|
wawaKKK posted on 9-1-2013 09:47 AM
[/td] [/tr]
[/table][/td][/tr]
[/table]
terperanjat gak tengok sampai rubber .....
agaknye cuaca sejuk kat korea skrg ni memainkan peranan ....
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 9-1-2013 03:20 PM
[/td] [/tr]
[/table][/td][/tr]
[/table]
biasala wawa ....
tak terperanjat lansung .....
BWF pun tak leh buat apa2 ....
memalukan sungguh .... premier superseries dorang boleh buat camni .....
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 9-1-2013 07:58 PM
auta belaka pemain-pemain china nie....
kalau tak main SS premier, kena denda....mereka datang ut ...
lohhh utk sudiraman cup rupanye .....
dah sah2 mmg konfirm dah dorang akan menang sudirman cup nanti masih nak buat camni ....
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 9-1-2013 09:35 PM
lama tak borak2 dgn ko memalam kan kay...
lama tak terserempak kan ....
ko kan busy ngan oppa kat avatar ko tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 9-1-2013 09:46 PM
lama tak terserempak kan ....
ko kan busy ngan oppa kat avatar ko tu
hish takde laa... ko tu yg lama tak masuk sini... siap lupa password lagi kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi sekor mengikut...
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 9-1-2013 09:50 PM
hish takde laa... ko tu yg lama tak masuk sini... siap lupa password lagi kan...
...
hehehe panic sat masa lupa password tu ...
forum cari ni la dok suruh aku tukar password aku yg dah bertahun tak tukar tu .... tukar yg baru tu yg buat lupa tu ...
sibok tul la dorang ni ...skrg ni dok mintak phone no lak...nyibuk je ...
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 9-1-2013 09:56 PM
lagi sekor mengikut...
dah agak dah ....
yg gi kalah mata ke -18 tu apasala agaknye ... sbb ong no 8 ke?
atau ada betting
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 9-1-2013 10:06 PM
hehehe panic sat masa lupa password tu ...
forum cari ni la dok suruh aku tukar password aku yg d ...
aku tak tuko pon password... takot lupa plak nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 9-1-2013 10:07 PM
dah agak dah ....
yg gi kalah mata ke -18 tu apasala agaknye ... sbb ong no 8 ke?
terasa plak aku dgn no 8 ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau main untuk kalah, nanti kena gantung pulak. Baik main lepastu bebuat injured. Kautim dengan doktor untuk surat MC. Selesai masalah dari didenda. Ni dah macam mengatur perlawanan dah. Badminton sekarang dah tak relevan bila Cina kuasai. Mohon badminton digugurkan dari sukan olimpik dan digantikan dengan SQUASH. |
|
|
|
|
|
|
|
tinggallah beberapa ketol ni utk 2nd round... good luck!!!
Last edited by wawaKKK on 10-1-2013 08:56 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kes Ramadan ni?
Ramdan tagih sentuhan MisbunOleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - "Saya tinggalkan segala keistimewaan di BAM (Persatuan Badminton Malaysia), sedangkan saya tidak ada penaja... Itulah pengorbanan saya untuk pikat hati bapa dan berlatih bersamanya.'' Itu luahan bintang sedang meningkat, Misbun Ramdan Misbun ketika menjelaskan sebab mengapa dia meninggalkan skuad kebangsaan secara tiba-tiba.
Malah Ramdan mengakui, tindakannya mungkin berisiko apatah lagi dia tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Datuk Misbun Sidek, namun demi memenuhi impian untuk berguru bersama bapanya, dia mengambil keputusan nekad dengan harapan bapanya akan menerima.
"Saya tidak pernah bincang perkara ini (keluar BAM) dengan bapa. Dulu saya ada cakap hendak berlatih dengannya tetapi dia suruh saya kekal dalam skuad kebangsaan, sebab itu saya terpaksa ambil keputusan sendiri dan harap dia faham. Saya percaya, tidak mungkin dia akan membiarkan saya,'' akui Ramdan.
Mungkin tindakan Ramdan mengejutkan ramai pihak, namun bagi pemain yang genap 22 tahun pada 16 Mac ini, dia memang sudah lama mahu meninggalkan BAM untuk mengikut Misbun, namun niat itu terbantut kerana dihalang oleh bapanya sendiri.
"Bapa adalah idola saya sejak kecil. Saya tengok dia melatih bapa saudara saya, Rashid Sidek di Sukan Olimpik (meraih gangsa di Atlanta 1996). Dia bawa Hafiz Hashim muncul juara All England, kemudian bimbing Roslin Hashim jadi pemain No. 1 dunia. Terbaru, dia mengangkat (Datuk) Lee Chong Wei ke tahap sekarang.
"Sejak kecil, impian saya hanya mahu menjadi anak didiknya. Saya bermain badminton pun kerana bapa saya dan saya tidak pernah terfikir untuk berlatih dengan orang lain. Ketika masuk BAM, bapa yang bawa saya untuk menjadi sparring (rakan sepelatih) sebab itu bila dia keluar, saya kata... Saya hendak ikut tetapi dia tidak bagi.
"Dia kata, dari kecil saya selalu ikut dia ke mana-mana, sekarang saya kena berdikari, saya kena meluaskan pengetahuan dan ilmu, sebab itu saya kena kekal di BAM dan berlatih bersama Hendrawan. Sepanjang saya berlatih dengan skuad kebangsaan, dia langsung tidak pernah menyentuh mengenai program saya, kami tidak pernah bincang mengenainya.
"Dia tahu, hati saya memberontak hendak keluar daripada skuad kebangsaan dan berlatih bersamanya tetapi disebabkan dia tidak benarkan, saya tidak berani hendak minta. Saya sedar, dia seorang jurulatih hebat sedangkan saya hanya pemain muda yang tidak punya apa-apa, jadi siapalah saya hendak berlatih di bawahnya.
"Namun, kejayaan memenangi gelaran pertama di Terbuka Pahang (Oktober) dan muncul juara kebangsaan bulan lalu memberi kekuatan kepada saya untuk bertindak. Sejujurnya, bapa tidak tahu yang saya akan ambil keputusan ini, sekarang terpulang kepadanya sama ada mahu menerima saya sebagai anak murid atau tidak,'' kata Ramdan ketika ditemui selepas latihan bersama Nusa Mahsuri di Dewan Badminton Kompleks Sukan MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Ditanya apakah dia kini menyertai Nusa Mahsuri, kelab profesional yang diwujudkan oleh keluarga legenda Sidek, Ramdan menjelaskan, ketika ini dia hanya berlatih di sana dan tidak tahu apakah kelab itu mempunyai perancangan untuknya.
Dia juga mengakui, belum mempunyai penaja, malah tidak ada mana-mana pihak yang datang menawarkan tajaan kepadanya untuk meneruskan karier, namun dia sentiasa percaya, bapanya pasti mampu merencanakan sesuatu untuk masa depannya.
Ramdan turut menegaskan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hendrawan, malah berterima kasih kepada jurulatih kelahiran Indonesia itu yang telah banyak meningkatkan permainannya sepanjang dua tahun ini.
Anak kedua Misbun itu juga menegaskan, dia tidak punya masalah dengan BAM biarpun pelbagai cerita keluar di laman sosial Facebook dan Twitter.
"Saya mendapat layanan yang baik daripada Hendrawan mahu pun BAM, itu yang boleh saya katakan. Saya berterima kasih kepada mereka kerana keistimewaan yang diberi kepada saya selama ini, tetapi saya mempunyai impian sendiri dan impian saya adalah berlatih dengan Misbun Sidek.
"Memang sekarang saya tidak ada penaja dan saya tidak ada perancangan, yang saya nampak hanya Misbun dan Misbun. Namun saya percaya, masakan bapa saya hendak biarkan saya, sudah tentu dia akan merencanakan sesuatu untuk saya, saya percaya kepadanya dan serahkan sepenuhnya karier serta masa depan saya di tangannya.
"Saya telah nampak sendiri di depan mata saya bagaimana dia melahirkan juara, sebab itu saya tidak pernah meragui kemampuannya untuk menaikkan saya. Mungkin, kalau kami dapat bermula dari sekarang, saya beri tempoh dua tahun lagi untuk berada pada tahap pemain terbaik dunia,'' kata Ramdan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130110/su_03/Ramdan-tagih-sentuhan-Misbun#ixzz2HX9C8IFC
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
permulaan yg hampehhhh...
|
|
|
|
|
|
|
|
korangggg... hari ni dah start ade live kat tv...
Live on Astro SuperSport
10/01 12:00 Round 16
11/01 12:00 Quarter-finals
12/01 12:00 Semi-finals
13/01 12:00 Finals
|
|
|
|
|
|
|
|
h@i posted on 10-1-2013 08:40 AM
Kalau main untuk kalah, nanti kena gantung pulak. Baik main lepastu bebuat injured. Kautim dengan do ...
Boring...boring...!!! X abih2 tau negara tembok ni. Boringggggg. Calar imej badminton |
|
|
|
|
|
|
|
dua aje yg lepas ke semifinals... jadik laa... drpd takde langsong kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
doubles main kat tv court...
dato main kat 2nd court...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|