CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4706|Reply: 24

Cerpen: Aku Tak Berdosa

[Copy link]
Post time 28-6-2012 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nicki_Meow at 28-6-2012 10:30

Sejuk…sejuk…sejuk. Ini yang aku rasa saat ini. Aku rasa beberapa jam yang lalu keadaan amat gelap tapi kini aku dapat lihat sedikit samar-samar cahaya. Aku cuba membuka mata tapi pandangan ku berbinar-binar. Mataku tutup kembali.


Aku cuba memanggil-manggil seseorang untuk membantu tetapi tiada yang datang. Mungkinkah mereka tidak mendengar? Di manakah aku kini? Mana rumahku yang selesa itu? Tempat ini sejuk, kotor dan busuk. Aku tidak mahu berada di sini.


Aku cuba mengerakkan tangan dan kaki. Hanya jariku yang bergerak-gerak. Aku mendengar bunyi-bunyian. Bising! Pastinya bunyi itu menenggelamkan suaraku ini. Tolonglah… aku mahu pulang. Aku mahu kembali ke alam arham. Walaupun sunyi, aku suka disana. Walaupun gelap, aku selesa di sana. Walaupun sempit, aku di selamat disana.


Apalah dosa yang telah kulakukan? Mereka kata aku ni satu anugerah. Mereka kata aku ini satu Rahmat. Mereka kata aku ini cahaya mata. Tapi kenapa aku terbiar di sini? Aku hanya mampu merintih lagi.


Ya ALLAH


Telah KAU katakan padaku, akan ada satu malaikat di sisiku apabila aku hadir ke dunia. Akan dia jagai aku setiap masa. Akan dia sayangi aku setiap masa. Akan dia indungi aku setiap masa dengan seluruh jiwa-raganya. KAU katakan malaikat itu akan mengajarku untuk berdoa kepada-Mu. Malaikat itu akan membantuku mengingati-Mu. Malaikat itu akan menolongku menyembah-Mu. Di mana dia Ya ALLAH ? Aku kecil, aku lemah. Hanya pada-MU aku memohon. Andainya aku ini tidak berharga, KAU kembalikanlah aku ke syurga-Mu. Aku lebih gembira di sana.


Aduh! Sakit!


Ada sesuatu merayap di atas badanku. Terasa sesuatu menggigit kulitku. Pedihnya… Apa ini? Aku cuba untuk menepis namun untuk mengangkat tangan pun aku tidak mampu.


Terdengar bunyi yang lebih asing. Semakin lama semakin dekat.


Ya ALLAH, selamatkanlah aku. Andai begini caranya untuk aku kembali kepada-MU, aku redha.



***************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2012 10:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 28-6-2012 12:11

Warrffff….warffff…

“Shoohhhh….” Sebatang kayu di baling ke arah anjing lalu ia pun lari. Razif memandang anjing itu sehingga hilang dari pandangan. Dalam hati, dia cuak juga. Mana tahu itu anjing gila.

Selepas itu, matanya terpandang bungkusan di tepi semak. Dia menoleh ke arah Lani yang seperti di pukau dan matanya juga mengarah ke bungkusan di tepi semak.

“Kau rasa apa yang aku rasa?” Lani bertanya.

“Apa kau rasa? Budu?” Razif menjawab dengan pertanyaan.

“Tu….” Panjang muncung Lani mengarah ke bungkusan itu. Perlahan-lahan Razif melangkah namun sempat di tahan oleh Lani.

“Kenapa?” Razif pula bertanya.

“Mana tau, kot ada penunggu ke.. apa ke…”

“Bodoh! Aku dah kata. Jangan tengok cerita hantu banyak sangat… kau degil” Sergah Razif. Jengkel dengan Lani yang penakut.

Razif berjalan lagi ke arah bungkusan itu. Lani juga mengikut dari belakang. Dengan gaya spy, mereka berjalan terjengket-jengket ke arah bungkusan suratkhabar di tepi semak.

“Jip…”

“Apa?”

“Baca Bismillah…”

“Bismillahhirahmanirrahim…”

Dengan perlahan-lahan, Razif membuka bungkusan suratkhabar itu. Kedua-dua mereka ternganga. Selama ini, mereka hanya membaca di media cetak dan media elektronik. Tapi sekarang, mereka nampak di depan mata.

“Kita nak buat apa ni?” Lani bertanya. Razif tidak menjawab. Mereka saling berpandangan.


****************************

Dialog di atas adalah rekaan semata-mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 10:26 AM | Show all posts
KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah tidak menyangka gumpalan kertas surat khabar berlumuran darah yang ditemuinya semalam dalam perjalanan ke sekolah, mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup.

Mohd Razif Zaid, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas di sini berkata, dia menemui bayi berkenaan dalam kertas surat khabar di tepi semak ketika berjalan ke sekolah bersama seorang rakan pukul 7.20 pagi.

"Saya bersama rakan terkejut apabila ternampak kertas surat khabar itu penuh dengan darah di tepi semak dan apabila mendekati melihat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di situ.

"Saya kemudian memberitahu pekerja kantin sekolah mengenainya sebelum dia (pekerja kantin) menghubungi polis untuk tindakan seterusnya,” kata Mohd Razif kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Pelajar itu berkata, bayi itu masih bertali pusat dan tidak menangis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan susulan.

Source: http://josrevalution.blogspot.com/
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=659162&extra=page%3D8


******************************************************

THE END
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 10:35 AM | Show all posts
good work! waaaa......aktifnyaaa....galak sungguh jari menaip ye?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 11:10 AM | Show all posts
laaa dah the end..

pnjngkan lah sikit , ada orng ambik buat anak angkat ke ,bila dah besar apa kesan / perasaan budak tak sah taraf ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 11:20 AM | Show all posts
sikit ny lahai cerpen dia. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2012 11:42 AM | Show all posts
Wah! Nicki... cayok! maknanya yg kat atas sekali tu menggambarkan perasaan si bayi lah ye? Itulah kan? Ibu2 yg tak berperasaan ni tak pernah nak letakkan diri derang pada bayi yg derang nak buang tu...

Mcm saranan kat atas, lagi best kalau hang pjgkan cerita.... jadi anak angkat, kena kutuk dgn kwn2 dari kecik sampai besar, jadi org yg kuat semangat utk bina kehidupan, dah dewasa jadik org berjaya pastu.... bla bla bla... hahaha.... itu kalau nak drag jadik novel pjg sampai bukak 2 3 rumah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 11:57 AM | Show all posts
Reply 4# kambeng_masam

Thanks Beng....

Saja2 je gatal jari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2012 11:59 AM | Show all posts
laaa dah the end..

pnjngkan lah sikit , ada orng ambik buat anak angkat ke ,bila dah besar apa  ...
awanjingga Post at 28-6-2012 11:10


Tak ada news yang baby tu dijadikan anak angkat.....

Hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 11:59 AM | Show all posts
Reply 6# alyn93

Memang sikit je kali ni... sorrylah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 12:08 PM | Show all posts
Reply 7# ladyFinger12

Haah...cheq membayangkan keadaan baby tu.... sedey kan? Sorang-sorang tunggu masa nak di selamatkan / tunggu kena tarik nyawa jah....

Cerpen aje dulu. Next CERPAN in progress. Cuba menulis dengan lebih serius / berat tapi macam tak kena dengan jiwa jah. Tu yang otak tepu memanjang.

And since Lady dah post Ya Maulana, kita layan dulu cerita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 12:20 PM | Show all posts
Reply 10# Nicki_Meow


    alala. x yh la nanges yunk oi. x pe la skit pong, nanti2 ade mase, buat la cerpen baru yeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:37 PM | Show all posts
Reply  ladyFinger12

Haah...cheq membayangkan keadaan baby tu.... sedey kan? Sorang-sorang tunggu ...
Nicki_Meow Post at 28-6-2012 12:08



    pasneh buat pulak dari aspek ibu yg termengandung tu sindri pulak...ceritalah macamana dia bermain dgn perasaan dia kan...bukan senang nak buang bayi ni sebenarnya...mesti si ibu muda tu berperang dgn perasaan dia...pre n post buang bayi tu...camne dia rasa bersalah ke idak...kena tangkap lagi...kalau  bley masukkan sekali unsur2 keluarga yang halau dia dari rumah disebabkan termengandung...pastu bf tinggai bodoh je...haha....

byk lak cengkadak beng ni yer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 04:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 28-6-2012 16:52
pasneh buat pulak dari aspek ibu yg termengandung tu sindri pulak...ceritalah macamana dia ...
kambeng_masam Post at 28-6-2012 16:37


Yang sebenarnya Beng... memang tengah menggarap pasal itu...

Perasaan ibu yg mengandung anak luar nikah, perasaan mak bapak, reaksi mak bapak, persepsi orang luar, isu pak sanggup dan beberapa selingan lain. Masih dalam proses...dan otak ku ini tidak mahu bekerja sama
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 11:48 PM | Show all posts
Yang sebenarnya Beng... memang tengah menggarap pasal itu...

Perasaan ibu yg mengandung anak  ...
Nicki_Meow Post at 28-6-2012 16:49


kalau otak tanak bekerjasama....mintalah tulong dengan perut pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 10:38 AM | Show all posts
Memg cerita pendek sungoh la... X sempt nk feeling2 dh slesai...tp ok la mnrik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2012 11:10 AM | Show all posts
Tak ada news yang baby tu dijadikan anak angkat.....

Hehehehe
Nicki_Meow Post at 28-6-2012 11:59



    laaaa..mmg lah xkluar kt srtkabar kata dah ada org ambil

kdg2 kesian dgn nasib dorg atas kesilapan org lain tp dah tu takdir dorgkan..

pernh satu kes budak tak sah taraf ni permpuan ,  suka mencuri smpai org duk kata mula2 mncuri lama2 jual diri plak..
apapun tabah dia teruskan kehidupan , dari mencuri berkerja kat kilang , dgr kata dh berkahwin..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 01:15 PM | Show all posts
Yang sebenarnya Beng... memang tengah menggarap pasal itu...

Perasaan ibu yg mengandung anak  ...
Nicki_Meow Post at 28-6-2012 16:49


mohtippppp pendek sgt
lain kali watlah panjang banyak brlah ada fefeeling nak marah geram dan sakit hati serta kesian dan sedih, camnie mmglah x menyempat kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 01:22 PM | Show all posts
dah abis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 01:59 PM | Show all posts
Mungkin secara kebetulan sbg pengajaran.....
saya dah jumpa 2 pasangan mereka terlanjur sblm berkahwin.
Untuk menutup malu anak mereka diserahkan kepada org lain.
(nak tutup malu sbb ada isi sebelum naik pelamin).

Setelah mereka bernikah sehingga sekarang mereka tidak dikurniakan anak.....
balasan ALLAH ada zuriat sendiri bagi pada org lain sbb nak tutup malu......

tgk jelah anak awak tu org lain pelihara....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.699350 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list