CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: curiouscat

[Penerbit] ** BUKU FIXI **

[Copy link]
Post time 3-8-2012 08:14 PM | Show all posts
zehra2 posted on 3-8-2012 10:50 AM
akhirnya.. ada jugek org baca..
aku ada nak jwb isu pertanyaan ko tu.. tp laa ni sibuk dgn trial  ...

takpe cikgu zehra..setel dulu paper murid2 ko..kang tetiba lak diorg tergezut jumpa soalan novel fixi dlm paper diorg

aku setuju novel dayang noor kali ni agak menarik flow penceritaannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 01:09 AM | Show all posts
Sedikit info untuk dikongai bersama.

From: Azrina <azrina></azrina>
Date: 2012/8/7
Subject: Re: 2 Buku Fixi yang terbaru: HILANG & MURTAD

To: Buku Fixi <bukufixi></bukufixi>
Assalamualaikum wbt...,

Menjawab Pada Segala Persoalan berbangkit.
Setelah menerima naskhah contoh Buku Fixi yang bertajuk "Murtad" &&#160;"Hilang" dari Greakbudaya. Kita mula menelaah satu persatu&#160;dan kita dapati ada beberapa perkataan yang tidak sepatutnya dan tidak sesuai untuk dibaca oleh pembaca-pembaca remaja khususnya.

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang buyer,&#160;kita perlu tahu apakah isi kandungan setiap buku itu adakah ianya bermanfaat atau tidak untuk dipasarkan. Buyer juga perlu tahu isi kandungan buku tersebut bagi membuat keputusan sama buku tersebut sesuai dipasarkan di tempat-tempat tertentu atau tidak. Apa yang penting, seorang buyer itu perlu tahu,berapakah kuantiti yang perlu dipesan bagi setiap cawangan kerana permintaan bagi setiap cawangan adalah berbeza.

Oleh itu setelah dikaji, kita dapati beberapa perkataan kesat yang ada di dalam buku ini tidak sesuai untuk bacaan remaja mahupun dewasa. Antara perkataannya adalah seperti yang terkandung dalam muka surat :

Buku Murtad :

a) M/S 9, perenggan 1, "Haram jadah, bangang juga si Adudu tu."

b) M/S 9, perenggan ke 3 "Herr celaka betoi".

c)&#160; M/S 11, perenggan ke 7 "Pergi Mampos la sial!."

d) M/S 12, perenggan ke 5 "Engkau, sama lelaki tua tu...Boleh pergi mampos"

e) M/S 82, perenggan 1 "Cilaka Boleh. Aku dah kata dah...aku dah kata dah.

&#160;f) M/S 85, perenggan 3 "Ini kalau abang aku tau yang teloq aku ada kat telinga, sahih dia gelak kaw-kaw punya kat aku. Nak haram betoi!"

Buku Hilang :

a) M/S 167, perenggan 7 "Kuat betul drug yang Ikhsan bagi aku semalam.&#160; Sekarang aku cakap ada ritma".

b) M/S 199, perenggan 4 "Kadang-kadang mulut kau ni macam celaka kan? Harap-harap ko dapat bini kaki pukul".

c) M/S 225, perenggan 5 "Payu dara dibiarkan tidak bertutup, lalu berayun-ayun bila dia berjalan menghampiri meja solek".

d) M/S 229, dialog "cipetlah kau" maki Jo sebelum dia memelapkan mata.

Seperti yang kita sedia maklum, walaupun dalam masyarakat kita&#160;hari ini ramai orang Melayu yang sudah berfikiran moden atau urban, namun saya percaya di luar sana&#160;masih ramai lagi&#160;memegang teguh pada ajaran agama islam dan mempunyai nilai-nilai murni dan berakhlak mulia.

Hanya segelintir sahaja dari mereka yang sudah lupa atau tidak mahu mengikut ajaran agama islam kerana mereka tidak benar-benar memahaminya. Tambahan pula ibu bapa di zaman ini sibuk&#160;bekerja, jadi tiada masa untuk mendidik anak-anak dengan baik. Kurang penerapan nilai-nilai murni dikalangan anak-anak dan oleh ibu bapa, hanya mengharap i guru-guru yang mengajar disekolah. Jika kita lihat dalam masyarakat kita kini pelbagai kesalahan tingkah laku yang dilakukan oleh remaja-remaja kini sehingga, lahirnya anak luar nikah, gengsterism, bulism, mat rempit dan sebagainya. Ini kerana mereka ini tidak diajar dengan ilmu agama yang secukupnya dan kurangnya kasih sayang menyebabkan ramai remaja yang memberontak, jadi mereka mengambil jalan untuk lepak dengan rakan-rakan sehingga ada diantaranya melakukan perkara-perkara yang salah disisi agama dan undang-undang.

Selain dari itu faktor persekitaran yang kini semakin meruncing dimana jiran tetangga tidak lagi menghiraukan antara satu sama lain, yang menyebabkan anak-anak membesar mengikut persekitaran, jika persekitarannya baik maka aak-anak itu akan besar kemungkinan menjadi baik atau sebaliknya.

Oleh itu kita perlu menerapkan lebih banyak bahan bahan bacaan ilmiyah yang boleh sedikit-sebanyak mempengaruhi pemikiran remaja pada zaman ini, agar mereka menjadi orang berguna.

Jadi sebagai insan yang bertanggungjawab kita perlu berkongsi ilmu-ilmu yang baik dengan semua orang. Salah satu cara untuk menyebarkan ilmu ada dengan menyediakan bahan-bahan bacaan yang bermutu dan berkualiti yang memberikan panduan kepada pembacanya.

Begitu juga dengan buku-buku agama yang perlu diperbanyakkan lagi di dalam pasaran kini, buku-buku ilmiyah seperti buku agama islam, akan dapat membentuk muslim yang berhemah.

Memandangkan purata pelanggan di Popular kini adalah terdiri daripada keluarga, maka saya rasa buku-buku ini tidak sesuai untuk tetapan umum terutamanya untuk remaja kerana banyak bahasa kesat yang ada di dalam buku ini. Bak pepatah orang dahulu kala, melentur buloh biarlah dari rebungnya.

Saya tidak bermaksud untuk menuding jari terhadap buku-buku Fixi diatas apa yang berlaku pada masa kin. Seperti yang kita semua sedia maklum, sikap remaja pada&#160;zaman sekarang, mereka amat teruja untuk&#160;mengetahui serba serbi perjalanan kehidupan. Dengan sikap ingin tahu yang melonjak, ianya akan mendorong mereka untuk mencari pelbagai bahan, tidak kira bahan tersebut adalah buku atau melalui internet. Jika selama ini perkara-perkara sulit itu disimpan, tetapi hari ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk mereka diperolehi. Apabila terlalu banyak bahan bacaan seperti ini&#160;disogok kepada remaja, lama kelamaan keperibadian mereka akan sedikit terkesan.

Saya berharap agar pihak tuan, berlapang dada menerima penjelasan saya ini. Walaubagaimanapun kami bukanlah berniat untuk menghalang kemasukkan buku-buku Fixi, jika ianya bersesuaian dengan konsep kedai buku kami yang berkongsepkan kekeluargaan kami&#160; pasti akan memesannya juga.

Oleh itu kami akan cuba, menapis terlebih dahulu apa jua bahan bacaan yang bakal masuk ke kedai kami demi masa hadapan anak-anak kita nanti.

Hanya inginkan yang terbaik untuk semua.

Terima Kasih&#160;

Azrina Binti Azmi
Penolong Pengurus Perdagangan
Jabatan Bahasa Melayu
Popular Book Co. (M) Sdn Bhd
Tel No : 03-91025515- Extn No :2214
Fax No :03-91025510
Email Add : azrina@popularworld.com
Intra Add : azrina@popularmy.hq
Facebook : http://www.facebook.com/PilihanPopular

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 09:36 AM | Show all posts
attokz posted on 8-8-2012 01:09 AM
Sedikit info untuk dikongai bersama.

LOL. Novel cinta melayu pun banyak lagi blue.
Baru aritu aku baca novel Sayang Cikgu Ketat Ketat
Budak 17 tahun kawin dengan cikgu sendiri umur 27 tahun
jijik hokeyyy

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 12:22 AM | Show all posts
masa depan Fixi samar2. mungkinkah tidak akan dijual di kedai2 lagi? hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:54 PM | Show all posts
selesai baca tabu - shaz johar...aku rase citer ni takde motif..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:58 PM | Show all posts
wow org komplen pasal bahasa kesat? bukan unsur lucah? OKayyyy..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2012 02:28 AM | Show all posts
sejak bila ada tapisan dlm novel di malaysia ni?
klu benar bertapis, tak kan lah novel2 sampah pun byk bersepah di pasaran. ( ni tak termasuk lagi editing bahasa yg lemah grammar nya di dlm novel bahasa melayu)
tak pernah lagi tgk apa standard buku2 yg dijual di kedai Popular ni..

takpe laa selama ni pun beli buku FIXI, secara online jek..  benda yg dpt dgn cara sorok2 ni mmg terlebih thrill nya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 02:31 AM | Show all posts
rayna_raynes posted on 10-8-2012 12:22 AM
masa depan Fixi samar2. mungkinkah tidak akan dijual di kedai2 lagi? hmmmm

napa?
takut novel tak laku sbb tak boleh dijual di kedai2 buku?
jgn risau laa.. rezeki ada di mana-mana.. insyaallah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 09:28 AM | Show all posts
zehra2 posted on 11-8-2012 02:31 AM
napa?
takut novel tak laku sbb tak boleh dijual di kedai2 buku?
jgn risau laa.. rezeki ada di ma ...

dengarnya ada pakatan untuk memujuk kedai2 buku untuk tidak lagi menerima buku Fixi. Mungkin popular akan mula dulu.



Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 09:29 AM | Show all posts
zehra2 posted on 11-8-2012 02:28 AM
sejak bila ada tapisan dlm novel di malaysia ni?
klu benar bertapis, tak kan lah novel2 sampah pun  ...

boleh bersama komen di sini

http://universitipts.com/index.p ... idak_lagi_menj/P25/

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 01:45 AM | Show all posts
Polemik PTS-FIXI.
Harap biar sebagai ribut dalam cawan sahaja.
Sebab rasanya, masing-masing ada menyumbang dalam pembinaan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 08:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 12:10 AM | Show all posts
rayna_raynes posted on 11-8-2012 09:29 AM
boleh bersama komen di sini

http://universitipts.com/index.php/site/comments/risiko_penerbitan_ ...

ada satu lagi publisher yg keluarkan novel seakan-akan FIXI...
dah lupa apa nama company tu.. tp ada baca review org psl novel2 keluaran dia..
mmg penggunaan bahasa tu pun sama mcm style FIXI..

boleh tak nak kata, publisher pun kena ikut trend.. ikut kehendak pasaran. buat apa publish novel siok sendiri.
zaman skrg ni kalau tak boleh jual kat kedai2.. kita boleh beli online aje.. dan biasanya org yg beli online & pesta buku, tak kan beli satu novel aje.. paling kurang pun 3 buah..
dan aku tak fikir FIXI akan kehilangan pasaran. contohnya mcm KOPI.. depa yg dah decide tak nak cetak lebih dari 1500 copy.. kan dah berebut org beli.. termasuk aku..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 12:13 AM | Show all posts
rayna_raynes posted on 14-8-2012 08:53 PM
Mohon LIKE tauke Fixi di sini.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443504132339567&set=a.4435 ...

tak dak komen laa.. takde ke pic yg hensem skit?
aku takde fb.. camne nak like?



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 03:59 PM | Show all posts
zehra2 posted on 16-8-2012 12:10 AM
ada satu lagi publisher yg keluarkan novel seakan-akan FIXI...
dah lupa apa nama company tu.. tp  ...

lejenpress?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 09:43 AM | Show all posts
rayna_raynes posted on 16-8-2012 03:59 PM
lejenpress?

bukan. klu tak silap mula dgn huruf S..
review kat paper sebut psl penggunaan bahasa & keterbukaan isu dlm novel bahasa melayu.
mcm depa warn ler.. terus aku teringat kat Fixi.. makna nya adalah publisher lain yg konsepnya sama mcm Fixi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 06:11 PM | Show all posts
zehra2 posted on 17-8-2012 09:43 AM
bukan. klu tak silap mula dgn huruf S..
review kat paper sebut psl penggunaan bahasa & keterbukaa ...

Selutpress? hoho

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 07:22 PM | Show all posts
rayna_raynes posted on 17-8-2012 06:11 PM
Selutpress? hoho

sabor aje laaa...

serius.. mmg ada.. sat lagi kita tunggu org lain punya komen.. masa tu baru org sedar konsep buku  Fixi dah jadik trend skrg..

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2012 10:53 PM | Show all posts
zehra2 posted on 17-8-2012 07:22 PM
sabor aje laaa...

serius.. mmg ada.. sat lagi kita tunggu org lain punya komen.. masa tu bar ...

selutpress memang wujud le nok
manuskrip fixi yang kena rejek biasanya Amirmu akan pass ke Selutpress kot2 diaorang berminat..

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 09:46 AM | Show all posts
arisa_imamura posted on 19-7-2012 09:07 PM
ooo gituh..kena beli online la nampaknya

Cekik aku jumpa semalam kat Kinokuniya KLCC ada banyak gak.
Satgi nak ke sanan lagi beli pecah... Sekarang nak abiskan baca Invasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.256173 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list