CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 12

Rasuah

[Copy link]
Post time 2-8-2012 03:13 PM | Show all posts |Read mode
nak tanya, rasuah ni kire dosa besar ke kecik? Apa definisi rasuah?

Guna duit untuk elak kena tangkap?
Guna duit untuk dapat kebaikan?

Kerja aku ni kire macam kontraktor. Kadang-kadang ader orang nak bagi projek tapi nak komisen. Komisen ni kire rasuah gak ke?Ada jugak mintak tukar quotation harga kasi naik sikit untuk komisen derang.Ini kire rasuah gak ke? sebab kadang-kadang boss derang(main customer) pon tau yang derang amik komisen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 03:54 PM | Show all posts
salam

just follow d'SOP .. lah ..
awak terhindar dari rasuah .. insyAllah ..

wassalam


p/s ..
kalau dosa tetap dosa aahh .. hehe
tak kira besar atau kecik ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 03:59 PM | Show all posts
diSOP tu aper?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 04:06 PM | Show all posts
salam

alamak .. standard operating procedure ..

wassalam


p/s ..
bukan ..
saya orang pandai .. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 05:30 PM | Show all posts
air kotak pun boleh jadi rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 05:19 PM | Show all posts
Bagi pendapat aku lah...

Terdapat beberapa kategori perniagaan di mana adakalanya seperti rasuah tetapi sebenarnya tidak. Ianya boleh di kategorikan sebagai imbuhan ( komisen ) atau fee perundingan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2012 05:48 PM | Show all posts
Kerja aku ni kire macam kontraktor. Kadang-kadang ader orang nak bagi projek tapi nak komisen. Komisen ni kire rasuah gak ke?Ada jugak mintak tukar quotation harga kasi naik sikit untuk komisen derang.Ini kire rasuah gak ke? sebab kadang-kadang boss derang(main customer) pon tau yang derang amik komisen.
~~~~~~~~~~
Sebutharga yang di naikkan untuk tidak mengalami kesusutan pendapatan dengan mengambil sedikit bahagian dari empunya projek adalah satu tindakan yang tidak jujur.
Di dalam sebutharga yang dimeterai ada satu frasa : Miscellinuous ( pelbagai )...nah di sini sepatutnya angka komisyen dimasukkan berserta jumlah yang pelbagai tersebut.

~ Jika kakitangan projek mempunyai kata putus secara langsung dalam menganugerahkan projek yang di tawarkan dan kemudian meminta satu imbuhan ( tak kira jenis apa pun atau berapa kecil/sedikit pun ) sesudah atau sebelum projek tersebut berjaya didapatkan oleh pembida yang bermaksud ; maka ini di katakan rasuah. Walaupun dalam SOP ( standard operating system ) membenarkan apa apa komisyen atau fee perundingan di bayar. Ini adalah selalunya perkara SOP itu tidak termasuk di dalam pembayaran kepada kakitangan yang mengendalikan projek.

Jika kakitangan projek mempunyai saudara mara atau kenalan atau yang mempunyai pertalian silaturrahim yang dikenalinya ( tidak kurang dari 2 tahun ) dengan pembida projek dan satu pertukaran berbentuk imbuhan atau hadiah dengan persetujuan di antara kedua pihak dalam melaksanakan permeterian projek tersebut sebelum atau sesudah maka ia boleh dianggap sebagai rasuah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 10:45 PM | Show all posts
Rasuah adalah sesuatu yg diberi sbgai syarat "confirm" dpt sesuatu.

1. Fee sbgai upah mendapatkan kerja dianggap sbgi wang upah (mcm mktg komisyen). Jika prjanjian adalah - jika sy dptkan awak sesuatu projek, upah sy adalah 1%. Tetapi - jika awak nak projek ni byr saya 1% - itu adalah rasuah.

2. Jika kita "bayar" dan krn "bayaran" itu menyebabkan projek diberi kpd kita - maka itu adalah rasuah.

3. Jika kita telah dapat kerja - dan bila dah selesai, kita rasa ingin "berkongsi" dgn niat "sbgai tanda terima kasih". Itu bukan rasuah. Perkara ini ada dijelaskan kpd kontraktor secara ilmiah.

For further info, bole cal sprm. Mereka bole bagitau samada "pemberian" itu jatuh dlm kategori rasuah @ tidak.

Cuba juga google "intigriti kontraktor" rasanya ada defination pasal pemberian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 11:08 PM | Show all posts
Kalau tt masuk tender secara open. pastu ada wakil dtg dan mtk byr utk secure projek. itu memang confirm rasuah.

kalau iman kuat dan percaya rezeki tu Allah yg beri, takyah layan wakil2 ni. Sbb Allah dah susun rezeki kita.

Saya dah exprience byk kali. Tak layan org2 ni.. Tapi dpt juga. Lebih berkat rezeki tu walaupun sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 02:49 PM | Show all posts
i think sekarang ni dah makin ketat kan soal soal pemberian cendera cendera hati etc etc semua , kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 07:03 AM | Show all posts
hazel23 posted on 3-8-2012 11:08 PM
Kalau tt masuk tender secara open. pastu ada wakil dtg dan mtk byr utk secure projek. itu memang con ...

salam

good .. keep it up !!

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘‘Akan tiba suatu zaman ..
tiada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba .
Kalau ia tidak memakan secara langsung ..
ia akan terkena juga debu-debunya.’’
Riwayat Ibnu Majah

wassalam


p/s ..
usually white collar crime ..
yang paling susah .. very cunning


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 08:57 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 4-8-2012 02:49 PM
i think sekarang ni dah makin ketat kan soal soal pemberian cendera cendera hati etc etc semua , kan ...

bila kita masuk tender, memang kontraktor kena isi LAMPIRAN C - yg mengesahkan bahawa kontraktor berjanji utk tidak memberi atau menawarkan rasuah - jika semasa menjalankan kontrak - didapati kontraktor melanggar syarat2 ini - maka kontrak tersebut serta merta terbatal dan kontraktor boleh dikenakan hukuman.

TAPI semua kontraktor akan sign lampiran tu - cuma masa menjalankan kontrak jer - sapa nak pantau - especially kalau both side iman tipis.

Kebanyakkan pegawai kerajaan yg baru  dan muda2 - mereka ni memang tak makan rasuah - samada memang iman tebal @ takut kena buang kerja.

Yang ambik ni - kebanyakkan yg tau cara nak mengelak dari dikesan.

Tapi skrg ni kalau hamper2 segalanya - memang tak lepas security guard - dan memang diletakkan notis umum - HAMPER RAYA @ sebarang pemberian tidak dibenarkan.

Kalau sykt korporat - (cth TNB) dorang memang ada pegawai penyiasat sendiri yg akan "menyamar meminta rasuah dari kontraktor" - so mana2 kontraktor yg "TERBAGI" tu - siaplah ... salah orang.

Selalulah berdoa semoga kita dilorongkan dengan rezeki yang halal dan berkah.

Rasuah tu memang sedap masa beri/terima - tapi berkatnya takde.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 09:41 AM | Show all posts
hazel23 posted on 6-8-2012 08:57 AM
bila kita masuk tender, memang kontraktor kena isi LAMPIRAN C - yg mengesahkan bahawa kontraktor b ...

tu lah tu ...tapi mmg setiap peraturan tu ada kebaikannnya ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.231301 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list