Cinta 3 segi bukanlah perkara yang asing lagi dalam industri hiburan. Nak-nak si bekas kekasih yang tak paham bahasa sering berusaha merosakkan rumahtangga orang lain. Selalunya kita dengar cerita si suami yang bermain kayu tiga. Tapi lain pula alkisahnya dengan pasangan ini. Walaupun usia perkahwinan belum mencecah setahun, si isteri pula yang pandai buat perangai. Huishh! Boleh jatuh nusyuz macam tu!
Si isteri yang dimaksudkan adalah seorang pelakon jelita yang dahulunya merupakan bekas pramugari. Tak silap, cerita masalah rumahtangga yang melanda pasangan ini pernah digembar-gemburkan suatu ketika dahulu. Tapi, masalah ini sering ditutup oleh pihak suami kerana baginya masalah rumahtangga bukanlah untuk tatapan umum malah ianya adalah penyelesaian antara suami isteri.
Namun, sampai bila kesabaran si suami harus dicabar jika si isteri acapkali menuntut cerai. Nak-nak si suami sudah mengetahui isterinya kini kerap keluar bersama dengan bekas kekasihnya. Pasti lagi tercabar! Malah, masalah ini bertambah rumit apabila si isteri yang dahulunya memegang status janda turut menuduh si suami mempunyai wanita lain.
Suami mana tak sayang isteri? Begitulah juga dengan anak tukang masak yang juga merupakan juri masakan dalam sebuah siaran televisyen swasta terkenal. Pernah dia memberitahu masalahnya kepada si bapa untuk menjernihkan keadaan, namun dek kerana sayangkan menantu itu, si bapa enggan mempercayai segala kata-kata anaknya. Malah, bapanya turut membela menantu itu jika si suami membicarakan hal keburukan isterinya.
Menurut sumber, si suaminya juga bimbang kalau-kalau si bapa akan bermasam muka jika dia menceraikan pelakon jelita itu. Akibatnya, si suami terpaksa mendiamkan diri dan makan hati dengan tingkah laku curang isterinya.
Kesian pada suami tu. Tapi kalau tak buat apa-apa, kelak digelar dayus pula!
Kredit: Oh Bulan