CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2514|Reply: 0

Pegawai awam ke luar negara perlu kelulusan KSN, KSU

[Copy link]
Post time 15-10-2012 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai awam ke luar negara perlu kelulusan KSN, KSU
Font:
•Utama •Mutakhir •2012-10-12 16:52  •Disediakan oleh Berita Harian

[url=][/url]

KUALA LUMPUR: Semua pegawai awam yang hendak ke luar negara atas urusan persendirian mesti mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian masing-masing, berkuat kuasa 1 Oktober.

Perkara itu dinyatakan menerusi Surat Pekeliling Am bilangan 3 Tahun 2012 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 1 Oktober, selaras dengan usaha menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan. Surat itu yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.

Menurut pekeliling terkini itu, pegawai terbabit perlu membuat perakuan mematuhi arahan keupayaan kewangan yang mencukupi untuk ke negara yang dilawati.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan lawatan tidak dibiayai individu atau syarikat swasta yang boleh menimbulkan syak munasabah bahawa pegawai telah mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding tugas awam pegawai atau membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas rasmi pegawai.

Bagi pegawai yang sering berulang-alik ke luar negara jiran yang bersempadan dengan Malaysia, permohonan juga perlu dibuat melalui Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian.

Manakala pegawai yang sedang mengambil Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di dalam atau luar negara hanya perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada penyelia akademik di pusat pengajian dan memaklumkan kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan pegawai awam untuk direkodkan.

Mereka juga tidak dibenar mengunjungi mana-mana negara yang dilarang kecuali dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan. - BERNAMA

----------------------------------------------------

Dulu cuma pegawai tentera nak ke luar negara syarat kebenaran keluar ketat sikit kan? atau sekarang ni dah sama?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 302481 Replies : 7478
Tiktok, suke ke tak?
MrsVeneerTiktok, suke ke tak?
Views : 21392 Replies : 133
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11490 Replies : 79
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 79032 Replies : 3307
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30988 Replies : 168
Hipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bondong ke Apple Store dekat TRX
YgBenarHipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bon
Views : 9079 Replies : 15
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9549 Replies : 30
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13714 Replies : 94
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11276 Replies : 87
Bayaran pencen dinaikkan selari kenaikan gaji penjawat awam - Menteri
AbahmungBayaran pencen dinaikkan selari kenaikan
Views : 3536 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.052867 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list