View: 57628|Reply: 42
|
Unit Trust Public Mutual..Good or Bad..
[Copy link]
|
|
Saya akan menjelaskan cara untuk membuat pelaburan di Unit Trust..
Terdapat 3 cara untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust Public Mutual ini iaitu :1. Lump sum (sekaligus)
2. Regular savings (secara bulanan)
3. KWSP (Akaun 1 sahaja)
.
1. Lum sum
Lum sum bermaksud pelaburan sekali gus dalam satu amount…RM1000 atau RM10,000 atau RM100,000 tanpa melakukan pertambahan modal atau membuat penambahan. Sebarang dividen yang dibayar juga akan dilaburkan semula ke dalam modal atau anda boleh memilih untuk mengambil hasil dividen setiap tahun sebagi pendapatan pasif anda.
.
2. Regular Saving
Regular saving adalah bermaksud menyimpan secara bulanan melalui auto debit dari akaun bank / secara manual. Ianya tidak terikat pada mana-mana syarat, bergantung pada kemampuan pelabur dengan serendah minimum RM100 dengan tanpa ada tempoh matang/ikatan tertentu.
Melalui regular saving, pelabur boleh membuat pelaburan bertujuan sama ada untuk pendidikan anak, persaraan, simpanan, pelancongan, perkahwinan, membeli rumah atau sebagainya bergantung pada tujuan dan tempoh pelaburan yang anda ingini.
Kelebihan regular saving ialah anda akan membuat Ringgit Cost Averaging (RCA) di mana setiap bulan NAV (Nilai Aset Bersih) anda akan berada pada tahap purata dan ianya lebih menguntungkan bagi tempoh jangka panjang.
.
3. KWSP
Pelaburan melalui KWSP perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut :
- Pengeluaran hanya dari Akaun 1 sahaja.
- Perlu ada jumlah baki yang mencukupi (rujuk pada jadual simpanan minimum KWSP)
- Boleh dikeluarkan setiap 3 bulan sekali selagi memenuhi syarat.
- Minimum setiap pelaburan RM1000
.
Jadi, sekiranya anda ingin memulakan pelaburan dalam unit trust sama ada salah satu atau ketiga-tiganya sekali anda boleh hubungi saya dengan segera...PM saya @ contact me at 018-3669023..Dan jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya @ just give a komen..Insyaallah saya bantu..TQ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang saya akan share tetang perbezaan asas antara beberapa jenis simpanan dan pelaburan
Di dalam buku Total Money Makeover yang ditulis oleh Dave Ramsey, saya tertarik dengan petikan berikut “Savings without a mission is garbage. Your money needs to work for you, not lie around” .
Saya tertarik kerana, ia memberi kesedaran kepada kita bahawa adakah portfolio simpanan atau pelaburan kita sekarang ini menguntungkan?
Dan sebagai umat Islam, menjadi kewajipan untuk kita menilai adakah ianya halal?
Di sini saya kongsikan beberapa perbezaan asas dari segi pulangan antara beberapa jenis simpanan yang lazimnya dimiliki oleh orang-orang biasa:
Akaun simpanan biasa
Simpanan mimima sangat rendah, berisiko rendah dan juga mempunyai pulangan yang sangat rendah. Biasanya orang ramai menggunakannya untuk akaun masuk pendapatan.
EPF
Simpanan wajib untuk persaraan pada hari tua ini secara umumnya memberi pulangan yang agak rendah. Sebagai contoh dividen pada tahun 2011 ialah 6% .
ASB
Terlalu banyak isu dibincangkan sejak beberapa tahun yang lepas. Dan saya yakin bahawa pelaburan ASB belum lagi menurut Syariah. Ada pendapat mengatakan ianya harus dan ada pendapat yang mengatakan ianya haram. Namun begitu, saya sekadar berkongsi pulangan ASB pada tahun 2011 ialah: 2011 – Dividen 7.65 sen , bonus 1.15 sen
Saham
Selain berisiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi dan memerlukan duit yang banyak, anda juga memerlukan ilmu, keprihatinan dan kepakaran yang tinggi terhadap pelaburan tersebut.
Fixed Deposit
FD adalah simpanan yang dijamin selamat dan menjanjikan pulangan tetap tetapi rendah. Purata pulangan FD ialah 3%-4%
Unit Trust
Unit Trust adalah portfolio pelaburan yang dipelbagaikan. Jadi, kerugian di dalam sesetengah portfolio akan digantikan dengan keuntungan daripada pelaburan dalam syarikat yang lain. Secara umumnya, UT adalah antara pelaburan yang selamat dan menjanjikan pulangan yang memuaskan berbanding pelaburan yang lain.
Sebagai umat Islam, kita wajib memilih dana unit trust yang Islamik dan kini telah banyak syarikat kewangan menawarkan Islamic UT. Saya cadangkan memilih syarikat pelaburan daripada Public Mutual. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang penelitian saya,berikut ialah antara soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh pelabur & bakal-bakal pelabur unit amanah:
Bagaimana untuk membuka akaun pelaburan unit amanah?
Seseorang pelabur boleh membuka akaun pelaburan unit amanah dengan membuat pelaburan minima RM1000. Untuk pelaburan tambahan jumlah minima ialah RM100. Hubungi Perunding Unit Amanah kami untuk membantu anda.
Bolehkah dilakukan pengeluaran?
Pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa samada keseluruhan atau sebahagian dengan mengisi borang jualan balik (repurchase) yang boleh diperolehi di semua cawangan syarikat unit amanah yang disertai. Hasil jualan balik ini akan dikreditkan ke akaun terus ke akaun pelabur dalam 10 hari bekerja (biasanya lebih cepat).
Berapa kadar pulangan pelaburan unit amanah?
Kadar pulangan pelaburan unit amanah adalah tidak tetap bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran saham di mana dana berkenaan dilaburkan. Secara umumnya pelabur unit amanah berpotensi memperolehi pulangan di antara 12%- 15% setahun daripada amaun pelaburan.
Apa hukumnya melabur dalam unit amanah tidak patuh shariah?
Hukumnya adalah haram berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan hadis.
Berapakah servis caj yang dikenakan oleh syarikat unit amanah?
Servis caj sebanyak 5.5% bagi pelaburan tunai dikenakan setiap kali pelabur membuat pelaburan (membeli unit-unit), kebiasaanya caj yang lebih rendah dikenakan bagi pembelian unit-unit dalam tempoh promosi bagi sesuatu dana yang baru dilancarkan, kebiasaannya 5%. Bagi pelaburan melalui pengeluaran KWSP (EPF) caj yang dikenakan adalah lebih rendah iaitu sebanyak 3%. Tiada sebarang caj dikenakan semasa pelabur menjual semula unit-unit pelaburan.
Bagaimana cara melabur melalui EPF?
Pencarum KWSP yang layak boleh membuat pengeluaran dari akaun 1 KWSP. Amaun yang dibenarkan ialah 20% daripada lebihan Amaun Simpanan Asas dan boleh dilaburkan ke dana-dana unit amanah yang diluluskan oleh pihak KWSP. Pengeluaran KWSP untuk tujuan ini boleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan tertakluk kepada kelayakan pencarum.
Bolehkah pelaburan melalui KWSP dikeluarkan untuk kegunaan peribadi?
Pelabur boleh menebus semula samada keseluruhan atau sebahagian daripada pelaburan unit amanah yang dibuat melalui pengeluaran KWSP tetapi hasil jualan semula ini akan dikreditkan terus ke akaun 1 KWSP pelabur. Dengan kata lain, sebelum mencapai usia 55 tahun, hasil jualan semula pelaburan melalui KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk kegunaan peribadi pelabur.
Apakah dimaksudkan dengan “Pemurataan Nilai Ringgit”?
Prinsip “Pemurataan Nilai Ringgit” ialah satu keadah pelaburan di mana pelabur melabur dengan satu amaun yang tetap secara berjadual dalam satu tempoh yang panjang ( 1 tahun ke atas). Melalui kaedah ini pelabur akan mendapat jumlah unit yang kurang ketika harga tinggi dan lebih banyak unit ketika pembelian/pelaburan dibuat pada harga rendah. Di akhir tempoh berkenaan, pelabur akan mendapat purata kos yang lebih rendah bagi unit-unit yang dipegang berbanding harga purata unit-unit bagi tempoh berkenaan.
Apakah dimaksudkan dengan “faedah terkompaun”?
Faedah Terkompaun (Compounding Interest) adalah satu kaedah pelaburan di mana segala keuntungan dan dividen pelaburan sesuatu dana dari tahun kewangan sebelumnya dilaburkan semula secara automatik dalam tahun kewangan berikutnya. Faedah Terkompaun mempercepatkan objektif sesuatu pelaburan dicapai.
Berapa lama perlu melabur?
Unit Amanah adalah satu bentuk pelaburan yang reka khusus bagi membolehkan pelabur mencapai objektif pertumbuhan jangka panjang (10 tahun ke atas) atau sekurang-kurangnya jangka sederhana (3-5 tahun). Oleh itu pelabur disyorkan untuk melabur dalam jangkamasa minima sekurang-kurangnya 3-5 tahun. Jangkamasa sebenar bergantung kepada objektif pelaburan, kadar pulangan dan cara sesuatu pelaburan itu dilakukan.
Bagaimana menetapkan objektif pelaburan?
Penetapan objektif pelaburan perlu mengambilkira berapa amaun nilai pelaburan yang disasarkan, jangkamasa dan kadar pulangan sesuatu pelaburan
Apa perlu dilakukan ketika “market down”?
Ketika menghadapi trend “market down” pelabur perlu tenang dan tidak sekali-kali mengambil keputusan yang terburu-buru. Trend turun naik adalah sesuatu yang normal dalam pasaran saham. Oleh itu dalam keadaan “market down” pelabur perlu tetap fokus kepada objektif pelaburan jangka panjang atau jangka sederhana. Inilah masa terbaik untuk pelabur membuat pelaburan tambahan kerana akan mendapat jumlah unit yang lebih banyak pada harga rendah.
jika ada soalan tambahan @ untuk memulakan pelaburan,boleh PM saya directly..Insyaallah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Teknik Nak Untung Dengan Pelaburan Unit Trust
Setiap orang pasti inginkan keuntungan…mana ada orang nak rugi dalam pelaburan kan?Persoalannya..macamana nak untung dengan pelaburan dalam unit trust?
Salah satu strategi ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit or better known as Dollar-Cost-Averaging (DCA) Principle. DCA adalah satu strategi pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan unit amanah pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan kitaran pasaran. Justeru, para pelabur tidak perlu bimbang mengenai market timing dan membolehkan pelabur tetap fokus pada matlamat pelaburan jangka panjang.
Sebagai contoh, pelabur boleh menyimpan dan melabur RM500 hingga RM1,000 daripada gaji mereka kepada dana unit amanah ataupun pelabur boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada sumber kewangan dan matlamat masa depan pelabur. Dengan melabur secara berkala, iaitu satu jumlah yang tetap pada tempoh waktu tetap, para pelabur boleh membeli lebih unit apabila pasaran lebih rendah dan kurang unit ketika pasaran menaik.
Strategi ini akan menghasilkan kos purata pelaburan yang lebih rendah daripada purata harga pasaran pada tempoh tertentu.
Bagaimana untuk membuat pelaburan Unit Trust Secara DDI?
Para pelabur boleh melabur menggunakan Direct Debit Instruction (DDI) atau Standing Instruction (SI) melalui bank dimana satu jumlah tetap akan dipindahkan daripada akaun simpanan atau akaun di mana wang gaji dikreditkan setiap bulan ke akaun dana pelaburan.
Kaedah ini juga memastikan pelabur melabur secara konsisten dalam suatu tempoh masa. Ini adalah salah satu cara yang baik untuk menyemai sifat menabung yang berterusan, justeru membina kekayaan.
Jadi..anda semua dah tahu cara untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa panjang dengan Unit Trust.. dan Jika anda nak untung dalam tempoh yang singkat, sila jangan melabur dalam unit trust. Unit trust bukan skim cepat kaya. Unit trust boleh memberikan keuntungan sekiranya anda melabur dalam tempoh 3 tahun dan ke atas dengan strategy yang sesuai.
Tidak dinafikan ramai jugak yang boleh untung dalam 5-8 bulan selepas melabur. Ini kerana mereka telah masuk pada harga yang rendah, kemudian harga naik dan naik (keuntungan melalui capital gain). Kalu timing kena memang rezeki anda. Jika tidak, BERSABAR. Yang penting adalah unit. Duit itu tidak kemana, masih di dalam dana tersebut. Jika anda keluarkan pada harga yang rendah, anda yang rugi.
Apa yang perlu anda Lakukan Agar tidak panik dengan pelaburan yang naik turun?
Sebelum melabur, adalah penting untuk pelabur menetapkan objektif pelaburan; jangkamasa sederhana atau jangkamasa panjang. Contohnya, Anda mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan jangkamasa panjang. Tetapi baru melabur 3 bulan, keluar model kereta baru..dan jiran sebelah pun baru tukar kereta baru… jadi…anda terus terfikir duit RM50,000 di Unit trust boleh dijadikan downpayment.
Kebetulan, harga sedang jatuh dan dan untuk jual waktu tersebut memang confirmlah tak untung. Oleh itu sebelum melabur, fikirlah masak-masak. Kalau tiada DUIT LEBIH yang boleh disimpan untuk jangkamasa panjang, jangan melabur.
ok, setakat ini dulu posting dari saya..Jika ada sebarang kemuskilan boleh PM saya....sekian. Last edited by legendazack on 5-11-2012 07:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
bro.. takkan abis gitu jer, citer ler lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf cakap, lbh baik labur kpd yg benar2 nampak potensinya, saya baru sahaja jual semula fund dalam public mutual , masuk sejak 2008 makin merundum.. |
|
|
|
|
|
|
|
ctredzuan posted on 13-12-2012 08:02 AM
maaf cakap, lbh baik labur kpd yg benar2 nampak potensinya, saya baru sahaja jual semula fund dalam ...
yg benar2 berpotensi tu pe?
|
|
|
|
|
|
|
|
ctredzuan posted on 13-12-2012 08:02 AM
maaf cakap, lbh baik labur kpd yg benar2 nampak potensinya, saya baru sahaja jual semula fund dalam ...
boleh citer panjang skit tak, public mutual board mana yg dikatakan takde potensi tuh..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Pilihan Pelaburan mana Yang Bagus & Berpotensi?
Ramai yang bertanya kepada saya, fund apakah yang berpotensi untuk kita melabur dalam unit trust??
Ok. sebenarnya untuk melabur ada beberapa kriteria yang perlu dikanal pasti. Antaranya ialah:
a) Profil Risiko Pelabur - Dalam hal ini, pelabur itu sendiri boleh memberitahu apakah matlamat sebenar mereka melabur & adakah mereka sanggup berdepan dengan risiko jika pelaburannya kurang memberangsangkan. Semua ini boleh terjawab dengan beberapa soalan yang diajukan oleh consultant yang dilantik unutk mengetahui sejauh mana tahap risiko pelabur berlandaskan dengan kata "high risk, high return".
b) Rating sesuatu Fund - Dalam point ini, consultant boleh melihat & menganalisa dalam laporan yang dikeluarkan bagi susuatu pelaburan dalam unit trust, apakah fund pelaburan yang berpotensi untuk mencapai matlamat pulangan pelaburan yang diinginkan oleh setiap pelabur. Setiap pelabur inginkan pulangan yang maksimum atas pelaburan yang mereka buat.
c) Trend & Historical Keuntungan - Dalam point ini pula, pelabur boleh melihat sendiri trend keuntungan bagi sesuatu pelaburan unit trust daripada jangka masa pelaburan itu diperkenalkan sehingga keuntungan semasa. Daripada keuntungan pelaburan ini, pelabur boleh mengira purata pelaburan yang telah diperoleh oleh pelabur yang telah melabur sejak ianya diperkenalkan & membuat keputusan.
Tetapi, pada pendapat saya sendiri, jika ingin memulakan pelaburan unit trust, eloklah sekiranya bakal pelabur meminta pendapat daripada consultant yang dilantik kerana sudah tentu mereka sudah berpengalaman dalam memilih dana pelaburan yang terbaik untuk anda. Sebagai contoh, jika anda pergi berjumpa doktor di klinik, adakah anda yang menyatakan ubat mana yang anda mahukan supaya anda cepat sembuh? Sudah tentu tidak, kerana doktor sendiri yang akan memilih jenis ubat yang sesuai dengan keadaan anda pada waktu itu kerana ianya kepakaran doktor tersebut.
Jadi dalam konteks ini, adalah lebih baik jika bakal pelabur meminta nasihat daripada consultant - consultant yang ada sebelum melabur dalam unit trust untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang maksimum. & boleh juga PM saya @ terus menghubungi saya di 018-3669023 . Inshaa Allah saya bantu. Wassalam. Last edited by legendazack on 12-1-2013 12:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
afal1495 posted on 21-12-2012 08:40 PM
boleh citer panjang skit tak, public mutual board mana yg dikatakan takde potensi tuh..??
dalam public mutual, terdapat banyak dana untuk dilaburkan & untuk melihat potensinya eloklah jika terus berjumpa consultant untuk mendapatkan nasihat sebelum memulakan pelaburan..boleh juga PM saya. TQ.
|
|
|
|
|
|
|
|
ctredzuan posted on 13-12-2012 08:02 AM
maaf cakap, lbh baik labur kpd yg benar2 nampak potensinya, saya baru sahaja jual semula fund dalam ...
jika anda rasakan fund yang dilaburkan tidak memberansangkan. Para pelabur sebenarnya boleh switch kepada fund yang lebih baik & ianya boleh dilakuakn dengan consultant yang telah anda lantik selepas membuat pemantauan pada fund yang telah dilaburkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah joined Public Mutual..
Saya berminat nak jadi agen tp bergantung juga pd T&C..
Ada sapa2 tau apa syarat2 untuk menjadi agen Public Mutual nih? |
|
|
|
|
|
|
|
c_manis posted on 16-1-2013 03:27 PM
Dah joined Public Mutual..
Saya berminat nak jadi agen tp bergantung juga pd T&C..
Ada sapa2 tau a ...
c_manis, bagaimana dgn pelaburan??adakah masih aktif??
sebaiknya,c_manis bertanya kepada consultant anda & mungkin consultant anda boleh guide nanti dgn lebih details... |
|
|
|
|
|
|
|
2 Cara Keuntungan Dijana Dalam Unit Trust:
Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana keuntungan pelaburan dalam unit trust diumum?? adakah sama macam ASB? kene cukup haul baru dapat ke?. Baiklah, sekarang saya akan mencatitkan bagaimana keuntungan ini diperoleh.Ada 2 cara iaitu pengembangan modal & menjana dividen.
Pengembangan modal berlaku apabila nilai portfolio meningkat diikuti nilai unit jika kita menjual pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa kita membelinya. Sebaliknya apabila nilai portfolio menurun, maka nilai unit juga akan menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit akan naik semula. Kadangkala ia bergantung kepada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli dengan lebih banyak unit baru & menambah pelaburan unit trust.
Apabila dana unit trust mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan yang dibuat, maka pendapatan ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana ini hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil @ tiada keuntungan, dana ini tidak mengelkuarkan dividend.
Para pelabur perlu faham berkenaan situasi ini, dividend bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung kepada kemampuan dana berbuat demikian. Tetapi, setiap syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividend setiap tahun. Dan tidak semestinya dividend itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin juga dalam penambahan unit pelaburan.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut & memulakan pelaburan unit trust. Boleh hubungi saya @ PM saya. Saya akan membantu. Inshaa Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
Melabur pada usia muda ibarat menyiram air pada pokok. Lama kelamaan pokok akan tumbuh dan kita hanya perlu memetik buahnya saja. Sekiranya kita tidak berpengalaman dalam pelaburan, mutual fund atau unit trust adalah satu pilihan pelaburan yang mudah dah bijak untuk sesiapa saja. Melalui unit trust, pengurus profesional akan menguruskan pelaburan kita pada peluang pelaburan yang lain seperti bond, stok, dan yang menariknya...kita boleh memilih Unit Trust yang menepati dengan Shariah! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau utk pelaburan Lump Sum, sekiranya pelabur meninggal dunia, ada pampasan tak?
dan ada penama / pewaris ke utk pelaburan jenis ni? sekiranya takde, apa akan terjadi pada duit tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
angguntuah posted on 7-3-2013 10:24 AM
kalau utk pelaburan Lump Sum, sekiranya pelabur meninggal dunia, ada pampasan tak?
dan ada penam ...
Jika pelabur meninggal dunia, waris boleh menuntut duit itu dengan membawa surat kematian & surat kuasa. Caranya sama seperti waris membuat tuntutan terhadap harta-harta yang lain. Opsyen lain, pelabur boleh membuat penama atas pelaburan & dikenakan bayaran RM90. Borang boleh minta dengan consultant PM.. harapan saya, pelaburan angguntuah dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa di masa depan. TQ.
|
|
|
|
|
|
|
|
legendazack posted on 7-3-2013 07:27 PM
Jika pelabur meninggal dunia, waris boleh menuntut duit itu dengan membawa surat kematian & surat ...
maknanya tiada pampasanlah yer? malah kena kuar plak 90 hinggit utk proses penamaan tu. maaflah kalau OT. sy pernah dgar pelaburan dr bank lain, konsepnya sama juga seperti pelaburan lump sum ni, cuma tak perlu bayar apa2 utk penama dan kalau kita meninggal, kita akan dpt pampasan sebanyak rm 60k atau lebih (mengikut skim yg dipilih) ataupun kalau kita letakkan anak sebagai pewaris, sekiranya kita meninggal, pelaburan tersebut akan diteruskan secara percuma sehingga usia anak tu cecah 25 tahun.
sy skang ni mmg tgh mencari mana2 unit trust yg berbaloi utk invest. tu sy just nak make it clear ttg unit trust public mutual ni. anyway thanks for the info. Last edited by angguntuah on 8-3-2013 08:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 1 soalan sy ttg pelaburan lump sum ni. sekiranya saya invest sebanyak 1k, then ada emergency dlm 2-3 bulan kemudian, kalau sy nak keluarkan semula 1k tu dan tutup pelaburan sy, adakah sy akan dpt lump sum 1k ataupun kurang?
kirenya ada kena tolak ape2 fee plak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
angguntuah posted on 8-3-2013 08:21 AM
maknanya tiada pampasanlah yer? malah kena kuar plak 90 hinggit utk proses penamaan tu. maaflah ...
RM90 adalah pilihan..jika xnak buat, bila pelabur meninggal dunia, untuk kluarkan semua pelaburan, boleh tunjukkan surat kematian shj seperti yg dinyatakan diatas.. jika pelaburan melebihi 10k, membuat penama adalah percuma.. & pengeluaran bila2 masa boleh buat, bergantung kepada kemahuan pelabur.. pampasan memang xda cuma kelebihanya adalah pelaburan syariah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|