CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kupay

Andai Ku Bercinta Lagi [U]

[Copy link]
Post time 2-8-2012 04:40 PM | Show all posts

la....xde dah ke....

bila nak sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2012 01:26 PM | Show all posts
sorry kawan2...sy busy last week...

        ”Kita dah tak cukup staff sekarang lepas Khairul resign.”
        ”Boleh saya tau kenapa dia suddenly resign?” Soalku dengan nada ingin tahu.
        ”Dari penjelasan dia hari tu, dia nak further study lagi. Nak ikut wife dia yang kebetulan buat Phd di oversea. Yang lain-lain tu saya tak taulah.”
        ”En Azlan dah buat few interviews untuk cari calon terbaik yang boleh gantikan tempat Khairul. Tapi masih belum finalize lagi. Mungkin dia tunggu Cik Sofea balik ke sini dulu.” Terang Asyereen dengan panjang lebar.
        Aku hanya mengangguk mendengar penerangan Asyereen itu. Setelah meneliti dan membaca dokumen yang perlu disain, aku segera menurunkan tanda tanganku di situ.

        ”Awak berapa lama lagi nak bersalin ni?” Mataku segera terarah pada perut Asyereen yang kelihatan sarat itu.
        ”Masih ada sebulan setengah lagi kalau ikut jangkaanlah.” Balasnya sambil mengusap perutnya.
        ”Boy or girl?” Soalku ringkas.
        ”Hopefully boy. We have waited for long.”
        ”Dah jumpa replacement sepanjang you maternity leave?”
        ”Sudah. Probably she will coming by mid of this month. Sempatlah saya train dia apa yang patut dulu sebelum I hand over my job to her.”

        Aku memberi satu bungkusan plastik yang berisi coklat dan sedikit souvenier dari Australia kepada Asyereen.
        ”Awak tolong bagi pada semua-semua staff kita kat luar. Ada coklat dan sedikit souvenier.”
        "Terima kasih Cik Sofea. Ingat jugak kami di sini ya. Ada juga buah tangan untuk kami.” Kata Syereen dengan nada yang begitu gembira.
        ”I know my staff suka coklat. I do also,” balasku.
        ”Cik Sofea, tadi En Azlan pesan dia nak jumpa Cik pukul 2.00 petang nanti di meeting room.”
        "Ok noted. Mesti nak bagi saya banyak kerjalah tu.” Aku menjawab dengan nada bergurau.
        ”Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu Cik Sofea. Banyak lagi kerja saya yang tak siap lagi ni.” Kata Asyereen meminta diri.
        ”Ok Syereen. You may go now. Kalau ada apa-apa, saya akan call dan saya yang akan pergi ke tempat awak. No need for you to come here. Saya kesian tengok mak buyung ni.” Sempat lagi aku mengusiknya.
       
        Telefon di mejaku berbunyi sebaik saja Asyereen melangkah keluar.
        Aku segera menjawab panggilan itu.”Hello, Sofea speaking.”
        ”Hi Sofea. How are you?”
        ”Hi En Azlan. Im fine. Thank you.” Jawabku pendek.
          ”Dapat message saya dari Asyereen tadi? I just want to remind you about our meeting this afternoon.”
       "Baik boss. I will be ready.”
       "Ok good. Bye.”

        Semenjak kepulanganku dari Australia, beban kerjaku makin bertambah. Tambah pula sejak Khairul berhenti, aku harus membuat dua kerja sekaligus. Aku hanya berdoa semoga aku cepat-cepat dapat pengganti Khairul sebelum Asyereen bersalin. Boleh dikatakan setiap pagi aku akan keluar awal dari biasa dan kadangkala pulang lewat sekali sekala. Aku prefer datang awal dari pulang lewat. Aku tidak mahu aktiviti riadahku terganggu jika aku pulang terlalu lewat. Nasiblah En Azlan agak memahamiku. Dia banyak memberi kebebasan dan flexibility kepadaku dalam urusan kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 03:56 PM | Show all posts
nak sambungan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 08:34 AM | Show all posts
nak lg jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:32 PM | Show all posts
abih dah? ape seterusnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 05:27 PM | Show all posts
saya mintak maaf sebab tak sempat update.

sambungan yang sebelum ni:

        En Azlan banyak membantuku sejak akhir-akhir ini, mungkin dia juga takut aku akan lari tiba-tiba. Aku tidak mahu kebaikannya disalah erti oleh orang lain. Kerja tetap kerja, aku tak mahu dicampur aduk dengan hal peribadi.
        Kadangkala dia memerhati aku yang sedang tekun menyiapkan report di dalam bilik. Itu pun aku menyedarinya secara tidak sengaja. Kadang-kadang  dia menghubungi aku di site supaya menemaninya lunch atau tea break. Aku lebih senang mendiamkan diri ketika bersama dengannya, supaya dia menganggap aku ini seorang yang membosankan.
        ”Sofea, I will find the best to help you for our project in Nilai,” kata En Azlan sambil merenungku. Aku jadi janggal dan malu bila direnung sebegitu. Aku cuba melindungi perasaan gugup itu.
        ”Who is the best pun, bila lagi pengganti Khairul ni nak masuk? Dah lama saya tunggu ni En Azlan,” aku cuba bergurau untuk mengurangkan gemuruh dalam hatiku.
        ”He’s still on vacation,” jawab En Azlan dengan slamber. Mataku terus terbuka luas merenung bossku itu.
        ”He still on vacation? Wow!!! Suprised!!!He must be someone special.” Aku serkap jarang.
        En Azlan hanya tersenyum sambil berkata perlahan. ”Jangan jatuh hati pada dia sudah. Kesian dengan saya.” Dia segera berlalu meninggalkan aku yang terkebil-kebil kehairanan.
        Ayat itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Bukankah dia sudah ada someone special? Ahh, lelaki memang begitu. Bila jauh, mulalah hati berubah atau goyah. Persetankan semua itu. Lelaki kadangkala pandai mengangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan bila ada peluang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2012 05:28 PM | Show all posts
Part 3

”Good bye my friend. Take care and thanks for everything.”
Mereka bersalaman dan saling berpelukan. Ada air mata yang bergenang di mata masing-masing.
”Ok, dude. I have to go now. They are keep calling  my name.”

Farid Farhan melangkah perlahan ke International Departure. Dia sempat berpaling dan melambai sahabat baiknya, Izham. Dia menghilang beberapa saat kemudian. Dia tidak mahu berada lama-lama di situ kerana sebaknya makin terasa. Izham tidak mahu pulang ke Malaysia.

Sistem keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow yang agak ketat menyebabkan penumpang terpaksa beratur panjang. Semua gadget-gadget harus dikeluarkan dari beg masing-masing. Toiletries pula harus dimasukkan ke dalam plastik lutsinar untuk memudahkan pihak keselamatan membuat pemeriksaan.

Farid menanggalkan tali pinggang dan kasutnya siap-siap supaya dia tidak tergesa-gesa di hadapan pegawai keselamatan kelak. Sejak kejadian yang berlaku pada 11 September itu, pihak keselamatan di lapangan terbang semakin mengetatkan pemeriksaan kepada para penumpang.

”Ohhh..You are studying at Manchester University?”
”Aaahh..Yes.” Jawab Farid pada Pegawai Imegresen yang bertugas di depannya itu.
”You are going back to Malaysia for holiday?” Soal pegawai itu lagi.
”No. I’m going back for good.”
”Ooo wow!!!It must be interesting. Good bye.” Kata pegawai itu sambil memberi kembali pasport Farid.
”Thank you, sir. Good bye too and wish me luck.” Balas Farid yang tersenyum manis.

Farid berjalan pantas mencari Gate 121. Perasaannya lega sebaik melihat MH001 tertera di skrin di hadapannya. Kelihatan kelibat penumpang-penumpang yang beratur untuk memasuki pesawat.

Sempat lagi sepasang Mat Saleh berkucupan sebelum menaiki pesawat. Itu memang sudah menjadi budaya mereka yang tidak segan silu untuk menunjukkan kasih sayang walau di mana-mana saja.

Farid memandang Lapangan Terbang Heathrow dari celah tingkap. Lapangan terbang itu akan kekal menjadi saksi pertemuan dan perpisahan. Ada air mata dan tawa yang mengiringi pertemuan dan perpisahan itu. The busiest airport in the world.
Good bye London. I don’t know either I’ll be back or not. Bisik Farid di dalam hatinya.
Bumi London semakin sayup-sayup dari penglihatan. Awan tebal menutupi bumi London dari pandangan mata. Bayangan Maira tiba-tiba muncul di ruangan matanya.

Mereka kenal sejak di bangku sekolah menengah lagi. Sama cantik sama padan. Di situ ada Maira, di situ ada dia. Mereka berjanji untuk sama-sama tekun belajar dan sama-sama melanjutkan pelajaran keluar negara. Tambah pula kedua-dua ibu bapa mereka juga sama-sama orang berada.

Kecantikan Maira dan ketampanan Farid sering meniti di bibir-bibir pelajar MRSM Langkawi. Bukan saja mempunyai rupa paras yang menarik, mereka juga terkenal kerana kecemerlangan mereka di dalam bidang akademik.

Keputusan SPM mereka yang cemerlang melayakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti yang mereka impikan. Mereka sama-sama menyambung pelajaran ’A’ Level di Uitm sebelum berangkat ke London.

”Excuse me sir. Would you like to have your dinner now?” Lamunan Farid terhenti sebaik disapa oleh seorang pramugari yang ingin menghidangkan makanan.
”Yes, sure.” Sekurang-kurangnya dia dapat menghilangkan bayangan Maira.

Usai makan, Farid membetulkan kerusinya. Masa untuk tidur. Masih ada 10 jam sebelum dia tiba ke Malaysia. Dia berada di persimpangan, antara cita-cita dan harapan keluarganya. Jika ikutkan hati mudanya, dia mahu saja migrate ke Europe. Tapi mengenangkan harapan orang tuanya yang mengharapkan dia kembali, lalu dia akur.
Aku akan mengikut apa yang telah diaturkan olehNya untukku. Bisiknya di dalam hati.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:29 AM | Show all posts
lamanya nk nunggu...

next!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 10:25 AM | Show all posts
patut la cam penah baca... rupenye lama xde n3...
Anyway..best...
sambung la lg...
Aku menantimu..ting tong...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 12:38 PM | Show all posts
cokolat posted on 5-10-2012 10:25 AM
patut la cam penah baca... rupenye lama xde n3...
Anyway..best...
sambung la lg...

terima kasih semua....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 01:20 PM | Show all posts
Maira dengan Sofea orang yang sama ke?

Next please...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 02:13 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-10-2012 01:20 PM
Maira dengan Sofea orang yang sama ke?

Next please...

Nicki Meow,

comelnya avatar awk...

tunggu ye nanti...hehe...mgkn readers boleh bg repond jugak utk improve cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:27 PM | Show all posts
next................
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 08:07 AM | Show all posts
Sambung an......plz
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 09:07 AM | Show all posts
Cepat sambung ya....jgn sampai kematu kamu menunggu........citer dah menarik.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2012 04:26 PM | Show all posts
sambungan di atas :

          Setelah semua urusan imigresen dan bagasi selesai, Farid menolak trolinya yang sarat keluar dari Arrival Hall perlahan-lahan. Tiada siapa yang menanti kepulangannya. Dia ingin memberi suprise pada ibu bapanya. Ramai kelibat manusia yang menanti di depan Arrival. Ada yang menanti bersama kertas yang mempunyai nama di tangan. Matanya lalu terpaut dengan seseorang yang membawa sejambak bunga seolah-olah menanti orang kesayangan. Kenangan lalu kembali terimbau diingatan. Maira pernah menangis kerana terlalu merinduinya. Sanggup menunggu dia berjam-jam di Manchester Airport kerana flightnya delay. Ahhh, kenapa bayangan Maira selalu saja hadir sebaik saja aku pulang ke Malaysia? Aku tidak mahu mengingatinya lagi.

          Gegaran di dalam poketnya menyedarkan dia dari lamunan. Sedang leka berbual, dia terasa belakangnya dilanggar seseorang. Agak kuat juga sebenarnya sehingga jaket ditangannya terjatuh di atas lantai. Gadis yang melanggarnya kelihatan begitu panik. Mungkin kerana terlalu asyik menonton drama orang putih yang berkucupan sebentar tadi agaknya. Sampai tak perasan ada orang di depan. Dia tidak mahu terus-terusan merenung gadis itu, kerana tidak mahu si dia terus malu. Di sebalik wajah itu, dia terpandang sepasang mata yang sangat menawan. Kelihatan gadis itu juga seperti baru pulang dari oversea. Gadis itu segera mengutip jaketnya yang jatuh sambil meminta maaf. Dia langsung tidak berani mengangkat muka untuk memandang wajah Farid.

          Farid hanya tersenyum sebaik gadis itu berlalu pergi. Dia bergegas mencari teksi untuk pulang ke rumah. Biar seisi rumah terperanjat melihat kepulangannya. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa menjemputnya di airport.

          Ternyata Ummi begitu gembira melihat kepulangan Farid. Kepulangan itu adalah kejutan untuk mereka sekeluarga kerana sebelum ini Farid pernah menyatakan yang dia tidak akan kembali dalam masa terdekat.

”Syukur padaMu Ya-Allah, kerana telah mengembalikan anakku ini.” Doa Ummi Farid di dalam hati tatkala bangun menunaikan tahajjud di keheningan malam. Sesungguhnya instint seorang ibu itu sangat kuat getarannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2012 04:57 PM | Show all posts
Next chapter :

p/s: sorry kalau bab by bab xclear.

Part 4

        Mata Sofea terkebil-kebil merenung siling di hadapannya setelah cubaannya beralih arah dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Namun matanya culas untuk kembali pejam.  Dia cuba untuk mengingati kembali momen-momen yang dirangkanya semalam sebelum tidur.
        ”Oh no!!!!Its weekend already. Time for jimba-jimba!!!!!!” Dia segera bangun dan serta merta duduk bersila di atas katilnya sebaik saja minda separuh sedarnya mula aktif. Tangannya pantas mencari kelibat telefon bimbitnya di atas tilam. Baru pukul 5.30 pagi, masih awal lagi rupanya.
        Mata yang tadinya mengantuk terasa segar mengenangkan hujung minggu yang telah menjelma. Begitulah rutinnya acapkali pada hujung minggu, dia akan bangun lebih awal dari biasa dan akan bersiap-siap untuk berjogging atau berbasikal di taman.
        Dengan cara itu dia dapat melupakan segala tekanan sepanjang minggu yang lalu. Kadangkala Laila juga turut serta berjogging dengannya. Namun Sofea sendiri tidak kisah sama ada Laila ada atau tidak, dia boleh berjogging bersendirian. Jika Laila menemaninya, kadangkala mereka akan bermain badminton bersama dengan penuh gelak tawa. Dengan cara itulah masing-masing dapat melupakan segala masalah yang ada.

        Usai memanaskan badan, Sofea memasang MP3 dan memulakan langkah. Langkahnya tidak terlalu laju mahu pun perlahan. Sedang-sedang saja, mengikut rhythm tuan punya badan. Selalunya Sofea cuba untuk menghabiskan 3 round tasik untuk satu hari. Jika terdaya, dia akan cuba menambah dua pusingan lagi.
        Tatkala Sofea cuba menghabiskan lariannya, dia terpandang sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.

        Hish, buat apa pulak mamat tu kat sini? Selama ni tak pernah pun nampak dia lari-lari kat sini. Ni takde keje lain, nak kacau port aku lah ni. Datang idea nakal dalam kepala Sofea, apa kata aku buat-buat tak nampak. So tak payah la aku nak tegur-tegur dia pulak.

        Nampaknya En Azlan tak menyedari kehadiran Sofea ketika mereka berselisih sebentar tadi. Mungkin tekun sangat berlari agaknya.

        Jantung Sofea yang berdegup lebih laju dari biasa mula kembali normal. Dia tidak mahu En Azlan perasan kehadirannya di situ. Nanti panjang pulak ceritanya.

        Sofea mencari tempat yang sedikit tersembunyi untuk melakukan cooling down. Dengan berhati-hati dia berjalan agak laju menuju ke kereta. Selesai memasukkan kasut ke dalam bonet, kedengaran namanya disahut dari jauh. Matanya mencerlung seolah-olah tahu siapa yang memanggil namanya itu.  

        Lambat-lambat dia menoleh ke belakang. Kelihatan En Azlan sedang berjalan ke arahnya.

        ”Hi Sofea, awal dah nak balik? Sapanya ramah sambil tersenyum. Sofea sedaya upaya cuba untuk mengawal perasaannya. Dia tidak dapat mengelak lagi, lalu dia cuba membalas senyuman dengan seikhlas mungkin.

        ”Selalunya time-time macam ni memang saya dah balik. Macam mimpi pulak jumpa En Azlan kat sini. ” Balas Sofea yang cuba mengawal perasaannya.

        En Azlan perasan kereta Sofea semasa di parkir. Hatinya berbunga riang dan makin bersemangat untuk berjogging sebaik ternampak kereta Sofea di situ. Dia berpura-pura tidak perasan ketika Sofea memintasnya sebentar tadi. Sengaja dibiarkan Sofea berlalu pergi. Diam-diam dia skodeng Sofea dari jauh.

        Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, dia rasa tertarik dengan staff bawahannya itu. Selama ini dia terlalu serius dengan kerjanya menguruskan syarikat milik keluarganya. Sejak dia putus hubungan dengan kekasihnya setahun yang lalu, hidupnya 100% diserahkan pada kerjayanya. Maklumlah kawan-kawan nak hang out pun kebanyakannya dah berkeluarga. Dia lebih suka bersendirian.

Tiba-tiba ayat nakal keluar dari mulutnya, ”Saya nampak awak dari tadi Sofea, mungkin awak tak perasan saya.”

Gulp! Air liur yang ditelan Sofea terasa pahit. Kiranya, En Azlan memang memerhatikannya sebentar tadi. Alamak, kantoi lah yang aku siap-siap menyorok dari dia tadi. Bisik Sofea di dalam hati.

”Hmm, mungkin saya tak perasan kot. ” Haish, cover lagi. Muka Sofea merona merah. Itu memang kelemahan Sofea, cepat malu bila terkantoi.

”Sofea, kalau awak sudi, saya nak ajak awak breakfast dengan saya.” Tanya En Azlan lambat-lambat. Dia tahu Sofea malu dengan usikannya tadi, namun jauh di sudut hatinya dia berharap agar Sofea sudi menemaninya. Dia ingin mengenali gadis itu lebih rapat.

Sofea hanya mengangguk perlahan. Tiada guna lagi mengelak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 09:16 PM | Show all posts
nak lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:44 AM | Show all posts
Sila sambung tuan tanah....bg lebih n3 ya........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 03:40 PM | Show all posts
sellie003,

terima kasih sebab selalu singgah sini...otak tgh lemau sikit...tp akan cuba up sumting yang menarik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.414881 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list