CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153844|Reply: 649

[Penerbit] ** BUKU FIXI **

[Copy link]
Post time 13-7-2012 01:54 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by curiouscat at 13-7-2012 23:22

Buku Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.

Website:http://fixi.com.my/

Aku kenal Buku Fixi waktu mencari novel Melayu yang berunsurkan Pulp Fiction. aku kurang minat membaca novel Melayu biasa yang lebih sinonim dengan jiwangnya (no offence ya, sebab kadang2 aku baca juga, dan ada juga beberapa yang aku suka macam Lagenda Budak Setan).

Cari punya cari, thanks to google aku berjaya jumpa Buku Fixi punya website. Yang bestnya pasal kedai Fixi online ni, dia sediakan 1 bab bagi setiap novel yang dijual. Bagi bab yang disediakan, bakal pembeli boleh download bab tu dan baca dulu secara percuma. Agak2 berkenan boleh proceed dengan pembayaran.

Tak semua kedai buku menjual Buku Fixi. Kedai buku standard yang menjual Buku Fixi ialah Kinokuniya, MPH, Popular. Terdapat juga kedai2 buku kecil yang menjual Buku Fixi, tapi kena rajin cari la. Tapi paling senang beli je kat kedai Fixi online, pilih buku, setel bayaran, bagi alamat dan details, buku kena pos, posmen hantar depan rumah, baca

Gaya bahasa novel Fixi adalah lebih santai, terkini, ringkas dan straight to the point. Bahasa dan ayat yang digunakan juga adalah sama dengan bahasa seharian kita seperti carutan, makian, gurauan tu semua ada dalam novel Fixi. Bukan bahasa zaman toknenek kita dalam TV tu . Tapi aku rasa budak bawah umur dan yang tak akil baligh lagi tak boleh baca novel keluaran Fixi, hehehe.

Aku dah memiliki hampir kesemua novel Fixi, hampir kesemua sebab baru2 ni Buku Fixi baru sahaja menerbitkan 2 lagi novel baru (banyak pula perkataan baru ), maka aku belum ada kesempatan nak order lagi.

Keunikkan novel Fixi terletak pada tajuk setiap novel. Semua novel Fixi menggunakan hanya 1 perkataan sahaja sebagai tajuk novel. Ini memang syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbitan urban ini yang mana tauke besar syarikat penerbitan ini ialah Amir Muhammad (boleh google siapa beliau kalau tak kenal )

   
Pecah hasil karya Khairulnizam Bakeri.

Sinopsis dan bab 1 novel PECAH---> KLIK

Buku Fixi pertama yang Cat baca ialah PECAH. Sebab PECAH la aku sentiasa update koleksi Buku Fixi.

Review: Cerita jenis berepisod mengikut bab, plot bagi setiap bab berbeza. Gaya penceritaan ini membuatkan pembaca tak sabar nak habiskan baca novel ni. Semakin mendekati bab akhir, semakin nampak kaitan antara plot2 yang berbeza tu dan persoalan yang ada kat minda pembaca akan terjawab satu persatu. Menarik kan? Siapa minat penyiasatan ala2 CSI dan jenayah, aku sarankan baca la buku ni. Tak rugi. Ada juga diselitan kisah cinta, keluarga, konflik, persahabatan, kerjaya dan tak lupa juga babak memberahikan

Nak warn awal2, kepada bakal pembaca jangan predict jalan cerita. Anda mungkin kecewa dan terkejut

Harap forumers cari lain boleh buat review juga mengenai Buku Fixi yang telah dibaca. Nanti aku post lagi review Buku Fixi yang dah Cat baca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 06:15 AM | Show all posts
antara novel FIXI yang aku suka "Kasino", "Kougar", "Dendam"..
"Tabu" dan "Kelabu" aku tak minat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 06:16 AM | Show all posts
aku sangat merekomenkan baca "Dendam"..kaji stail penyampaiannya yang lain dari novel2 biasa yang dibaca. ala2 baca report gitu. ringkas dan padat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 07:51 AM | Show all posts
setakat nie aku baru beli Pecah dan dendam. aku ingat ujung bulan nie nak beli kelabu.....tapi ada yang komen x memberangsangkan, aku x jadi belila. so ujung bulan nie nak beli kasino dan kougar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 09:19 AM | Show all posts
aku sangat merekomenkan baca "Dendam"..kaji stail penyampaiannya yang lain dari novel2 biasa yang di ...
lennonmccartney Post at 13-7-2012 06:16


Dendam antara fav Cat. Kuat motif cerita ni. Kalau tengok cover macam kurang menarik, tapi isinya sangat padat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 09:23 AM | Show all posts
setakat nie aku baru beli Pecah dan dendam. aku ingat ujung bulan nie nak beli kelabu.....tapi ada y ...
bby2124 Post at 13-7-2012 07:51


Kelabu antara my least fav. Suspens cerita tu ada, tapi expectation untuk Buku Fixi tinggi sebab aku baca Pecah dulu. Lepas baca rasa kecewa sikit tu ada. Dah la Kelabu antara novel yang paling tebal Fixi. Tapi gaya penulisan yang santai tu memang ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2012 11:34 AM | Show all posts
baru habis baca kasino

gila kentang cite ni hahaha ... will try the orther books
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 12:38 PM | Show all posts
Reply 7# hanezz

Kasino. Jenama besar dan berprofil tinggi semua dalam novel ni, banyak yang aku belajar dari novel. Dari tak tahu kepada tahu. Cerita pun boleh tahan. Cover apatah lagi. Siap ada dua version cover
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 12:52 PM | Show all posts
pada pendapat personal TT cara penyampai dia mcm mana??? ye la nk di banding kan dengan RAM (ramlee awang M) yang dah glamer tu.......first time dengar buku fixi dan mcm best je......aku pun mcm TT gak,bukan peminat buku cite jiwang2....susah nk hadam cite jiwang2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 01:33 PM | Show all posts
Untuk info, PECAH akan menemui penonton dilayar perak pada awal tahun depan. Novel pertama terbitan FIXI yang diangkat ke medium filem. Novel PECAH juga telah diulang cetak dan boleh didapati dalam bentuk kulit keras.


*secara peribadi, penerbitan FIXI mewarnai dunia buku tanahair. Cuma aku kurang sedikit dengan konsep pulp fiction yang membenarkan bahasa slanga/percakapan/carutan dalam novel terbitan mereka. Prinsip pembacaan aku adalah bahasa percakapan adalah berbeza dengan bahasa penulisan selaras dengan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang lebih bersifat kalis zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 02:02 PM | Show all posts
selain FIXI cuba juga novel2 keluaran LEJEN PRESS..of coz bagi aku Dendam dan Kasino antara novel terbaik FIXI selain Kougar..Kasinon ni aku boring skit kat part tentang hero dia guna jenama tu jenama ni..terlalu dihighlightkan kemewahan tu sangat..so aku skip2 la baca..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 03:42 PM | Show all posts
Reply  hanezz

Kasino. Jenama besar dan berprofil tinggi semua dalam novel ni, banyak yang aku be ...
curiouscat Post at 13-7-2012 12:38


actually ada juga terbaca review psl fixi ni .. tp belum ada kesempatan nk beli/baca ... semalam fixi ada bukak booth kat tpt aku keje .. pastu budak yang jaga booth fixi ni terlebih friendly lah pulak .... kebetulan masa tu aku sorang tu .. byk lah yang dia boleh cite ... kebanyakan buku fixi yang ada tu dia dah baca .. dia cite kat aku lah mana yang best ... dlm byk2 buku yg dia cite tu aku mcm tertarik pada kasino hahaa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 03:46 PM | Show all posts
pada pendapat personal TT cara penyampai dia mcm mana??? ye la nk di banding kan dengan RAM (ramlee  ...
shiro82 Post at 13-7-2012 12:52



shiro ... klu ko tak suka yg jiwang2 ni aku rasa boleh je ko layan fixi ni ... bagi aku ... penulis fixi (base on kasino) ... sgt telus dan berterus terang dalam penyampaian... walupun dia bukan guna nama sebenar .. tp ko dah boleh agak siapa/mana maksud yg ditulis ... aku ni masih ada saki baki kasino (baru habis baca mlm td) .. mmg aku gelak sorang2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 03:55 PM | Show all posts
Reply 13# hanezz

ye ke??...elok la. since aku mmg tak pernah dengar buku dari fixi. biasa dengar yang karangkraf,buku prima gitu je.. Buku dia rege mahai x??.....sbb tgk dalam link yang TT bagi. dah godek2 dia x letak rege....cuma bila tgk,muka surat dalam 300+ gitu. Nak la try beli,menarik ni.

beli buku jiwang2,tahun bila nk habis pun x tau la...baca separuh campak tunggu dapat mood balik baru baca. sbb mcm leh agak jalan cite dia...pendapat seposen ku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 04:11 PM | Show all posts
Reply  hanezz

ye ke??...elok la. since aku mmg tak pernah dengar buku dari fixi. biasa dengar ya ...
shiro82 Post at 13-7-2012 15:55


kat buku tu tak de tulis harga .. tp semalam aku beli rm20 (280ms) ... tgk kat web fixi mcm ada diskaun lg klu beli online .. ko try tgk kat sana ...

klu ko ada beli buku fixi yg lain... bg review kat sini eh ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 06:01 PM | Show all posts
Reply 1# curiouscat


cat, thread yang menarik dan ada info mengenainya.
cuma nak minta edit perkataan TT tu kepada saya.
tak digalakkan guna bahasa bod gosip di sini.

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2012 11:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by curiouscat at 17-7-2012 20:20


Dendam oleh Affifudin Omar

Halaman: 309 Mukasurat
Harga: RM20 Diskaun 15% di Kedai Fixi
Cetakan pertama: Jun 2011
Bab 1 dan lebih info mengenai Dendam---> Klik

Sinopsis:Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka. Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

Review Cat: Jalan cerita jelas digambarkan pada tajuk novel ini, Dendam. Baca cerita ni, aku mengangguk tanda mengiyakan. Maksudnya, penulis menceritakan perkara yang betul2 terjadi di Malaysia. Peristiwa tu pula kurang jelas bagi Cat, ataupun memang aku tak tahu la sebelum baca novel Dendam. Dalam proses membalas dendam, macam2 berlaku. Disitu la kekuatan Dendam. Oh sebagai rakyat yang sering dieksploitasi oleh golongan atasan yang kaya terus kaya dan berkuasa terus berkuasa macam aku, tak ada sebab kenapa aku tak suka novel ini. Mungkin golongan atasan yang tak amanah tapi seolah2 mereka amanah akan terasa pedas cili bila membaca Dendam   Tapi fitrah manusia adalah baik, maka tak perlu kita takut kembali kepada fitrah kita, dan itu yang dibuat oleh Khalil Gibran, watak utama dalam Dendam.

Kalau nak try mula baca Buku Fixi tapi tak tahu nak mula dengan novel apa, Dendam adalah antara calon terbaik sebagai pengenalan kepada konsep Buku Fixi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 12:03 AM | Show all posts
Reply 9# shiro82

Cara penyampaian BF, Cat boleh kategorikan sebagai ringan, bersahaja, santai tapi jelas dan berkesan dihati ceritanya. Cumanya jenis cerita sebuah novel tu je yang membezakan samada memerlukan daya fikiran yang tinggi atau tak nak digest cerita yang disampaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 12:18 AM | Show all posts
Reply 10# attokz

Thread filem adaptasi nya ada kat sini ---> Klik

Tapi tak expose lagi kot pasal ni kat pembaca Cari, macam takda sambutan atau masih awal kot    

Pasal pulp fiction tu, aku paham. Masing2 ada rasa yang berbeza kan Mungkin Attokz boleh try Sitora Harimau Jadian terbitan semula oleh Fixi Retro. Filem asal karya P Ramlee yang hilang. Versi novelnya pula diterbitkan pada 1965. Gaya bahasa yang digunakan aku tak sure lagi sebab aku tak baca lagi buku ni, masih berbalut plastik kat rak buku aku Kalau dah baca nanti aku buat review.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 12:20 AM | Show all posts
Reply 16# mijot

Dah tukar Mijot. Maaf dan thanks tegur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.105146 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list