Imam Abu Ja抐ar ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H) menyebutkan dalam kitab aqidah beliau:
وَلاَ نَرَى الْخُرُوجَ على أَئِمَّتِنَا وَوُلاَة أُمُورِنَا، وَإِنْ جَارُوا، وَلاَ نَدْعُو عَلَيْهِمْ، وَلاَ نَنْزِعُ يَدًا مِنْ طَاعَتِهِمْ، وَنَرَى طَاعَتَهُمْ مِنْ طَاعَة الله عَزَّ وَجَلَّ فَرِيضَة، مَا لَمْ يَأْمُرُوا بِمَعْصِيَة، وَنَدْعُوا لَهُمْ بِالصَّلَاحِ وَالْمُعَافَاة
揔ami tidak membenarkan keluar dari ketaatan terhadap imam dan ulil amri (pemerintah) walaupun mereka seorang yang zalim. Dan kami tidak membenarkan mendoakan keburukan ke atas mereka. Dan kami juga tidak membenarkan keluar dari ketaatan terhadap mereka. Kami berpendapat bahawa taat kepada pemerintah adalah sebahagian dari bentuk ketaatan kepada Allah 慉zza wa Jalla yang diwajibkan ke atas kita selagi mana mereka tidak memerintahkan kita untuk melakukan maksiat. Kami juga mendoakan mereka supaya mendapat kebaikan dan keselamatan.
Demikian juga Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H), beliau turut menyatakan perkara yang sama sebagai sebahagian dari prinsip-prinsip dasar aqidah ahlus sunnah wal-jama抋h. Beliau mengatakan dalam kitab aqidah beliau:
揓ika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah. Last edited by Hang on 17-8-2012 12:26 PM
|