CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 10

 Close [Copy link]
Post time 20-8-2016 10:44 PM | Show all posts
reporter astro awani nangis ... chongwei pun hampir nangis ...

tahniah chongwei ...
in our heart you are still the best  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2016 12:46 AM | Show all posts
kayla replied at 20-8-2016 10:17 PM
sedihnyaaaa   

kesian sgt kat chongwei ....

memang sdih..3x tgok..3 x kalah..nak buat macam mana..dah bukan rezeki Malaysia nak dpt 1st gold..entah bila lagi kita nak dpt peluang mcam ni..kecewa tu still ada..

permainan datuk dpt di baca oleh chen long..return datuk dpt dibalas oleh chen long..datuk pon bnyk wat enforced error..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 01:59 AM | Show all posts
Edited by ambok at 21-8-2016 02:00 AM

semalam bila tengok result Chen Long mengalahkan Viktor Axelsen 21-14 , 21-15 dalam masa HANYA 29 minit , hati aku rasa tak sedap dah....sedangkan di WC , Chen Long hanya menang tipis di set ke 2 hanya dengan 30-29 ke atas Axelsen , dan Axelsen pun pernah heret Chen Long ke rubber set dalam pertandingan sebelum ini.....result semalam membuktikan CL berada di prestasi terbaiknya
Datuk LCW hanya dapat 2 kali luck di net pada awal perlawanan , dan kemudiannya net tidak lagi menyebelahi dia...

kita kena akui Chen Long beraksi lebih baik daripada Datuk LCW malam ini

punca nya adalah perlawanan 3 set menentang LD semalam , LD pun letih, LCW pun letih kerana USIA mereka ....akhirnya kedua mereka KALAH hari ini, bila USIA dah lanjut, nak recover letih tu susah, dan memakan masa, berbanding dengan atlet muda

4 tahun lagi , tak mungkin/hampir mustahil Datuk LCW dapat beraksi di pentas FINAL MS lagi jika dia terus beraksi , jika datuk nak, datuk boleh cuba bergandingan dengan Goh Liu Ying , bagi aku....GLY adalah antara pemain perempuan XD yg paling baik/berkualiti di dunia ketika ini

atau datuk boleh terus main MS , cuba untuk World Championship pada tahun depan, cuba untuk jadi JUARA WC , sekurang-kurangnya gelaran JUARA WC itu dapat mengubati sedikit sebanyak kekecewaan tak dapat GOLD di Olimpik , datuk jangan sedih sangat, sedangkan RAJA Grand Slam TENNIS, ROGER FEDRER pun tak pernah dapat GOLD di Olimpik, sekadar 1 kali pingat perak , Novak Djokovic dan Pete Sampras antara pemain ternama dan tersohor juga tidak pernah mendapat GOLD di Olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 02:05 AM | Show all posts
pengulas badminton, gillian clark ada beberapa kali menyebut, Chen Long  pada usia 18 atau 19 tahun pernah mengejutkan jaguh-jaguh badminton dunia, dalam masa 3 bulan, dalam 2 pertandingan yang berbeza, Chen Long mengalahkan Lee Chong Wei, Lin Dan dan Taufik Hidayat . itu petanda awal bahawa dia adalah jaguh badminton pada masa akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 02:11 AM | Show all posts
Prospek Pingat Emas Olimpik kita pada masa akan datang adalah Goh Jin Wei , pemain yg menjadi JOHAN World Junior Championship pada usia 15 tahun !

Chen Long & Viktor Axelsen adalah bekas johan World Junior Championship , kini mereka berjaya mendapat pingat di Olimpik

jika Goh Jin Wei dilatih dengan cara yg betul , lebih2 lagi sekarang kita ada Morten Frost, aku percaya dia mampu menggegarkan dunia badminton satu hari nanti

https://en.wikipedia.org/wiki/BWF_World_Junior_Championships
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 02:24 AM | Show all posts
Edited by ambok at 21-8-2016 02:26 AM

Sementara itu, bekas jurulatih negara Datuk Misbun Sidek menyifatkan Chong Wei sebagai atlet terbaik dalam sejarah Malaysia dan pasti sukar untuk mencari penggantinya selepas ini.

"Ini semua adalah sejarah. Tahniah saya ucapkan kepadanya dan sememangnya menang atau kalah itu adat pertandingan," katanya selepas menyaksikan perlawanan itu di sebuah restoran di Penaga, di sini malam ini.

Misbun berkata walaupun tidak berjaya, Chong Wei telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam sukan tersebut.

"Pemain sebaik Chong Wei hanya akan dapat dijumpai selepas 10 hingga 15 tahun," katanya.

Pada masa sama, Misbun berkata Malaysia mempunyai pemain berbakat seperti Iskandar Zulkarnain tetapi beliau khuatir Iskandar tidak mempunyai pembimbing yang baik.

"Iskandar perlukan seorang pembimbing yang baik dan sekiranya digilap, saya yakin potensi beliau akan semakin cerah," katanya.

Terdahulu, kira-kira 200 peminat badminton negara berkumpul bersama Misbun di restoran itu untuk menzahirkan sokongan kepada Chong Wei.

p/s : aku tak terkejut jika selepas 10-15 tahun, kita masih tak jumpa pemain yang setanding dengan LCW .

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2016 02:48 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei gagal dalam cubaannya untuk menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat emas di Sukan Olimpik selepas tewas kepada pemain China, Chen Long pada perlawanan akhir acara perseorangan badminton lelaki di Rio de Janeiro.

Permainan berakhir 18-21, 18-21.

Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut Chong Wei, 34, di pentas final Olimpik selepas tewas kepada Lin Dan di Beijing 2008 dan London 2012.

"Saya minta maaf kerana gagal menyumbang pingat emas yang sememangnya dinanti-nantikan Malaysia.

"Memang saya kecewa dengan kekalahan ini...saya sudah memberikan yang terbaik tetapi Chen Long bermain lebih baik.

"Saya sudah lakukan yang terbaik...dan nyata ini bukan sesuatu yang saya mahukan untuk mengakhiri penampilan di Olimpik," kata Chong Wei yang menegaskan beliau tidak gemuruh, cuma kesal tidak bertemu Lin Dan di final ketika masing-masing membuat penampilan terakhir di Olimpik.







Detik yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia untuk ikon sukan negara pulang dengan emas mula tergugat apabila Chong Wei tewas di set pertama dengan 18-21 dalam masa 38 minit.

Dalam pertarungan yang sengit itu, set kedua turut tamat dengan keputusan sama ketika Chong Wei gagal merobek keutuhan Tembok Besar China untuk kali ketiga di pentas akhir.

Chong Wei dan Chen Long telah bertemu 26 kali dalam masa tujuh tahun dengan pemain negara menang 13 kali, lebih dua daripada juara dunia itu.

Chen Long turut mengecewakan Chong Wei dalam dua final Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark 2014 serta di Jakarta, Indonesia tahun lepas. Pingat perak Chong Wei di Copenhagen ditarik balik selepas beliau gagal dalam ujian doping yang menyaksikannya digantung lapan bulan.

Sebelum aksi final di sini, Chong Wei dan Chen Long telah bertemu empat kali dalam tempoh setahun.

Chong Wei muncul pemenang dalam keempat-empat pertemuan itu - Terbuka China 2015, Terbuka Hong Kong 2015, Terbuka Malaysia 2016 dan Kejohanan Asia 2016.




Dalam perlawanan hari ini, Chen Long bermula agresif dengan mendahului 4-0 di set pertama sebelum Chong Wei mengikat kedudukan 4-4, ketika kedua-dua pemain bermula agak berhati-hati.

Pertarungan mata cukup dramatik sehingga kedudukan 14-14 sebelum Chen Long banyak mengutip mata akibat kesilapan Chong Wei khususnya dalam permainan di jaring untuk memberikan kemenangan kepada pemain China itu.

Dalam set kedua pula, Chen Long banyak menggunakan pukulan yang mengelirukan manakala Chong Wei cuba bangkit menyamakan kedudukan 8-8 tetapi jelas pemain China itu cukup liat untuk digugat.

Chen Long memastikan kemenangan dengan 21-18 dalam masa 38 minit untuk meraih pingat emas pertama untuk dirinya, sekali gus menebus kekalahan bekas juara, Lin Dan yang tewas dalam pertarungan pingat gangsa kepada juara remaja dunia 2010, Viktor Axelsen dari Denmark 15-21, 21-10, 21-17.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 04:47 AM | Show all posts
support LCW!!gr118.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
miyoma replied at 21-8-2016 12:46 AM
memang sdih..3x tgok..3 x kalah..nak buat macam mana..dah bukan rezeki Malaysia nak dpt 1st gold.. ...

Pagi ni pun sedih lagi .... kita sedih chongwei tak tau la rasa apa yek ...

Kat atas tu aku silap tulis ... bukan astro awani, pemberita astro arena yg kat stadium tu ... emosi   dia maybe sbb peminat badminton tegar kot ..

Banyak tul sangkut kat jaring smlm ... smash keluar ... kesalahan yg kita jarang tgk chongwei buat ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ambok replied at 21-8-2016 01:59 AM
semalam bila tengok result Chen Long mengalahkan Viktor Axelsen 21-14 , 21-15 dalam masa HANYA 29 mi ...

Wahhh ambok ..dekat kul 3 pagi tak tido lagi ... tak leh tido ekkk ...

Sebelum olimpik aritu ko ada cakap pasal peningkatan chen long ... aku lak still underestimate chen long sbb aku rasa dia tak sebaik lindan & chongwei ... hahaha skrg chen long dah buktikan kat aku ...

Olimpik jepun ... chongwei dah 37 nak masuk 38 ... aku tak rasa dia boleh menang gold ... utk lepas ke quarter atau semi boleh la kot ...

World championship tahun depan mungkin boleh dan yg akan menunggu dia chen long ... misi balas dendam ..

Yesss 17 y.o goh jin wei is our next hope ... kecik je budaknya ... masa tgk dia kat uber cup aritu tak rasa dia 17 ..macam 14 je ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 11:57 PM | Show all posts
kayla replied at 21-8-2016 11:42 AM
Wahhh ambok ..dekat kul 3 pagi tak tido lagi ... tak leh tido ekkk ...

Sebelum olimpik aritu ko ...

huhu, tak leh tidur la semalam sehingga 3.30 , hari ni pun masih tak ceria ,
duk merenung jauh, di mana silapnya, rasa kesal, kerana MD gagal mendapatkan pingat Emas kerana SERVE disebabkan lemah mental. teringat artikel lama, iaitu artikel keluhan pakar psikologi Universiti Malaya , tentang BAM nak guna khidmat mereka tanpa mahu membayar . hello, takkan lah ko nak guna khidmat doktor PHD Universiti no 1 di Malaysia yg pernah masuk dalam top 100 universiti terbaik dunia dengan FREE ?

http://www.sports.my/entries/13597-Balbir-tempelak-Nadzmi

jika MD kita dapat gold, tekanan kepada LCW berkurang dan tekanan kepada CL akan meningkat secara mendadak kerana China masih belum dapat gold dlm acara badminton, tetapi sebaliknya yg berlaku, MD gagal dapat gold, jadi kita masih gagal dapat gold pertama dalam sejarah olimpik, tekanan berganda kepada bahu LCW sebagai atlet malaysia terakhir yg berpeluang untuk bawa balik gold medal.

harap2 morten frost dapat perbaiki perkara2 yg berkaitan dengan mental pemain ini, terutamanya GVS dan CPS
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:31 AM | Show all posts
Bagi bekas jurulatih Chong Wei, Rashid Sidek, beliau berpendapat peluang Chong Wei untuk meraih pingat emas lebih cerah malam ini kerana pemain berasal dari Pulau Pinang itu telah berjaya menyingkirkan musuh tradisinya Lin Dan di separuh akhir.
Mengikut penilaian Rashid, Chong Wei terlalu membuka peluang kepada Chen Long untuk membuat serangan ekoran terbawa-bawa dengan rentak permainan pemain nombor dua dunia itu.
"Kekuatan Chong Wei adalah serangan dan smashing. Dia terlalu ikut rentak Chen Long sehingga pemain China itu selesa dan yakin. Kurang tekanan diberikan sehingga banyak peluang diperoleh lawan untuk mengawal permainan.
"Dari segi kekuatan Lin Dan dan Chen Long ada banyak beza, biasanya aksi Chong Wei lebih bagus daripada Chen Long tetapi hari ini berbeza," kata Rashid yang mengakui Chong Wei telah memberikan aksi terbaik. - BERNAMA

p/s: LCW gagal menekan CL kerana dia tidak punya lagi tenaga 100% kerana penat lawan LD sehari sebelum itu

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 03:06 PM | Show all posts
..........................speeachless
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 03:08 PM | Show all posts
sgt sedih ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 06:14 PM | Show all posts
jemput jemput...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 06:16 PM | Show all posts
you can visit my site: http://399best.com










[url=http://399best.com]malaysia online betting website[/url]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 09:20 PM | Show all posts
ambok replied at 21-8-2016 11:57 PM
huhu, tak leh tidur la semalam sehingga 3.30 , hari ni pun masih tak ceria ,
duk merenung jauh, d ...

mungkin kita boleh tengok drp sudut lain ...
mungkin kekalahan ni akan buat budak2 double tu lebih yakin kat diri sendiri ...practice lebih lagi supaya lebih konsisen ...
kita tau dorang mmg sgt2 tak konsisten ..actually lepas menang ngan yong dae tu, ingatkan dorang akan kalah ngan chai biao sbb biasanya mcam tu kan ..
entah2 kalau menang gold terus lupa diri dan terus merosot ...

yg penting skrg ni tak putus asa ... perbaiki kelemahan dan terus usaha utk world championship tahun depan, thomas cup 2018 dan olimpik japan 2020 ...

chongwei lak ... kita support jelah apa2 decision dia buat pasni ...  
hendrawan kata chongwei nampak tak fresh masa final tu ... mungkin masih letih lawan lindan sehari sebelum tu ...
apa2 pun terima kasih datuk chongwei sbb konsisten bagi pingat kat malaysia .... 3 olimpik berturut2 tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 06:29 PM | Show all posts
Edited by kayla at 24-8-2016 06:33 PM

@ambok

Tuesday, 23 August 2016 | MYT 6:48 PM

Mind power can lead to marginal gains

BY LIM TEIK HUAT


PETALING JAYA: Buddha once said the mind is everything. What you think you become.


So could a better emphasis on sports psychology translate into a gold medal in Rio?


There may be room for argument but former Malaysian track cyclist Josiah Ng felt that mental strength is one common denominator all elite athletes can agree on.


The 2004 Athens Olympic keirin finalist, who posted his interesting observations on Facebook, said it would be interesting to find out how many of the 32 athletes have ever worked with a sports psychologist. And of those who had worked with one before, how many have done it on a regular basis.


“We are sending our best athletes to the Olympic Games physically well prepared but mentally they are unable to cope with the pressure and expectations.


“Before the Games, an athlete reached out to me via Facebook. “This athlete told me that while he and his team-mates were the strongest and fittest they have been, they were missing the technical element,” said Josiah.


“Concerned, I called this athlete and one of the questions I asked: what their sports psychologist feedback was. It turned out they had never worked with one before.


“I started working with one when I was 29 years old. I engaged one on my own accord and even paid him out of my own pocket for the first few months while I waited for approval from the sports administrators.


“As a whole, most of my career best performances were after I was 30. I would attribute 80% of that improvement so late in my career to my improved mental strength. Imagine if I had worked with one since the beginning of my career. Perhaps my fifth place in Athens Olympics could have been a bronze medal.


“After all, there was only a two-centimetre difference between third, fourth and fifth place or less than a fraction of a second at the speed we were riding.


“Let’s take Lee Chong Wei as another example. He has been ranked world No. 1 for 199 consecutive weeks. He is the most consistent player on the world circuit. He has also won every major out there except for the World Championships and Olympics.


“No doubt he is mentally very strong but perhaps his top tier Chinese rivals are just a fraction of a per cent better able to cope mentally during crunch time. That could be the difference.


“I would love to know if he has been working with a sports psychologist on a regular basis.


“If it were up to me, every single Malaysian athlete in the elite programme would be required to work with a sports psychologist on a regular basis. There would be assessment tests to track progression just like for their physical performances,” added Josiah.


“Sports psychology needs to be implemented in our training programmes. We also have to start looking more closely at the little things that we can improve upon. Marginal gains should be in the vocabulary of every staff member,” said Josiah.


And on a parting note, Josiah said contrary to what many thinks, successful Olympic athletes are not motivated by money alone.   


“We don’t need more monetary incentives. Gold medallists are not primarily driven by money. They are driven by the desire to execute everything to perfection.


“That mentality is what we need to mine gold in Tokyo in 2020.”


http://www.thestar.com.my/sport/cycling/2016/08/23/mind-power-can-lead-to-marginal-gains-says-josiah/

~ thank you so much josiah .... sebijik cam ambok cakap kan ... tapi sports psychologist  ada ke kat malaysia ni ? psychologist ramai la ...



Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 12:11 AM | Show all posts
Edited by ambok at 27-8-2016 12:18 AM
kayla replied at 22-8-2016 09:20 PM
mungkin kita boleh tengok drp sudut lain ...
mungkin kekalahan ni akan buat budak2 double tu lebi ...

yg sebenarnya kita kesal dlm kegembiraan

sebelum olimpik bermula, tiada siapa letak harapan MD & XD kita dapat bawa balik sebarang pingat,

mara ke semi final pun dikira sebagai satu kejayaan

kerana...kkk-tbh sendiri yg pernah duduk ranking no 1 dunia ,johan sukan asia, johan All England, tak mampu bawa balik sebarang pingat olimpik, mereka cuma mampu sampai ke semi final tetapi gagal bawa balik pingat gangsa

yg kita kesal....

jika tidak kerana serve yg kelaut lebih kurang 10 kali tu, kita dah tak rugi 10 point dan pasti dah menang pingat Emas, cuma lemah tang serve tu sahaja

baik cuba serve dengan cara yg satu lagi tu, cara serve yg pemain single biasa buat...tapi untuk double kena cuba utk shuttle maintain rendah, sekali sekala boleh la tinggi



aku pernah tengok ada beberapa org player double yg serve dengan cara ini, pemain double denmark pun ada yg serve mcm ini, mungkin cara ini boleh dijadikan alternatif


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 12:15 AM | Show all posts
kayla replied at 24-8-2016 06:29 PM
@ambok
Tuesday, 23 August 2016 | MYT 6:48 PMMind power can lead to marginal gainsBY LIM TEIK HUAT
...

aku percaya morten frost akan cuba fix problem serve ini , sekurang-kurangnya kalau dalam satu game tu sekali dua buat silap takpe lagi, jangan sampai dekat 10 kali....rugi sangat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072373 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list