CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4969|Reply: 11

CERPEN : SELENDANG RAMADHAN………………

[Copy link]
Post time 20-7-2012 03:24 AM | Show all posts |Read mode

SELENDANG  RAMADHAN………………







   “Sayamengistiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri   seluruh Malaysia ………………”Penyimpan MohorBesar Raja-Raja menyampaikan tarikh permulaan puasa.
Aisyah mendengarnyadari  siaran tv,lantas matanyabergenang…..di tangannya Selendang  SifonSakura  yang amat nostalgia… Selendang yangdibeli suaminya masih tetap  berada di almari
kamar….Tidak mampu untuk dipakainya hingga hari ini…

    “Ibu..mengapa ibu  menangis?”Tanya anak bongsunya,Syahirah yangbaru berusia 4 tahun….
“Adik……..”ujarnya sambil mengesat pipi yang semakinkebasahan….           Pada tahun  2005 adalah tahun yang amat bersejarah….Ketikamenunggu  bas untuk pulang ke rumah selepaskeluar kerja  sebagai jururawat,tiba-tibaterdengar dentuman di jalan raya…
kelihatan seorang lelaki terperosok di bawahkereta berlumuran darah….Orang ramai saling bantu-membantu mengeluarkan lelakitersebut dan lehernya kelihatan  lukakecederaan  yang agak
besar..darah  terpercik laju…
      Aisyah yangmelihat kejadian itu,terus membuka selendangnya  dan melilit  leher lelaki yang tidak dikenali itu agardarahnya tidak terus memancut keluar…...
20 minit kemudian,ambulan datang danmembawanya  ke hospital….
        6 bulan  berlalu……
“Nama apa?”Tanya lelaki yang masih dirawat di hospital  ketika seorang jururawat menghantar ubat untukdimakan.
“Aisyah…..”
“Sedap nama…….”balas lelaki tersebut….
“Awak suka warna apa?”tanya lelaki itu lagi.
“Biru………”jawabnya jujur…………..Aisyah lantas pergi setelahmenjawab pertanyaan lelaki tersebut.
Aisyah hanya tersenyum manja………….
         Lelaki itubangun dari katilnya dan melihat  keratanakhbar  di dinding .
“Selendangmenyelamatkan seorang lelaki kemalangan…..”Itulah bunyi tajuknya  dalam akhbar Harian Metro.Ia membaca denganpenuh minat dan tertanya-tanya siapakah wanita yang
melilitkan selendang kelehernya .
        Seminggu kemudian ,lelaki bernama  Affan itu keluar dari hospital dan memulakanpekerjaannya sebagai seorang  “Mat Rempit“ menghantar surat dari satu tempat ke tempat….Walaupun 6 bulan bercutisakit,mujurlah majikannya masih menerimanya sebagai pekerja…
     “Jauh termenungFan….”ujar ibunya ketika  Affantermangu-mangu di serambi rumahnya…
“Fan terfikir..siapakah gadis yang melilitkan selendangnyake leher Fan masa kemalangan tempohari….”
“O…..o….itu yang Fan fikirkan…..siapa pun dia,itu yakpenting..yang penting Fan  mendoakankebaikan
buatnya”balas ibunya.
    Affan hanyamengangguk….sambil menggaruk lehernya yang masih berbekas jahitan akibat lukakemalangan…
     Suatu hari Affanteringat dengan keratan akhbar  kisahkemalangannya di hospital,lantas memecut laju motornya ke hospital dan bertanyadengan ketua  jururawat…
“Kak…saya nak tanya…tentang keratan akhbar tu..saya la yangkemalangan tempohari…”ujar Affan membuka cerita.
“Jadi..mengapa?”tanya jururawat tersebut acuh tidak acuh…
“Saya nak tahu mengenai selendang yang dililitkan ke lehersaya…”balas Affan  denganbersungguh-sungguh.
“Oooooo….pada hari kejadian kebetulan bekas  staff sini baru balik kerja dan lihatkemalangan berlaku…dia pun lilitkan selendang ke leher awak…”Balas ketuajururawat.
“Bekas jururawat sini?apa namanya?dia sekarang kat mana?”tanyaAffan bertalu-talu…
“Namanya Aisyah…dia sekarang sambung belajar di UKM,ambil  kursus farmasi.”Ketua jururawat menjelaskan.
    Baru Affanteringat….seorang jururawat  yangmenghantar ubat kepadanya,itulah gadis yang melilitkan selendang ke lehernya..
   Setelah mengambilnama penuh Aisyah,Affan mengucapkan terima kasih kepada ketua jururawat  dan keluar dari hospital dengan seribupersoalan…
      “Siapa pulahantar ni?”tanya Aisyah kepada teman sebiliknya Norhayati  pada satu petang.
“Tadi ada lelaki datang..Macam despatch je….katanya nak bagibungkusan  kat awak….”jawab temannya.
Lantas Aisyah membuka bungkusan itu.Selendang warna biru dansekeping nota
“Terima kasih….semogaAllah merahmati saudari dunia dan akhirat”.        Aisyahtermanggu-manggu memikirkan siapakah jejaka  misteri yang menghantar selendang hingga kebiliknya.
      Amat cantik  selendang pemberian lelaki tersebut.Warnabiru yang bercorak bunga-bunga kecil….Seminggu kemudian,ada lagi bungkusan sama…begitujuga minggu seterusnya.
    Aisyah mula curigadan sangsi…..Pada satu petang,ia ponteng kelas.Menunggu dari jauh untuk melihatsiapakah lelaki yang menghantar bungkusan mengandungi selendang kepadanya…
      Apabilamelihat  seorang lelaki  naik ke biliknya,Aisyah mula mengekori dan memerhati dari belakang.Apabilalelaki tersebut  menyerahkan bungkusan kebiliknya,Aisyah menyapa dari belakang “Assalamualaikum!”Terperanjat Affan dengan suara dari belakang dan menoleh….
“Wa….wa…waalaikumsalam……”jawab Affan terketar-ketar…
“Awak?awak ni kan yang kemalangan hampir patah leher dan masukhospital 6 bulan …?”tanya Aisyah seakan-akan pernah melihat lelaki tersebut.
“Ya…saya….saya….”jawab Affan mengiyakan.
“Saya mohon maaf…..kerana menghantar bungkusan hadiah untukawak..kerana saya mahu mengucapkan terima kasih kepada awak yang melilitkanselendang ke leher saya  pada hari
kemalangan…….”berkaca mata Affan menerangkan tujuannya.
“Ooo…tidak mengapa….saya ikhlas membantu….”jawab Aisyah.
“Saya  minta maafbanyak-banyak…kerana mungkin cara saya tidak disukai awak….”Luah Affan.
“Tidak mengapa….saya hargai pemberian awak..Cuma sayatertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang suka hadiahkan saya selendangwarna biru setiap minggu….”jawab Aisyah.
         Perbualanringkas membuahkan perkenalan pertama seorang lelaki bernama Affan dan seorang gadismanis bernama Aisyah.
        Mereka mulaberbalas sms  dan bertemu sekali sekalaapabila terluang…
“Awak……….saya ni Mat Despatch je……umpama seekor semut kecilyang mahu mengangkat  seketul  gula Melaka…..saya amat terharu awak sudiberkawan dengan saya…”
Aisyah tersenyum membaca sms dari Affan…amat dalam maknanya…
       “Mak…..saya nakminta…..”ujar Affan di satu malam.
“Minta apa?”balas ibunya.
“Boleh tak meminang Aisyah buat saya?”jawab Affan.
“Aisyah?siapa?”tanya ibunya kehairanan.
“Mak ingat tak…..gadis yang lilitkan selendang di leherAffan masa kemalangan tempohari….itulah Aisyah…”balas Affan.
         “Fan…..Mak bukan nak hina kamu..diabelajar tinggi….kerja pun gaji besar..kamu Mat Despatch je…kamu rasa ibu bapadia terima ke kamu?”nasihat ibunya.
“Kita cuba je Mak..mana le tahu rezeki…..”balas Affan sambilmendongak ke langit….
       Ketika  Aisyah memberitahu ibu bapanya mengenai Affanmahu meminangnya,Ayahnya membentak.
  “MatDespatch?Aisyah..Aisyah…..berapa ramai lelaki dalam dunia ni….mengapa pilih MatDespatch?”
“Ayah………..ramai kawan-kawan Aisyah berkahwin dengan pemandulori,pekerja kilang..tapi mereka bahagia….Apa salahnya Mat Despatch?iapekerjaaan halal….”Aisyah cuba memujuk.
     Berkat kesabarandan doa berterusan,akhirnya ibu bapa Aisyah bersetuju  dengan pilihan anak  bongsunya.3 bulan kemudian Affan dan Aisyahdisatukan.Mereka kini telah sah menjadi suami isteri.       Aisyah bekerjasebagai ketua Farmasi di Hospital Besar Melaka,manakala  Affan masih meneruskan kerjanya sebagai MatDespatch.Enam bulan kemudian,Affan berhenti kerja dan memulakan
perniagaanpasar malam dengan menjual pelbagai tudung dan selendang.Bermula dari motosikalburuk,kini Affan membeli sebuah van dan mempunyai seorang pembantu.
      Isterinyamembantu Affan membesarkan perniagaan dengan suntikan modal dari hasil gajinya .Setelah anak sulong yang dinamakan Saffiahberusia  dua tahun ,Affan telah berjayamempunyai
premis pakaian di Arked Mara.Perniagaan yang semakin maju  mengeratkan lagi hubungan rumah tangga.
      Pada tahun2008,lahirlah anak kedua  yang dinamakanSyahirah.Kehadiran dua cahaya mata telah mengukuhkan lagi hubungan suamiisteri.Pandangan  negatif ayah Aisyah   telahberubah
apabila melihat Affan kini telah berjaya menjadi usahawan.
      “Abang…..Aisyahberkenan dengan selendang yang keluar tv tu….”ujar Aisyah  pada satu malam selepas berterawih dengansuami tersayang.
“Selendang apa?”tanya suaminya.
“Selendang  SifonSakura  …ada jual kat Jakel….Ayangingat  nak pakai selendang tu raya ni…”balasAisyah.   
      KeesokannyaAffan dan anak sulongnya  Saffiah   memandu jauh mengunjungi kedai Jakel  untukmembeli tiga helai selendang yang dikehendaki isteri tersayang…
      Cuaca  tengahari pada 30 Ramadhan  amat panas terik.Affan memandu denganberhati-hati kerana jalan raya sesak dengan ribuan kenderaan orang ramai pulangbercuti raya…Affan menelan air
liurnya melihat deretan peniaga menjual pelbagai jenis minuman sepanjang jalan…
     “Ayah…Along   haus…..”ujaranaknya Saffiah  yang baru berusia 6tahun..
          Affan dengansebelah tangan memegang stereng mengambil air kotak  di tempat duduk belakang yang dibeli di kedai runcit tadi.Tiba-tibatangannya terlepas stereng kereta dan kenderaan telah
melintang jalan.Sebuahlori treler penuh muatan menghentam kereta Affan.
          “Abang………………………..Abang…………………….Along…along….”jeritAisyah  melihat tubuh suami dan anaksulongnya kaku di dalam bilik mayat Hospital Besar Melaka……
        PagiAidilfitri yang mendung ,Aisyah ditemani anak bongsunya  yang masih kecil menyiram air mawar ke pusarasuami dan anak sulong tersayang yang telah pergi selamanya………………….                                                              ~~ TAMAT ~~                                  HAKCIPTA TERPELIHARA @SAAT SULAIMAN 2012

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2012 04:41 PM | Show all posts
Apsal suka sgt nama Affan?

lagi satu... suka no matikan watak hero
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2012 04:43 PM | Show all posts
Reply 2# ladyFinger12


   sbb nostalgia...................
matikan hero?sbb ada pengajaran di sebalik kisah....

mg pembaca ambik iktibar.....

anyway highway thanks mengomen......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 09:52 AM | Show all posts
cepatnye habih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2012 11:24 AM | Show all posts
epysha posted on 24-7-2012 09:52 AM
cepatnye habih..

nak panjang baca novel................
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 04:23 PM | Show all posts
pendek nyer cite ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-8-2012 11:31 AM | Show all posts
ani5977 posted on 30-7-2012 04:23 PM
pendek nyer cite ni...

ops...............TQ
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:36 PM | Show all posts
pendek, padat, da bommm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2012 12:16 AM | Show all posts
wasap posted on 28-8-2012 06:36 PM
pendek, padat, da bommm

TQ...............
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:57 AM | Show all posts
hishhhhhhhhhhhh... cuba kasi hepi ending... sila rombak balik cerpen ini atau tulis 18ribu (da kasi diskaun) cerpen kegembiraan... tengsss.. ihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 07:42 AM | Show all posts
dah ada plot...boleh olah bagi lg cantik...anyway nice try..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 11:20 PM | Show all posts
khaizarina posted on 21-10-2012 07:42 AM
dah ada plot...boleh olah bagi lg cantik...anyway nice try..

nanti ada masa,buat skrip drama....

mana taw keluar cengkerama tv3....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.174165 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list