Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2012 ini. Jom kita sampaikan segala ucapan/puisi/sajak kepada guru-guru tersayang yang pernah mendidik kita selama ini...
Selamat Hari Guru 2012 kepada semua guru-guru dan sesiapa sahaja yang bergelar pendidik di seluruh Malaysia...
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"
Terima kasih kepada Guru Menjahit ku......
Jasamu di kenang & hingga sekarang aku masih lagi menempah baju kat tailor kerana tak pandai-pandai menjahit.....
Selamat hari guru kpd cikgu pertama iaitu Puan Hamsiah , ibuku y mngajarku Dan mndidik aku mnjadi anak y baik . y kuda , selamat hari guru kpd cikgu2 kat smk seri Bentong pahang . Cikgu saroya , teacher azila , ustaz shahrl , cikgu azmi , teacher Ana n semua2 lah . Y mngajar dr SISP Smpai F5 . Untuk cikgu kt sk janda baik , thanx ajar dr thun 1 Smpai tahun 3 .
bestnya lau dpt ucapan hari guru.....terasa d hargai..tp apakan daya....
buat semua guru/para pendidik,selamat hari guru,ingatla bahawa jika kita ikhlas mengajar,n kita mngajar kerana mahu anak didik kita berjaya dunia akhirat..pasti ilmu itu dberkati,& gurulah jutawan d akhirat kelak....
Sama2la kita mendoakan guru2 yg telah mendidik kita satu ketika dulu
Pd budak2 zaman skang hormat le cikgu2 kome tuu, walopon deme tu manusia biasa tapi guru2 tu lah yg mendidik, beri ilmu pada kome d skolah...semoga ilmu yg kome dapat tu diberkati, InsyaAllah..
selamat hari guru untuk sesiape sahaja yang pernah memberikan ilmu pade toet walaupong hanye sekadar satu patah perkataan..jasa kalian smue akn ku kenang sehingga akhir hayat..buat yg bakal jadi cikgu, jadila cikgu yang ikhlas dalam menjalankan tugas..insyaAllah hasil usaha anda mendidik anak murid akn diberkati Allah..
Selamat Hari Guru yeeeeeeyyyyyy!!! esp. kat cikgu Saad..gigih lagi kreatif ajar lukisan==> buat bola durian dan cikgu Bedah ajar aku Trengkas sampai tercampak pensel hehhehe. Dan kawan2 aku yg jadi cikgu tanpa disangka2..
Selamat Hari Guru kepad Cikgu Bahasa Inggeris aku ... Sir Meor Zaiyan.... Jasamu akan aku kenang....Tak lupa pada Cikgu Azizah, cikgu sains aku yang berjaya membuatkan aku minat kepada sains... Cikgu Zul, guru sejarah yang amat lantang....n kepada semua cikgu-cikgu diseluruh Malaysia... Jasamu tiada galang ganti....
sy pernah ditampar guru wanita dlm darjah 3,
semasa peperiksaan Matematik, soalan bhgn bahagi,
ms tu bhgi mmg sgt ssh bg sy & xleh cathcup lg smpi final exam tu,
cikgu sy ajar sy jwb soalan ms tu jugak sampai tangan die naik ke muka....
since then, bahagi jd mcm kristal jernih dlm otak ni.
penangan tamparan wanita seorang guru.
tamparan yg ada berkat. huhu...
terima kasih buat cikgu saya yg juga merupakan guru kelas darjah 3.
CIKGU A'AYAH
saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 yang telah banyak berjasa dan mengajar dengan penuh dedikasi..terima kasih cikgu kerana begitu iklhlas mencurahkan ilmu agar kami menjadi insan yang berguna...