CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2708|Reply: 10

DE FACTO : Video novel bersiri

[Copy link]
Post time 28-9-2012 05:39 AM | Show all posts |Read mode

DE FACTO adalah novel thriller misteri dari saya dan saya ubahnya ke dalam bentuk video untuk enjoyment yang lebih, dari segi pendengaran, penglihatan dan adreline beats.

Apapun, enjoy. (siri ini masih dalam pembikinan dan mungkin akan mengambil 12-13 episode keseluruhannya)


episode 1


episode 2


episode 3


episode 4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 08:49 AM | Show all posts
Salam TT...

Waiting for more....



Last edited by Nicki_Meow on 28-9-2012 08:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 09:28 AM | Show all posts


Wah....

impressed....

nah TT...

harap dapat buat sampai habis..

jgn tinggal sekerat jalan....

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:55 AM | Show all posts
Cerita yg menarik. Mesti berkaitan dgn kalendar mayan, dajjal n all that...

CUMA.... akak x larat baca dr video. Lambat nak menunggu habis. Nak skip, nak next, back and fast forward pun lambat. Bergantung kpd connection. Pendek kata mmg jauh lebih lambat dr penulisan biasa

Seriously, cerita dah mantap

My sincere comments...
ladyFinger 12
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2012 08:00 PM | Show all posts
tq kak, sebenarnya. novel dah siap pun. tp sy tak release lagi.
tektikal saya, sy kuarkan video novel dulu, tgk respon.
sebab saya perlu edit novel sy yg dah berjumlah lebih dari 200++ helai tu.

novel tu cam fantasi sgt. tp sy akan ubahnya lebih pada logikal, real life dan tanpa pening kepala (tp membuatkan org bertanya2)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2012 08:04 PM | Show all posts
DE FACTO ep.5


"setelah Syuib, Jenifer dan Harris bersetuju untuk membuka surat wasiat bersama, apa yang di temui mereka adalah
satu lagi 'coding' yang membawa mereka kepada satu lagi arah.

ABdullah stanford pernah belajar dengan seorang guru di kampung Harris, siapakah dia? Apa kaitan dengan Harris pula?
Surat itu membawa kepada alamat email. Siapa empunya email itu? Apa kaitan dengan Abdullah Stanford?
Paling penting ialah... kenapa Syuib dan Jenifer seperti di arah-arah oleh Abdullah Stanford sedangkan Abdullah Stanford telah pun meninggal dunia? APa yang mahu di tunjukkan kepada mereka berdua sebenarnya?"

KEBENARAN ITU KEWUJUDAN
*spoiler alert: tagline ni adalah punca krisis dalam De Facto.

Last edited by hasell on 28-9-2012 08:05 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2012 10:18 AM | Show all posts
Tak ada update? TT please update. I'm waiting....


Suka lah dgn puisi sufi
TAHNIAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 02:48 AM | Show all posts
hu3. kalu gitu, sy update novelnya dulu la. sebab video take time utk di buat.
tp, versi video novel dan novel tu sendiri ada kelainan sikit sbb video novel kena ringkaskan.
okey, bereh..

sy akan updated novelnya di sini
^__^
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 11:56 AM | Show all posts
hasell posted on 4-10-2012 02:48 AM
hu3. kalu gitu, sy update novelnya dulu la. sebab video take time utk di buat.
tp, versi video nove ...

Yea... I'm waiting for the novel not the video novel

Update cepat naa!

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 01:35 PM | Show all posts

Dik..kau punya novel/video novel ni tak pening..

tp jari berpusing kat avatar kau tu yg buat kepala akak pening...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 02:43 PM | Show all posts
DE FACTO
nukilan: Hasell usiby

De facto merupakan satu ungkapan Latin yang bermaksud "pada hakikatnya" atau "dalam amalan" tetapi tiada dalam undang-undang.
Dari: wikipedia.com

De facto bermaksud Pada Hakikatnya
Dari: kamus oxford melayu-inggeris

------------

BAHAGIAN 1


31/3/2011
SETIA JAYA
8.30 pagi.
Mendengar lirih rintih dari mulut Abdullah Stanford sambil memegang lemah tengannya yang berdarah, membuat pemuda itu jadi tidak tentu arah, raut wajah Abdullah Stanford itu pucat lesi. Keadaannya yang lemah dan berdarah itu boleh menyebabkan lelaki tua itu akan mati. Pemuda itu jadi kelam kabut.
“Uncle! Bertahanlah, saya akan dapatkan bantuan secepat mungkin, kita akan ke hospital!” Pemuda itu bertindak mengikut tindakan refleksnya ketika dalam situasi cemas ini.

Sesingkat berfikir, pemuda itu lantas berlari ke arah pintu banglo tersebut. Sejurus daun pintu dibuka, matahari menerpa garang ke wajah hingga matanya sukar dibuka. Dalam silau itu telinganya menangkap suara bentak yg lantang.
“Angkat tangan dan jangan bergerak!” suara lantang seorang lelaki ditujukan padanya. Kelihatan seorang lelaki mengacu pistol kepadanya dari arah depan. Bila dilihat saja senjata yang dibawa lelaki tersebut, serta
merta pemuda itu mengangkat tangan.
Apa yang telah terjadi? Pemuda itu bertanya dirinya sendiri. Dia kebingungan. Hairan. Kenapa ada polis di perkarangan rumah Abdullah Stanford ini? Ada kes pembunuhan kah?
“Apa yang terjadi encik?” soal pemuda itu kehairanan.
“Tangan ke belakang!” arah polis wanita pula. Suaranya yg lemak itu terdengar sangat tegas.
“Tak..tak… apa yang dah jadi ni, apa dah jadi ni!?” soal pemuda itu bertubi-tubi. Dia terpinga-pinga ketika ini.
“Anda ditahan kerana cubaan jenayah” jawab polis wanita itu.
“Hah! Apa yang cik cakap ni. Saya tak faham. Apa jenayah yang saya lakukan?” lanjut pemuda itu.
Polis wanita itu sekadar memandang tajam.
“Saya tak lakukan apa-apa jenayah.Saya ke sini sebab di suruh”. Ujar pemuda itu lagi seolah-olah cuba membela dirinya.
“Apa ni semua?!” terasa dirinya diperolok-olokkan. Pagi itu dia terasa nasibnya amat buruk sekali. Belum pernah dia dituduh sebagai penjenayah.
“Lia, bawa budak ni ke balai untuk disoal siasat,” arah polis lelaki separuh umur kepada polis wanita yang umurnya dalam lingkungan awal 30-an itu.
“Dan panggil ambulan sekali” sambung polis lelaki itu.
“Baik, inspektor” patuh polis wanita yang bernama Alia itu sambil ditolak-tolaknya pemuda yang diberkasnya masuk ke dalam kereta.

Pagi yang tragis itu menyaksikan para penduduk taman itu berkerumun datang ke pekarangan rumah Abdullah Stanford. Taman itu mula gempar bila sebuah ambulan datang untuk mengambil jasad Abdullah Stanford yang masih ada padanya nyawa-nyawa ikan.
Pemuda tadi pula meraung-raung di dalam kereta polis. Dijerit-jeritnya nama Abdullah sambil air matanya mengalir deras. Pada saat itu, dia terasa dia dan Abdullah berada di dua dunia yang berbeza. Hubungan terasa bagaikan sampai ke penghujungnya.
Seketika kemudian, ketika dia berada di sebuah balai polis yang berdekatan, seorang polis datang dekat padanya lalu ditanggalkan gari yang membelenggunya sejak dari pagi tadi.
Pergelangan tangannya terasa sakit, tapi tidak setanding sakit dijiwanya. Dia bersoal sendirian, menghitung nasib diri dan Abdullah. Dia cuma berharap Abdullah Stanford akan selamat.
Balai Polis Bukit Aman
Airmata pemuda yang tertuduh itu bergenang di tubir kelopak mata, akhirnya menitis jua. Manik-manik keringat yang bersimbak seluruh wajahnya kelihatan lencun. Akalnya semakin perit, tidak dapat menahan tekanan yang sedang diterima. Belum pernah dia sederita begini. Tidak pasti ini ketakutan apa, dia takut bahawa dia benar atau dia takut kerana dia salah.
Barangkali ini, ini kali pertama dia difitnah besar. Bebola matanya melilau mencari punca untuk jawapan dari soalan-soalan yang mendesak dari mulut lelaki-lelaki berkuasa ini. Walaupun tubuhnya tiada secalitpun luka, tetapi tekanan emosi ini bagai memberi kesakitan di dalam, dirinya amat tertekan. Penangan yang diterima amat hebat. Terasa dirinya amat malang dan kecil.
“Aku nak membunuhnya?”
“ Tidak! Ini adalah satu kesilapan. Bukan! Aku langsung tak ada niat nak membunuhnya.”. monolog hatinya sendirian.

DUMM!
Meja di tepuk sekuat hati. Sepasang tangan sasa yang tiba-tiba menepuk meja di hadapannya, terus mematikan lamunannya yang galau.
“Hey! jawab apa yang kami tanya!” satu suara garau memecah sunyi didalam bilik kosong itu.
Suara lantang dari rahang itu turut memantul ke dinding lalu mencipta gema. Si gerangan tangan sasa tadi mula menghampiri pemuda tertuduh yang sedang gentar. Wajahnya sangat hampir sehingga dua hidung mereka nyaris berlaga.
“Nak jawab, atau kami buat kau tak bercakap terus?” diulang semula arahan tadi, sebutannya disebut satu persatu dalam nada perlahan tetapi cukup mendalam maksudnya.
“T..t..tak mungkin saya ada niat nak membunuh!.” kata pemuda itu gagap, akibat dari perasaan gentar yang terus menerus.
“Buktinya terlalu jelas. Selain dari apa yang kami jumpai, kamu juga ada motif, bukan?” Salah seorang yang dari anggota yang bersandar di dinding bilik mula memperlecehkan jawapan Syuib, walaupun kedengaran lebih sopan. Imej pantulan cahaya didalam bilik kosong itu terpapar di permukaan sepasang cermin matanya.
“Motif apa ni encik. Tak mungkin saya nak membunuh orang yang saya sayang. Encik, tolonglah encik, saya tak bersalah dalam hal ni. Lagi pun saya jarang berjumpa dengannya.” Rayu pemuda tertuduh dengan nada yang lebih mendayu.
“Kamu kata kamu jarang berjumpa dia?! kamu tahu tak, ada saksi memberitahu, si mualaf orang putih tu mengaku, kamu banyak kali berjumpa dengan dia” seorang lagi mula bersuara. Inspektor Fatah namanya.
Saksi yang dimaksudkan adalah merujuk kepada jiran Abdullah Stanford.
“Encik, nama dia Abdullah Stanford. Bukan si mualaf!” Sila hormat dia encik!” bersemangat sekali pemuda itu biarpun ketakutan.

Emosi Syuib sedikit terjejas, semangatnya sedikit timbul. Pemuda itu cuba membersihkan kedudukan Abdullah Stanford, dia bukanlah mualaf sembarangan. Sebut saja namanya Abdullah, tidak ada masalah rasanya. Ternyata pemuda tertuduh yang bernama Syuib ini mempunyai sikap pembela.
“Bagus!” Sahut Fatah.
Fatah memandang Syuib yang mempunyai tubuh sederhana, berkulit sawo matang dan rambutnya ikal. Fatah kemudiannya menyambung.
“Maaf, tapi jika ini suatu kebenaran, maka jelas disini yang kamu mempunyai motif terhadap encik Abdullah”
“Encik, saya menganggap uncle tu macam ayah saya. Dia juga menerima saya seperti anaknya. Tak mungkin saya mahu membunuh dia. Saya ingat lagi, pada pagi saya berjumpa dengannya, dia kelihatan menggigil. Saya tak tau apa puncanya tapi yang pasti ia bukan salah saya!” suaranya tinggi.
Syuib terus membela diri, memperjelaskan hubungannya dengan Abdullah Stanford.
Klang
Gadis itu terkedu dengan berita yang dia terima sebentar tadi. Panggilan telefon dari peguam yang dilantik ayahnya sangat menghancurkan hati. Ingin dia menangis, tetapi dia risau emosinya dapat dibaca ibu. Jadi dia terpaksalah berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi. Namun bila difikirkan pula, biarlah ibunya tahu hal ini, supaya dia tidak menyesal. Yang penting ibunya tidak menyesal, seperti kesal dengan apa yang pernah terjadi pada neneknya. Gadis itu sedang menyusun, bagaimana mahu mengkhabarkan
Gadis itu menghampiri ibunya di dapur. Dia memerhati saja ibunya yang sedang sibuk menyumbat pakaian kotor ke dalam mesin
basuh. Si ibu hanya memandang sekilas, tanpa suara.Gadis itu kemudiannya bersuara
“Mak, kita makan sekarang nak tak?
“Ada saja kamu ni, ini mak tengah sibuk nak membasuh ni,” Bebel ibunya yang mahu menghabiskan kerja rumah secepat mungkin.
“Tak apa, biar saya sambung, mak pergilah hidang makanan, lapar sangat ni” Rayu si anak.
Lantas, si ibu pun beredar, sambil bertungkus lumus pula di dapur. Bunyi pinggan mangkuk berlaga, bergema di ruang dapur itu. Setelah makan tengahari terhidang di meja, dua beranak itu menghadap satu sama lain. Tangan si ibu sibuk menceduk kuah dan isi sup dari mangkuk besar ke mangkuk kecil. Setelah agak 10 minit mereka makan, si anak bertanya kepada si ibu.
“Mak, kenapa mak tak kahwin lagi?” suara si anak memecah sunyi.
“Ish budak ni,tanya macam tu waktu makan macam ni, dah tak ada soalan lainkah?” Soalan anaknya itu tidak dijawab, tetapi diganti dengan leteran.
Memang benar, selepas berpisah dengan bekas suaminya lebih 20 tahun yang lalu, tidak ada lagi lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya. Perpisahan dengan bekas suaminya bukan kerana suka-suka, tapi alasannya sangat sangat sulit untuk difahami oleh orang lain. Mujur juga dengan perkahwinan itu dia berjaya juga melahirkan seorang anak. Kini anak gadis di depannya inilah pengarang jantungnya saban waktu.
“Ermm...ayah juga tak kahwin sampai sekarang kan, mak, mengapa ya?” Si anak cuba memancing emosi ibunya.
Si ibu bagai terganggu dengan perbualan mereka di meja makan itu. Mengapa pelik sangat perbualan mereka, jika tidak sebelum ini anak gadisnya selalu di beri amaran, supaya jangan bangkitkan perihal ayahnya. Tetapi hari ini anaknya itu jadi berani.
“Mengapa lain benar, bicara kau hari ni, sayang?”Tingkah ibu.

Wajah gadis itu bertukar sendu, ini membuatkan ibunya bingung. Setelah tidak terbendung lagi keinginannya itu, lalu gadis itu pun meluahkan sesuatu yang mengejutkan ibunya, walaupun ibunya disifatkan wanita yang keras hati.
“Mum! I’m so sorry, Ayah sekarang ada di hospital KL!”
“What! but why?”
“Dia cuba dibunuh!”
“Oh my God!”
Kedengaran sayup soalan bertalu-talu dari ibunya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.454345 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list