CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3941|Reply: 39

[Jenayah] Awas...Datins spek hitam kebas duit pengantin !

[Copy link]
Post time 1-9-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BATU KURAU: Sekumpulan empat wanita dikesan terbabit kegiatan mencuri barang kemas di beberapa majlis perkahwinan membabitkan nilai kerugian hampir RM100,000.


  Suspek wanita berusia 40-an yang tampil persis ‘mak datin’ memakai cermin mata hitam itu dikesan melakukan jenayah terbabit di beberapa rumah pengantin di Teluk Intan, Ipoh dan Batu Kurau, di sini, sejak seminggu lalu dengan taktik menyamar ahli keluarga mangsa.

  Dalam kes terbaru Sabtu lalu, suspek melarikan empat beg tangan milik pengantin dan tiga ahli keluarga pengantin berkenaan di Kampung Sungai Ara, di sini.


  Saksi kejadian, Salina Shamsudin, 21, berkata, kecurian berlaku ketika sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22, melangsungkan majlis persandingan di rumah keluarga mereka di sini.

  Menurutnya, empat suspek wanita terbabit yang memakai baju kurung muncul sebaik pasangan pengantin diarak untuk disandingkan dalam rumah jam 12 tengah hari.

   “Suspek bersikap pelik apabila tidak bercakap dengan tetamu lain sebaliknya hanya memerhatikan keadaan sekeliling penuh curiga.
Ada antara saudara-mara yang menegur kumpulan wanita terbabit namun suspek hanya berdiam diri,” katanya.




  Menurutnya, dua dari penjenayah kemudian masuk dalam kamar pengantin bersama ahli keluarga lain yang sibuk memindahkan barang hantaran perkahwinan.

   Menurutnya, wanita terbabit memberi alasan mahu menggunakan tandas sebelum masuk dalam bilik berkenaan.

  “Suspek mengambil empat beg tangan milik pengantin, kawan dan kakak pengantin serta kakak ipar pengantin perempuan.

  “Beberapa saudara pengantin perempuan yang melihat tindakan suspek mengambil semua beg tangan itu seolah-olah dipukau apabila gagal menjerit dan membiarkan suspek melarikan semua barangan berharga itu,” katanya.

  Menurutnya, suspek memasukkan semua beg tangan dicuri dalam satu beg tangan besar sebelum meninggalkan rumah pengantin.

  “Keempat-empat beg tangan itu mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas yang semuanya dianggarkan RM30,000,” katanya.

  Dia berkata, Shuhada bagaimanapun terkejut apabila seorang pegawai bank menghubungi dan meminta pengesahan berhubung tindakan dua wanita mahu membeli dua telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di Taiping menggunakan kad kredit miliknya.

  Urusan pembelian itu, bagaimanapun dihalang pihak bank berikutan identiti suspek yang mencurigakan selain berjaya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV).

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan giat memburu penjenayah terbabit.


p/s memang waktu kenduri, sume agak alpa...sume dh jadi open concept jer...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2012 09:09 AM | Show all posts
pernah dgr kejadian mcm ni sblum2 nie..x sangka plak berluasa mcm ni..siap buat group lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:03 AM | Show all posts
  “Beberapa saudara pengantin perempuan yang melihat tindakan suspek mengambil semua beg tangan itu seolah-olah dipukau apabila gagal menjerit dan membiarkan suspek melarikan semua barangan berharga itu,” katanya.



pukau?

yelar tu.. satu keturunan kene pukau agaknye.. silap2 tok kadi puun kena pukau, mak andam kene pukau.. semo kene..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:14 AM | Show all posts
aku pn pernah dengar kes mcm nie kat kawasan aku...

kesian pengantin tu...ntah2 beg hantaran pn hilang di sapu dek penyamun ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:32 AM | Show all posts
perlu berhati2...tapi memang selalu dengar mengenai perkara ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:39 AM | Show all posts
Dulu saya tidak percaya pukau pukau neh.. Tapi lepas kena sendiri saya percaya akannya.. You will find yourself bingung dan bimbo seketika. I dont know how they do, but hypnosis do exist, even in modern medicine world.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2012 10:41 AM | Show all posts
ceh..mengambil kesempatan pulak.....dedahkn siapa org tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:49 AM | Show all posts
Ingatkan sorang, rupanya 4orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2012 11:24 AM | Show all posts
adakah mereka juga yg mencuri handbag aku n kwn aku ms kenduri kawan aku kat ipoh?? huwaaaaa!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 11:27 AM | Show all posts
nak tahu bangsa apa ni..pendatang ke apa..ke org tempatan..berani betul tak takut kena belasah sampai mati ke

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 12:31 PM | Show all posts
siap tem up 4 org lagi tu..................
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 12:42 PM | Show all posts
Tulah,  sekarang org lebih suka buat majlis didewan. So rumah boleh dkunci supaya org lain tak masuk. Kalau buat dirumah, mmglah rumah jadi open hse- org bebas keluar masuk
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 12:46 PM | Show all posts
patut kunci bilik jika tiada org, duit dan barang berharga patut letak dalam almari berkunci
duit yg banyak letak dalam akuan yg kena cap jari utk keluarkan
sama ja masa kenduri arwah tabung derma tetiba lesap
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 01:01 PM | Show all posts
uda posted on 1-9-2012 12:42 PM
Tulah,  sekarang org lebih suka buat majlis didewan. So rumah boleh dkunci supaya org lain tak masuk ...

betul....selamat rumah dr diceroboh masa kenuri...

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 01:06 PM | Show all posts
jaga2 klu ada tamu pura2 kata nak solat masa kenduri sibuk dijalankan..kemudian kunci pintu..nnti bukan mengerjakan solat bilik tu nnti dikerjakan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 01:20 PM | Show all posts
Salam.

Kes seperti ini berlaku dah lama jugak... Cuma kadang-kala tenggelam cerita ni dan sekali-sekala timbul semula.

Semasa kenduri-kendara, mmg selalu dinasihatkan kpd tuan rumah supaya menjaga bilik2 yg menyimpan brg hantaran yg berharta seperti brgan kemas, wang hantaran dan brg2 berharga.... Saudara-mara yg menyimpan handbag2 mereka sementara mereka sibuk menolong urusan perkahwinan juga disarankan supaya berhati2 menyimpannya di dlm almari yg berkunci... Sbb kejadian kecurian semasa majlis diadakan mmg dah kerap kali berlaku.... Dan pencuri2 mengambil kesempatan di atas kesibukan tuan rumah dan para pekerja2 yg ada....

Ada juga kejadian di mana sekumpulan penyamun menghalakan senjata api ke atas kaum keluarga yg menjalankan majlis dan mencuri brg2 kemas yg dipakai tuan rumah dan tetamu2 tuan rumah... Sungguh trauma tuan rumah tu bila menceritakan kpd auntie. Dahlah kehilangan brg2 berharga kepunyaan diri sendiri. Menambahkan aib bila tetamu2 yg hadir dgn bling2 yg bergemerlapan turut terbabit dgn adegan tu... Majlis yg sepatutnya menjadi hari bersejarah kpd pengantin dan ibubapa pengantin terus menjadi memori hitam di dalam kenangan...

So sesiapa yg akan menjlnkan majlis perkahwinan, open house dsbnya, juga kpd mereka menjadi tetamu di majlis2 keraian, just be mindful.. Tu jer....

Mmg choy sgt ler pencuri2 sedemikian.... :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2012 01:35 PM | Show all posts
dulu mase kazen aku kahwen 4 tahun sudah... barang2 kemas dia hilang semua kat dlm bilik pengantin... sedar2 esok pagi baru tau kena curi...... org kampung dia jugak yg ambil, sebab ade org yg nampak.... huh.... tak tau malu.... sape2 yang nak mengadakan ape2 kenduri... berjaga2 la dgn harta anda... org tengah syok2 sanding org tu syok2 jer curi barang kemas kau..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 01:48 PM | Show all posts
time kenduri, semua mengaku sedare mare untuk masuk rumah..
mak pak aku, rumah tu time kenduri, makcik aku yang jage, so, semua sedare mare memang kenal la, jadi, x timbaul isu pencuri nak masuk
lagipon duit2 n barang berharga memang kat makcik aku saje..
beri pada org yang dipercayai time kenduri tu...walaupon semua memang kite x bleh percaya 100% sekurang2nya kita ada inisiatif
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 03:09 PM | Show all posts
frust oo kalau ilang henbeg.....aku penah kena...time kenduri kawen gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 03:38 PM | Show all posts
tu arr kekadang risau jek tgk hantaran pengantin tersusun depan umah....org lalu lalang...mesti ada hati nk curi....
mcm2 tektik nk mencuri skg ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.065642 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list