CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9861|Reply: 26

Letupan Bom Di Ipoh Pagi Tadi?

[Copy link]
Post time 7-6-2012 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Salam..

Pagi tadi ada kedengaran bunyi letupan laksana bom meletup di Ipoh.  Ada ke kome dengor?

Kengkawan aku di tingkat bawah bangunan suma kata siling bergegor.  Orang kantin pon kata atap deme bergegor.

Aku balik rumah tadi mak aku kata memang kuat bunyi meletup tu, rumah bergegor dan anak aku pon nampak siling rumah kami bergegor.   Ate siling bukannye berpaku pon..

Cube kome cerite macamana pengalaman kome pulak tadi, bagi yang di Ipoh le..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 08:02 PM | Show all posts
ye la weh..pg td kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:21 PM | Show all posts
aku ingt org kene tembak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 08:50 PM | Show all posts
ye la weh..pg td kan?
Loloq89 Post at 7-6-2012 20:02

Betoi..  Tapi aku dah tak ingat pukoi brape.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:52 PM | Show all posts
pagi time tu dlm kol 10 or 11 kot..ape bnde tu weh
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:01 PM | Show all posts
sape pulak jadi mangsa C4 ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2012 12:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by mslovex at 8-6-2012 00:34

Oh yang bunyi kuat tu pasal ada orang pecahkan batu bukit dekat pekan razaki la.
memang buat saspen betul bunyi tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 08:37 AM | Show all posts
Ai pun dgr jugak....masa tuh dalam pukul 10 ke 11...begegar weh kat opis nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 08:59 AM | Show all posts
kuat giler igt tgki ayor roboh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 10:03 AM | Show all posts
kak ros ada C4 sesape plak ke...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 10:14 AM | Show all posts
a'ah...ada dengor juge...bunyi dari atas bumbung..huhuhu..ingatkan ada meteor jatuh..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 12:27 PM | Show all posts
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 12:34 PM | Show all posts
amboih..satu ipoh bleh dengor.. pehhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 06:07 PM | Show all posts
amboih..satu ipoh bleh dengor.. pehhh
eniliana Post at 8-6-2012 12:34



   tu psl..kuat gile kot bunyi die
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 10:52 PM | Show all posts
Sabtu, 9 Jun 2012
Gegaran Luar Biasa Di Ipoh Cetus Tanda Tanya
Gegaran yang berlaku selama beberapa minit yang menimbulkan panik kepada penduduk sekitar bandar raya Ipoh dan Gunung Rapat pagi kelmarin terus menjadi tanda tanya kerana sehingga kini punca kejadian sebenar masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu dan masih belum dapat mengenal pasti puncanya.

Beliau berkata, siasatan masih dilakukan termasuk dakwaan beberapa penduduk sekitar Jalan Kampar kemungkinan berpunca daripada penggunaan bahan letupan oleh sebuah syarikat ketika melakukan kerja pembinaan sebuah bangunan di situ.

“Polis masih menyiasat dakwaan penduduk di Jalan Kampar terbabit yang mendakwa rumah mereka turut mengalami kesan keretakan dan gegaran akibat kesan letupan itu.

“Setakat ini, tiada pihak yang tampil mengesahkan punca gegaran itu dan kuari paling hampir ialah di Simpang Pulai tetapi siasatan mendapati tiada aktiviti menggunakan bahan letupan dilakukan pada masa kejadian.

“Polis menerima beberapa laporan termasuk aduan penduduk menerusi telefon mengenai gegaran itu dan saya sudah mengarahkan pegawai dan anggota menyiasat lebih lanjut puncanya,” katanya, di sini, semalam.

Kelmarin, beberapa penduduk di sekitar bandar raya ini dan kawasan Gunung Rapat termasuk di Politeknik Ungku Omar (PUO) panik apabila merasa gegaran luar biasa sehingga mengakibatkan premis masing-masing seakan bergoyang beberapa minit pagi kelmarin.

Dalam kejadian bermula jam 11.15 pagi itu, penduduk termasuk kakitangan dan pelajar PUO merasai gegaran sehingga menyebabkan tingkap pejabat serta perabot dalam premis pejabat bergetar hampir lima minit.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd Hanifah, ketika ditemui pemberita kelmarin memberitahu beliau sedang menghadiri mesyuarat bersama sembilan kakitangannya apabila secara tiba-tiba terasa bangunan seperti bergegar menyebabkan tingkap dan meja turut bergetar.

Stesen Meteorologi Ipoh yang dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan membabitkan gempa bumi manakala jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak pula berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu tetapi tidak dapat mengenal pasti punca kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 08:04 AM | Show all posts
Pelik pulak, ghiso teman mendengornye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 09:17 PM | Show all posts
ade kate askar belatih bom entah le mana yg betoi...

entah2 kentut teman
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:15 PM | Show all posts
udah ade ke jawapan atas kejadian diatas???
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 09:14 PM | Show all posts
wey. teman pon rase weh.
tengah dok tengok tv. tetibe rase bergegor dengan bunyi macam meriam.
mak speku cakap org DBI tembak anjing. hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 09:42 PM | Show all posts
Ada mana2 fighter tgh training ke test power,  kemungkinan sonic boom kut..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.091806 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list