DUIT UNTUK KOTAKAN JANJI?
AKHBAR China Press bertarikh 31 Julai 2012 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Lee Lian berkaitan Barisan Nasional (BN) menggunakan duit dalam mengotakan janji. Hari ini, orang atasan begitu murah hati dan bergaya, mereka memberi RM500 dan buat anda berasa bangga dan seronok. Bukankah itu akan kembali seperti dulu, mereka akan rampas kembali duit dari kocek anda lebih banyak daripada itu? Sebenarnya kita tidak boleh salahkan mereka, ada banyak projek perubahan telah mereka laksanakan. Semua slogan itu amat menarik, sebaliknya semua itu mereka belum dapat kotakan lagi. Setelah tiga tahun memerintah, hutang negara bertambah, keselamatan semakin buruk, hasil petunjuk prestasi utama (KPI) syok sendiri, sebenarnya apa yang mereka buat langsung tidak berhasil.
|