CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Haje_hbz

Semanis Puding Jagung-[U]

[Copy link]
Post time 4-8-2012 02:35 PM | Show all posts
hahaha...best2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2012 02:47 PM | Show all posts
best2......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 09:56 AM | Show all posts
Assalam n morning all....
----------------------------------

BAB 9

Tas tangan dicampak atas sofa. Keluhan berat dilepaskan sebelum tubuhnya direbahkan atas katil bersaiz king itu. Mata dipejam dan kepalanya dipicit-picit sedikit. Terasa sarat dengan beban. Peristiwa sebentar tadi kembali terlayar di ruang mata…




“So, ada apa you ajak I makan dekat sini?” Tanya Julia sebaik sahaja melabuhkan duduk di atas kerusi. Matanya menentang wajah di hadapannya sebelum dilarikan ke arah lain.

Restoran mewah bertaraf lima bintang itu sunyi dan suram. Yang kedengaran hanya bunyi muzik latar dan sudu garpu yang berlaga dengan pinggan.

Iqram tersenyum. “Kenapa? You tak suka ke I ajak you keluar?” Soalan Julia dibalas dengan soalan juga.

“Tak de lah. Saja tanya.”

Kata-kata Julia mengundang tawa Iqram. “Sayang, you marah I ye sebabI dah lama tak keluar dengan you. I mintak maaf sangat. You tau kan, I busy sikit lately. Dengan masalah company lagi… anak I lagi… tak cukup tangan dibuatnya. I pun rindu nak luangkan masa dengan you lagi.”

Julia menarik senyum tawar. Ya, kali terakhir mereka berjumpa kira-kira sebulan yang lalu. Tapi itu bukan masalah besar yang berada di pundaknya tika ini. Masalahnya… dia rasa tidak gembira seperti selalu apabila bersama Iqram kali ini. Rasa seperti sesuatu yang aneh, tidak selesa, tidak tenang. Walhal mereka sudah berkasih bertahun-tahun lamanya. Entahlah, dia sendiri pelik dengan dirinya sejak akhir-akhir ini.

Dia tidak jadi membalas kata-kata Iqram apabila seorang pelayan menghampiri meja mereka, mahu mengambil pesanan.

Iqram kembali memandang Julia setelah si pelayan berlalu membawa pesanan mereka.

“Lia, sebenarnya I ada something nak cakap dengan you.” Kata Iqram perlahan.

Kening Julia terangkat sedikit. “Apa dia?”

“Emm… kita makan dulu. Then, baru kita cakap pasal ni.”
Julia mengangguk. Dalam hati dia tertanya-tanya apa yang mahu disampaikan Iqram. Hmm… nak tunggu sudah makan paling-paling pun 20 minit.

Sementara menunggu pesanan sampai, Iqram asyik berceloteh fasal hal-hal pejabatnya. Entah apa yang Iqram bebelkan, Julia hanya senyum dan angguk sahaja. Dia tiada mood hendak menyampuk.

Tak sampai lima belas minit, hidangan mereka sampai. Julia memandang sepi hidangan di hadapannya. Entah apa namanya, buat tergeliat lidah aje nak menyebut. Apalah yang sedap sangat makan dekat tempat macam ni? Makan kat gerai mamak lagi best. Bebas. Tak payah nak berprotokol bagai. Tapi dia lihat Iqram makan dengan berselera pula.

Iqram mengangkat muka dari pinggan. “Sayang… kenapa you tak makan lagi ni?”

Julia tersentak saat terasa jemari Iqram menyentuh tangannya.

“Err… I… I…”

“You okey ke ni? Kenapa termenung aje? Tak sihat?” Tanya Iqram bertalu-talu. Wajah ayu di hadapannya itu ditatap lama.

“Err… I okey. Ram, I nak ke ladies sekejap.” Kata Julia. Tanpa menunggu balasan Iqram, dia terus sahaja bangun dari kerusi. Iqram sedikit terpinga-pinga melihat reaksi Julia. Namun dia hanya membiarkan.

Julia berjalan pantas ke tandas. Pintu yang tertulis ladies itu ditolak sebelum kakinya melangkah ke hadapan singki. Refleks wajahnya di cermin besar itu ditenung. Lama. Nasib baik tiada orang di situ, kalau tidak orang fikir dia patung pula!

Dia teringatkan kata-kata Iqram awal tadi. Apa yang mahu diberitahu lelaki itu?

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia menunduk seketika sebelum membuka zip handbag. Dia menepek sedikit bedak kompak pada wajahnya yang agak pucat.

Sekembalinya di meja, Iqram sudah pun selesai makan. Lelaki itu sedang menyisip straw digelasnya.

“Sayang, you buat apa tadi lama sangat? Tengok, I pun dah habis makan dah. Makanan you aje yang masih belum luak. You ni diet ke?” Iqram cuba berlelucon untuk membangkitkan suasana ceria. Dia jadi pelik melihat Julia yang banyak berdiam dari tadi. Padahal selalunya Julia lah yang banyak berceloteh.

Julia hanya tersenyum sumbing. “Sorry lah, Ram. I macam tak de selera malam ni. Rasa macam tak sedap badan.” Dia cuba beralasan.
Berubah sedikit air muka Iqram mendengar jawapan dari mulut Julia. Dia mengeluh kecewa dalam hati. Hajatnya malam ini mahu melamar sang kekasih hati. Namun melihatkan Julia yang seperti tiada mood membuatkan niatnya terbantut.

Dia berdeham sedikit. “You nak I hantar you balik ke?” Tanya Iqram.

“Eh, tak pe. I’m fine. I boleh drive sendiri. Emm… tadi you nak cakap apa?”

“Oh, I…” Iqram ragu-ragu mahu meneruskan niatnya. “Tak pe lah. Lain kali aje. You pun macam penat je.”

“Naa… it’s ok. Cakap je lah. I takut nanti takde masa lain pula nak cakap. Ye lah, you busy, I pun busy.” Kata Julia. Malas mahu menangguh ke masa yang lain pula.

Iqram mengangguk. “Actually, I…” Dia berhenti. Tidak tahu bagaimana mahu menyusun ayat. Dia menyeluk sesuatu dalam poket seluarnya. Kotak baldu kecil berwarna merah ditarik keluar sebelum dibuka di hadapan Julia. Terserlah sebentuk cincin emas bertatahkan kilauan tiga biji permata.

“Sayang, sudikah you jadi milik I yang sah?” Tanya Iqram dengan nada romantis.

Julia terpempan melihat tindakan Iqram. Tanpa sedar tangan dibawa ke mulut.

“Err… Ram… I…” Tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Dia tidak menyangka Iqram akan melamarnya. Dan dia tidak pernah mengimpikan pun. Pelik! Selama ini hubungan mereka bebas dan dia tidak memikirkan tentang hubungan yang sah atau tidak. Sangkanya Iqram juga begitu.

“Sayang, you sudi tak?” Tanya Iqram lagi. Tangannya masih memegang kotak baldu itu.

“Entahlah, Ram. I… I tak tau nak cakap apa… I rasa pelik. Kenapa tiba-tiba you nak ajak I kahwin? Selama ni you tak pernah bangkitkan soal ni dengan I pun?”

Iqram melepaskan keluhan perlahan. “I tau Lia. Tapi I nak hubungan kita sah di sisi agama. I sayangkan you. Dan I… I tak nak selama-lamanya kita bergelumang dengan dosa. Jadi jalan terbaik kita nikah je.” Kata Iqram. Dia sedar hidup mereka sudah menyimpang terlalu jauh. Tapi dia tidak menyalahkan Julia. Ini semua salah dirinya sejak dari mula. Kalaulah waktu boleh diputar semula….

Julia ketawa sinis mendengar jawapan Iqram.

“Ram… you cakap apa ni? Sejak bila you kenal dosa pahala ni?” Dia berhenti seketika sebelum menyambung, “I tak tahulah, Ram. I pelik dengan you. Kenapa baru sekarang you nak ajak I kahwin sedangkan kita dah bersama terlalu lama. Kalau you betul-betul sayangkan I, kenapa tak dari dulu lagi you lamar I? Nak kata you ni nak kumpul duit, tauke kompeni!” Balas Julia sinis.

Wajah Iqram memerah mendengarkan kata-kata Julia. “I cuma nak hubungan kita ni sah. Kita dah hanyut terlalu jauh Lia. I bukannya fikir sehari dua pasal benda ni tau. I dah fikir semua ni masak-masak!”

“Apa-apa je lah, Ram. Yang penting, I memang tak boleh terima semua ni!”

“Lia, I tak nak you terburu-buru. I akan bagi you masa untuk berfikir. Sementara ni, you ambillah dulu cincin ni. Kalau you dah decide nak bersama dengan I you pakailah, kalau tak pun you ambil aje sebagai tanda penghargaan I pada you.” Kata Iqram. Pasrah saja nadanya. Last edited by Haje_hbz on 6-8-2012 09:57 AM \n\n Last edited by Haje_hbz on 6-8-2012 10:36 AM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 10:00 AM | Show all posts

Kelopak mata diangkat. Seketika dia terkebil-kebil mengingati kata-kata Iqram.

Kenapa dengan Iqram? Hatinya tertanya-tanya apabila mengenangkan Iqram yang seperti sudah berubah. Sebuah keluhan dilepaskan. Kotak baldu ditangannya direnung lama.

Julia bangun duduk. Dia termenung seketika sebelum tangannya perlahan-lahan membuka laci meja sisi. Sebuah album berkulit coklat gelap ditarik keluar. Kulit album diselak. Gambar dia dan Iqram memenuhi ruang mata. Bermula dengan temujanji kali pertama, kemudian semasa parti hari jadi Julia… percutian pertama mereka di Pulau Mauritius… pelbagai function company Iqram… dan banyak lagi. Pendek kata penuh satu album tebal itu.

Julia menutup semula album itu.

Betul ke Iqram ikhlas melamar aku?

Sekali lagi keluhan dilepaskan. Album tadi dimasukkan kembali ke dalam laci. Namun tiba-tiba dia terpandangkan hujung sebuah bingkai gambar di dasar laci yang terhempap dek beberapa buah album di atasnya. Eh, sejak bila gambar ni ada kat sini?

Bingkai gambar lama yang mempamerkan gambar seorang gadis kecil dalam lingkungan sepuluh tahun itu ditarik. Wajah yang tersenyum manis itu ditatap lama. Terselah lesung pipit yang berlekuk dalam di pipi kiri gadis itu. Kelebihan yang diwarisi dari dirinya.

Julia kembali berbaring atas tilam sambil matanya menatap wajah mulus itu. Tiba-tiba hatinya digamit rasa rindu. Gambar itu dilekapkan ke dada sambil matanya dipejamkan. Anak mama…

Lama dia begitu sebelum bunyi telefon bimbit yang nyaring membawanya kea lam nyata. Dia bingkas bangun dan mencapai handbag di atas sofa. Handphone dikeluarkan. Dia menarik senyum segaris melihatkan nama pemanggil.

“Helo, Kay. Ada apa?”

“Tak de. Saja call kau. Lama kita tak jumpa. Kau buat apa?” Tanya suara di sebelah sana.

“Tak buat apa.” Dia diam seketika sebelum menyambung. “Kay, kita date malam ni jom?”

Beberapa saat, kedengaran tawa di hujung talian.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 10:21 AM | Show all posts
Eh, org ajak kahwin pun tak nak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 10:29 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-8-2012 10:21 AM
Eh, org ajak kahwin pun tak nak?

Ekceli ada sebab... tapi haje tak berapa nak reti olahkan cerita supaya nmpak lebih real...tu yang bila baca macam peliks sikit kot....
nk buat cmne, sy budak baru belajar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2012 10:35 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 6-8-2012 10:29 AM
Ekceli ada sebab... tapi haje tak berapa nak reti olahkan cerita supaya nmpak lebih real...tu yang ...

don't get me wrong dear...

lady just kata kat julia tu..

proceed with your style. Dun wori
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 10:41 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-8-2012 10:35 AM
don't get me wrong dear...

lady just kata kat julia tu..



tapi jujur la lady, kite tak pandai menulis(motip tetiba nk rndah diri???).....tapi nak jugak...dan sdg cuba beljar drpd org lama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 10:57 AM | Show all posts
Julia ni mak Aqila eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 11:00 AM | Show all posts
sarizu posted on 6-8-2012 10:57 AM
Julia ni mak Aqila eh?

Hamboiii..cpt je meneka....

kite tgk nnti Julia ni mak sape...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 11:01 AM | Show all posts

BAB 10

“Okey, class. Saya nak you all semua revise bab 4 dan 5. Isnin depan saya akan adakan mock test. Markah akan dikira sebagai carry mark untuk mid-year exam. Twenty percent. Dan tolong inform pada kawan-kawan yang tak datang hari ni. Okay, that’s all for today. Thank you class.” Senafas Puan Rozi menuturkan sebelum dia melangkah keluar kelas. Tak sempat para pelajar mahu bertanya lebih lanjut.

Sesaat kemudian kelas kembali riuh. Aqila menutup buku teks. Aduh, malasnya nak selak bab belakang ni. Balik nantilah. Desis hatinya. Buku teks dimasukkan ke dalam beg.

“Qila.”

“Hmm…” Aqila tidak menoleh.

“Apasal pakcik tu tak datang hari ni?” Tanya Nadhia.

Aqila hanya mengangkat bahu.

“Takkan kau tak tau. Korang kan jiran.” Kata Nadhia. Sekejapan dia terasa lengannya ditampar.

“Wei, cakap tu tak boleh kuat lagi?” Aqila menjegilkan matanya. Geram dia pada Nadhia yang seperti mahu satu kelas mendengar butir bicaranya. Dia sebenarnya tak mahu orang lain tahu Naqib tu jirannya. Nanti tak pasal-pasal kean gossip. Budak-budak ni bukannya boleh percaya sangat.

“Yelah, yelah.”

“Weh, korang jiran?”

Suara garau yang tiba-tiba menyampuk membuatkan Aqila mengangkat muka.

“Sibuklah kau!” Marah Nadhia pada Akmal yang sudah berpaling menghadap mereka berdua. Geram dia pada Akmal yang curi-curi dengar.

Akmal mencebikkan bibir. “Eleh, aku tak cakap dengan kaulah. Aku cakap dengan Aqila. Kau tu yang menyibuk!”

“Isy!” Nadhia pura-pura mahu membaling pensel casenya membuatkan Akmal menahan muka dengan kedua belah tangan. Kalau kena ni mahu benjol kepala aku. Pensel case minah ni dahlah macam gudang!

“Hei, korang ni, dahlah! Macam budak-budak je.” Aqila mencelah.

“Akmal nilah!” Mencuka wajah Nadhia. Akmal pula buat muka sepuluh sen sebelum dia beralih pandang pada Aqila.

“Eh, tadi kata korang jiran kan?”

“Hmm…” Jawab Aqila endah tak endah.

“Ha, apa kata nanti kau je yang bagitau Naqib pasal mock test ni.”

Berkerut dahi Aqila mendengar kata-kata Akmal. “Isy, apasal aku pulak. Kau call je lah dia tu.” Geram pula dia dengan cadangan Akmal. Sudahlah hari tu berkomplot dengan Naqib mahu mengenakannya. Lepas tu ada hati buat muka tak malu nak minta tolong aku pulak. Dasar muka tembok! Bisik hatinya geram.

“Hei, kalau aku ada nombor dia dah lama aku call. Kau ni, minta tolong sikit pun tak boleh. Dah alang-alang rumah kau dekat dengan dia.” Sengaja diprovok Aqila.

Aqila diam seketika sebelum menjawab. “Hmm… tengoklah nanti…”

“Ha, kau jangan lupa pulak.”

Eeeii… geramnya dengan mamat ni. Aku taulah. Tak payah nak ingatkan banyak-banyak kali!

Hmm… Tapi macam mana nak bagitau Naqib ek? Takkan nak pergi rumah dia? Karang salah tafsir pulak. Eh, terlupa. Najiha kan ada. Pelik juga dia mengapa Akmal tak minta tolong Najiha atau Zairul saja. Takkan tak tau si Naqib ni sepupu diorang? Kata ‘bestfriend’ merangkap kroni!

Eh, sekejap, rasanya tak payah cakap kat Najiha kut. Kita pakai cara lain sikit. Baru ada thrill.

Aqila ketawa dalam hati sebelum bibirnya mengukir senyuman penuh makna… kau ingat kau sorang je boleh mainkan aku? Heh! Tak de maknanya!

Last edited by Haje_hbz on 6-8-2012 11:06 AM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 11:05 AM | Show all posts

Naqib melangkah masuk ke dalam kelas. Dahinya sedikit berkerut melihat susunan kerusi dan meja di dalam kelas. Dia kemudian duduk di kerusinya sebelum menoleh kepada Akmal.

“Weh, apasal susun meja macam ni?”

“Kan hari ni Puan Rozi nak buat mock test Sejarah.”

“Mock test?” Wajah Akmal dipandang  hairan.

“Laa… takkan tak ingat kot? Kan Aqi…” Giliran Akmal pula mengerutkan dahi. “Eh, Aqila tak bagitau kau ke?”

“Aqila? Apa kena pulak dengan minah tu?

“Err… Jumaat lepas kan kau tak datang. So, she was supposed to inform kau pasal rumah korang kan dekat.” Terang Akmal.

Isy, tak de pun minah tu cakap apa-apa. Eh, sekejap. Macam mana Akmal tau pasal kitorang berjiran ni? Soalan yang bermain dalam benaknya mati apabila matanya menangkap kelibat Aqila dan Nadhia yang baru memasuki kelas.

“Woi, asal kau tak cakap kat aku, hah?” Tanya Naqib apabila Aqila sudah duduk. Suaranya ditahan agar tidak terlalu lantang.

“Cakap? Cakap apa?” Aqila buat-buat innocent. Dahinya sengaja dikerutkan supaya lakonannya kelihatan real.

“Hari ni ada test.” Ujar Naqib geram.

“Oh, ya! Terlupa pulak nak bagitau.” Kata Aqila selamba.

Bulat mata Naqib mendengar jawapan Aqila. “Terlupa? Ke kau memang sengaja?” Wajah Aqila dipandang tajam. Isy, kalau mata aku ni ada laser dah lama kau hangus rentung!

“Dahlah. Daripada kau duk bising-bising ni, baik kau selak-selak mana yang patut. Untung-untung ada juga markah kau nak tepek waktu mid year exam nanti.”

Bertambah bulat mata Naqib mendengar kata-kata Akmal yang tiba-tiba menyampuk.

“Carry mark.” Sambung Akmal lagi.

Tak sempat Naqib mahu membalas Puan Rozi sudah terpacul di muka pintu. Kelam-kanut pelajar-pelajar mengambil tempat masing-masing.

“Okey, class. Simpan semua buku. Tinggalkan hanya alat tulis di atas meja.” Puan Rozi mula mengedarkan kertas soalan.

Beberapa minit kemudian pelajar-pelajar mula tekun menjawab. Tinggal Naqib sahaja yang masih menggaru-garu dahi.

What?? Semua soalan struktur dengan esei? Mati aku!

Matanya berlari pada soalan pertama.

Nyatakan tiga ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

Ya Allah! Manalah aku ingat. Dahlah tak ulangkaji langsung! Berpeluh-peluh dahinya membaca soalan seterusnya. Agak-agak Puan Rozi mengamuk tak kalau dia tinggalkan kosong je? Isy, tak boleh, tak boleh. Markah ni penting. Ni semua Aqila punya kerjalah ni. Berani minah tu nak kenakan aku. Siaplah dia. Berbakul-bakul dia menyumpah dalam hati.

Sementara itu dibelakangnya, Aqila sudah tersenyum-senyum melihat Naqib yang seperti cacing kepanasan. Huh! Padan muka! Itulah, siapa suruh cari pasal? Kan dah kena. Dia ketawa dalam hati.





“Kau biar betul?!”

Aqila sengih sambil mengangguk.

“Apasal buat macam tu kat dia? Patutlah aku tengok dia gelisah semacam je tadi.”

Aqila ketawa. Inilah yang dinamakan sweet revenge! Kita main psycho sama dia. Haha!

“Tapi kau tak kesian ke kat dia? Berpada-padalah nak balas dendam pun. Ni melibatkan hal pelajaran tau.” Kata Nadhia. Kepala digeleng dengan telatah Aqila.

“Biarlah. Hari tu bukan main seeronok lagi dia buat aku. Time tu memang aku rasa macam nak cekik-cekik jek leher dia. Pakal je tak boleh sentuh, kalau tak…”

“Qila, Qila…. Kau ni makin lama makin lain.”

“Kenapa pulak?” Tanya Aqila hairan. Kenapa dengan aku?

“Iyalah. Setahu aku Nurul Aqila yang aku kenal selama ni bukan seorang yang pendendam. Even dengan si Yana tu pun takat main mulut jek.” Luah Nadhia. “Sebagai kawan baik kau aku cuma nak nasihatkan je. Jangan benci sangat kat orang lain. Lain  jadinya nanti. Nak-nak pulak lelaki. Kau paham-paham je la kan…”

Aqila diam. Cuba memikirkan kata-kata sahabatnya itu. Dalam diam dia mengakui apa yang diperkatakan Nadhia. Dia sememangnya seorang yang lembut hati. Tapi tak tahulah mengapa apabila dengan Naqib dia jadi tidak senang duduk. Walhal kalau nak diikutkan Endriyana pernah buat lebih teruk daripada Naqib.

Nadhia berpaling pada Aqila. Lengan rakannya itu disentuh sedikit. Bimbang Aqila berkecil hati dengan kata-katanya. “Weh, kau janganlah terasa dengan apa yang aku cakapkan ni. Aku cuma ingat-ingatkan je. Kau kan kawan aku.”

Aqila menarik senyum segaris. “Taklah. Aku tak ambil hati pun. Betullah tu, kita manusia kan kena saling tegur-menegur, ingat-mengingat. Kau tegur aku sebab kau sayang aku, kan?” Pinggang Nadhia dicucuk tiba-tiba.

“Weh, gelilah! Tempat sensitive tau!” Nadhia ketawa sambil menggeliat menahan kegelian.

Aqila sudah berhenti menggeletek. Dia tiba-tiba diam memandang rumput. “Tapikan Ya, pasal test ni aku bukannya plan nak buat macam ni. Idea tu tiba-tiba datang spontan je masa Akmal suruh aku inform Naqib.” Katanya perlahan.

“Hehe… iyalah. Dah kau duk ingat kat mamat tu 24 hours. Qilaaa…” Nadhia sengaja membuat nada mengusik sambil jari telunjuknya digoyang-goyangkan di hadapan muka Aqila.

“Isy! Mana ada!” Tangan Nadhia ditepis perlahan.

“Eleh, sentap!”

“Alah, at least tak delah macam orang tu. Jadi secret admirer sampai bertahun-tahun!” Kata Aqila selamba. Sesaat kemudian terasa lengannya dicubit kuat. Dia mengaduh kesakitan.

“Eeeiii… tak de maknanya aku nak jadi secret admirer si Zairul tu!” Bibirnya dicebikkan.

“Ha, you’re caught red handed! Aku tak cakap nama Zairul pun!” Galak Aqila mentertawakan Nadhia.

“Aqilaaa…” Meleret suaranya, tidak puas hati apabila Aqila mengenakannya.

“Haha… sentap!”

Sesaat kemudian terlepas tawa keduanya memecahkan suasana yang hening.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 11:08 AM | Show all posts
ok, next thrill pls
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 11:35 AM | Show all posts
Tak lama lagi, terbinalah taman di dalam hati Aqi dan Aqib....

Kih Kih Kih

Next...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 11:43 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-8-2012 11:35 AM
Tak lama lagi, terbinalah taman di dalam hati Aqi dan Aqib....

Kih Kih Kih

Hamboi.... pepandai je bg nick kt depa...tp comey la pulak...

Dalam hati mmg dh ada taman tu......dalam hati je ye....

next n3 pepetang karang lah...skrg nk ketang ketung kt dapuq.... Last edited by Haje_hbz on 6-8-2012 11:44 AM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 11:46 AM | Show all posts
sarizu posted on 6-8-2012 11:08 AM
ok, next thrill pls

tak bape nk thrill sgt lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 11:48 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 6-8-2012 11:43 AM
Hamboi.... pepandai je bg nick kt depa...tp comey la pulak...

Dalam hati mmg dh ada taman tu. ...

Cheq memang suka bagi nick...

Itu hari nick untuk abang Iqy, sekarang Aqi dan Aqib. Perasan tak, semua dekat2 dengan Nicki....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 03:25 PM | Show all posts
Haje ada edit kat prolog dgn bab 1, tang tarikh tu. Haje dah anjakkan ke depan sikit... dah tulis-tulis baru perasan macam tak kena je tahun tu... pasai novel Jaja&Din kuar akhir tahun 2009.. tapi Aqila beli pd Feb 2009...tak taulah dia beli Jaja&Din versi apa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 03:27 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-8-2012 11:48 AM
Cheq memang suka bagi nick...

Itu hari nick untuk abang Iqy, sekarang Aqi dan Aqib. Perasan tak ...

Suka hang Nicki naa...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 03:43 PM | Show all posts

Aqila menekan butang ‘new post’ yang terpapar pada sebelah kanan atas laman blognya. Kemudian dia ‘copy’ isi word yang baru ditaip sebentar tadi. Dia edit sedikit kandungan yang sudah di ‘paste’ sebelum butang publish ditekan. Okay, chapter 25 updated! Seketika dia memeriksa entry yang baru dihantar itu. Kemudian dia menekan butang exit pada tetingkap dan computer riba dibiarkan dalam keadaan hibernate.

Belakang badannya disandarkan pada sofa. Dia hanya duduk atas karpet dengan kakinya berlunjur bawah meja kopi. Cermin matanya dibuka dan diletak atas riba. Mata yang terasa berbinar kerana terlalu lama menghadap computer ditenyeh beberapa kali.

“Dah berapa bab dah?” Tanya Chik Na yang sedang tekun menulis sesuatu dalam buku catatannya.

“Hmm… 25. Penatnya. Bab ni panjang sikit.” Tangannya diregangkan.

Sebenarnya dia sudah lama juga menulis e-novel ni. Sejak tahun lepas lagi. Namun tak siap-siap juga sampai sekarang. Iyalah, dia pun bukannya full time writer. Sekadar satu hobi sahaja. Lagipun dia memang minat mengarang. Kadang-kadang apabila menulis dapat juga dia menghilangkan stress biarpun banyak lagi senarai kerja yang menunggunya. Heh, itu bukan menghilangkan stress, tapi menambahkan stress namanya!

“Kamu tu tahun ni nak SPM. Kurang-kurangkanlah menulis tu. Karang terganggu pulak waktu belajar. Nanti dah habis SPM bolehlah sambung balik.” Kata Chik Na. Namun tangannya masih belum berhenti mencatat. Sekejap-sekejap dia menekan kalkulator pula.

“Alah, Qila update kadang-kadang je. Bila ada mood. Ni pun dah dekat sebulan lebih tak jenguk blog ni.” Dia mengesot mendekati Chik Na. “Chik Na buat apa?”

“Hmm… tengah kira-kira kos penghantaran ni. Minggu ni ramai betul yang order tudung. Tak cukup tangan dibuatnya.”

Hmm… Chik Na ni walaupun duduk rumah saja bukan bermakna dia goyang kaki. Dalam sibuk menguruskan hal-hal rumah tangga, dia sempat lagi buat bussines pakaian muslimah online. Dia sukakan sifat Chik Na yang satu ini: pandai berdikari, biarpun babah mampu saja menanggungnya.

“Nak Qila tolong tak?”

“Tak pelah. Nak sudah dah ni.”

Aqila mengangguk. Dia hanya memerhatikan tangan Chik Na yang laju berlari atas helaian kertas itu.

“Chik Na… kenapa Chik Na tak nak bukak galeri je? Atau pun kedai ke? Kan senang nak uruskan semuanya. Bilik belakang tu pun dah sesak sangat Qila tengok.” Ya, bilik tu dah penuh dengan segala stok baju dan tudung. Sampai dah tak nampak lantai.

“Hmm… Chik Na ada terfikir jugak. Tapi nantilah. Belum masanya lagi. Lagipun nanti kena cari helper sorang dua. Nak bayar sewa kedai lagi. Karang dah sibuk kat kedai tak ada masa pulak kat rumah ni.”

“Ha, apa kata lepas SPM nanti Qila tolong Chik Na usahakan kedai tu. Buat sementara tak payahlah cari helper dulu, Qila boleh tolong.”

“Yang tu kenalah tanya babah dulu.”

Aqila diam dan mengangguk. Dia sudah lama mahu membuka mulut perihal yang satu ini. Tetapi dia ingin mencari satu masa yang sesuai. Apabila sudah cukup korum. Babah, Chik Na dengan abang Adam. Bila agaknya?

Seketika dia termenung sebelum dia teringat akan perbualannya dengan Nadhia siang tadi.

“Chik Na…”

“Hmm…?”

Nak cakap ke tak? Cakap ke tak? Hmm… cakap je lah.

“Apa dia?” Pelik dia melihat Aqila yang diam dengan dahi yang berkerut-kerut.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.143992 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list