CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Haje_hbz

Semanis Puding Jagung-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2012 11:23 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-8-2012 11:08 AM
Monyet ke..tak jadi ke....sila NEXT!

Diriku semakin fobia dengan perkataan nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 12:13 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 1-8-2012 11:23 AM
Diriku semakin fobia dengan perkataan nih

Perkataan apa tu? Monyet ke NEXT ?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 12:28 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-8-2012 12:13 PM
Perkataan apa tu? Monyet ke NEXT ?

Suka lady mengenakan orang ye....
next n3 esok2 la...kalau ada mood nnt tepek lg..kalau takde mood takde la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:19 PM | Show all posts
next ! ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:25 PM | Show all posts
sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:32 PM | Show all posts
monyet pun bercinta hahahha



NEXT
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2012 11:13 AM | Show all posts
Okey..sambung sikit..
----------------------------------

BAB 7

“Chik Na, okey ke macam ni?” Tanya Aqila.

Periuk di tangannya yang berisi susu segar, tepung kastard, jagung krim dan gula itu diunjukkan pada Chik Na.

“Ha, boleh la tu. Letak atas api lepas tu kacau terus, jangan tinggal. Nanti hangit pula. Tunggu sampai mendidih. Agak-agak dah likat baru padam api.” Sambil memberi arahan, tangannya ligat menguli tepung untuk dibuat pizza sebagai menu makan tengah hari.

Aqila meletakkan periuk atas dapur gas. Siap pun puding ni.

Ramai orang gemar puding caramel tetapi tidak dia. Dia lebih sukakan yang ini. Entah. Dia pun tak tahu apa ke’special’an puding caramel tu. Kesedapannya atau ke’glamour’an namanya? Alah, asal-asal puding gula hangus juga. Dia ketawa dalam hati.

Semalam dia teringin mahu makan kastard jagung atau dia lebih suka panggil puding jagung. Selalu-selalu tu Chik Na yang buat, tetapi hari ini dia mahu mencuba sendiri. Mengikut resipi Chik Na, tambah air sedikit supaya puding tu jadi lembik sedikit dan lebih enak dimakan. Sebab itulah dahulu dia mengubah sedikit nama makanan itu. Padahal kata Chik Na, “Kamu tu taksub sangat dengan benda yang ada jagung, sampai menafikan hak kastard dalam puding tu!”

Aqila senyum mengingatkan kata-kata Chik Na. Chik Na tu rajin dan kreatif dalam bab memasak. Sebab itu mereka sekeluarga jarang-jarang sekali makan di luar. Daripada makanan tradisional hingga ke makanan barat, semua dia boleh. Jadi tak perlu lagi mereka ke Pizza Hut atau KFC, sebab  mereka sudah ada master chef dalam rumah ni!

“Apa yang duk sengih sorang-sorang tu? Orang kacau tu ikut lawan jam. Lepas tu bacalah selawat, dapatlah pahala. Makanan pun bertambah sedap. Ini berangan pulak.” Aqila sengih mendengar teguran Chik Na.

“Orang cakap, sengih pulak dia.”

“Okey, okey. Qila bacalah ni. Allahummassalli’alamuhammad…”

Menggeleng kepalanya dengan telatah Aqila. Aqila tu sudah dia anggap seperti anak sendiri. Biarpun bukan dia yang melahirkan, tetapi darahnya tetap mengalir dalam tubuh anak itu…

Last edited by Haje_hbz on 2-8-2012 12:03 PM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 11:36 AM | Show all posts

Huzair bangun saat matanya menangkap tubuh doktor yang baru keluar dari labour room. Terus dia menerpa ke arah doktor separuh umur itu.

“Doktor, macam mana isteri saya?” Soalnya cemas. Amnah dan suaminya, Armand turut sama bangun melangkah ke arah doktor tersebut.

“Encik ni suaminya ke”

Huzair mengangguk. “Macam mana keadaan isteri saya?” Soalan tadi diulang lagi.

“Tahniah! Encik dapat anak perempuan. Nurse sedang bersihkan. Sekejap lagi encik boleh masuk. Cuma…”

Wajah Huzair yang tadinya gembira terus berubah. Cuma apa? Dia menanti dalam debaran.

“… isteri encik mengalami tumpah darah. Buat masa sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Tapi encik tak perlu bimbang keadaannya masih stabil…”

“Habis macam mana anak saya nak menyusu…?” Kalut dia memotong kata-kata doktor itu.

“… untuk itu kami akan menyediakan susu formula.”

Huzair mengangguk. “Terima kasih, doktor.”

“Sama-sama. Sebentar lagi isteri encik akan dipindahkan ke wad biasa.” Huzair mengangguk lagi. Doktor itu senyum sebelum berlalu.

Amnah yang sedang mendukung Adam yang baru berusia dua tahun itu mencuit lengan Huzair.

“Abang, Na kurang setuju kalau doktor nak bagi susu formula.” Katanya.

Huzair melepaskan keluhan. “Abang pun sama, Na. tapi apa pilihan yang abang ada?”

Amnah tersenyum memandang suaminya sebelum pandagannya berkalih pada Huzair. Armand dan Huzair mengerutkan dahi melihatkan Amnah yang tersenyum penuh makna.

“Abang, abang lupa ke kita ni macam mana?” Katanya pada Huzair, mengingatkan.

Bulat mata Huzair mendengar kata-kata itu. Kenapa dia tak terfikir dari tadi? “Maksud Na, Na nak susukan anak abang?”

Soalannya pantas dibalas dengan anggukan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 11:47 AM | Show all posts

“Chik Na, macam ni dah okey ke?”

Pertanyaan Aqila membawa pergi lamunannya. Tangan yang dari tadi menguli tepung, sudah berhenti. Dia sudah jadi seperti Aqila pula; memasak sambil berangan!

Chik Na menjenguk sedikit isi periuk.

“Dah Okey dah tu.”

Aqila menutup api dapur. Periuk diangkat dan diletakkan atas table top. Kemudian dia menyenduk puding yang masih panas ke dalam bekas-bekas kecil yang jernih. Bekas-bekas yang sudah penuh itu dia letakkan dalam dulang berisi air untuk disejukkan dahulu. Kemudian barulah dia akan masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh dijadikan desert untuk makan tengah hari.

Satu bekas puding diambil. Dia suka makan puding ini sewaktu masih panas-panas. Dia melabuhkan duduk di sebelah Chik Na  yang sedang menghiris bahan-bahan untuk topping pizza. Dough yang sudah siap tadi Chik Na sudah masukkan ke dalam ketuhar.

“Chik Na nak sikit?”

“Tak pe lah. Chik Na nak habiskan masak ni dulu.”

Aqila menyuap sesudu puding jagung. Manis!

“Dah lama abang tak telefon rumah.” Dia tiba-tiba teringatkan Adam.

“Abang Adam kamu sibuklah agaknya tu.” Balas Chik Na pendek.

Dia mengeluarkan dough dari dalam ketuhar. Prego yang dimasak dengan yellow onion dan daging cincang awal tadi dioles atas dough. Hirisan cendawan, udang, sosej, lada merah dan buah zaitun ditabur sama rata atas lapisan prego, diikuti dengan parutan cheese mozarella. Pizza yang sudah lengkap itu dimasukkan kembali dalam ketuhar. Siap!

“Sibuk mengalahkan PM. Tak ingat pun orang kat sini.”

Selamba dia mengutuk sambil tangannya masih belum mahu berhenti menyuap desert kegemarannya itu. Lama-lama makan benda ni boleh kencing manis dia! Nasib baik keturunannya tiada yang kencing manis. Kalau tak, tinggi juga cansa dia nak dapat penyakit popular tu.

Ye ke macam tu…?

“Kamu ni… tak baik cakap abang macam tu.”

“Habis tu dah memang kenyataan…”

Chik Na geleng kepala. Anak gadis itu kadang-kadang mulutnya lepas saja.

Bunyi deringan telefon bimbit atas water dispenser memecah sunyi antara mereka. Aqila bingkas bangun, mencapai. Sekilas dia mengerling nama pemanggil di skrin Samsung. Dia tergelak.

“Panjang umur!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 12:01 PM | Show all posts

“Weh, Am. Lepak kat café bawah jom.” Bahu Adam ditepuk perlahan. Kelas baru sahaja tamat.

“Sorry, Id. Aku  kena jumpa Prof. Turaya  ni.” Jam di pergelangan dikerling.

“Ohh. Tak pe la.  Aku lepak dengan Rafi je. By the way, kau apahal? Tak siap assignment?”

“Taklah. Dia nak jumpa. Tak tau apahal.”

“Okey la kalau macam tu. Selamat bermeeting dengan hantu raya!” Kata Nidal sambil ketawa kuat.

Menggeleng kepala Adam. Budak-budak di sini suka menggelar professor tu begitu disebabkan dia seorang yang garang selain namanya yang agak sinonim dengan hantu melayu tu!




Tubuh dihempas atas katil. Lengan kiri dibawa ke dahi. Nidal, roommatenya masih belum pulang. Kata-kata Prof. Turaya tadi masih terngiang-ngiang di telinga.

“Adam, kamu antara pelajar terbaik di sini. Tapi result kamu baru-baru ni sangat-sangat mengecewakan saya.”

Keluhan berat dilepaskan. Dia sendiri tidak menyangka markahnya agak teruk exam kali ini. Seingatnya, dia memang sudah melakukan persediaan awal-awal. Kuliah pun, setakat ni belum pernah ponteng lagi. Tapi kalau nak ikutkan faktor lain, rasanya dia memang tidak ada buat salah pada sesiapa.

Ye ke?

Dia cuba bermuhasabah diri. Mana tahu ada manusia yang terguris hati dengannya. Mungkin kawan-kawan, pensyarah, ibu ba…

Oh, ummi! Macam mana aku boleh lupa?

Sudah lama dia tidak menelefon ummi. Sewaktu peperiksaan hari tu pun dia tidak menelefon umi, bertanya khabar, minta restu dan doa. Sementelah, cuti pertengahan semesta hari tu dia tidak pulang ke rumah kerana mengikuti program universiti. Mungkin itu antara sebabnya walaupun dia sudah berusaha bersungguh-sungguh. Bukan dia sengaja, tetapi dia terlalu sibuk dengan urusan pelajarannya.

Alasan ya Adam? Lima minit pun tak boleh ke? Kalau minum dengan kawan-kawan, berpuluh-puluh minit pun tak ada masalah.

Handphone Samsung dikeluarkan dari poket seluar. Nombor umminya didail. Seketika pangilannya berjawab. Dia menarik senyum di pinggir bibir apabila mendengar suara di hujung talian.

“Abang! Panjang umur. Baru cakap pasal dia, terus telefon.”

“Assalamualaikum…”

“Opss… sorry. Wa’alaikumussalam.”

“Oh, tadi mengumpat abang ye?” Dari berbaring Adam sudah bangun duduk. Dia menarik sila. Selesa sikit nak bercakap.

“Haha… mana ada. Orang berkata-kata je pasal abang.”

Adam menggeleng. “Loyar buruk! Tak kisah la. Yang mengata tu dapat dosa. Yang dikata ni dah tentu-tentu dapat pahala!” Sengaja diusik adiknya itu. Bukannya dia ambil hati pun. Mahu berguruau saja.

“Eleh, perasan la abang ni. Orang cuma cakap abang dah lama tak telefon, sibuk mengalahkan menteri je gayanya.”

Adam gelak. “Itu la. Sibuk kurang sikit je daripada menteri. Tak de la. Abang busy nak exam hari tu. Emmm… Qila dengan ummi ke tu?” Sengaja dia tukar topik. Nak kurangkan rasa bersalah sebenarnya.

“Ha’ah. Chik Na tengah buat pizza. Sedaaapp…!”

“Nurul Aqila!” Sayup-sayup Adam dengar suara umminya di belakang. Aqila ketawa saja apabila ditegur.

“Padan muka kena marah. Ingat abang jelous la buat nada macam tu? Tak pe. Balik nanti abang suruh umi buat untuk abang sorang. Masa tu Qila jilat sudu je la!” Tak mahu kalah juga si abang ni!

“Tak heran…”

“Dah la, dik. Cakap dengan dia sampai minggu depan pun belum tentu habis. Pass kat ummi kejap.”

Terlepas lagi tawa Aqila. Telefon bertukar tangan.

“Assalamualaikum, Adam.”

Suara lembut ummi sedikit meruntun hati Adam. Benarkah dia telah menyakiti hati umi dalam diam?

“Wa’alaikumussalam. Ummi sihat? Adam minta maaf lama tak telefon.” Perlahan saja suaranya.

“Sihat Alhamdulillah. Tak pe la Adam. Ummi faham, Adam mesti sibuk. Sibuk-sibuk pun kalau tak telefon ummi, tapi jangan lupa tanggungjawab pada Dia…”

Adam jadi terharu dengan umi. Walaupun umi tidak meluahkan tapi dia tahu sedikit sebanyak umi terasa juga dalam hati. Lagi pun umi hanya ada dia sejak walid dan nenek pergi. Biarpun ada Aqila dan babah, darah daging sendiri tetap yang teristimewa di hati seorang ibu. Dia tahu tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 12:02 PM | Show all posts
ayat tunggang langgang terbalik tonggeng......
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 12:26 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 2-8-2012 12:02 PM
ayat tunggang langgang terbalik tonggeng......

tak pe still boleh paham bila baca , next !
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:41 AM | Show all posts
NEXTTTTT (menambahkan fobia TT)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 10:58 AM | Show all posts

Salam...sambung sikit..
-------------------------------------------

BAB 8

“Assalamualaikum, babah!”

Aqila melabuhkan duduk di sebelah babahnya. Beg sekolah diletakkan di kerusi sebelah.

“Wa’alaikumussalam. Hai, ceria aje hari ni? Ada apa-apa ke?” Dia menjeling melihat anak daranya itu. Akhbar di tangan dilipat dan diletak atas meja. Lantas kopinya yang masih berbaki separuh dihirup sedikit.

Tawa Aqila menimbulkan kerut di dahinya. Kena sampuk ke anak aku ni?

“Alah, babah ni. Nak ceria pun mesti kena ada sebab ke?” Senyumnya masih belum lekang.

Entah. Dia rasa happy je hari ni. Macam malam tadi baru je mimpi belasah Naqib puas-puas sampai separuh nyawa! Dia ketawa dalam hati. Senyum di pinggir bibir macam dah tak boleh nak cabut lagi dah.

Sesaat kemudian senyumnya mati. Isy, pagi-pagi lagi otak ni dah ingat mamat tu! Kepalanya digeleng-geleng.

“Anak babah ni sihat ke tidak?” Babah menghulur tangan pura-pura mahu merasa dahinya.

Aqila mengelak sedikit kepalanya. “Isy, babah ni, orang sihat la.” Tangannya mencapai sekeping roti bakar.

“Habis tu, kejap ketawa lepas tu menggeleng pulak.”

“Ada la tu. Mesti duk teringat kat seseorang…” Suara Chik Na yang tiba-tiba menyampuk membuatkan Aqila memanggungkan kepalanya. Chik Na sudah meletakkan teko berisi air milo yang diambil dari dapur tadi ke atas meja. Dia duduk bertentangan Aqila.

“Oh, suka kat someone la ni. Nurul Aqila, waktu belajar, belajar betul-betul. Jangan duk sibuk-sibuk nak bercinta pulak.” Nasihat babah lembut.

Aqila sudah memuncung. “Bah, mana ada Qila suka kat sapa-sapa. Babah percayalah cakap Chik Na tu.” Dia sudah mahu merajuk apabila babah berkomplot dengan Chik Na mahu mengenakannya. Kalau abang ada sekali, confirm aku lemas terus!

Babah ketawa geli hati. Chik Na yang sedang menuang air turut ketawa.

“Alah, Chik Na dengan babah gurau aje. Tadi sengih tak henti. Ni, dah masam pulak.” Usik Chik Na.

Tersungging juga senyuman di bibir Aqila yang kemudiannya membuahkan tawa. Chik Na dan babah sudah geleng kepala melihat kerenahnya.

Babah bangun dari kerusi. Beg laptop di kaki kerusi dicapai. “Jom!”

Terkocoh-kocoh Aqila menghabiskan air milonya. Dia bingkas bangun. Beg sekolah diambil dan disangkut ke bahu.

“Chik Na, pergi dulu.” Tangan itu dia salam dan kucup.

“Eh, puding dah ambil ke belum? Semalam kata nak bawak?”

Aqila menepuk dahi. Lupa!

“Sekejap Chik Na ambil. Kamu tu pergi pakai kasut dulu. Lama pulak babah tunggu nanti.”
Sebekas puding jagung dikeluarkan dari dalam peti sejuk lalu dimasukkan ke dalam plastik jernih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 11:01 AM | Show all posts

Kringg!!

Bunyi loceng menandakan sudah tiba waktu rehat. Pelajar-pelajar berebut-rebut keluar dari kelas mahu segera mengisi perut yang lapar. Atau mungkin juga mahu mengejar nasi lemak kantin yang konon-kononnya didakwa sedap hingga menjilat jari kaki tu. Ceh, tak senonoh!

Aqila mengemas mejanya yang berselerak. Buku-buku dimasukkan dalam laci bawah meja.

“Qila, kau bawak apa tu?” Mata Nadhia memerhati tangan Aqila yang mengeluarkan sebuah beg plastik.

“Puding jagung.”

“Wah, sedapnya… lama aku tak merasa. Emmm… aku ada ni!” Dia juga turut mengeluarkan sebuah tupperware dalam plastik dari bawah meja.

Aqila ketawa. “Yaya, majulah kau sekarang. Dah muak ke makan kantin? Nak ikut trend aku pulak.”

“Sekali-sekala. Muak jugak aku bertahun-tahun makan benda yang sama je kat kantin tu.” Bekalnya dia letak atas bekas puding Aqila. “Kau pergi dulu eh, Qila. Aku nak hantar buku BM jap.”

“Okey.”

Nadhia berlalu meninggalkannya dalam kelas yang sudah kosong. Tanpa sedar ada mata yang mengintip.

Beg yang ternganga, Aqila zip cepat-cepat. Dia keluar dari kelas. Mahu ke tempat biasanya apabila tiba waktu rehat. Tangan kirinya memegang plastik berisi puding manakala tangan kanan memegang bekal Nadhia.

Langkahnya diatur melalui koridor. Tiba-tiba seseorang melanggar kuat tangan kirinya. Dia yang tidak bersedia terus terlepas pegangannya daripada plastik itu. Puding di dalam plastik tercampak beberapa meter di hadapannya.

Aqila tergamam. Dia berpaling ke belakang. Naqib! Dia mengetap bibir menahan geram. Dijeling sedikit lelaki itu sebelum berjalan mendapatkan pudingnya yang sudah melambak atas lantai koridor.

Dia duduk melutut dan mengeluarkan sehelai tisu poket untuk mengutip puding itu. Sayangnya!

Namun beberapa saat kemudian dia tercengang apabila matanya menangkap sebuah kasut Converse hitam yang tiba-tiba memijak lambakan puding di hadapannya. What the…!

“Opss! Tak sengaja.” Selamba Naqib berkata-kata.

Menyirap darahnya saat Naqib mengangkat kaki mahu beredar dari situ.

“Hei! Awak ni tak de mata ke?” Dia bingkas berdiri menghadap Naqib. Dia benar-benar hilang sabar dengan manusia tidak berhati di hadapannya itu.

Naqib memusingkan tubuh menghadap Aqila. Keningnya dijongketkan sedikit.

“Yang kau makan kat sini siapa suruh? Dah tak reti nak bezakan kantin dengan koridor?” Sengaja mahu dibakar perasaan lawannya itu.

“Eh, awak ni dulu tak sekolah agama ke sampai tak tahu pijak makanan tu berdosa?!” Sedaya upaya dia menahan suaranya. Kata-kata Naqib tadi tidak diendahkan.

“Aku sekolah agama ke tak, tu bukan urusan kau!” Wajah Naqib masih bersahaja.

Aqila diam. Bibirnya diketap kuat.  Cuba menahan rasa marah yang bergelora. Tidak mahu terus berdrama swasta, dia kembali tunduk mengutip puding. Tetapi Naqib masih lagi berdiri di situ. Ada mata yang memandang

“Apasal diam? Dah tak de modal? Orang dah kalah memang macam tu.” Provok Naqib. Masih mahu mencari pasal.

Aqila bangun selesai membersih. Dia berjalan ke arah Naqib.

“Modal saya bukan dengan orang tak sekolah macam awak!” Serentak itu dia menghentak plastic bersisi puding yang sudah kotor  ke dada Naqib sebelum berlalu. Plastik itu terus melorot dan jatuh semula ke lantai koridor. Giliran Naqib pula yang tercengang!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 11:12 AM | Show all posts
Wah..garang jugak Aqila ni ye....

Errr NEXTTT (kasi next kecik aje...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2012 12:02 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 3-8-2012 11:12 AM
Wah..garang jugak Aqila ni ye....

Errr NEXTTT (kasi next kecik aje...)

Tu lah.. sopan-sopan die pun, kalau dah ada yg mencucuk meletups gek....

Mana pi hilang next nicki yang gah2 belaka tuh??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 12:04 PM | Show all posts
sambung sikit lagi...
------------------------------------


Nadhia bingkas bangun dari bangku batu itu apabila matanya menangkap batang tubuh Aqila. Wajah sahabatnya sepi tanpa senyuman yang sering menghiasi bibir.

“Kau pergi mana? Ingatkan kau tunggu aku kat sini.” Berkerut dahinya apabila melihat hanya ada sebuah beg plastik sahaja di tangan Aqila.

“Eh, puding kau mana?” Soalnya pelik.

“Lanun mana entah tiba-tiba serang aku tadi.” Bekal Nadhia diletak atas meja. Dia duduk di atas bangku.

“Naqib?”

Aqila manarik senyum tawar. “Mana kau belajar serkap jarang?”

“Tengok kaki la kak.” Dia gelak. “Apahal?” Ni yang curious terlebih apabila tengok muka Aqila yang macam baru lepas kena serang dek lanun kelas satu!

Aqila melepaskan keluhan berat. Tiba-tiba rasa macam nak mimpi belasah Naqib betul-betul malam ni! Biar sampai terbang nyawa!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 01:01 PM | Show all posts
Biar sampai terbang nyawa!


fuhhh...ayat x bleh blah

next!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 02:28 PM | Show all posts
hahaha.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.100648 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list