kan”... Zizie tersentak apabila satu suara menegurnya.. terus dia berpusing demi melihat wajah jejaka yang menegurnya. Zizie terdiam memikir sejenak... macam pernah lihat tapi tak berapa cam..


“ aku ni.... Haikal.” Balas Haikal ceria. Mudah betul sahabatnnya ini melupakannya.


“kau Haikal. Lainnya kau sekarang... aku sampai tak kenal muka kau... makin kurus kau sekarang..” ceria Zizie membalas.


“hmm ye lah tu... padahal kau dah tak ingat aku kan..”rajuk Haikal. Sekadar bergurau.


“eleh...merajuk pulak dia ni...” balas Zizie selamba.Bukannya nak dipujuk.. akhirnya sama-sama ketawa. Memang diakui semasa mereka bertiga bersahabat dahulu, memang Haikal lebih rapat dengan Zizie berbanding Umairah... mungkin kerana Haikal tidak boleh menganggap gadis itu sahabat kerana sayangnya terhadap Umairah adalah sayang seorang kekasih bukan sahabat.


“eh kau buat apa kat sini...bukan ke kau mengajar kat Seremban”.Soal zizie senang. dia melihat satu majalah berada dalam genggaman haikal. Tapi tidak pasti majalah apa.


“ ala kau ni...hari minggu kot...tak kan nak terperap kat rumah. Sebab tu aku turun kl.... nak jumpa kawan-kawan yang kerja kat sini.” Balas Haikal pula. Zizie sekadar menganggguk.


“kau sorang je ke...?” soal Haikal tatkala melihat gadis itu bersendiri.


“hmm....aku nak beli novel je... sebab tu aku datang sorang je... lepas ni nak terus balik la.” jawab Zizie.


“ kau pulak... datang sorang jugak ke?”Zizie pula membalas tatkala melihat Haikal keseorangan.


“yup...sama cam kau la. tapi aku datang cari buku rujukan...eh nak nombor kau. hanset aku hilang lah hari tu.” Balas Haikal sambil mengeluarkan hanset bersedia untuk mendapatkan nombor temannya itu.


“014-5246789. Ala kau...nombor aku kau tak ingat nombor Mai kau ingat pulak...” sindir Zizie selamba. Haikal tersengih dengan kata-kata temannya itu.


“ aik...asal..jeles ke...jangan lah macam tu..nanti marah Rashid. Tak memasal lebam muka aku nanti”. Gurau Haikal. Dia tahu Zizie tidak terasa pun.


“ ish kau ni... buat apa yang dia nak jeles... aku dengan dia dah lama break up..” Zizie membalas tenang. Yang lepas biar je lepas.Itulah perinsip hidupnya. Haikal serba salah. Mana dia tau. Kalau dia tahu itu jawapannya pasti dia tak bergurau dengan Zizie tentang perkara itu.


“sorry...aku tak tahu pulak.....” balas Haikal kesal.


“kenapa korang break? Kau ada orang lain ke?” soal Haikal. Seingatnya dulu Rashid yang tergila-gilakan Zizie manakala Zizie macam biasa aje. Macam terpaksa pun ada. Tapi dia tahu, Zizie sayang juga pada Rashid setelah mengenal sikap lelaki itu. Zizie diam. Terkenang cinta lama yang putus ditengah jalan. Setelah Rashid berjanji untuk bersamanya hingga keakhir hayat kasihnya dipersiakan tatkala Rashid akhirnya memilih rakan sekerjanya sebagai penyeri hidupnya. Dia tahu pun setelah lelaki itu hendak berkahwin tatkala dia menyerahkan kad wangi kepadanya.


Melihat Zizie diam membisu membuatkan hati Haikal dipagut rasa bersalah sekali lagi. Kenapa bodoh sangat mulutnya ini.. tak reti bersopan bila berkata-kata.


“sorry Zizie.... aku tak maksudkan kau teruk... yang lepas biar je lepas.... sekarang kita bukak buku baru.” Balas Haikal lembut.Zizie sekadar mengangguk dan memberi senyuman yang manis kepada Haikal. Tidak mahu temannya itu terasa bersalah dengan kata-kata yang tidak disengajakan.


“ ala kau tak payah risau la... aku ada. Kalau tak deorang nak kat kau nanti aku suruh mak aku pergi pinang kau.” gurau Haikal. Cuba mahu ceriakan suasana yang mendung meskipun Zizie sudah melemparkan senyuman yang manis menggula.


“ eh kau jangan nak janji macam tu kat aku. karang aku tuntut kau jugak yang susah”. Usik Zizie.. Mereka ketawa akhirnya. Setelah berbual-bual seketika mereka akhirnya berpisah dari tempat itu dan menghala kehala tuju masing-masing.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 07:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 19:49

BAB 44


Umairah merenung lama tv yang menyiarkan cerita yang tidak menarik langsung pada matanya. Dia menjeling jam didinding rumahnya. Sudah 11 malam. Mana si Ifran ni tak balik lagi. Biasanya dalam pukul 9 dah sampai rumah kalau hari sibuk. Sibuk bebenar ke. Lauk yang dimasak pun dah sejuk. 10 minit kemudian terdengar deruan enjin kereta dihentikan dihadapan rumah mereka. Umairah cepat-cepat ke tingkap nako yang berdekatan lalu diintai siapa di luar. Meski pun hatinya kuat mengatakan itu adalah Ifran namun dia tetap tidak berani membuka pintu tanpa melihat siapa terlebih dahulu melalui cermin nako itu. Kalau orang jahat macam mana. Baik dia berhati-hati. Setelah dia pasti itu Ifran barulah dia membuka pintu rumah mereka.


“ assalamualaikum”. Sapa Ifran. raut wajahnya jelas menunjukkan dia sangat letih. Mana taknya.... selepas mesyuarat yang tamat jam 5 petang dia bekejar ke kilang syarikatnya tatkala mendapat aduan produk yang dipasarkan oleh syarikatnya tamat tempoh sebelum waktunya. Setelah di check...baru tahu itu bukanlah produknya. Produk tiruan yang menggunakan maklumat yang hampir sama dengan produk syarikatnya. Umairah memerhati wajah letih diwajah Ifran.tidak jadi rancangannya untuk memarahi lelaki itu kerana balik lambat.


“ kenapa lambat sangat balik?” soal Umairah apabila mereka berdua sudah berada didalam rumah. Ifran duduk di ruang tamu demi menghilang rasa penat yang masih terasa. Dia berharap masalah syarikat tadi tidak sampai ke pengetahuan orang tuanya. Kesian ayahnya yang sudah tua. Meskipun dia terlepas dari disaman namun mungkin ada orang luar akan salah faham.Dia sudah berbincang dengan bahagian promosi. Mereka akan masukkan dalam akhbar perkara ini supaya orang ramai dapat maklumat yang betul. melihat Ifran yang tidak menjawab pertanyaannya menyebabkan Umairah beredar ke dapur. Mahu mengambil segelas air putih untuk diberikan kepada Ifran. Dia terlalu penat barang kali.


“ nah”. Hulur Umairah. Ifran tersentak dari lamunan dan rancangannya. dahinya berkerut melihat wajah Umairah yang tersenyum mesra sambil menghulurkan air kosong kepadanya.


“aku tak mintak pun”. Balas Ifran.


“kau mesti dahagakan. Muka cam tak larat je. Sebab tu aku bagi air bagi tenaga sikit.” Balas Umairah lembut. Ifran mengambil air putih huluran Umairah. Meneguknya rakus. Terasa manis pulak air masak hari ini.


“ kenapa... banyak masalah ke?” soal Umairah lagi. Dia duduk di sofa yang bertentangan dengan Ifran.


“hmm...ada masalah sikit kat kilang tadi. Tapi dah settle..” balas Ifran. dia tiada mood untuk bergaduh hari ini. Terlalu penat barangkali. Sebab itu dia layan dengan baik sahaja semua kata-kata Umairah.


“ kau dah makan belum... kalau tak aku nak panas kan lauk.” Umairah bangun dari tempat duduknya. Bersedia untuk kedapur.


“hmm...boleh jugak..” balas Ifran sepatah... meski pun dia tidak mencari pasal dengan Umairah tak semestinya dia akan beramah mesra dengan gadis itu. dia tidak sebodoh itu untuk membazirkan masa yang ada. Ifran termenung lagi. Masih memikirkan strategi yang perlu dilakukan demi menyelamatkan nama baik produk keluaran syarikatnya. Begitu lah produk makanan.Kalau orang tahu sesuatu itu tak sedap atau tak elok orang tidak akan belinya sampai bila-bila. Dia tidak mengharapkan itu terjadi kepada syarikatnya.


“auu...” jerit satu suara dari dapur. Ifran terkejut.Bergegas dia ke dapur. dia melihat tangan Umairah yang berdarah. Dia juga nampak kaca dan air yang melimpah diatas lantai. Dia melihat Umairah cuba memungut kaca yang masih banyak dengan keadaan tangan yang berdarah.


“ jangan... biar dulu. Basuh tangan kau dulu.” Arah Ifran tegas.


“tapi...nanti aku nak kemas jugak. Tak pe bukan berdarah banyak sangat pun”. Balas Umairah degil. Dia menyambung mengutip kaca yang bersepah. Semua terjadi kerana gara-gara ketika dia sedang membuat air nescafe kegemaran Ifran, air panas sedikit terpercik keatas tangannya. Kerana terlalu terkejut dia terlepas cawan yang dipegang. Tangannya pula tercedera ketika sedang mengutip kaca. Mungkin kerana perutnya terlalu lapar meyebabkan semua tingkah lakunya menjadi kelam kabut. Ifran mara kearah Umairah lalu menyentuh lembut tangan wanita itu. Umairah terkejut dengan sentuhan yang tiba-tiba itu.


“kenapa ni.” Soalnya tak puas hati.


“dah... meh kita basuh tangan.” Ajak Ifran lembut. Dia tidak suka melihat Umairah buat kerja dengan keadaan tangannya begitu. Umairah sekadar menurut apabila Ifran menarik tangannya kearah sinki. Dia seolah dipukau dengan kelembutan lelaki itu. terasa tangannya digosok lembut. Baru Umairah tersedar. Rupanya lelaki itu sudah membasuh tangannya. Langsung tak merasa pedih luka di jari apabila tersentuh air.


“ biar aku letakkan plaster.” Tambah Ifran lagi. Umairah diam sekadar menurut. Dia terasa berdebar kencang tatkala Ifran menyentuh tangannya tatkala lelaki itu menampal plaster. Tak pernah dia merasa begini sedangkan ini bukan kali pertama mereka bersentuh. Ifran memandang wajah Umairah yang diam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menjadi sebaik itu malam ini.Namun dia terasa bertanggungjawab tatkala melihat keadaan ini berlaku. Dia menyentuh wajah Umairah lembut. Mata mereka seolah-olah berbicara sendiri. Ifran mendekati wajah Umairah yang menatapnya.


Mereka tenggelam dalam perasaan yang tiba-tiba menjadi romantik diantara mereka. "oooiiiiiik' tiba-tiba terdapat satu bunyi yang aneh datang dari perut Umairah. Umairah menutup mulutnya. Menahan malu... perutnya ni memang memalukannya. wajahnya membahang kerana rasa malu. Namun dia bersyukur... sekurang-kurangnya bunyi perutnya berjaya mengusir suasana romantik yang tiba-tiba wujud dalam diri mereka.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 07:51 PM | Show all posts

“ kau tak makan lagi ke?” soal Ifran. Terkejut. Dia tersedar yang dia nyaris tersasar. Huh apa dah berlaku pada dirinya.


“ ye la...aku tunggu kau balik nak makan sama. Ingat sekejap je..” balas Umairah perlahan. Dia bangun dari tempat duduknya. Menjauhkan diri dari Ifran. tidak mahu perkara seperti tadi berlaku lagi.


“ kenapa tunggu aku.... kau tu dah lah ada gastrik. Karang dapat gastrik pulak..” bebel Ifran. Umairah tidak marah dibebel begitu namun dia terasa disayangi. Seolah-olah lelaki itu mengambil berat tentang kesihatannya.


“ jom la pergi makan. Kau makan lah dulu. Aku nak bersih lantai.” Balas Umairah. Dia mara kearah dapur.


“ kau makan dulu. Biar aku bersih kan lantai.” Arah Ifran. tak senang hati melihat Umairah akan melakukan kerja dengan tangan yang luka sebegitu.


“ehh...tak pe la..biar aku yang buat... lagi pun kau tu kan baru balik kerja.. makan lah dulu. Bukan susah pun nak kemas lantai tu.” Tolak Umairah lembut. Dia menjadi pelik dengan sikap Ifran yang lembut malam ini.


“ memang la tak susah.... tapi tangan kau  tu cedera... kau tu pulak ada gastrik. Bahaya lambat makan macam ni. Kau pergi makan. Biar aku uruskan kaca tu.” Arah Ifran. Ifran terus ke dapur tanda keputusannya muktamad.


Umairah duduk dimeja makan namun tidak menyentuh sebarang nasi. Dia tidak biasa dengan keadaan begitu. Ifran menjeling Umairah yang tidak memakan nasinya.


“ makan lah. Tunggu apa lagi.” Suruh Ifran.


“ tak biasalah... aku tunggu kau siap. Kita makan sama-sama.” Balas Umairah. Memang canggung keadaannya sekarang. tak pernah dibuat orang isteri kat meja tunggu nak makan suami pulak duduk kat bawah bersihkan lantai. Macam queen control la pulak.


“macam-macam la kau ni... nanti dapat gastrik jangan salahkan aku.” balas Ifran sambil mempercepatkan kerjanya. Umairah diam tak membalas. Dia menanti Ifran menyudahkan kerjanya. Dalam diam dia tersenyum bahagia namun dia tidak pasti sampai bila hidupnya mampu berbahagia begini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2012 10:55 PM | Show all posts
baiknya hati...bahagia...bahagia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 01:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 17-5-2012 13:09

BAB 45


“ aku tertinggal file biru kat atas katil bilik aku.boleh tolong bawak file tu pegi office aku sekarang tak?. aku ada tetamu sekarang. tak boleh balik nak ambik file tu. Urgent.” Satu masej panjang diterima oleh Umairah dari Ifran.


Umairah mengeluh lemah. Malas betul dia mahu keluar waktu macam ni. Baginya jam 11 pagi adalah waktu rehat. Mentang-mentanglah cuti akhir tahun sekolah telah bermula.. banyak pula cekodok si Ifran. Umairah mencari fail biru yang dimaksudkan. Betul-betul diatas katil lelaki itu.bagaimanalah dia boleh tertinggal benda yang penting begini.


Bebel Umairah lagi. Umairah meletakkan fail itu diruang tamu. Dia mahu mandi dan bersiap sebelum keluar ke pejabat suaminya yang jarak memakan masa 30 minit dari rumah mereka. Hampir sejam kemudian Umairah keluar dengan berpakaian kemas dengan blaus pink dipadankan dengan seluar putih. Tudung bercorak pink dipilih untuk digayakan dengan baju tersebut. Dia bergegas keluar dari rumahnya. Teringat Ifran pernah menyatakan dia ada mesyuarat penting dalam pukul 2 nanti. Mungkin Ifran memerlukan fail ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2012 01:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 17-5-2012 13:21

BAB 46


Umairah masuk ke pejabat suaminya. Nampak kosong sahaja.Dia melihat jam tangannya. Hmm patutlah... waktu lunch rupanya. Tiba-tiba dia terdengar suara orang berkelahi... dia tercari-cari suara tersebut. Macam biasa dengar je. Macam kenal je suara lelaki dan perempuan yang sedang bergaduh itu.Dia menghampiri pantri yang dirasa menjadi punca suara itu kedengaran.Ternampak insan yang sedang bergaduh..opps bukan bergaduh tapi sedang merayu cinta.


Umairah terkesima... Ifran dengan Atikah. Dia cepat-cepat menyembunyikan diri disebalik dinding yang ada. Tidak mahu dirinya dilihat oleh kedua insan yang sedang hanyut dalam dunia mereka. Dia melekapkan telinga kearah dinding. Mahu mendengar pergaduhan yang berlaku.


“ awak memang tak paham bahasa gamaknya If...dari dulu sampai sekarang saya beritahu awak yang saya tak akan terima awak sampai bila-bila... tak kisah lah sekarang ke... 10 tahun lagi ke..kalau awak dan mai berpisah sekali pun saya takkan terima awak. Awak faham tak.” Tinggi suara Atikah.Kesabarannya betul-betul hilang kali ini. Dia sudah muak dan bosan dengan sikap Ifran yang tidak pernah mengerti. Mengapa lelaki ini terlalu bersungguh-sungguh inginkannya. Masih ramai perempuan diluar sana. Cukup lah kerana lelaki ini hubungan dia dan Umairah putus.


“ tapi kenapa Tikah...awak tak pernah bagi saya alasan yang kukuh kenapa kita tak boleh bersama kembali. Awak cintakan saya. Saya tahu dan yakin benda tu. Awak mempunyai hati dan perasaan yang sama dengan saya.Kenapa kita tak boleh kembali seperti dulu sedangkan kita sama-sama suka. Apa lagi masalahnya.” Ifran membalas lembut. Cuba merayu kasih dari kekasih hati yang sudah tawar hati dengannya. Atikah ketawa sinis. Cuba menyakitkan hati Ifran.


“ If...ni bukan zaman kita study okey...kalau dulu saya akui saya memang ada hati kat awak masa awak baru lagi kawin dengan Mai tapi sekarang saya dah tawar hati. Saya dah bosan dengan semua ni. Cinta tak menjamin kebahagian selamanya If... tak semestinya hanya kerana cinta kita kena bersama-sama semula. Kita kena tengok keadaan sekeliling.. awak tahu kan kalau kita bersama macam mana... awak kena ceraikan Mai... lepas awak bercerai, awak kawin dengan saya pulak sedangkan awak tahu yang saya dengan Mai tu adik beradik.Awak ingat benda ni sangat baik ke... awak ada fikir kesan perkara ni kat famili kita tak... tolong jangan nak pentingkan perasaan sendiri jer...kebahagian bukannya bergantung pada cinta semata-mata. Awak dengan Mai boleh bahagia dan bercinta kalau awak usahakan. Apa kurangnya Mai... dia cantik...dia pandai.. dia ada agama... apa lagi yang kurang. Apa kata kita lupakan yang lama dan kita mulakan yang baru..” panjang lebar Atikah berkata. Dia harap sangat Ifran faham dengan penjelasannya yang panjang lebar itu. semput rasa penafasannya bercakap banyak begitu.


“ sayang...kita boleh cuba..kita masih ada harapan untuk bersama-sama seperti dulu. Kata kuncinya kita kena cuba dan usaha... kita boleh describe kat famili kita keadaan sebenar antara kita bertiga... insyaAllah saya yakin keluarga kita faham dan memberi restu terhadap hubungan kita..” cadang Ifran..


“ tolonglah Ifran... kalau keluarga kita terima sekalipun apa kata masyarakat sekeliling..kita bukan hidup berdua je atas dunia ni...dah saya tak nak cakap lagi benda ni. Tak guna satu sen pon... baik awak kembali kepada Umairah dan treat dia elok-elok..jangan menyesal bila kehilangan dia nanti”. Pesan Atikah bersama ugutan. Mahu menyedarkan Ifran. dia tidak mahu Ifran terlalu mengikut kata hati. Memang betul kita perlu cinta untuk bahagia namun bukan cinta semata-mata. Dia yakin, Ifran boleh cintakan Umairah begitulah sebaliknya kalau lelaki itu berusaha bersungguh-sungguh.


Malah,sebenarnya dia yakin Ifran sebenarnya ada hati kepada Umairah. Dia sedar tentang perkara itu. Kalau Ifran langsung tiada sekelumit rasa sayang buat Umairah, kenapa lelaki itu terima Umairah sebagai isteri hampir 4 tahun yang lalu.Mustahil kerana paksaan keluarga semata-mata. Mungkin Ifran masih tidak sedar yang dia mempunyai perasaan sayang buat Umairah.


“ Umairah..Umairah..Umairah... apa hebat sangat perempuan tu.. kenapa saya nak kena treat dia elok-elok sedang kan dia punca kita jadi macam ni sekarang dan kenapa saya nak kena layan dia baik-baik sedangkan dia menjadi sebab saya dah tipu ramai orang. Buat apa... kalau bukan kerana dia pasti saya dan awak dah lama bersatu dan mungkin sudah ada anak-anak yang comel...kalau awak kat tempat saya awak nak ke layan orang yang dah merosakkan kebahagiaan awak elok-elok..awak nak ke?” marah Ifran... dia sudah tidak dapat menerima lagi... kenapa semua orang nak dia melayan Umairah baik-baik.. bukan Atikah seorang sahaja malah Ahmad temannya dulu begitu juga Zizie yang datang kerumahnya hampir beberapa bulan yang lepas. Mengapa mereka semua menangkan Umairah sedangkan mangsanya adalah dia...


“ cakap tu elok-elok sikit If... dia kawan baik saya...”belum sempat lagi Atikah berkata lebih lanjut Ifran sudah memotong kata-katanya.


“kawan baik apa yang sanggup menikam kawan baiknya sendiri tanpa tujuan... Tikah...awak tak tahu ke yang Umairah tak pernah cintakan saya tapi perkahwinan ini sekadar alat untuk membalas dendam kepada awak... dia tak sukakan awak. Awak tak tahu atau awak tak nak terima kenyataan yang kawan baik yang awak dok sanjung selama ini sebenarnya membenci awak bukan kerana saya tapi kerana awak tanpa sebab yang saya sendiri faham... kenapa awak masih nak menangkan dia sedangkan seteruk itu dia layan awak...” keras suara Ifran.dia mahu gadis cantik didepannya sedar siapa Umairah. Umairah tak sebaik yang disangka Atikah.


“ awak tak payah mengarut If dan kalau betul pun saya tak kisah...sebab saya yakin Umairah takkan buat semua itu tanpa sebab..mungkin ada something yang saya dah buat sampai dia terluka seteruk itu dengan saya..dan kalau saya teman baiknya yang terkena seteruk ini boleh maafkan dia takkan awak tak boleh.. cubalah kenali dulu Umairah. Lagi pun cuba awak tanya hati awak betul-betul, benarkah tiada langsung perasaan sayang awak buat Umairah. Saya yakin awak ada rasa sayang buatnya tapi awak ego tak nak mengaku. Saya doakan awak dengan Mai berbahagia keakhir hayat.” Atikah berkata tenang.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 01:22 PM | Show all posts

Ye..dia bercakap apa yang lahir dihatinya. Dia sudah berfikir banyak kali tentang perkara ini. Dia yakin Umairah yang dikenali bukanlah seorang yang melakukan kerja tanpa bersebab. Mesti ada sebab yang tertentu meyebabkan Umairah berubah begitu. Kalau bukan kerana Ifran mesti sebab lain. Dan dia mesti mencari sebab itu untuk membetulkan semula keadaan. Umairah yang berada disebalik dinding mendengar hanya mampu mengatup mulutnya cuba mengawal tangis. Dia tidak mahu orang sedar kewujudannya di situ. Hatinya terasa mahu hancur mendengar pergaduhan yang berlaku. Terasa bersalah kepada Atikah dan Ifran menimbun-nimbun diatas bahunya. Dia tidak marahkan Ifran yang berfikir begitu tentangnya. Kalau dia jadi Ifran pun dia akan melakukan benda yang sama.


“ saya tak faham Tikah....kesalahan saya yang kecil kerana tak mempercayai awak, awak tak pernah nak maafkan tapi kesalahan Umairah yang besar tu awak boleh terima senang-senang je.. apa lagi yang awak nak saya buat supaya kita boleh kembali seperti dulu.” Ifran merenung wajah cantik bekas kekasihnya. Dia perlukan jawapan... dia terlalu sayangkan Atikah. Setelah 4 tahun berpisah dia tidak pernah berubah hati. Tapi kenapa begitu sukar Atikah memahaminya.


“ awak silap If...kesalahan awak tu lama dah saya maafkan cuma saya dah tak ingin bersama awak kembali. Awak tak payah buat apa-apa If.Awak hanya perlu lupa segala kenangan kita dulu. Tutup buka lama buka buku baru.. dah-dah saya tak nak cakap lagi benda ni. Kalau awak ungkit sekali lagi benda ni saya akan berhenti kerja. Awak tahukan yang saya bukan nak sangat kerja kat sini tapi sebab nak jaga hati mak dengan abah je... kalau awak masih tak berubah jugak..saya akan berhenti kerja dan menghilang dari pandangan awak. Sebab itu yang terbaik yang saya rasa untuk kita.”


Habis sahaja ayat itu terus Atikah beredar. Dia mahu ke biliknya. Kalau dia duduk disitu sampai bila-bila topik tentang hubungan mereka yang tidak kesampaian akan terus dibincangkan. Dia sudah muak dengan semua itu. Umairah cepat-cepat masuk kebilik yang digunakan untuk turun naik tangga untuk menyembunyikan diri. Takut terkantoi dengan Atikah mahu pun Ifran. dia tidak sangka sedalam itu kasih sayang dan kepercayaan yang diberikan Atikah buatnya. Dalam diam dia memarahi diri sendiri kerana bodoh dan tidak dapat berfikir dengan wajar suatu ketika dahulu. Air matanya tak berhenti-henti mengalir. Terasa diri amat berdosa sekali. maafkan aku Atikah.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 06:08 PM | Show all posts
kesian atikah..... kesian juga kat umairah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:45 PM | Show all posts
next...
tiga2 jd mgsa keadaan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 08:20 AM | Show all posts
susah gak menjadi mangsa keadaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 18-5-2012 12:29

BAB 47


Umairah menanti kehadiran gadis yang cukup lama dia tidak bertegur sapa. Suasana di taman pada pagi itu memang indah sekali. Agak sesuai untuk mereka berbincang tentang hati dan perasaan.


“assalamualaikum.” Sapa satu suara yang cukup dikenali. Umairah pantas menjawab sambil memusingkan badan demi melihat wajah gadis yang ditunggu. Atikah seperti biasa. Sangat cantik orangnya sehingga menarik perhatian orang ramai. Atikah tersenyum mesra kearah Umairah. Setelah lebih 3 tahun gadis itu melancarkan perang dengannya akhirnya gadis itu sudi mencarinya kembali. Dia sangat bersyukur dengan perubahan yang berlaku ini. Atikah duduk dibangku yang diduduki Umairah. Rapat dengan Umairah.


“ dah lama kita tak jumpa.” Atikah berkata demi menghilangkan suasana sunyi dan canggung di antara mereka.


“hmm..” balas Umairah sepatah. Dia kehilangan kata-kata. Segala skrip yang direka sebelum tiba kesini hilang entah kemana. Otaknya menjadi kosong. hampir 5 minit suasana sunyi menghantui mereka barulah umairah membuka mulut untuk berkata.


“kenapa kau kejam sangat kat aku Tikah?” soal Umairah perlahan. Dia menunduk merenung rumput dikaki. Atikah terkejut. Kejam?? Kali pertama dia katakan kejam. Apa yang dah dia lakukan sehingga gadis disebelahnya ini fikir yang dia sangat kejam.


“ apa maksud kau...” soal Atikah lambat-lambat. Dia merenung wajah tertekan disebelahnya. Apa yang sudah berlaku.


“ kau buat-buat tanya pulak... kalau bukan kerana kau,aku tak macam sekarang tau.” Marah Umairah. Dihatinya ingin berkata lain tapi mulut keluar benda yang lain. Memang tidak ikut skrip yang dicipta betul lamulut dia ni.


“ wait..wait..wait...aku tak faham... setelah hampir 4tahun kita tak bercakap tup-tup kau kata aku bersikap kejam kat kau.. apa ni Mai..apa yang cuba kau katakan pada aku...” jerit Atikah namun tidak kuat. Tidak mahu mereka berdua menjadi tumpuan. Umairah ketawa sinis...


“ Ifran... kenapa kau tak terima balik dia. Kenapa kau tak buat dia ceraikan aku. aku dah tak sanggup nak hidup dengan dia kau tahu tak.” Tinggi suara Umairah. Atikah terkejut. Pelbagai andaian buruk muncul difikirannya.


“apa Ifran dah buat kat kau. dia pukul kau ke?” Atikah dilanda perasaan risau. Manalah tahu. Ifran begitu anti dengan Umairah dan dia takut kerana terlalu tidak suka menyebabkan lelaki itu memukul temannya ini.


“ bukan itu masalahnya...aku dah tak nak hidup macam tu.Macam orang bodoh. Kahwin macam tak kahwin. Nak buat apa.. tolong ambik balik boyfriend kau tu. Aku dah tak ingin hidup bersama dia.... tolong jangan seksa aku macam ni.” Keras suara Umairah. Atikah terkejut. Baru 3 hari lepas dia bergaduh besar dengan Ifran pasal mereka bertiga. Tup-tup hari ini Umairah pula yang memintanya berbuat begitu.


“ Ifran ke suruh kau datang cari aku dan cakap macam ni?”marah Atikah. Kenapa semua orang tak nak faham kehendak hatinya. Dah dia cakap tak nak...maksudnya tak nak lah. Tolong jangan paksa okey..


“ of course not... aku yang memang tak sanggup nak hidup dengan dia. Aku jumpa dengan kau ni pun dia tak tahu... okey aku mintak maaf sebab rampas dia dari kau dulu.. but now...aku nak kembalikan dia pada kau. Tolonglah Atikah. Terima balik Ifran. Dia sayang sangat kat kau. Walaupun korang dah lama berpisah tapi dia masih lagi setia menunggu kau....” Umairah berkata bersungguh-sungguh.Dia perlu satukan kembali insan yang terpisah ini dan sekiranya famili mereka mengamuk biar dia yang tanggung risiko kerana dia yang menyebabkan semua ini terjadi.


Dia yang bodoh kerana sengaja mencari masalah. Sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa bersalah terhadap Ifran dan Atikah sekiranya dia berjaya menyatukan dua pasang kekasih yang terpisah kerana kebodohannya. Dia bukan berusaha menyatukan Ifran dan Atikah kembali kerana terseksa hidup bersama Ifran tetapi kerana dia sedar dia bersalah merampas Ifran dari Atikah. Dia mahu keadaan kembali kepada asal. Dia harap dengan berbuat begitu Atikah akan memaafkannya atas kesalahan yang tak terkira banyaknya terhadap gadis ini.


“ Mai....” jerit Atikah. Dia tidak sangka Umairah sanggup berkata begitu. Selepas merampas Ifran darinya kini mahu memulangkannya kembali. Seolah-olah dia meminta sedekah dan Ifran itu sejenis barang yang boleh diambil dan diberi. Serendah itukah maruahnya dan Ifran di mata Umairah.


“ Tikah... kenapa kau susah sangat nak terima balik Ifran tu.. aku dah tak larat nak hidup dengan dia. Cukuplah lebih 3 tahun perkahwinan kami buat aku terseksa.. sampai bila kau nak seksa aku? Kalau kau betul sayangkan aku mesti kau akan terima Ifran. tolong kembali semula kepada Ifran..” suruh Umairah lagi.


“ Ifran tu suami kau...mana boleh kau buat macam tu. Aku dan dia tak akan bersama selamanya dan kau kini menderita akibat perbuatan kau sendiri. Bukan ke kau dulu yang nak sangat Ifran. kenapa nak salahkan aku pulak bila kau tidak bahagia dengan dia.” Marah Atikah. Umairah perlu disedarkan.Cukuplah kesalahan dulu yang dia lakukan. Tidak perlu dia membuat lebih banyak kesilapan.


“ memang dia  suami aku tapi dia tak cintakan aku begitu juga dengan aku. dulu aku kawin dengan dia pun pasal aku sakit hati kat kau dan sekarang aku sedar. Aku yang bodoh. Tu semua bukan silap kau. kenapa kita tak boleh kembali seperti dulu sedangkan aku dah sedar kesilapan aku. kau pun masih suka kan Ifran kan.....” Umairah berterus terang. Dia mahu memperbaiki kesilapannya. Apa gunanya dia terus bersama Ifran sekiranya Ifran dan dia saling tidak mencintai antara satu sama lain sedangkan Ifran dan Atikah saling menyukai antara satu sama lain. Bukankah sangat membazir sekiranya membiarkan dia terus bersama Ifran.


“ tapi kau dan dia boleh usahakan. Kebahagiaan dalam rumah tangga bukan hanya pada cinta semata.. cuba dulu baru tahu.” Pujuk Atikah. Dia gembira apabila Umairah sudah sedar kesilapannya terhadap dirinya namun dia tidak gembira apabila Umairah mahu berpisah dengan Ifran..


“ tapi nak bina rumah tangga yang bahagia at least adarasa cinta... dah la Tikah... tolong la ambik balik Ifran. kau dengan dia saling mencintai. Itu yang betul. bukan macam aku dengan dia..” Suruh Umairah.


“ tapi Mai.....” belum sempat Atikah membalas Umairah sudah memotong kata-katanya.

“Kalau kau masih sayang aku kau akan bersama dengan dia kembali. Kalau kau risau pasal famili kita, biar aku yang tanggung semua tu sebab semua yang berlaku ni kesalahan aku.” minta Umairah lagi. Atikah diam tak berkutik. Otaknya ligat berfikir tentang cara terbaik untuk menyelesaikan masalah di antara mereka bertiga. Akhirnya mereka berpisah disitu sahaja tanpa sebarang keputusan yang pasti tatkala melihat suasana makin redup.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 01:37 PM | Show all posts
Adakah Atikah akan berkorban lagi dengan berhenti kerja dan pergi dari hidup Umairah & Irfan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:28 PM | Show all posts
apakah keputusan ATIKAH...kita tunggu n3 seterusnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2012 06:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 18-5-2012 18:37

BAB 48


Umairah masuk kedalam rumahnya dengan satu keluhan. Rupanya tidak mudah untuk memujuk Atikah menerima Ifran kembali. Kenapalah dia bodoh sangat sampai sanggup buat perkara macam ni suatu ketika dahulu. Kalau tidak dia sudah pasti berbahagia sekarang. menikmati zaman bujang bersama keluarga dan teman. Walaupun hidupnya tak seperti wanita berkahwin, tetapi dia masih terikat. Dia masih perlu menjaga tingkah laku dari melakukan sesuatu yang mencemarkan nama baiknya dan suami. Umairah bergerak ke ruang tamu. Dia terkejut melihat Ifran terbaring disofa dihadapan tv itu. tak pernah lelaki itu terbaring di situ.


“ If...tidur dalam bilik.” Suruh Umairah. Hari ini hari ahad jadi perkara biasalah pada waktu tengahari begini diisi dengan aktiviti favourite iaitu tidur.tapi itu dia bukan Ifran. Ifran jarang tidur pada waktu siang macam ni. Umairah menggoyangkan badan Ifran supaya lelaki itu sedar.Lelaki itu kelihatan tidak selesa dengan pembaringannya di sofa. Mana taknya sofa tu pendek dia tu panjang. Apesal mamat ni liat sangat nak bangun ni. Biasanya senang je.


“ If bangun... pegi tidur dalam bilik.” Arah Umairah lagi bersama tepukan pada badan Ifran. dia tidak sedap hati. Dia perasan sejak peristiwa dipejabat Ifran 3 hari lepas lelaki itu tiada selera untuk makan dan suka bersendiri. Lelaki itu tidak lagi mencari pasal dengannya. Umairah meraba dahi Ifran. panas. Lelaki ini demam. Bisik hatinya.


“Ifran bangun. Kau demam ni. Masuk rehat kat bilik.” Arah Umairah lagi. Umairah menarik kuat tangan Ifran supaya lelaki itu sedar. Ifran membuka mata. Dia ternampak Umairah.


“ bangun. Masuk rehat kat bilik...” suruh Umairah untuk kali ke empat. Ifran sekadar mengakur. Bukan kerana Umairah namun dia sendiri meras atidak selesa untuk berbaring disofa itu lagi. Umairah pantas ke dapur. Mahu memasak bubur. Dia tahu ketika demam memang sukar untuk menerima segala jenis makanan.Hanya bubur yang mampu ditelan. Tu pun sedikit sahaja. Setelah hampir setengah jam barulah bubur itu siap. Umairah membawa bubur bersama penadol dan air kosong.  terus dia masuk kebilik Ifran tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Ifran kelihatan terbaring lemah diatas katil.Umairah menghampiri lelaki itu.


“If...bangun. makan sikit pastu makan ubat.” Pinta Umairah.Dia menggoyangkan tubuh Ifran supaya lelaki itu sedar. Umairah mengulang beberapa kali hinggalah Ifran membuka matanya.


“ nak apa?” soal Ifran lemah. Dia tidak cukup sihat untuk melayan Umairah.


“nah makan bubur ni. Pastu makan ubat. Kau demam teruk ni.” Arah Umairah.


“tak nak. Aku tak lapar.” Balas Ifran sambil menutup matanya kembali.


“ makan la sikit. Nanti lambat sihat.” Pujuk Umairah. Dia bangun memangku kepala Ifran dan meletak diatas bahunya. Ifran bangun dari pangkuan Umairah dan menolak gadis itu perlahan. Dia tidak mahu. Tak faham bahasakah Umairah. Umairah nyaris terjatuh dengan tolakan Ifran. Nasib baik bubur dan air telah diletak diatas meja yang berdekatan dengan katil lelaki itu.


“makan la sikit pastu makan ubat.” Suruh Umairah lagi.Umairah menyuakan satu sudu bubur nasi ke mulut Ifran. Ifran tidak mempedulikan Umairah. Dia tiada selera untuk makan pada waktu ini.


“ tolonglah makan If...” rayu Umairah. Sedih dia melihat keadaan Ifran kini. Merasa diri bertanggungjawab atas apa yang berlaku atas suaminya kini. Yelah kalau tak kerana dia menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta lelaki itu pasti lelaki itu tidak jatuh sakit begini. Setelah hampir beberapa kali dipujuk Umairah barulah lelaki itu membuka mulut. Itu pun kerana terganggu dengan suara Umairah. Lagi cepat dia mengikut kehendak Umairah lagi cepat gadis itu beredar. Tekaknya terasa tidak mampu menerima lagi sedangkan baru beberapa suapan bubur ditelan. Umairah tidak memaksanya lagi setelah dia menolak.


Kini Umairah menghulurkan 2 biji penadol pula. Dia mengambil sahaja tanpa banyak songeh. Setelah Ifran menelan ubat, barulah Umairah keluar dan Ifran dapat berehat dengan tenang. Umairah kebiliknya. Mencari tuala bersih. Selepas itu dia mendapatkan sebekas air. Umairah merendam tuala itu kemudian meletakkan didahi Ifran yang kelihatan nyenyak tidur. Mungkin ubat itu sudah menjalankan prosesnya. Setelah 10 minit berlalu dia membasuh kembali tuala itu dan meletak kembali di dahi suaminya itu. aktiviti itu diteruskan sehingga dia akhirnya tertidur dilantai bersebelahan katil suaminya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 06:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 18-5-2012 18:51

BAB 49


Ifran membuka matanya perlahan-lahan. Terasa begitu lama dia tidur.  Selepas sembahyang zuhur hinggalah kini iaitu jam 6 petang. Tadi, dia terasa betul-betul tidak larat namun kini kepalanya terasa ringan seperti biasa. Teringat solat asar yang belum ditunaikan. Dia bingkas bangun dari tidur yang panjang. Tiba-tiba satu benda lembik dan basah jatuh ke ribaannya. Ifran mengambil tuala itu. Dia tidak perasan ada tuala basah didahinya ketika dia tidur tadi. Bila masa pula dia meletaknya pun dia tidak pasti. Namun jawapannya terus dia temui setelah terlihat Umairah tertidur diatas lantai biliknya.


Terus dia terimbau segala usaha Umairah yang cuba merawatnya ketika dia demam tadi. Dia tersenyum kecil mengingatkan pujukan Umairah supaya dia memakan bubur yang dibuat. Ifran menghampiri Umairah. Kesian pula dia melihat gadis itu tidur dengan tidak selesa diatas lantai biliknya yang sejuk. Dia mengangkat gadis itu. mmm...ringan betul. mana taknya gadis itu terlalu kecil kalau dibandingkan dengannya. Ifran meletakkan Umairah di atas katilnya. Asalnya dia mahu sahaja mengejutkan Umairah namun tidak jadi tatkala memikirkan Umairah yang semestinya penat menjaganya sepanjang dia tidak sihat tadi.


Ifran merenung lama wajah isterinya itu. Mengapa kali ini dia tidak merasa benci dan marah terhadap Umairah. Adakah dia sudah terpengaruh dengan permintaan Atikah, Ahmad dan Zizie yang memintanya melayan Umairah dengan baik.Dia mencium lembut dahi Umairah yang kelihatan lena dalam mimpinya kemudian bergegas ke bilik air tatkala teringat solat asar yang belum ditunaikan.Setelah 20 minit berlalu, Ifran ke dapur. Dia yakin Umairah belum memasak sebarang makanan pun lagi. Ye lah masa bilalah gadis itu memasak. Dia sekadar mahu memastikan gadis itu tidak memasak apa-apa dan dia mahu ke kedai untuk membeli makanan.


Dia tidak mahu menyusahkan Umairah untuk memasak sekejap lagi.Lagi pun Umairah ada gastrik. Dia tidak mahu gadis itu diserang gastrik kerana lambat makan. Jadi sudah tanggungjawabnya mencari makanan untuk mereka berdua. Namun segala tanggapannya salah. Ternyata Umairah sudah siap memasak. Dengan tomyam, ayam goreng dan sayur goreng betul-betul menaikkan selera makannya. Tidak tahu masa bilakah gadis itu membuat semua itu. patutlah umairah kelihatan begitu penat sekali.


“ hmm... kau dah bangun.. pergi lah rehat dulu.” Satu suara menegurnya dari belakang. Ifran terkejut. Sedikit melompat dia dengan sapaan tanpa salam itu. Umairah menguap sepuas hati. Walaupun hanya 45 minit dia tidur namun dia merasakan tidurnya sangat berkualiti. Dia langsung tidak sedar apa-apa yang berlaku. Bangun-bangun dia sudah berada dia atas katil Ifran.dia tidak berfikiran negatif tatkala melihat dia masih kemas berpakaian dan Ifran juga sudah tiada di situ.


“ kau dah bangun. Jom makan. Aku lapar lah.” Ajak Ifran.Umairah tersenyum mesra. Lelaki itu sudah kelihatan lebih sihat dari tadi.


“ hmm. Jap yer. Aku nak basuh muka.” Pinta Umairah lalu hilang ke bilik air. Ifran tersenyum bahagia. Dia tidak pasti mengapa dia merasa begitu dan segala wajah dan ingatannya terhadap Atikah turut hilang tanpa dia ketahui ke mana. Lima minit kemudian Umairah muncul kembali di dapur dengan wajah yang lebih segar. Dia mencedok nasi untuk mereka berdua dan diletakkan di dalam pinggan.


“ mana air nescafe aku...” soal Ifran tatkala melihat tiada air nescafenya seperti biasa. Umairah tersenyum sebelum membalas pertanyaan suaminya itu.


“ kau kan tak cukup sihat lagi... minum air kosong je hari ni.” Balas Umairah. Baginya tak elok minum air manis ketika badan tidak sihat dan ketika demam seeloknya minumlah lebih banyak air masak.


“ aku ada benda nak bagitau ni.” Umairah tiba-tiba mengeluarkan kata-kata tatkala mereka berdua sedang khusyuk menikmati hidangan makan malam itu.


“ hmmm... apa dia?” soal Ifran sepatah. Dia meneruskan suapannya.


“ sekarangkan musim cuti sekolah. Aku ingat nak balik kampung. Lagipun birthday abah aku tak lama lagi.” Balas Umairah.

“hmm...kau ni tengah bagitau ke or mintak izin ni?” soal Ifran selamba. Tak lain tak bukan cuba mencari pasal dengan Umairah. Sudah lama rasanya tidak mengusik Umairah. Umairah diam. Pada asalnya memang dia ingin meminta izin namun bila lelaki itu bertanya begitu dia terasa malu pula untuk mengakuinya. Terasa egonya tercabar.


“ hmm bagitau...” balas Umairah... suasana makin tegang diantara mereka.


“ kalau aku tak bagi kau akan balik jugak ke?” sekali lagi Ifran bertanya soalan yang mencabar keegoan Umairah. Dia tahu Umairah sangat ego. Sengaja dia buat perangai. Rasanya sudah sangat lama dia dan Umairah tidak bertekak.


“ kenapa kau tak nak bagi...takut rindu kat aku ke?” Umairah dengan beraninya bertanya soalan yang boleh menyakitkan hati Ifran. Ifran tersenyum sinis. Cuba menyakitkan hati Umairah. Geram sungguh Umairah melihat senyuman begitu. Seolah-olah lelaki itu berjaya mempermainkannya.


“ mestilah rindu. Rindu nak suruh kau masak, kemas rumah,basuh baju dan gosok baju aku. kalau kau tak ada macam mana lah aku nak hidup.Tak biasalah.” Ifran membalas selamba. Mamat ni kan memang suka betul cari pasal dengan aku. sepatutnya masa dia demam tadi aku buat tak tahu je... takde lah dia boleh gaduh dengan aku sekarang. desis hati Umairah.


“ aku serius ni... kau bagi ke tak aku balik kampung esok.”keras suara Umairah. Menyampah betul dia dengan Ifran. sengaja mahu sakitkan hatinya. Ifran memandang Umairah yang kelihatan sangat marah dengannya. Memang begitu kalau mereka bergaduh. Umairah sering sahaja marah-marah.

“ tadi cakap nak bagitau. Sekarang mintak izin pulak. yang mana ni?” sindir Ifran. Umairah termalu sendiri. Itulah menipu lagi.


“ mintak izin.” Sepatah Umairah membalas. Dia pantas menyuap makanan demi melarikan mata dari bertentang dengan Ifran. Terasa diri di ketawakan.


“ lain kali cakap terang-terang. Apa susah.” Kata Ifran lagi. Mahu tergelak dia dengan wajah muncung Umairah. Umairah fikir cantik gamaknya buat muka masam macam tu. Desis hati Ifran.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 06:51 PM | Show all posts

“ bagi ke tak.” Soal Umairah lagi. Dia tidak memandang wajah Ifran. Malu tahap gaban.


“ berapa lama kau nak balik?” soal Ifran.


“ asal banyak songeh sangat ni. Bagitau je la nak bagi ke tak.” Marah Umairah. Banyak hal betullah Ifran ni.


“ kau nak balik ke tak?” sinis suara Ifran. betul-betul menyakitkan hati Umairah.


“ nak la.” balas Umairah kasar.


“ kalau nak jawablah soalan aku. jangan nak banyak songeh.” perli Ifran. Umairah diam namun dalam hatinya rasa ingin dicekik-cekik leher lelaki didepannya kini.


“ mungkin sampai bukak sekolah tahun depan.” Balas Umairah untuk soalan pertama Ifran. Ifran diam. Mak ai.. lamanya. Sebulan jugak tu.


“ bila birthday abah?” soal Ifran lagi. Umairah hangin dengan soalan yang terasa tidak relevan itu namun terpaksa menjawab.


“ ahad minggu depan.” Balas Umairah lagi. Penat betul menunggu kelulusan ‘suaminya’.


“ hmmm...balik lah...” akhirnya kata-kata keramat yang ditunggu Umairah muncul juga. Mahu melompat rasanya dengan jawapan akhir lelaki itu. Dia tersenyum bahagia. Ifran ingin ketawa. Baru tadi wajah wanita itu keruh bagaikan cicak tertelan paku namun kini sengih bukan memain bila diberi kebenaran untuk pulang. Begitu tertekankah wanita itu apabila hidup dengannya.


“ thank.” Ucap Umairah perlahan dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Bahagia. Terasa diri terlepas dari penjara dan kemungkinan besar juga dia akan terlepas dari penjara ini buat selama-lamanya. Dia yakin kata hatinya. Dia mampu memujuk Atikah dalam masa terdekat dan jika itu berjaya, ini bermaksud penceraiannya dengan Ifran akan berlaku tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 06:41 AM | Show all posts
rendu-renduan la lepas ni ya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.997245 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list