CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Haje_hbz

Semanis Puding Jagung-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 7-8-2012 11:34 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 7-8-2012 11:19 AM
Pelakon yg 'terror' berlakon x payah tercari2 job. Produser/pengarah berebut2 offer hoccay!

...

tepat sekali...!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 11:40 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 7-8-2012 11:32 AM
Buat masa sekarang takde watak yang sesuai untk Nicki....

Tapi kalau nak kira cincai, Endriyana ...

Jadi si yana nak buat hapa? Watak cheq hanyalah seekor kucing yang manja sahaja - literally.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 11:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-8-2012 11:40 AM
Jadi si yana nak buat hapa? Watak cheq hanyalah seekor kucing yang manja sahaja - literally.  ...

Upgrade sikit la bertukar jd manusia....
Nanti Yana pun akan bergesel2 manja ala2 kucing...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:49 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 7-8-2012 11:46 AM
Upgrade sikit la bertukar jd manusia....
Nanti Yana pun akan bergesel2 manja ala2 kucing...

No No No... Cheq cuma mahukan watak kucing manja... Kih Kih Kih.

Melalut ke laut dah ni.....

NEXT!

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:02 PM | Show all posts
Ni betul2 ke laut dah ni....


NEXT pls!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 01:11 PM | Show all posts


Next entry pepetang skit...tak pun esok ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2012 01:24 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 7-8-2012 01:11 PM
Next entry pepetang skit...tak pun esok ke...

Ingatkan dah ada n3 baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 04:56 PM | Show all posts
wah..bestnye..tk sabr nak tunggu n3 baru..hihihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2012 10:26 AM | Show all posts

BAB 12

Aqila menapak perlahan ke dalam kelas. Entah kenapa, dia terasa seperti semua mata memandangnya. Aduh, mana aku nak letak muka ni? Malunya fasal hal semalam bukan kepalang. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membalas perbuatan Naqib, tetapi mengingatkan apa yang dikatakan Chik Na tempoh hari bersama janjinya pada diri sendiri, terus dia diam sahaja dikerusinya biarpun gamat kelas itu dengan tawa-tawa nakal.

“Apasal lambat?”

“Jumpa Najiha kejap tadi.”

“Kenapa?”

“Dia terhilangkan novel aku. So dia minta maaf dan nak ganti balik. Tapi aku kata tak payah. Mungkin dah bukan rezeki aku kot.”

“Huih… mulianya la kawan aku yang sorang ni.”

Walaupun perlahan sahaja dia bersusara, penghuni di hadapan sibuk juga memasang telinga sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Sekali-sekala.”

“Eh, kau dah siap assignment English?”

“Lagi sikit je. Aku ingat nak setel tengah hari ni. Pinjam computer library.”

“Uik? Apasal tak buat kat rumah?”

“Oh, babah ambil lambat hari ni. So, daripada aku duduk tak buat apa-apa baik aku siapkan kerja.”

“Apasal tak cakap. Kalau tak boleh tumpang aku.”

“Naa… it’s okay. Lagipun lepas tu aku ada nak pergi tempat lain.”

“Ohh… okay.”

Sementara itu penghuni di sebelah kanan pula yang khusyuk memasang telinga sambil berkerut-kerut dahinya seperti memikirkan sesuatu.




“Hai, Naqib!” Naqib yang baru keluar dari tandas tersentak apabila ditegur satu suara.

“Yana… buat apa kat sini. Salah masuk tandas ke?” Soal Naqib dengan senyuman sinis.

Edriyana yang tadi bersandar di tepi singki berjalan ke arah Naqib dengan gaya menggoda. Tudungnya yang melepasi paras bahu itu sengaja ditarik hingga menjadi singkat.

“You ni, tak payah nak peril-perli I okey? I pergi sini sebab nak cakap something dengan you.”

“Dalam kelas tak boleh ke?”

“Dalam kelas banyak telinga tau tak? Nanti bocor pulak rahsia.”

“Okey. So, apa dia?”

Endriyana semakin berani mendekati Naqib. Jejarinya yang runcing itu mencapai juntaian tali leher hitam yang tergantung di dada Naqib. Dipintal-pintal hujung tali leher itu.

“Pasal plan I semalam tu, cancel.”

Berkerut dahi Naqib. Apahal minah ni? Semalam bukan main lagi rancang itu ini.

“Kenapa pulak?”

“Sebab…. I ada plan baru…” Kata Endriyana dengan ketawa ala-ala manja-gedik. Dia melepaskan tali leher dalam pegangannya. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket baju kurungnya dan ditayangkan di hadapan wajah Naqib.

“Ini!”

Naqib menjungkitkan kening menanti butir bicara gadis itu.





Aqila tekun menaip assignmentnya yang hampir siap. Hanya dia seorang sahaja yang berada di ruang yang menempatkan computer, bersebelahan dengan library. Tiba-tiba kedengaran satu suara memanggil namanya. Dia menoleh.

“Aqila! Sini kejap.” Aqila memandang pelik Haniza yang termengah-mengah seperti baru dikejar hantu.

“Ada apa?” Biarpun hubungan mereka tidak berapa baik, namun dia tetap melayan Haniza seperti biasa.

“Sini, ikut aku!” Wajah Haniza masih cemas.

“Kejap. Aku nak save kerja aku ni.”

“Tak payah. Sekejap aje. Tak lari ke mana kerja kau tu. Ni lagi penting!”

Aqila mengalah apabila Haniza memaksanya. Lambat-lambat dia bangun dari kerusi.

Segera Haniza menarik tangannya dan kedua-duanya bergegas keluar dari perpustakaan.

Tanpa disedari, Naqib yang sejak tadi bersembunyi  di sebalik rak buku mula menyelinap ke dalam bilik computer menjalankan tugasnya.

Tiba di tandas perempuan, Aqila terdengar bunyi esakan kecil. Segera pintu utama tandas ditolak. Kelihatan Endriyana sedang duduk di atas bangku panjang sambil memeluk lutut dengan mukanya ditundukkan. Situasi itu membuatkan Aqila sedikit cemas dan tertanya-tanya.

“Errr… Yana… kau okey ke?” Teragak-agak dia mendekati Endriyana. Endriyana terus mengangkat wajah. Pipinya basah dengan air mata.

“Aqila…!” Terus ditarik tubuh Aqila dan menyembamkan wajahnya dibahu gadis itu. Dia menangis teresak-esak. Sementara Haniza pula menggosok-gosok belakangnya.

“Syyy… hei. Calm down. Kenapa ni? Cuba bawa bertenang. Lepas tu cerita dekat aku apa yang berlaku.” Timbul rasa simpati di hatinya melihatkan keadaan Endriyana. Mungkin inilah masanya untuk dia merapatkan hubungan mereka yang renggang. Fikirnya. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah esakan Endriyana hilang. Pelukan dilepaskan.

Endriyana mengesat pipinya dan membetulkan sedikit tudungnya yang senget. Aqila hanya memerhati.

“So, ada apa-apa yang kau nak kongsi?” Soalnya perlahan.

Endriyana memandangnya dengan senyum tawar. Kemudian menggeleng dan bangun dari bangku panjang.

“Thanks!” Katanya sebelum pantas beredar keluar tandas bersama Haniza  meninggalkan Aqila yang terpinga-pinga.
Kenapa dengan Yana? Tadi bukan main sedih, sekarang macam tak de apa-apa pulak. Hmmm… tak kisahlah. Mungkin dia malu nak cerita kot. Aqila cuba bersangka baik.

Dia kemudian turut sama bangkit dan kembali ke perpustakaan meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 10:58 AM | Show all posts

Aqila meniarap di atas karpet. Tangannya dari tadi asyik membelek album lama yang baru dijumpai dalam laci meja TV. Dah bertahun-tahun hidup dalam rumah ni tak pernah perasan pun ada album dekat sini. Album lama itu kebanyakannya memaparkan gambar-gambar dirinya sewaktu kecil membuatkan dia rasa teruja. Iyalah, sejak dahulu babah memang tidak pernah menyimpan apa-apa album gambar. Jadi dia tidak berpeluang melihat gambar-gambar eksklusif sebegini. Sekejap-sekejap dia tersenyum melihat wajahnya sendiri. Comel! Hehe… perasan!

Sekeping gambar yang menyapa matanya mematikan senyumannya. Gambar semasa hari jadinya. Hatinya tiba-tiba dipagut rasa sayu apabila menatap wajah seorang wanita yang memeluknya dari belakang sambil tersenyum lebar. Wajah keduanya saling tidak tumpah. Lama gambar itu ditatap. Mama… hatinya merintih sayu.

“Aqila?” Pantas dia menutup album itu dek kerana terkejut dengan suara yang menegur dari belakang. Tubir matanya yang basah dia lap cepat-cepat.

“Ya, bah.” Tubuhnya masih belum dipalingkan.

“Buat apa tu?” Pelik melihat Aqila yang kaku. Dia melabuhkan duduk di sisi anak gadisnya itu.

“Tak de apa. Tengah tengok album ni. Bila masa babah simpan album ni? Tak perasan pun?” Sengaja diceriakan suaranya, menutup hatinya yang pilu tiba-tiba.

Babah turut sama menyelak halaman album. “Entah, babah pun tak perasan. Chik Na agaknya.” Seketika matanya tertancap pada sekeping gambar. Kemudian dipandang sekilas wajah anaknya. Pelupuk mata itu masih basah digenangi air hangat.

Perlahan ditarik anaknya ke dalam pelukan. “Qila ridu mama ya?”

Air mata yang tadinya bertakung pecah juga apabila mendengar pertanyaan babah. Teresak-esak dia menangis dalam dakapan babah. Pantas bahu anak itu digosok lembut, cuba memujuk.

“I… I missed her so much…” Katanya dalam sendu.

Sebak hatinya mendengarkan luahan Aqila. Biarpun ada Chik Na, namun ibu kandung memang tak akan ada pengganti. Dia tahu tu. Dan dia sebagai bapa tidak pernah menghalang pertemuan dua beranak itu, namun kalau sudah si ibu yang tak hendak apa lagi yang boleh dia kata? Bukannya sekali dua Aqila dan dirinya cuba menghubungi, namun panggilan tidak pernah berjawab. Sejak itu, Aqila tidak pernah lagi bertanya perihal mamanya. Namun begitu dia juga tahu ada masanya akan terdetik juga di hati anak itu merindui si ibu.

Beberapa minit berlalu, tangisan Aqila sudah berhenti. Dia mengangkat wajah.

“Dah okey dah?”

Aqila senyum dan angguk. Dia sudah boleh mengawal perasaannya. Tadi, apabila terpandangkan wajah mama, dia jadi sangat sedih dan sayu setelah bertahun-tahun tidak menatap seraut wajah itu. Walaupun dia tahu mama yang pergi dari hidup mereka, namun dia tidak pernah membenci mama. Malah rasa rindu semakin bertambah. Dan babah juga tidak pernah megajarnya untuk membenci mama atau sesiapa jua. Kata babah, sebagai seorang Islam kita wajib percaya dan redha dengan qada’ dan qadar Allah.

“Bah, kalau babah tak kisah boleh Qila tanya?” Soal Aqila lambat-lambat. Babah mengangguk. Kedua-dua mereka sudah bersandar pada kaki sofa.

“Dulu babah mula-mula kenal mama macam mana?”

Agak lama babah terdiam dengan soalannya sebelum menjawab.

“Kawan babah yang kenalkan.”

“Mama masa muda-muda dulu mesti cantik kan?”

Babah tersenyum. “Macam Qila.”

Dia ketawa. “Ye ke? Qila ni comellah, bah. Mama tu cantik.”

“Amboi! Perasannya anak babah ni!” Terlepas lagi tawanya.

“Hmmm… mama dulu kerja apa?” Gatal pula mulutnya mahu bertanya macam-macam.

“Interior designer.”

“Oh, bestnya! Qila dulu pun pernah berangan nak jadi interior designer. Tapi sekarang dah tak jadi. Qila ingat nak jadi bussines woman pulak.”

“Baguslah macam tu.”

“Bah, Qila nak cakap sesuatu.”

“Apa dia?”

“Adalah. Tapi bukan sekarang. Nak tunggu Abang Adam balik.”

“Aik? Macam tu pulak? Nak cakap pun boleh tangguh-tangguh.”

Aqila hanya ketawa. Namun dalam hati ada rasa bimbang yang menjengah. Bimbang jika babah tidak boleh menerima apa yang ingin diperkatakannya nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 11:26 AM | Show all posts
Last edited by Haje_hbz on 16-8-2012 01:24 PM

BAB 13

Julia keluar dari perut kereta dan melangkah penuh semangat menuju ke pintu utama bangunan tinggi di hadapannya itu. Dia mahu bertemu Iqram hari ini setelah sesi luahan hatinya bersama Kay. Sengaja dia tidak memberitahu lelaki itu lebih awal, sebagai kejutan istimewa. Perbualannya dengan Kay masih ditanam dalam minda.

“Aku sarankan kau terima je lamaran dia. Lagipun korang dah lama. Nak tunggu apa lagi?”

“Kay, itulah persoalannya sekarang ni. Kitorang dah bersama sangat lama, tapi kenapa baru sekarang dia nak buat semua ni? Kenapa tak dari dulu? Bila fikir-fikir balik macam tak logic pun ada.”

“Lia, manalah tau dia dah berubah. Kira okeylah dia ajak kau kahwin, daripada korang buat tak tentu hala.”

“Yelah, aku tau aku tak sebaik kau. Aku tau aku ni kotor, jijik!”

“Kau ni, bukan itu maksud aku. Tiada manusia yang sempurna tau. Tapi sekurang-kurangnya, kalau kau kahwin, hidup lebih terjamin dan hubungan korang pun sah. Takkan selamanya kau nak macam ni?”

Ya. Mungkin ada benarnya kata-kata Kay, dan juga Iqram. Sebab itu hari ini dia nekad mahu bertemu dengan Iqram.

Ramlah, sekretari Iqram menegurnya. “Selamat pagi, Puan. Puan nak jumpa Encik Iqram ye? Tapi Puan…”

“Tak pe. I dah bagitau Iqram.” Pintasnya berbohong. Malas mahu menunggu lebih lama. Segera dia menuju ke bilik pejabat Iqram. Dia baru sahaja hendak menolak pintu kaca itu namun suara orang berbual menghentikan tindakannya. Oh, ada tetamu rupanya. Itulah, siapa suruh tak nak dengar cakap si Ramlah tadi?

“Astaghfirullahalazim… Aku tak sangka kau guna-gunakan dia!”

Kata-kata seorang lelaki yang berlawan cakap dengan Iqram menarik perhatiannya. Guna-guna? Siapa yang kena ubat guna-guna?

Rasa ingin tahu yang membuak-buak menyebabkan Julia mendekatkan sedikit telinganya pada pintu yang memang sudah sedia renggang bagi membolehkannya mendengar dengan lebih jelas.

“Waktu tu aku masih muda, Li. Ikutkan sangat kata hati, ikut nafsu. Nak pulak masa tu arwah Imah sakit. Kekurangan tu buat aku cari keseronokan di luar.”

“Habis tu dia tau tak?”

Dia? Siapa dia? Julia semakin berdebar menanti.

“Tak. Tapi sungguh Li, aku dah bertaubat sekarang. Aku betul-betul insaf. Sebab tu aku nak ajak dia nikah.”

Serasa mahu pitam dia mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Iqram. Nikah? Bukankah dirinya yang baru dilamar Iqram? Ya Allah! Akukah perempuan tu? Akukah perempuan yang telah diguna-gunakan Iqram? Ya Allah, apa semua ni?

Tidak dapat menahan hatinya, Julia merempuh masuk.

“Ram, apa semua ni?!” Bergema suara Julia di ruang pejabat itu. Iqram pula terkejut dengan kehadiran Julia secara tiba-tiba. Apakah Julia telah mendengar perubalannya sebentar tadi?

“Lia, kenapa datang tak bagitau?” Iqram cuba berlagak tenang.

“I betul-betul tak sangka selama ni you tipu I, Iqram! You guna-gunakan I untuk puaskan nafsu binatang you tu! You memang manusia tak berhati perut! Mulai hari ni, I tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan you!” Serentak dengan itu dia berlalu meninggalkan bilik pejabat Iqram.

“Lia! Tunggu dulu! I boleh explain!” Laungan Iqram tidak dipedulikan. Ramlah yang menegurnya juga tidak diambil pusing. Dia melangkah laju-laju supaya cepat beredar dari situ. Hatinya sakit!

Dia menghidupkan enjin sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Brek diturunkan dan pedal minyak ditekan kuat. Kereta meluncur laju. Sebak yang ditahan-tahan sejak tadi terhambur jua. Air matanya mengalir lebat, selebat titisan hujan yang baru turun. Rasa sakit yang terlalu menghimpit dada membuatkan Julia memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menangis sepuas-puasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 11:43 AM | Show all posts
haa...tu la curang sangat

next!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:55 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 8-8-2012 11:26 AM
BAB 12

Julia keluar dari perut kereta dan melangkah penuh semangat menuju ke pintu utama bangun ...

Errrk...urban urban pun nak main guna-guna lagi?

Next...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 04:11 PM | Show all posts
lom ada sambugan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:13 PM | Show all posts
next....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 11:38 AM | Show all posts
Err....sambung lg sket...
---------------------------------

Bengkak matanya kerana terlalu lama menangis. Hari ini dia mengambil cuti sakit gara-gara insiden yang berlaku pagi tadi.

Julia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya kini. Dia benar-benar buntu. Bagaimana dia mahu membersihkan dirinya daripada ilmu guna-guna yang sudah dilekatkan kepadanya?

Tiba-tiba terlintas di fikirannya untuk bertaubat kepada Tuhan. Tetapi bagaimana dia bisa melakukannya kalau sudah bertahun-tahun dia tidak pernah menyentuh tikar sejadah? Apakah masih terbuka pintu taubat buatnya?

Dalam pada memikir-mikir akan hal itu, dia teringat pula akan jiran sebelah rumahnya. Mungkin Nafisah boleh tolong? Namun timbul rasa malu di hatinya kerana selama mereka berjiran dia kerap kali mencemuh Nafisah yang sopan bertudung labuh itu. Dia pernah memarahi Nafisah kerana wanita itu pernah bertanya padanya perihal Iqram yang dia bawa balik ke rumah saban hari. Tetapi yang peliknya Nafisah tidak pernah marah malah masih boleh tersenyum apabila mereka terserempak.

Akhirnya Julia nekad dengan keputusannya. Pintu rumah Nafisah diketuk beberapa kali. Beberapa saat kemudian terjengul wajah putih berseri itu di muka pintu.

“Julia?”

“Nafisah, saya nak mintak tolong…” Kata Julia, cuba membuang rasa malu yang semakin menebal. Kata-katanya itu membuatkan dahi Nafisah berkerut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2012 11:40 AM | Show all posts

BAB 14


Aqila menekan loceng berkali-kali. Lama dia menanti dihadapan rumah itu, namun tiada sesiapa pun yang keluar. Nak kata tak ada orang, ada je kereta bawah garaj tu. Pagar pun ternganga luas. Ke loceng rumah ni rosak?

Dia cuba memberi salam pula. Kerana tiada balasan, Aqila memasuki halaman rumah yang luas itu. Mungkin dia perlu mengetuk pintu sahaja. Tupperware berisi kuih karipap ditangannya dipegang berhati-hati. Kalau diikutkan hatinya malas dia mahu ke rumah Aunty Ila. Kerana peratusan untuk terserempak dengan Naqib agak tinggi. Namun digagahkan jua hatinya apabila Chik Na beria-ia menyuruh dia mengirim kuih ini sebagai tanda terima kasih kerana menumpangkannya tempoh hari. Katanya, orang berbudi kita kenalah berbahasa.

“Susah sangat ke Naqib nak maafkan papa. Papa tau papa banyak salah dengan Naqib selama ni. Tapi salah ke papa nak tebus balik kesalahan papa pada Naqib?”

Langkah Aqila terhenti serta merta apabila telinganya menangkap satu suara yang sedang bercakap dari dalam rumah.

“Naqib akan maafkan papa kalau dulu papa tak bunuh mama!”

“Naqib… ni semua takdir Tuhan. Allah dah tulis semuanya sejak azali. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni? Lagipun benda ni semua dah lama berlaku. Kenapa kita nak kenang-kenang lagi?”

Kedengaran Naqib ketawa sinis. “Papa, papa… cerminlah diri papa dulu sebelum nak cakap soal takdir dengan Naqib…”

“Kamu jangan melampau Naqib!”

“Melampau?” Naqib ketawa lagi.

“Sudahlah, Naqib. Papa datang sini bukan nak bergaduh. Papa nak bincang pasal family kita. Papa nak kita berbaik macam dulu.”

“Berbaik? Papa ingat senang-senang Naqib nak ikut kata papa?”

“Naqib, benda dah lama berlalu. Buat apa nak dikenang lagi?”

“Huh! Senang aje papa cakap kan? Naqib tak akan pernah lupa semuanya, pa. Dan sampai mati pun Naqib tak akan maafkan papa!”

Tersentak Aqila mendengar tengkingan yang bergema. Cepat-cepat dia bersembunyi di balik tiang apabila kedengaran pintu utama dibuka. Wajahnya diselindungkan di belakang pokok bunga kertas di tepi tiang.

Dia nampak Naqib yang bergegas keluar rumah tanpa memandang kiri kanan. Kemudian keluar pula seorang lelaki separuh umur melaung namanya. Lelaki itu mengeluh hampa dan berpatah balik ingin masuk ke rumah. Waktu itulah Aqila keluar dari tempat persembunyiannya.

“Err… Assalamualaikum, uncle.”

Lelaki itu menoleh dengan dahi berkerut.

“Wa’alaikumussalam. Anak ni siapa?”

“Aaa… saya jiran dekat sini. Aunty Ila ada?”

“Oh. Dia tak ada. Ada apa-apa yang uncle boleh tolong?”

“Ermm… kalau macam tu, uncle boleh tolong bagi ni pada Aunty? Katakan daripada Chik Na.”

Aqila beredar setelah menyerahkan kuih itu kepada lelaki tadi. Sambil melangkah, dia memikirkan apa yang didengar sebentar tadi. Hatinya tiba-tiba diusik rasa ingin tahu.

Aqila ternampak seseorang yang sedang duduk di atas buaian di taman permainan berdekatan rumahnya. Naqib! Tanpa sedar laju kakinya melangkah menuju ke arah lelaki itu. Beberapa saat kemudian baru dia tersedar apa yang dilakukannya, namun sudah terlambat kerana dia sudahpun melintasi Naqib.

“Kau buat apa kat sini?”

Aqila gugup. Tidak tahu apa yang mahu dijawab. Tiba-tiba dia merasa dirinya terlalu bodoh saat ini. Kenapalah dia terlalu mengikut kata hati? Dungu! Memang kepala dungu!

“Err… tak boleh ke nak lalu sini?” Yes, inilah teknik yang berkesan untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan cepumas. Kita jawab dengan soalan juga. Hihihi. Dalam gelabah-gelabah sempat lagi dia ketawa dalam hati.

Naqib diam. Dan Aqila terus berlalu dengan helaan nafas lega. Tapi nasiblah, dia terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk pulang ke rumah. Kerana dia sudah merentasi taman permainan tadi, bermakna dia perlu berjalan sejauh dua kali ganda untuk berpatah balik. Tapi takpe, asalkan tak kantoi! Hehe…

Sambil berjalan, otaknya ligat berfikir perihal Naqib. Pertama kali Naqib tidak membalas kata-katanya dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Tadi pun dia perasan mata lelaki itu sedikit merah dan berkaca. Kenapa agaknya?

Amboi Aqila! Tak memadan! Sempat lagi usha mata anak teruna orang!




Hampir Maghrib barulah dia menjejakkan kaki ke rumah. Lega dia melihatkan BMW yang sudah tidak kelihatan di bawah garaj. Perlahan, dia menolak pintu utama.

“Ya Allah! Naqib pergi mana? Risau Mak Su dari tadi kamu tak balik-balik.”

Naqib tersenyum tawar. “Tak ke mana, Mak Su. Pergi taman depan tu je.”

“Lain kali nak pergi mana-mana cakap dulu. Risau Mak Su dibuatnya.”

“Qib minta maaf Mak Su.”

“Hmmm… tak pe. Pergi naik atas, mandi. Kejap lagi dah nak Maghrib.”

Naqib bergegas mendaki tangga sebelum langkahnya terhenti dengan panggilan Mak Su.

“Lupa nak cakap. Tadi papa kirim salam. Dia dah balik dah.” Kata-kata Mak Su hanya disambut dengan anggukan.

*******************

Ok..Ni je yg termampu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 11:41 AM | Show all posts
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.....
Pada semua maaf zahir dan batin naaa....

Jumpe lagi lepas cuti raya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 01:09 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 16-8-2012 11:41 AM
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.....
Pada semua maaf zahir dan batin naaa....

Selamat hari raya juga buat Haje.. & tq sebab letak n3
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 03:45 PM | Show all posts
Leps ry rajin2 update tau

Selamat hari raya gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.193673 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list