CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7791|Reply: 34

Filem Ngorat (Arahan Encik Razak Mohaideen)

[Copy link]
Post time 2-10-2012 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah Mamak Kecewa Slot Tayangan 'Ngorat'         




PETALING JAYA: Kegagalan filem Ngorat memperolehi slot tayangan terbaik di pawagam menimbulkan kekecewaan kepada pengarahnya, Prof. Madya A Razak Mohaideen.

Bagaimanapun, A Razak berkata, dia akur dengan tarikh tayangan baru filem itu pada 4 Oktober depan berbanding tarikh asalnya pada 5 Julai lalu walaupun kedua-dua slot tersebut bukan waktu terbaik yang dapat menjamin sambutan hangat penonton.

"Filem ini terpaksa ditayangkan juga pada 4 Oktober depan walaupun ia bukan tempoh terbaik untuk menarik penonton ke pawagam.

Kami sudah tunda ia daripada slot asal pada 5 Julai lalu bagi mengelakkan persaingan sengit filem-filem besar ketika itu.

"ada kali ini Ngorat terpaksa ditayangkan juga kerana kami tidak punya pilihan.

"Takkan kami hendak simpan filem ini sehingga benar-benar mendapat slot yang diingini? Tentu ia jadi kurang relevan jika ditangguhkan lebih lama," katanya.

A Razak berkata demikian pada majlis pra tonton filem ke-34 arahannya itu di Mutiara Damansara di sini, petang Jumaat lalu.

Filem genre komedi itu dibintangi antaranya Eidil Putra, Aaron Aziz, Erra Fazira, Zain Hamid, Nas-T, Dira Abu Zahar dan Tania Hudson.



P/s :  Apa lah sangat yang boleh dijangkakan dari filem Encik Razak Maideen ni???   


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2012 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 10:21 AM | Show all posts
best ke?? nk harapkan AA baik xpyh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 10:25 AM | Show all posts
amyainsamad posted on 2-10-2012 10:21 AM
best ke?? nk harapkan AA baik xpyh

kalau razak maideen direct mmg akan tau hasil kerja dia..
kena ready dengan babak2 rambut palsu, lawak bodo,  adegan mual & pelakon berdarah mamak terselit dekat film tu  
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 11:57 AM | Show all posts
baca berita harian hari ni lakonan AA & EF kurang berkesan/menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 07:08 PM | Show all posts
laaa...filem Razak ke???
aku nak nagis tengok AA berlakon cerita gini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2012 08:20 PM | Show all posts
jatuh saham AA daaa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 04:05 AM | Show all posts
sinopsis cerita takde ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2012 07:31 AM | Show all posts
Alah takde babak2 rempit motor ke? Susah la nak kutip seploh jota gini...............................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 07:41 AM | Show all posts

SINOPSIS FILEM NGORAT

Ngorat mengisahkan Ijam, merupakan seorang jejaka yang kurang bernasib baik dalam mencari pasangan sehinggalah dia bertemu dengan Arjuna Cinta yang menjanjikannya boleh bertemu jodoh dalam 30 hari sekiranya Ijam menurut petua-petua yang diberikan. Tapi apabila petua-petua yang diberi tidak menunjukkan hasil, malah membahayakan persahabatan Ijoe dengan teman baiknya, Kira, Ijam harus mencari kekuatan untuk memilih sama ada untuk terus mendengar petua Arjuna Cinta atau persahabatannya dengan Kira akan putus buat selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 09:27 AM | Show all posts
lagi best dari citer ni..
mat aron pun bedal aje apa citer yg dioffer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 03:09 PM | Show all posts
xminat langsung razak mohaideen punya cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 04:23 PM | Show all posts
rambut pelesu wajib la ada...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:44 AM | Show all posts
sampah.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 01:09 PM | Show all posts
letak la tarikh bila pun, mst hambar juga smbutan...x minat cter razak mohaideen ni.. tp ade AA nmpak menarik..hehe.. sape dah tgk, please bgtau best @ tidak.... bila 10 & keatas kata best, baru i nak p tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 01:37 PM | Show all posts
mcm tk real tgk jek cite nihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 12:22 AM | Show all posts
I baru tgk tadi uolls, boleh2 la...penuh panggung......film komedi kan..gelak2 jelah..rasanya film terbaik razak setakat ni sbb xde melalut2 sgt....erra just fine... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 01:27 AM | Show all posts
filem ni gagal menarik minat iols untuk ke panggung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 12:29 PM | Show all posts
baru tgk smalam ngan bini aku kat klcc..ok film ni cerita dia.
ade 9 org je penonton.tak
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 01:07 PM | Show all posts
Filem: Wajah baru jadi tonggak utama

MEMPERTARUHKAN wajah baru seperti Iedil Putra untuk menjadi tunjang utama filem ini boleh dikatakan bukan pilihan tepat kerana kelihatan kaku dan kekok, terutama daripada segi lontaran dialog dan ekspresi emosi sangat lemah.

Filem terbaru arahan Razak Mohaideen ini memaparkan Ijam (Iedil) ingin mencari pasangan hidup, namun tidak pandai ‘mengorat’ wanita idamannya.
Terdesak untuk mempunyai teman wanita, dia mendapatkan khidmat nasihat doktor cinta, Arjuna Kasih (Aaron Aziz) tetapi masih tidak berjaya.

Rakannya, Azoe (Nas-T), Rizal (Zain Hamid) dan Keyra (Erra Fazira) selalu memberi sokongan dan memperkenalkannya dengan ramai wanita, namun tiada seorang pun berjaya ditambat.


Kisah gadis lasak berkawan baik dengan lelaki dan seterusnya jatuh cinta dengan rakan sendiri tetapi terpaksa menyimpan perasaan itu, sudah biasa kita lihat melalui Laila Isabella dan Aku Bukan Tomboy.


Watak Erra dilihat tidak memberi impak besar, apatah lagi pembawaan watak ‘tomboy’ sama seperti karakternya dalam filem Kuliah Cinta.

Secara keseluruhannya, komedi yang disadur dalam filem ini sangat biasa dan tidak ada kelainan dengan filem yang mempunyai genre sama. Tambah pula komedi itu seolah-olah dipaksa dan bukan lahir secara semula jadi.

Visual laut yang menjadi latar belakang babak Arjuna Kasih berpakaian seperti Jack Sparrow tidak berjaya menjadi penguat kepada plot kerana kelihatan sangat palsu.

Lebih baik jika visual itu tidak ditambah dan hanya berlatarkan bilik kosong sama seperti kali pertama Ijam dan Arjuna Kasih bertemu.

Apapun, suntikan Arjuna Kasih sering muncul dengan tema pakaian berlainan seperti Jack Sparrow dalam Pirates Of The Carribean dan Shah Rukh Khan (Mohabbatein) adalah sesuatu yang menarik tetapi tidak cukup untuk menyerikan dan menghidupkan keseluruhan cerita.

Secara peribadi, drama yang disiarkan di televisyen mempunyai kualiti jauh lebih baik daripada filem ini. Mungkin disebabkan kekangan bajet, tetapi ia bukan alasan untuk menghasilkan filem yang ala kadar.



DATA:

FILEM: Ngorat
ARAHAN: A Razak Mohaideen

PELAKON: Aaron Aziz, Iedil Putra, Erra Fazira, Zain Hamid, Nas-T, Dira Abu Zahar dan Tania Hudson.

GENRE: Komedi
TAYANGAN: 4 Oktober 2012
ULASAN: Hellinie Sina
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069167 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list