CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17660|Reply: 63

KOLOBRASI DI NANTI RAMAI RAMLAH RAM ft CAPRICE "5:00 MINIT" BAKAL BOOM

[Copy link]
Post time 16-7-2012 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Ramlah Ram Muncul Dengan Album Ke-15 “Aspirasi Hati”
Ramlah Ram Muncul Dengan Album Ke-15 “Aspirasi Hati”
Posted by Kayrl on Sep 06, 2012 | Leave a Comment
Penyanyi bersuara emas Ramlah Ram bakal muncul dengan album solo yang ke-15 buat dirinya iaitu "Aspirasi Hati" yang bakal berada dipasaran pada awal Oktober nanti. Apa yang menariknya, album ini diterbitkan sepenuhnya oleh kelab peminat Ramlah Ram sendiri iaitu "Ramlah Ram Group (RRG)" dan merupakan album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh Kelab Peminat yang berdaftar. #Hebat!
Jika dulunya lagu duetnya bersama Sleeq iaitu "Sesaat Kau Datang" berjaya menaikkan kembali nama Ramlah Ram yang sedikit tengelam selepas lama menyepi dan kini, lagu baru yang juga berkaitan "masa" iaitu "5 minit" menjadi sandaran utama penyanyi itu selain daripada lagu "Takdir Cinta", iaitu kolobrasi Ramlah Ram dengan Ana Syuhada. Lagu "5 Minit" adalah lagu duet bersama penyanyi rap berbakat, Caprice yang terkenal dengan lagu "Chikaro". Kami sudah mendengar teaser lagu ini dan kami yakin lagu ini mampu menandingi lagu "Sesaat Kau Datang". #ThumbsUp!

Penyanyi Rap, Caprice


Selain tiga lagu disebutkan diatas, terdapat juga lagu lain seperti Sejadah Cinta, Hati, Benar Mencintai, Seandainya, Cinta Gila, Aspirasi dan lain-lain lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki dan menyokong album terbaru Ramlah Ram "Aspirasi Hati" dipasaran nanti, okay?
Kami akhiri dengan berkongsi teaser lagu "5 Minit" duet Ramlah Ram dan Caprice. So cekidot!


JOM DENGAR TEASER " 5:00 MINIT " RAMLAH RAM ft CAPRICE










‘Aspirasi Hati’ Buah Tangan Terbaru Ramlah Ram
Populariti penyanyi Ramlah Ram mula kembali melonjak apabila lagu terbarunya “ Sesaat Kau Datang” bersama kumpulan duo dari seberang iaitu SleeQ menjadi fenomena dan menepati trend kolobrasi pada masa kini.Sebagai hasil sokongan, Ramlah Ram akan kembali melahirkan album solo ke 15 pada awal Oktober ini yang diterbitkan oleh sekumpulan kelab peminat beliau yang dinamakan ‘Ramlah Ram Group” (RRG) yang diketuai oleh Mifzal. Album yang berjudul ‘Aspirasi Hati’ dimulakan pembikinanya pada tahun 2010 dan akhirnya berjaya disiapkan pada tahun ini. Menariknya, ini merupakan album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh Kelab Peminat yang berdaftar.Album Aspirasi Hati mengekalkan konsep POP yang menjadi ideantiti perjalanan seni kerjaya Ramlah selama ini. Aspirasi Hati mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagu bonus. Antara lagu-lagu yang terkandung adalah 5 minit, Takdir Cinta, Sejadah Cinta, Sesaat Kau datang, Hati, Benar mencintai, Seandainya, Cinta Gila, Aspirasi dan lain-lain. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini merupakan Karya sepenuhnya oleh peminat Ramlah Ram sendiri seperti ID Mifzal, Zie Syafruddin, Mfaz, BAM dan Fairozee. Malah untuk album ini, antara kelainan yang ditampilkan oleh Ramlah daripada album sebelumnya adalah berkolobrasi dengan penyanyi-penyanyi muda berbakat seperti Caprice, Ana Syuhada, Faris Awanband dan SleeQ.Menurut Ramlah, beliau sangat teruja dengan kerjasama kali ini.
“Bekerjasama dengan tenaga muda memang amat berbeza.Mereka sangat kreatif dengan idea serta mempunyai kesungguhan dalam membuat sesuatu kerja. Lihatlah hasilnya seperti orang yang mempunyai pengalaman yg banyak. Bagi saya album kali ini terlalu istimewa kerana di buat sepenuhnya oleh peminat saya yang turut menguruskan kegiatan seni saya pada masa ini. Album ini tentang perasaan saya terhadap mereka. Mereka inspirasi saya untuk saya berada terus dalam industri seni. Saya suka hasil kerja mereka” ujar Ramlah Ram.
Lantaran sambutan menggalakkan terhadap lagu ‘Sesaat Kau Datang’, album ini turut menampilkan kolobrasi rap yang kedua antara Ramlah Ram dengan penyanyi Caprice yang berasal dari Kuala Lumpur melalui lagu ‘5 minit”. Masih berkonsepkan genre muzik yang sama, lagu ‘5 minit ‘ merupakan taruhan utama RRG bagi melariskan jualan album selain lagu “ Takdir Cinta” kolobrasi Ramlah Ram dengan Ana Syuhada.Rentak Artis dimaklumkan bahawa RRG mengambil masa 2 tahun untuk mendapatkan khidmat Caprice dan akhirnya berjaya bertemu dan berbincang serta dipersetujui kedua-dua pihak.Menurut Caprice yang pernah merakamkan beberapa single untuk pasaran tempatan dan antarabangsa;
“ Saya amat teruja bila dapat berganding dengan penyanyi popular Ramlah Ram. Saya amat meminati suara beliau serta suka dengan lagu gandingannya bersama SleeQ. Apabila saya ditawarkan peluang, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya”.
Mendengarkan teaser lagu ’5 minit’ saja membuatkan kami sendiri tidak sabar untuk menantikan kemunculan single terbaru Ramlah Ram ini!



Tag Artikel : lagu terbaru ramlah ram, Ramlah ram, single terbaru ramlah ram





Last edited by alleya on 9-9-2012 12:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 09:11 PM | Show all posts
iols tak sabar nak dgr jugop.
sebab ada boy (sabi sadi)...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 09:12 PM | Show all posts
tapi janganlah ala2 lagu 'nadiku' tu..
mula2 sedap dengar.
ulang2 dgr lama2 cam nak tdo...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 07:41 AM | Show all posts
kasi tepek link la
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 08:19 AM | Show all posts
btuah ana syuhada tu...
kak melah tak lupakan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 08:06 PM | Show all posts
Best support semua :-)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2012 09:02 PM | Show all posts
tak sabar nak dgrrr jgkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 01:50 PM | Show all posts
x sbr nk dgr lak klu kak melah yg nyanyi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 01:59 PM | Show all posts
sabhi sadhi....??? wow...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 03:44 PM | Show all posts
semoga lagu diorg ni sdp...amin.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 08:30 AM | Show all posts
Last edited by wirazam on 22-7-2012 08:33 AM \n\nboleh tahan gak Ramlah ni...
video youtube dia dah cecah 1 juta lebih viewer...antara comeback org lama yg menjadi
   1,182,832 viewers

1,966,880 viewers


1,202,919 viewers
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 08:46 PM | Show all posts

DEBARAN RAMLAH RAM MENANTI ASPIRASI HATI....


RAMLAHRAM BERDEBAR MENUNGGU KELAHIRAN ASPIRASI HATI
Hampir 30 tahunpenyanyi Ramlah Ram dalam industri seni tanahair, namun namanya masih gahberdiri sebaris dengan artis-artis muda popular yang lain. Penyanyi yangdicungkil bakatnya dari Program Pertandingan Bintang RTM 1985, masih mempunyai aurapersembahan yang memukau terutamanya dari segi vokalnya yang tiada tandingan.Pada masa kini, populariti beliau kembali melonjak apabila lagu terbarunya “Sesaat Kau Datang” bersama  kumpulan duodari seberang iaitu SleeQ menjadi fenomena dan menepati trend kolobrasi padamasa kini. Walaupun beliau telah berhijab, namun itu bukanlah penghalang beliauuntuk meneruskan kegiatan seni, malah rezeki yang diterima semakin bertambahdan mendapat sokongan daripada semua pihak.
Berkat daripadasokongan inilah, Ramlah Ram akan kembali melahirkan album solo ke 15 pada awalOktober ini yang diterbitkan oleh sekumpulan kelab peminat beliau yangdinamakan ‘Ramlah Ram Group” (RRG). Album yang berjudul ‘Aspirasi Hati’ merupakanalbum istimewa  yang dihadiahkan olehpeminat beliau kepadanya. Album ini dimulakan pembikinanya pada tahun 2010 danakhirnya berjaya disiapkan pada tahun ini serta menjadi album pertama artisMalaysia yang diterbitkan oleh Kelab Peminat yang berdaftar. Album AspirasiHati mengekalkan konsep POP yang menjadi ideantiti perjalanan seni kerjayaRamlah selama ini. Aspirasi Hati mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagubonus. Antara lagu-lagu yang terkandung adalah 5 minit, Takdir Cinta, SejadahCinta, Sesaat Kau datang, Hati, Benar mencintai, Seandainya, Cinta Gila,Aspirasi dan lain-lain. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini merupakanKarya sepenuhnya oleh peminat Ramlah Ram sendiri seperti ID Mifzal, ZieSyafruddin, Mfaz, BAM dan Fairozee. Malah untuk album ini, antara kelainan yangditampilkan oleh Ramlah daripada album sebelumnya adalah berkolobrasi denganpenyanyi-penyanyi muda berbakat seperti Caprice, Ana Syuhada, Faris Awanbanddan SleeQ.
Menyentuhmengenai judul album 'Aspirasi Hati' Ramlah memberitahu judul itu sememangnyadipilih oleh beliau sendiri kerana mempunyai makna yang mendalam. Aspirasi yangbermaksud cita-cita dan keinginan yang kuat bukan saja menggambarkan rasahatinya tentang bidang yang menjadi darah dagingnya ia juga malah menggambarkankeinginan RRG sendiri untuk merealisasikan sebuah album yang dihasilkan olehsokongan semua ahlinya terhadap Pemenang Juara lagu 1988 ini. Bahkan ada antaramereka yang sanggup melabur sejumlah wang semata-mata untuk memastikan albumini dapat disempurnakan.
Menurut Ramlah,beliau sangat teruja dengan kerjasama kali ini. “Bekerjasama dengan tenaga mudamemang amat berbeza.Mereka sangat kreatif dengan idea serta mempunyaikesungguhan dalam membuat sesuatu kerja. Lihatlah hasilnya seperti orang yangmempunyai pengalaman yg banyak. Bagi saya album kali ini terlalu istimewakerana di buat sepenuhnya oleh peminat saya yang turut menguruskan kegiatanseni saya pada masa ini. Album ini tentang perasaan saya terhadap mereka.Mereka inspirasi saya untuk saya berada terus dalam industri seni. Saya sukahasil kerja mereka” kata Ramlah Ram yang sudah tidak sabar untuk melihatsambutan album beliau kali ini.
Menurut Mifzalselaku President RRG dan juga komposer lagu, “Album kali ini memperlihatkanstratergi kami untuk menguasai pasaran meliputi lapisan umur dan bangsa.Lagu-lagu yang dihasilkan adalah mengikut selera anak-anak muda masa kini sertatidak melupakan peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu Ramlah. Manakalaciri-ciri lagu yang dipilih adalah mesra telinga pendengar dan lebihdramatik,mengikut aliran muzik semasa serta penulisan lirik yang lebih jelasdan mudah difahami. Saya tidak mahu mengonkong sesuatu lagu itu hanya terhadmengikut kesesuaian umur kerana muzik itu universal dan sesiapa sahaja bolehmenyanyikannya. Sekiranya mencuba dan diterima ramai itulah sesuatu kejayaanyang luar biasa. Lihat saja yang terjadi dengan lagu ‘Sesaat Kau Datang’apabila Ramlah digandingkan dengan SleeQ penyanyi remaja yang membawa temapercintaan, dapat diterima ramai kerana masyarakat hari ini sudah bijak dalammembuat penilaian kesesuaian lagu. Sekiranya penyanyi Ramlah Ram hanya dihadkan menyanyikan lagu-lagu yang lebih berkonsepkan mengikut kesesuaian umur,sudah pasti bakatnya akan hilang begitu sahaja dan tidak dapat menambat hatipeminat-peminat baru. Saya amat bersyukur melalui idea ini Ramlah sanggupmenerima pelawaan menyanyikan lagu-lagu tersebut.
Mifzal jugamengakui bekerjasama dengan Ramlah Ram amat mudah. “Beliau tidak cerewet tetapisangat teliti menilai material. Sifat yang paling saya suka pada Ramlah adalahmempunyai sikap berani dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Disebabkan itulahbeliau masih diterima peminat sehingga ke hari ini.”Saya juga berterima kasihpada Ramlah kerana memberi peluang kami menunjulkan bakat serta berjaya membawakami menimba pengalaman dalam bidang seni. Sangat menyeronokkan. Album inimerupakan sebuah hadiah serta pengorbanan dari peminat.
SEDUTAN YOU TUBE LAGU "5:00 MINIT " GANDINGAN TERBARU RAMLAH RAM ft CAPRICE   http://www.youtube.com/watch?v=oW9fjeakkZ0

RAMLAHRAM BERKOLOBRASI DENGAN PENYANYI RAP REMAJA CAPRICE
Hasil maklum balaspositif yang diterima ke atas lagu ‘Sesaat Kau datang’, pihak RRG berjayamembuat kolobrasi rap yang kedua antara Ramlah Ram dengan penyanyi Caprice yangberasal dari Kuala Lumpur melalui lagu ‘5 minit”. Masih berkonsepkan genremuzik yang sama, lagu ‘5 minit ‘ merupakan taruhan utama RRG bagi melariskanjualan album selain lagu “ Takdir Cinta” kolobrasi Ramlah Ram dengan AnaSyuhada. Pihak kami dimaklumkan bahawa RRG mengambil masa 2 tahun untukmendapatkan khidmat Caprice dan akhirnya berjaya bertemu dan berbincang sertadipersetujui kedua-dua pihak.Menurut Caprice , “ Saya amat teruja bila dapatberganding dengan penyanyi popular Ramlah Ram. Saya amat meminati suara beliauserta suka dengan lagu gandingannya bersama SleeQ. Apabila saya ditawarkan peluang,saya tidak teragak-agak untuk menerimanya”. Sebelum ini Caprice pernahmerakamkan beberapa single inggeris untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

SEDUTAN YOU TUBE LAGU "TAKDIR CINTA " GANDINGAN TERBARU RAMLAH RAM & ANA SYUHADA http://www.youtube.com/watch?v=1StxH2iUphE
Album yang sudahmemasukki peringkat akhir penerbitan ini bakal menemui peminat seni tanahairsekitar Oktober nanti. Lagu “5 minit“ dan “Takdir Cinta” dijangka akanmemeriahkan lagi kehadiran Ramlah Ram dalam Industri seni tempatan. Selain itu,Ramlah juga berharap peminat lama dan peminat generasi barunya boleh sama-samabergabung menyokong produk terbaru ini nanti dengan mendapatkan album yangtulen. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung tahniah untukteam RRG yang bertungkus lumus menguruskan semua hal ehwal penerbitan, prosesrakaman, cover album serta promosi dan berharap projek ini merupakan pemangkinkepada projek lebih besar antara mereka selepas ini. Malah beliau tidak menolakuntuk bernaung sepenuhnya di bawah RRG Entertainment selepas kontraknya bersamaFMC tamat pada penghujung tahun ini.

Ramlah juga berharap dapat muncul dengan konsert lebih besar selepas kejayaankonsert '25 Tahun Ramlah Ram Dalam Bidang Seni' dua tahun lalu yang juga hasilusaha RRG dan berharap konsert itu nanti akan berlangsung dalam skala yanglebih besar seperti di stadium dan dapat dihadiri oleh lebih ramai peminatnyadari seluruh negara.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:17 PM | Show all posts
aku mcm nampak bayang bulu tiak awek sebelah kak ramlah je
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:19 PM | Show all posts
Pesal muka k melah lain macam jer?Photoshop terlebih ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 09:32 PM | Show all posts
miracle_forever posted on 5-9-2012 09:19 PM
Pesal muka k melah lain macam jer?Photoshop terlebih ker?

Teknik pencahayaan yg bagus tue
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:36 PM | Show all posts
alleya posted on 5-9-2012 09:32 PM
Teknik pencahayaan yg bagus tue

Ker shading terlebih? Xtau la.. Pelik sungguh muka dia di mataku ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 09:36 PM | Show all posts
muka dia ok skit banding Rohana Jalil terok sgt2,,,

ketat lagi baju kek melah..ketat lagi yer..

dugaan sgt kak melah..dah berhijrah tp smkain laku plak...baju ketat sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 09:38 PM | Show all posts
miracle_forever posted on 5-9-2012 09:36 PM
Ker shading terlebih? Xtau la.. Pelik sungguh muka dia di mataku ini..

Maybela....tpi aku rasa cantik apa Epi Temerloh make..up....At leat kelainan kak Melah dlm album baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:41 PM | Show all posts
TT ni kak melah ke?????   Link yg kak melah buat di wall fb nya mbawa iols ke sinik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 09:43 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 5-9-2012 09:41 PM
TT ni kak melah ke?????   Link yg kak melah buat di wall fb nya mbawa iols ke sinik

itu admin fan club dia yg urus...dia mana ada masa nak tgk nie semua....samala dgn artis lain....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.206169 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list