CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 7

[Jenayah] PM perlu perjelas tindakan upah pro-Zionis

[Copy link]
Post time 28-8-2012 06:07 PM | Show all posts |Read mode

PKR: PM perlu perjelas tindakan upah pro-Zionis
4:05PM Ogos 28 2012

PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab pentadbirannya mengupah perunding yang didakwa pro-Zionis untuk melonjakkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sepatutnya menghentikan khidmat bekas kolumnis The Guardian Amerika Syarikat, Joshua Trevino sejak dahulu lagi.

Ini kerana Joshua adalah seorang konsultan untuk FBC Media yang didakwa dikenali dengan pendirian pro-Zionisnya, kata Saifuddin dalam kenyataannya hari ini.

"Maka adalah ganjil apabila kerajaan mengupah konsultan ini tetapi pada masa sama menuduh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ahli politik yang pro-Israel," kata Saifuddin.

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar FBC Media RM84 juta (19.6 juta Euro) untuk kontrak tiga tahun bermula 2007 untuk "memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa".


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2012 06:24 PM | Show all posts
berapa banyak duit rakyat habis untuk bende mcm ni . kesian rakyat malaysia kelas pertengahan (mcm aku la!)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 06:35 PM | Show all posts
duri_durians posted on 28-8-2012 06:24 PM
berapa banyak duit rakyat habis untuk bende mcm ni . kesian rakyat malaysia kelas pertengahan (mcm a ...

kerajaaan bayar pada FBC media 84 jota setahun untuk menaikkan imej najib sahaja diluar negara... pastuh kerajaan bayar plak yahudi APCO untuk naikkan imej najib sahaja dalam negara sebanyak 76.8 jota setahun... dah berapa ratus jota duit rakyat lesap semata2 hanya untuk imej najib sahaja yg busuk lagi teruk di mata antarabangsa....

sekarang nih nak cuci imej bakal menantu perompak lak...kesian rakyat malaysia yg lain sebab masih ada rakyat malaysia yg akal bodo nak mampus...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:40 PM | Show all posts
totokreturn posted on 28-8-2012 06:35 PM
kerajaaan bayar pada FBC media 84 jota setahun untuk menaikkan imej najib sahaja diluar negara...  ...

felda dapat duit, teksi dpt Tr1ma, yg meskin dpt BR1m, yg tetua dapat Kar!sma, dah kita ni dapat ape? dapat mampos dalam keadaan tenang n dikuborkan pun dah cukup agaknye. huwaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 06:49 PM | Show all posts
duri_durians posted on 28-8-2012 06:40 PM
felda dapat duit, teksi dpt Tr1ma, yg meskin dpt BR1m, yg tetua dapat Kar!sma, dah kita ni dapat a ...

yg hidup sedang2 nih bak kata pencacai UMNO... asal negara aman damai, lepas makan minum.. bleh jalan2 dengan senang hati pun cukup laa.. bersyukur kehadrat UMNO.. kalau PR menang nanti.. cina jadi PM.. melayu kena halau tau....

dan beliau berlalu pergi sambil mengeluarkan kunci motor ex5nyer untuk pulang ke rumah flat PPRT sentul....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:52 PM | Show all posts
totokreturn posted on 28-8-2012 06:49 PM
yg hidup sedang2 nih bak kata pencacai UMNO... asal negara aman damai, lepas makan minum.. bleh ja ...

jalan2 senang hati ape? skrg ni nak jalan kena berhati-hati.
astaghfirullahalazim.
ape pun semoga pemimpin seterusnya dpt mentadbir negara dgn lebih baik dan mengamalkan profit sharing. negara kita ni bukan miskin. hasil bumi melimpah ruah. ape salah kongsi dgn rakyat yg membanting tulang menggerakkan negara
dan yg penting zero rasuah dan kronisme

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-8-2012 08:23 PM | Show all posts
duri_durians posted on 28-8-2012 06:52 PM
jalan2 senang hati ape? skrg ni nak jalan kena berhati-hati.
astaghfirullahalazim.
ape pun se ...

itu yg kita sebagai rakyat malaysia sekarnag mahukan.... para pemimpin yg memerintah akan menjadi hamba kepada rakyat malaysia seperti di neagra2 maju... sebab itu kita mahukan perubahan pemerintahan agar rakyat dapat melihat perbezaaan antara pemerintah A dan pemerintah B... selagi kita masih dok sujud parti A selamanya memerintah atas nama keselesaan laa.. aman laa.. cina kuasa laa.. selagi itulah pemerintah A akan menjadi pemerintah yg jahat dan rakus merompak harta rakyat...

cuba sekali, tak betul, 4 tahun tukar semula.... kalau betul bagi 2 penggal memerintah, then bagi BN semula... baru negara boleh mengorak kearah kemajuan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 11:51 PM | Show all posts
taubatlah najib...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.081204 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list