CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16161|Reply: 125

Mantera...

[Copy link]
Post time 24-10-2012 05:20 PM | Show all posts |Read mode
As Salam Kengkawan....

Ada satu citer nak kongsi dan nak tanya..  dulu masa umur dinda 12 tahun, dinda ikut mak balik kampung, masa tu arwah nenek hidup lagi... masa kt umah arwah nenek tu, mak dinda tengah duduk bersembang dengan mak busu dinda dekat beranda umah, dinda pun xder nak buat apa, join la mak dengan mak busu, bukan ikut sembang tp duduk jer situ..sedang berborak tu lalu lah seorang pompuan tua kt depan beranda tu.. orang2 kampung memang kenal dengan pompuan tua tu, dia memang merayap serata kampung, org2 kata dia ada ilmu.. ilmu apa dinda pun tak tahu... jadi masa lalu kt depan beranda tu,mak busu dinda pun tegurla pompuan tua tu... tanya nak kemana? then pompuan tu pun berhenti dan berjalan menghampiri beranda umah...

Masa sampai nak masuk bawah bumbung beranda umah tu, pompuan tua tu tunjuk jari telunjuk kt dinda, pastu dia angkat kedua2 belah tangan melepasi kepala seperti berdoa dengan tangan terbuka sambil membaca sesuatu... pastu dia dtg dekat dengan dinda sambil suruh dinda salin apa yg dia ckp.. masa tu mak dengan mak sedara dinda ada kt situ, tapi diorang tak ckp apa pun cuma mak sedara dinda pun mengiakan apa yg pompuan tua tu suruh.. mak sedara dinda suruh dinda ambil pen dengan kertas..... pasal time tu bebudak, dinda pun follow jer la....

Bawak Pen dan kertas, didna pun duduk kt beranda... pastu pompuan tua tu mula menyebut ayat seperti ini...dinda masih ingat lagi ayat2 itu sampai hari ini... "aku bedak tepi tebing, pokok beringin dalam kota... rak-rak angsa.. sireh terbalik urat....... (ada sambungan lagi)..  kemudian dia suruh dinda simpan dan amalkan.. pastu dia mintak pengeras, asam dan garam dengan duit RM 2.75.. dinda pun manala ada duit time bebudak kecik.. jadi mak dinda la yg bayar... kertas tu dinda bagi mak simpan.. tak lama lepas tu lebih kurang hampir sebulan mcm tu dinda dapat berita pompuan tua tu dah meninggal...

Sekarang ni.. kertas tu ada pada dinda... masih lagi simpan... ermm agak2 ada apa2 yg mistik tak di situ? tentang ayat atau mantera tu...kadang2 dinda rasa mcmnak cuba amalkan nak tengok apa kesan2nya, tp kadang2 takut.. mak sedara dinda pernah kata, nenek tu dah meninggal, jadi sekarang mantera atau ayat ni, kau la pemiliknya...

Ermm apa pendapat anda yea...?





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 05:41 PM | Show all posts
Tu ayat berubat tu. Selalu amalkan jadi bidan le awak nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 05:50 PM | Show all posts
evilcooler posted on 24-10-2012 05:41 PM
Tu ayat berubat tu. Selalu amalkan jadi bidan le awak nanti.

serius? hhehhe tengok darah pun pitam... heheh

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:59 PM | Show all posts
Sireh terbalik urat ehh. Selalunya sireh  urat tak putus orang pakai.. Cuba Bagi sambungan ayt tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 06:09 PM | Show all posts
It bukan jampi berubat, itu untuk pemanis atau pemikat.
Mesti diajar cara menggunakannya. Samada meraup muka atau jari manis diusap ke kening..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 06:16 PM | Show all posts
syedhafiz123 posted on 24-10-2012 06:09 PM
It bukan jampi berubat, itu untuk pemanis atau pemikat.
Mesti diajar cara menggunakannya. Samada m ...

saya tak pasti tentang itu sebab msa salin tu umur saya 12 tahun dan saya tak berapa nak kisah... sekarang pun saya tak berapa kisah cuma takut jika benda ini ada pendamping nya..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2012 06:17 PM | Show all posts
adindaHikaru posted on 24-10-2012 05:50 PM
serius? hhehhe tengok darah pun pitam... heheh

hati-hati sket. jgn amal. mak cik aku penah jadi mangsa.

citernye begini. arwah moyang aku mmg org yg kuat. kampung kitorang dia la yang bukak. masuk hutan, tebas2, jadi la sebuah kampung. masa arwah moyang aku ni dah umur 90an(tahun 1992), dia boleh siap panjat pokok kelapa lagi. mati pun sebab sakit jatuh pokok kelapa.

nak dijadikan ceritanya, satu hari ni makcik aku gi lepak kt umah moyang aku ni. tetibe moyang aku suh dia salin ayatnya bunyi beh kurang macam ni.

"ya ali, ali kuat..kuat ali gagah perkasa.....(sampai ke akhir ayat)"

moyang aku pon cakap la kat makcik aku. "ko amal la ayat ni, nanti ko wat kerja berat2 pon takde sakit2 badan."

makcik aku pon amalkan la ayat neh. pada tahun lepas, 2011, anak bongsu makcik aku yg berumur 5 tahun masa tu tetibe menjadi2 selera makan. kalau setakat sepinggan dua tu boleh terima la untuk budak umur 5 tahun, tapi sepupu aku ni makan sampai 4-5 pinggan skali hadap. makcik aku dah risau dah. maka dipanggilnya seorang ustaz.

bila ustaz tu scan2, dia terjumpa satu makhluk penumpang yang dalam term org melayu dipanggil hantu raya. ustaz tu tanya la makcik aku ni membela ke. makcik aku nafikan la. ustaz tu tanya la balik, ada amal ayat pape ke. pastu makcik aku pun cerita pasal ayat pemberian moyang aku.

bila ustaz tu dengar, bpeluh dia. ustaz tu cakap ayat tu ayat sanggup terima belaan org. jadi moyang aku turunkan 'kawan' dia kpd makcik aku. ustaz tu cakap lagi, kalau makcik aku buat kerja kuat2, 'kawan' tu akan terus urut badan. sebab tu takde rasa lenguh2 ng sakit badan. skang alhamdulillah. selepas beberapa siri perubatan, 'kawan' tu dah dapat diusir dari famili makcik aku.

kesimpulannya, selain ayat quran & zikir2, eloklah dijauhkan dari menjadi amalan. ditakuti akan membawa kerosakan dan kemudaratan kepada diri sendiri. sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 06:19 PM | Show all posts
mk-sabio posted on 24-10-2012 06:17 PM
hati-hati sket. jgn amal. mak cik aku penah jadi mangsa.

citernye begini. arwah moyang aku mmg  ...

thanks.... alamak scary pulak rasa... jadi kertas tu dinda buang lah yea..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 06:43 PM | Show all posts
Abg angkat aku pernah pesan, kalau orang bagi ayat bermula - "hey...hoi...Ya..." tu semua, jgn gatal-gatal nak amalkan....

Sejak tu aku tak "gatal" le nak amalkan takut nanti makhluk-makhluk halus ni tergatal nak berdamping kat aku......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 08:26 PM | Show all posts
aku rslaa...

walaupun tak amal..tp dh terima kan?? pengeras pun dh bg..betul tak???

so rsnye pepaham sendiri laa klu akadnye dah ada..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 10:12 PM | Show all posts
Ada kenderaan , laluan lebuhraya , ada toll , nak guna wang tunai atau smart tag atau kada sentuh ?
Bayar tetap bayar ...
Tapi tak mahu ikut laluan pun tak aper ... ikut laluan lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 10:58 PM | Show all posts
...selalunya, mereka2 yg ada amln2 ghaib mcmni, pilih org mcmna?..secara rawak atau pilih org ada kreteria yg sesuai?
bukan apa..bru teringt..suami sya pun ada saudara jauh dia...bg ayat dan suruh dia amlkn..
waktu tu saudara dia tgh sakit kat hospital, dia suruh suami salin ayat tu...ayat 40 kaf... suami bujg lg wktu tu, bru nak grad universiti...
lepas tu saudara dia meninggal... Suami bw kertas yg dia salin ayat 40 kaf tu bg sorg student dr yaman kat kampus tlg terjemah...student tu kata..takdak makna...cuma ada la sesetgh perkataan ja ada mksud...
saudarasuami tu mmg dok ngubat org....dok buat ayaq penawar...
smpai skrg masih simpn lg.... tp suami tk pernah amal la...
tak pernah tahu pun 40 kaf tu utk apa..dah ada thread ni..bru trpikir dan bgtau suami...bru sama2 kalut nak google nak cari..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:40 AM | Show all posts
syedhafiz123 posted on 24-10-2012 06:09 PM
It bukan jampi berubat, itu untuk pemanis atau pemikat.
Mesti diajar cara menggunakannya. Samada m ...

Dia tak habiskan ayat lagi, jadi mungkin awak benar, mungkin awak salah.

Tapi saya dah tanya org lama2 dan senior saya, permulaan mantera xde Bismillah..so memang ilmu perbidanan melibatkan org halus.

Ilmu ni kebiasaannya datang dari golongan jin pendamping jenis puteri 7 beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:53 AM | Show all posts
bila org yg membela hampir mati, dia kena pas pd sapa sapa, plg mudah utk dia pas ialah pd sapa yg sanggup sediakan asam dan garam ( 2 dunia bertemu). Trust me u got one now.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 01:14 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 24-10-2012 10:12 PM
Ada kenderaan , laluan lebuhraya , ada toll , nak guna wang tunai atau smart tag atau kada sentuh ?
...

huhu kerata beli mahal mahal, tapi takde smart tag pun, so bila jem, terpaksalah beratur panjang.
tapi kadang kadang, walaupun jenis kereta kancil ja, dengan adanya smart tag, tetap boleh elak jem time sampai kat tol.
tak kisah la tol berapa ringgit pun, time sesak jem tetap jem jugak.

samalah macam manusia, ada yang dilahirkan dengan zahir yang lengkap. ibarat kata macam botol, botol yang sempurna, tak sumbing, baru dan berkilat. sebab tu arwah orang tua tu terus tuju kat dinda. huhu pewariskah?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 02:28 AM | Show all posts
Hadiah istimewa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 07:54 AM | Show all posts
evilcooler posted on 25-10-2012 12:40 AM
Dia tak habiskan ayat lagi, jadi mungkin awak benar, mungkin awak salah.

Tapi saya dah tanya or ...

mungkinlah..
selalunya cara berubat tidak diperturunkan sedemikian.
selalunya disertakan barang dari mimpi atau pengajaran.


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:25 AM | Show all posts
raihaneem posted on 24-10-2012 10:58 PM
...selalunya, mereka2 yg ada amln2 ghaib mcmni, pilih org mcmna?..secara rawak atau pilih org ada kr ...

setahu aku bukan 40 kaf...nama ilmu ni kaf 40...

ilmu ni confirm ada pendamping...bendanya besar setinggi pokok kelapa, malah lebih lagi rasanya...berpakiaan jubah warna ijau selalunya.. boleh diseru untuk melakukan kerja2 rawatan dan pendinding.. sesiapa yang sudah jazam, selalunya bila kaf 40 ni diserang, tuannya akan dapat kesannya jugak...mcm sehati berdansa ler....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:18 AM | Show all posts
senang siot.. men pas camtu jer. dh la kasi kat buadak2 yg xtau pape.. cik dinda, better kita jgn amal mantera2 yg kita sndiri xtau tujuan dan ujung pangkalnya. kdg2 dlm mantera ni ada nama2 setan yg kita seru tapi kita xtau tu nama setan.

satu lagi.. mantera ni kdg2 nk menyesatkan kita dgn melatak perkataan sprt 'berkat baginda Rasullullah', padahal kat awal2 ntah nama setan apa yg diseru ntah.. baik kita jaga sket ngn style camni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:01 AM | Show all posts
mmg la - dia yang paling vulnerable dari kalangan yg dok situ kan.. tapi yang tak berapa nak paham tu yg dewasa sekelilling tu - nape tak tegah?  bkn ke dah tau makcik tu ada ilmu? benda benda nih xyah lah kita nak amik campur.. takkan terlarat kita nak bawak.. ilmu putih pun "berat" tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076723 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list