bila baca laporan mstar ni , aku pulak rasa cemas....aku teringat time piala Thomas yg diadakan di KL dulu , sebelum lawan LD , lebih kurang macam nih la LCW keluarkan statement...akhirnya LD menang mudah/tanggal baju buat tarian robot selepas tamat game
Chong Wei Mula Rasa Tekanan Bagi Meraih Emas Di Rio[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 10:28 AM [size=0.75em]Lee Chong Wei
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]RIO DE JANEIRO: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa sedikit tertekan untuk membawa pulang pingat emas di Olimpik Rio.
Sebelum ini, Chong Wei tewas dalam dua perlawanan akhir Olimpik menentang Lin Dan dari China dan beliau sedar perlawanan di Rio merupakan harapan terakhirnya untuk bergelar juara.
"Saya rasa lebih banyak tekanan kerana empat tahun akan datang saya tidak lagi mampu beraksi, jadi ini adalah peluang terakhir saya," kata Chong Wei.
Lee, yang tidak pernah memenangi gelaran Olimpik berjuang semula hingga berada di kedudukan tangga teratas selepas kembali daripada penggantungan isu doping tahun lalu.
|