CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13342|Reply: 126

Konsert Siti Nurhaliza Live in Kuantan Pahang.

[Copy link]
Post time 16-9-2012 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Konsert Siti Nurhaliza bermula di Gambang
KUANTAN: Buat pertama kalinya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert secara eksklusif di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang, pada 9 November depan.

Siti Nurhaliza yang dilahirkan di Kuala Lipis akan memulakan persembahan di hadapan peminat setia pada jam 8 malam dan juga bakal menjadi pembuka tirai untuk Siri Konsert Jelajah Pantai Timur yang pertama buat penyanyi itu.

Penganjur, Creative Stars Empire Sdn Bhd menyediakan 4,000 tempat duduk kepada peminat Siti Nurhaliza yang ingin menyaksikan persembahan berkenaan.


Jurucakap penganjur, Steven Fock, berkata konsert yang dijadualkan bermula jam 8 malam itu pasti menjanjikan kepuasan buat peminat Siti Nurhaliza.

“Peminat penyanyi nombor satu negara itu boleh mendapatkan tiket di lokasi yang sudah ditetapkan. Kita turut mengadakan beberapa acara bagi memperkenalkan konsert ini kepada warga Pahang,” katanya.

Majlis pelancaran tiket konsert solo berkenaan akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 6 petang esok di A9-1, Jalan Tun Ismail 1, Kuantan Perdana. Harga tiket yang ditetapkan ialah RM338 (tempat duduk VIP), RM238 (tempat duduk PS1), RM168 (PS2) dan RM98 (PS3).



Steven berkata, orang ramai yang mahu membuat sebarang pertanyaan berhubung tiket juga boleh menghubungi talian 09-5173609.

“Seramai 500 individu yang membeli dua tiket pertama bakal mendapat baju-T istimewa edisi terhad ‘Datuk Siti Nurhaliza Live in Kuantan’, manakala semua pembeli juga layak menerima baucar diskaun 20 peratus daripada La Bon Fesyen.



“Majlis promosi untuk konsert ini akan diadakan di ruang legar Kuantan Parade pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang, Isnin ini. Pada majlis itu juga, kami akan memberikan peluang kepada 20 pembeli tiket bertuah yang akan mendapat tandatangan Siti Nurhaliza.

“Ini adalah konsert pertama Siti Nurhaliza di Pahang dan Pantai Timur. Justeru, saya yakin kehadiran penyanyi nombor satu negara itu memang dinantikan peminatnya, tambahan pula beliau adalah anak jati Pahang yang sudah beberapa kali mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Steven berkata, konsert solo eksklusif itu mendapat sokongan Bukit Gambang Resort City, THR Gegar, Revive, La Bon Fashion, Kuantan Parade, Pendragon Auto dan Good World.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15


Last edited by khyree on 22-10-2012 12:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2012 11:38 PM | Show all posts
Takde apa2 berita, tiba2 muncul konsert ni. Korang pegi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 10:40 AM | Show all posts
Saya pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 10:43 AM | Show all posts
Semoga dpt tiket.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 10:46 AM | Show all posts
Airmata mariana harini.
Bercucuran.
Sbb esok keje.
Tempat baru.
Takooot.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 10:47 AM | Show all posts
heisebeno posted on 17-9-2012 10:40 AM
Saya pegi.

Sila buat laporan konsert di sini berserta video sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2012 10:55 AM | Show all posts
Yelahhh. Kalau dan.
Takot teruja sampai lupa diri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 07:33 PM | Show all posts
@heisebeno  : harap dapat tiket yang harga rm338 tu. mana tau nanti leh jumpa kat belakang tabir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2012 10:32 PM | Show all posts
Cinta ungu, belanja 138.  Duit tak cukup. Kalau dpt jumpa ct belakang tabir blleh gak mintak balik duit harga tiket. Kot2 dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:47 PM | Show all posts
harapan je la heisebeno tu....jap lagi bila time concert adala alasan dia spt :

1. bontot berbisul x leh duduk
2. tiket kena gigit kucing
3. basikal pancit
4. ada rombongan dtg merisik
5. cirit birit
6. gementar yg amat sgt sampai cramp kaki

dan seumpamanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:02 AM | Show all posts
arap2 seleksi tuk lagu2 english tu yg belum pernah dinyanyikn lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:04 AM | Show all posts
harisbee posted on 18-9-2012 11:47 PM
harapan je la heisebeno tu....jap lagi bila time concert adala alasan dia spt :

1. bontot berbisu ...

kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:56 AM | Show all posts
Wa akan meletakkan bukti bergambar kt sini nanti.
Wa akan ambik gambar bontot ct ltk sini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 10:14 AM | Show all posts


Credits: KPH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 01:19 PM | Show all posts
teringin nak dengar ct nyanyi lagu jerat percintaan versi key asal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 11:32 PM | Show all posts
heisebeno posted on 19-9-2012 08:56 AM
Wa akan meletakkan bukti bergambar kt sini nanti.
Wa akan ambik gambar bontot ct ltk sini.

katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 06:44 PM | Show all posts
cakk...

haaaaaaaa.... aku tk pergi... sedih ..

tapi tak per...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 09:34 PM | Show all posts
sejam je katanya???? berbaloi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 10:07 PM | Show all posts
kalau kat KL mcm mn nak beli tiket tu? nak pergila..tak pernah tengok konsert siti
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 10:28 PM | Show all posts
KoSe posted on 9-10-2012 10:07 PM
kalau kat KL mcm mn nak beli tiket tu? nak pergila..tak pernah tengok konsert siti

call lah  09-5173609.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054560 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list