Post Last Edit by RedDevils at 19-7-2012 15:28
~ Assalamualaikum wbth buat semua warga CI yang beragama Islam ~
Di kesempatan ini, saya ingin membuka thread khas semasa, sempena kedatangan Ramadan al Mubarak, Insya Allah kita bakal sambut lusa 21 July 2012.
Thread ini bertujuan sebagai pusat rujukan untuk mana mana individu ingin membuat hebahan tentang aktiviti Ramadan di kawasan masing masing, yang mana mungkin boleh disertai oleh mana mana forumer lain. Antara contoh hebahan aktiviti itu ialah:
- majlis tazkirah lepas terawih/between terawih oleh mana mana individu terkenal
- majlis berbuka puasa/sahur
- derma anak yatim/fakir miskin/etc
- penemuan makanan/minuman pelik di bazar ramadan / buffet buka puasa
dan lain lain.
Di harap juga, kita boleh mengawal penulisan kita sepanjang bulan yang mulia ini. Mengawal tampalan gambar gambar yang boleh melubangkan pahala puasa kita. Sama sama kita beringat, dan semoga kita semua aman aman sahaja sepanjang Ramadan ini, dan harapnya berterusan sampai bila bila, istiqomah dalam berbuat baik.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah silap saya, sepanjang menjadi Moderator di Bod CI ini, yang mana terasa hati/sentap/marah/benci/meluat dengan tindakan atau posting saya, saya pohon kemaafan.
Akhir kata, ingin saya share benda yang kita semua tahu, tapi elok di beri peringatan...
Selamat berpuasa !
Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam) 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur hingga tidak puasa.
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
kredit kepada UZAR, bacaan lanjut tentang Kesilapan ini, DI SINI
|