CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3927|Reply: 41

Ape macam ade berani ka???

[Copy link]
Post time 10-6-2012 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Anwar Ibrahim didakwa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion dan dicabar TPM supaya mendedahkan accnya. So,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan itu. Bagaimanapun, ia hanya akan melakukannya sekiranya Muhyiddin yang membuat cabaran & dakwaan itu juga berbuat demikian.

P/S : He he he senang kata, bukan Muhyidin shj, Najib, Mahathir, Nazri dan seluruh menteri kabinet juga patut mendedahkan akaun masing-masing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 02:03 PM | Show all posts
buat apa muhyiddin nk tunjuk akaun dia?
dia menteri, tak da pelik jika duit dalam akaunnya juta2

yg pelik org dok dalam penjara, xda keja apa, tetiber duit ribu2 juta
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 02:46 PM | Show all posts
hahhhh...
dah kene dah...
perompak cabar penyamun...
dua2 dah kantoi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 04:06 PM | Show all posts
buat apa muhyiddin nk tunjuk akaun dia?
dia menteri, tak da pelik jika duit dalam akaunnya juta2

...
PEPPERMAN Post at 10-6-2012 02:03 PM



    menteri laa patut tunjuk akaun depa...
tunjuk skali slip gaji n senarai aset...
tgk logik dak nilai aset ngan pendapatan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 07:14 PM | Show all posts
menteri laa patut tunjuk akaun depa...
tunjuk skali slip gaji n senarai aset...
tgk logi ...
Ryu-NurESQue Post at 10-6-2012 16:06


Sebelum hang sibuk jadi ali domba baik hang tunjuk hang punya akaun, apa kata hang tunjuk apa ada dalam akaun bank kau kat sini amacam?.. apa reta yg ko ada tunjuk gak gak kat sini okay ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 08:19 PM | Show all posts
Sebelum hang sibuk jadi ali domba baik hang tunjuk hang punya akaun, apa kata hang tunjuk apa ada dalam akaun bank kau kat sini amacam?.. apa reta yg ko ada tunjuk gak gak kat sini okay ....
Mawlay Post at 10-6-2012 07:14 PM



pndptan aku kais pg mkn pg.. kais ptg mkn petang jah...
buat apa nk tunjuk2 kt org...
len la klu aku ni menteri ke, pengarah jabatan ker hapa ker,
mmg patut la nk declare reta2 aku kt awam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2012 08:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ryu-NurESQue at 10-6-2012 20:31

TPM tunggu apa lg???

PETALING JAYA 10 Jun:  Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan mempunyai aset dan wang tunai RM3 bilion.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian.

Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit.

Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya semalam, lapor Malaysiakini.

Anwar mengulas gesaan Muhyiddin yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:04 AM | Show all posts

Ape macam ade berani ka???

Si sembab ni dah terkena. Haha.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 12:22 AM | Show all posts
BILA LAH PM & KABINET MALAYSIA NAK ISYTIHAR HARTA????

PM India, 30 menteri kabinet isytihar harta

Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya semalam telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing.

Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).

Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).

Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan AK Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000).

Perisytiharan harta itu dibuat mengikut Kod Tatalaku bagi menteri.

Namun begitu tidak semua menteri mengisytiharkan harta mereka.

Seramai 72 daripada 77 menteri mengumumkan kepada awam harta peribadi mereka -- yang dilihat sebagai langkah mempromosikan ketelusan yang lebih meluas dalam kerajaan -- semasa parti memerintah sedang menghadapi krisis kewibawaan.

Sejak akhir-akhir ini gabungan United Progressive Alliance, yang diketuai Manmohan, berdepan tekanan hebat selepas berlakunya kes-kes rasuah besar seperti rasuah Sukan Komanwel dan penipuan telekomunikasi yang menjadi tajuk utama akhbar.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:28 AM | Show all posts
PM & Menteri Itali isytihar harta mereka...M'sia bila lagi???

PM Itali Miliki 16 Rumah & Pendapatan Sehingga Euro 1 Juta


ROM: Perdana Menteri Itali, Mario Monti memperolehi pendapatan sehingga Euro 1.01 juta setahun atau AS$1.34 juta di samping memiliki 16 buah rumah.

Jumlah aset dan pendapatan beliau terkandung di dalam borang deklarasi harta dan diterbitkan secara dalam talian sebagai sebahagian daripada polisi ketelusan kerajaan baru di bawah pimpinannya.

Monti, bekas seorang profesor ekonomi, juga mengisytiharkan memiliki bond dan dana pelaburan berjumlah Euro 11 juta.

Pengisytiharan aset yang dibuat secara terbuka oleh kabinet pimpinan Monti ini mendapat perhatian ramai sehingga laman web kerajaan yang menyiarkannya terpaksa ditutup kerana trafik yang terlalu tinggi.

Turut mencuri perhatian ialah deklarasi aset oleh Menteri Luar, Giulio Terzi yang mengisytiharkan memiliki motosikal Harley Davidson manakala Menteri Hal Ehwal Parlimen pula memiliki dua buah 'pondok batu' di kaki pergunungan Alps.

Monti mengantikan pemimpin kontroversi, Silvio Berlusconi yang berhadapan dengan skandal seks, sebagai perdana menteri pada November tahun lalu.

Berlusconi juga adalah pemilik kelab bolasepak terkemuka dunia AC Milan.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang, Paola Severino, yang juga merupakan seorang peguam terkenal sebelum dilantik sebagai anggota jemaah menteri merupakan penerima pendapatan tertinggi iaitu Euro 7 juta pada tahun 2010 sementara Menteri Pembangunan Ekonomi, Corrado Passera memperolehi pendapatan sehingga Euro 3.5 juta setahun.

Passera sebelum ini adalah pengerusi Bank Intesa Sanpaolo, iaitu salah sebuah bank terbesar di Itali.

Kata Menteri Undang-undang Severino, mereka yang memperolehi pendapatan secara sah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai tidak harus dipandang serong malah mereka patut dihormati kerana menjadi warga yang bertanggungjawab.

Menteri yang menerima pendapatan paling rendah ialah Menteri Perhubungan Antarabangsa, Andrea Riccardi yang mengisytiharkan pendapatan sebanyak Euro 120,309 sahaja pada tahun lalu.

mstar/-
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:06 AM | Show all posts
acc aku ada 15 billion rupee je. itupun kat tabung aji je tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:14 AM | Show all posts
isytihar harta ni bukan ke mmg patut dilakukan untuk menunjukkan ada ketelusan sbb dengan pangkat dan kuasa byk sgt memungkinkan korupsi...kan?
bila dah isytihar baru la senang nak bukti kan "saya bersih, x makan rasuah" n baru le lojik nak cabar org kanan kiri smua kan??

tatau la reason org lain, tp tu la cara aku berpikir
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:21 AM | Show all posts
berani ke mat sembab nak istihar harta dia dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:55 AM | Show all posts
saya sokong dua-dua org tu mendedahkan acc. , rakyat baru tau mau pilih siape
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:31 PM | Show all posts
itu anwar laa...biasa laaa...
dia hanya tau menjawab soalan dengan soalan....mamat auta seantero dunia....
selagi ada penyokong taksub yang bodoh melantun lantun dok percaya kat dia selagi tu la dia akan tetap berbohong dan terus berbohong....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 01:39 PM | Show all posts
itu anwar laa...biasa laaa...
dia hanya tau menjawab soalan dengan soalan....mamat auta seantero du ...
geolimarkisa Post at 11-6-2012 12:31



    ko nih cerdik melantun2 la gamoknyer yer... sebab tu kena tipooo jek ngan ameno...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 02:24 PM | Show all posts
ko nih cerdik melantun2 la gamoknyer yer... sebab tu kena tipooo jek ngan ameno...
Don Henley Post at 11-6-2012 13:39


cerdik melantun lantun la pada hang........
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:40 PM | Show all posts
ha.. ha.. si penakut kaki putar alam ni biasalah.. jawab soalan dengan soalan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:44 PM | Show all posts
jawab sajalah; ITU TIDAK BENAR
kemudian baru cabar org lain..

kalau dia jawab; KALAU DIA TUNJUK, BARU SAYA TUNJUK..
sahlah..
(DARIPADA KENA SORANG BAIK KENA BERDUA..)
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:45 PM | Show all posts
modal pencacai PR ni tu je la....

kene tipu dek UMNO je la medalnye...

tipu ke hulu tipu kehilir....tak berkembang langsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.293910 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list