CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20643|Reply: 28

Sebab Jasad Firaun Terpelihara Hingga Kini

[Copy link]
Post time 10-7-2012 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Sebab Jasad Firaun Terpelihara Hingga Kini






Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.




Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.




Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.







Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.




Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.




Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Nabi Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.





Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


kredit kepada kawanku mr dracula...
klo dah ade tolong delete....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2012 09:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by system_failure at 10-7-2012 21:16

salah ni...

Firaun yg mengejar dan memburu Nabi Musa adalah Firaun Merenptah.


1- Nabi Musa hidup pada dua zaman firaun
2- Firaun Ramesses II diakui kejam dan sgt hebat pada zaman kemuncaknnya tetapi tidak pada zaman usia senja beliau
3- misteri mumia Firaun Merenptah



sedikit clue utk TT:
untuk no 1 tu, sila bandingkan silang umur Ramesses II, Nabi Musa, dan Merenptah. pastu sila refer peristiwa Nabi Musa dan bani Israel yg keluar beramai2 dari Mesir dan lihat semula bilakah baginda masuk semula ke Mesir utk menyambung dakwah dan kenapa baginda diarah utk 'berhijrah' pada waktu kejadian.
untuk no 2 pulak, sila refer pola atau corak pemerintahan pada waktu2 terakhir Ramesses II. Dia dikatakan merupakan pemerintah pertama didunia yg memperkenalkan 'perjanjian damai' dan 'sudah tidak berminat' lagi dalam hal ehwal peperangan.
utk no 3 pulak, mumia Merenptah tidak ditemui pada makam beliau. Ianya ditemui bersama2 dgn 18 mumia lain didlm makam Amenhotep II. Bukti DNA mengesahkan ianya adalah Merenptah, anak kpd Ramesses II dan Isetnofret.
Knpa ianya tak dimakamkan kat makam beliau?
Mayatnya kelihatan elok dan sempurna... itu adalah pada pandangan biasa... tetapi sila refer pada laporan perubatan tentang organ2 dalaman dan tulang temulang dia yg hancur akibat hentaman yg sgt kuat (seperti jatuh terhempas dari tempat tinggi atau dihempas oleh sesuatu tekanan yg sgt kuat yg datang dari semua arah)




p/s: penemuan garam pada proses pengawetan mumia adalah perkara biasa bang......
sgt kelakar lagi bila terbayangkan firaun ramesses II yg tua itew sedang mengejar Nabi Musa sambil berkuda / berkereta kuda ?... ataupun sambil berlari?... hahaha
dan yg paling penting,
sila refer laporan perubatan Ramesses II.. dia mati kerana?............ jeng jeng jeng.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:28 PM | Show all posts
When Howard Carter opened Tutankhamen's tomb in 1925, he eagerly seized the golden objects, then had the mummy moved outside where temperatures above 100 degrees caused the tissues to burst.

Using "hot knives," Carter cut the body away from the resin that glued it in place, unwrapped the bandages and impatiently broke the hands and skull in his rush to get hold of the gold bracelets and mask. Likewise, the feet broke as he took the gold from the sandals. When the corpse was picked clean, he had it stuffed, in pieces, back into its coffin.


Carter was interested in treasure, not the pharaoh's remains. Egyptologists of that time did not value mummies for what they can reveal about antiquity, especially the pharaohs' health, hereditary diseases and the causes of deaths.

Ancient Egypt has drawn international attention since the 19th Century, when British, French and American scholars carved out scholarly "spheres of influence." The pharaohs, in particular, interest Jewish, Christian and Moslem scholars for the role they played in the Exodus.

Archeologist Maurice Bucaille, author of "Mummies of the Pharaohs" and a member of the French Society of Egyptology, was instrumental in arranging the first journey of a Pharaonic mummy outside Egypt. In September, 1976, following the Paris opening of an exhibition on Rameses II, Rameses' remains arrived in Paris for examination by French experts at the Musee de l'Homme.

Bucaille wanted to examine Rameses II and his son, Marneptah, because he suspected Rameses was the Pharaoh in Exodus who ordered the death of first-born Hebrew boys, and Marneptah his successor who chased the Hebrews across the Red Sea. Bucaille's "ultimate goal was to establish the exact causes leading to the death of this pharaoh (Marneptah), who we thought to be the pharaoh of the Exodus."

Originally published in French in a slightly different version, Bucaille's "Mummies of the Pharaohs" has either lost something in translation, or the Academie Francaise, which awarded it the 1988 history prize, has standards that do not weigh historical and scientific evidence.

Rameses' mummy became a cause celebre when it was returned to Cairo; experts alleged it had been maltreated. Bucaille defends the French effort to preserve the mummy and denounces those who accuse him and his colleagues of malfeasance. This book, then, has a dual purpose: to defend the efforts made in France in 1976, and to convince the reader that Rameses and Marneptah are the biblical pharaohs.

Modern medical techniques, Bucaille tells us, have detected bilharzia eggs in mummy kidneys (proof that schistosomiasis was rampant then as it is today), cirrhosis of the liver and anthracosis of the lungs. Chemical tests have disclosed embalming methods. And scanning microscopes have revealed parasitic biological agents such as fungi, insect larvae and bacterial agents at work in decaying mummies.

For Bucaille, science is a tool of religion: Technology can be used to preserve the mummies of the pharaohs, which are in themselves valuable because they are a tangible connection to Moses, and thus, to God. He explains his passion: "Having looked at those closed eyelids, I was certain beyond the shadow of a doubt that Rameses II knew Moses personally."

Bucaille buttresses his conclusion that Marneptah was the Exodus Pharaoh with quotations from Scripture. Pharaoh personally pursued the Hebrews at the head of his army to the "sea of rushes" into which the waters returned, covering "Pharaoh and his host" so that "no one of them remained."



Bucaille moves on to the Koran, Sura, 10, verses 90 to 92, which elaborates on the Bible by explaining what happened next: Pharaoh's body was found on the very same day and was thus not immersed in water. This fits Bucaille's evidence; the skull of Marneptah, which he examined, was crushed as if by a great wave, and the body that was not waterlogged--that would have prevented mummification.

This is fine evidence for believers, but not for those who do not accept the Bible literally. The story of Moses is a tale about events sometime in 13th Century BC that was not written down for at least 300 years. The Koran was written in 7th Century AD, some 2,000 years after the events.

"Mummies of the Pharaohs" is filled with fascinating medical information about life in ancient Egypt. It is also filled with a surfeit of self-congratulatory remarks and finger-pointing.

BOOK REVIEW : A Shred of Proof About Pharaohs : MUMMIES OF THE PHARAOHS; Modern Medical Investigations by Maurice Bucaille , translated from French by Alastair D. Pannell and Maurice Bucaille ; St. Martin's Press
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:55 PM | Show all posts
salah ni...

Firaun yg mengejar dan memburu Nabi Musa adalah Firaun Merenptah.


1- Nabi Musa h ...
system_failure Post at 10-7-2012 21:09

   Firaun yg mengejar dan memburu Nabi Musa adalah Firaun Merenptah.



1- Nabi Musa hidup pada dua zaman firaun


mcm dlm picca bwh  ne ka "erorr number 9"...


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 10:34 PM | Show all posts
untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.


First of all, sapa tak kenal Firaun?? urang putih panggil dia Pharoah. Tiap2 kali kisah  Musa je, nama Firaun musti muncul Tiap2 kali kisah Musa je, nama Firaun musti keluar. hasilgoogle ak.. Firaun ni sebenarnya gelaran ajerr, buat King yang memerintah mesir at that time. nak buat ceter ,firaun ni perasan dia tu Tohan dan jugak sejahat-jahat makhluk. So seme urang kena patoh sembah and takut dengan dia.


Sejauh ini telah banyak studi yang dilakukan untuk mengidentifikasi sapakah Fir'aun yang sedang berkwasa saat peristiwa keluarnya(exodus) Musa beserta Bani Israel dari tanah Mesir.
calon2nya:
Ahmose I (1550 bc - 1525 bc)
Thutmose I (1506  bc- 1493 bc)
Thutmose II (1494  bc- 1479 bc)
Thutmose III (1479  bc- 1425 bc)
Amenhotep II (1427  bc- 1401 bc)
Amenhotep IV (1352  bc- 1336 bc)
Horemheb (sekitar 1319 bc- 1292 bc)
Ramesses I (sekitar 1292  bc- 1290 bc)
Seti I (sekitar 1290  bc- 1279 bc)
Ramesses II (1279  bc- 1213 bc)
Merneptah (1213  bc- 1203 bc)
Amenmesse (1203  bc- 1199 bc)
Setnakhte (1190  bc- 1186 bc)

dari bnyak calon diatas ..nama Ramesses II (1279  bc- 1213 bc)selama ini memang kerap dikaitkan sebagai Fir'aun yang sedang berkwasa pada saat itu. Ia merupakan sosok Fir'aun terbesr dan terkwat yang penah memimpin peradaban Mesir kuno. Ramesses II juga merupakan salah satu Fir'aun yang paling lama berkwasa, yakni 66 tahun lamanya.

kerana perangainya  kuku besi terhadap masyarakat kelas bawah, membuat para pnkaji banyak mmbuat bespekulasi dengan menyebutkan ia sebagai king yang memperbudak bani israel.setakat kini maseh mnjadi tanda ?, bukti arkeologi yang benar-benar masih samar . Selain itu periode masa idupnya jugak dikatakan tidak ngam dengan kemungkinan terjadinya peristiwa keluaran (exodus) mngikot kkajian para ahli kitab yang mngguna metode penelitian kronologi dalam catatatan peninggalan mesir kuno dengan waktu keluaran pasa kitab suci mereka, mereka mngatakan ,peristiwa exodus berlaku  sekitar 1400bc , kemungkinan peristiwa itu terjadik pada waktu mesir kuno dibawah pimpinan king-king dinasti ke-18.


dan ak yakin ramai yang belum tahu yang bahawasanya, Nabi Musa ni sebenarnya dia pelat...nak tahu mcm mana??..Ok mari kiter walk down memory lane sejarah  Musa.

Source of tis story :
90% from quran 10% from Googling

kiter trus ke kisah dimana One day, Firaun tengah maen2 dengan baby Musa and Asiah. Masa maen2 tu, baby Musa pi carik2 janggut Firaun. Sebenarnya memang dia suka benor baby tu duk maen tarik janggut  tu. Tiap kali maen, dia tarik. Tiap kali maen, dia tarik.

So one day ni Firaun terus cam...trpikirr menung jap... wait a minute. Tah tah budak ni yang nanti akan hancurkan ak. Asiah pula cam, abang nii biasalah tu baby main2. Tapi Firaun tak puas hati. Dia cam okay lah fine. If betul budak ni nanti yang akan challenge aku, sure lah dia dari bayi pun dah pandei kan. So mari kiter test! sama baby

Nak tau apa dia test? Dia pegi letak ketulan bara api and ketulan emas depan baby musa. Pada dia, if this baby is so smart, for sure dia akan amik ketulan emas. So, if dia amik emas, akan ku bunuh! kata firaun.Bila Musa tengok ada benda depan dia, as a baby, biasalah seme menda nak amik kan. So tangan dia pun dihulurkan nak capai ketulan emas tu. Tapi masa tu lah datang laamalaikat Jibril datang to the rescue and tepis tangan Musa and makanya, teramiklah dia ketulan bara api instead.

baby kan. seme menda nak masuk mulut. musa pun sama. Dia masukkan bara api dalam mulut dia. Apa lagikk. Meraung seraung raungnya. Habis melecur lidah.

Asiah sangat marah dengan Firaun masa tu. Dia cam haaa puas hati u? ngan budak kecik pun nak buat perangai. Asiah pun pujuk la  musa tapi pedih kot lidahhhh!! musa tak berenti2 nangis tapi  muker Firaun suka sebab dia cam, haaa lega hati ak budak ni bodoh so takpe bleh simpan.kakakakakaka.. Padahalllll.

So itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana musa boleh pelat. Percakapan dia tersekat-sekat. Disebabkan kekurangan dia itu, dia mohon pada Maha kuasa to naikkan darjat Harun menjadi Nabi sebagai peneman and tukang cakap dia pada Bani Israel masa tu aka  spokeperson . w.a
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 11:00 PM | Show all posts
Allahuakhbar!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2012 11:13 PM | Show all posts
alhamdulillah..dia dapat hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 01:09 AM | Show all posts
cer teka berapa ramai nabi yg diutus ketika dinasti yg ke 18 ?

umum mengetahui terdapat 2 Rasul (Nabi Musa dan abangnya Nabi Harun) serta seorang lagi nabi (Nabi Yusya') diutus sekaligus pada masa yang sama... itu sudah cukup menandakan betapa kufurnya firaun yg memerintah ketika itu...

ok now,
siapa lagi nabi2 lain selain dari 3 yg dah disebut kat atas?
korang pasti akan terkejut bila mendapati ada nabi yg terdiri dari bangsa mesir selain dari bangsa israel sendiri..
bukan itu je..
korang pasti akan lebih terkujat bila mendapat tahu ada diantaranya adalah Firaun itu sendiri..



Mengapa Al-Quran menyebut firaun secara general dan bukan secara spesifik?
Adakah kerana nama masyarakat mesir berbeza sebutannya dengan masyarakat arab?
Bagaimana pula dgn Qarun dan Haman?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 02:10 AM | Show all posts
Reply 8# system_failure


   jadi apa sbnrnya yg ingin disampaikan oleh system_failure? laporan tt salah, atau alquran salah atau macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 02:41 AM | Show all posts
banyak lagi kajian saintis barat ni sebenarnya dah ada dalam Al-Qur'an..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:18 AM | Show all posts
iols teruja ngan cerite nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:27 AM | Show all posts
nnti la wa baca..wa nak book mark dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:09 AM | Show all posts
good info!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:34 AM | Show all posts
good info..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 12:45 PM | Show all posts
Hmm, seronok baca komen masing2... tak sabar nak tunggu hasil terakhir perdebatan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 02:32 PM | Show all posts
Reply 8# system_failure

sy pernah baca gak pasal nabi yang ramai tu... tp buku kat rumah...tulisan penulis yahudi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply 8# system_failure

maaf klu bertanya..betulkah nabi Harun adalah abg kpd nabi Musa...?..

sbb sy pernah baca artikel bhw nabi Harun ni sbg sahabat kpd nabi musa


nabi musa suka bw bersama nabi Harun ketika berdakwah sbb nabi Harun terkenal dgn kepetahan berhujah & berkata-kata....


maafkan klu sy salah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 06:03 PM | Show all posts
cer teka berapa ramai nabi yg diutus ketika dinasti yg ke 18 ?

umum mengetahui terdapat 2 Rasul ( ...
system_failure Post at 12-7-2012 01:09



   Akhenaten kan? Dia sorang jer yg smbah satu tuhan, len sembah mcam2. Tapi time anak dier dorang revert balik tu the original belief of polytheism.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 01:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by system_failure at 13-7-2012 01:25
Reply  system_failure jadi apa sbnrnya yg ingin disampaikan oleh system_failure? laporan tt salah, atau alquran salah atau macamana?
The_Spirit Post at 12-7-2012 02:10



tak mungkin al-quran salah... apa la hang ni....
cuma pendapat yg mengatakan Ramesses II adalah firaun yg tengelam di dasar sungai nil tu yg salah...
sebenarnya ianya adalah Firaun Merenptah.
teka teki siapakah firaun itu, adalah tugas kita sendiri utk selongkar... takkan semua nak disudu?...  lemak berkrim betul.... jgn hanya membaca, tapi kena memahami... itu konsep sebenar mengaji Quran..

so bila kita dah dpt tahu siapa firaun tu, konfem kita akan tahu kebenaran lain selepas buat post morterm... nggak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 01:28 AM | Show all posts
Reply 17# Donatello86


bro,
senarai nabi yg wajib diketahui oleh umat islam hanya 25 org sahaje...
tak susah pun...
nenek aku pun reti me-wiki...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.161677 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list