CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9958|Reply: 79

[Tempatan] Jatuh di kafe Domino”s Pizza, dpt RM25K

[Copy link]
Post time 1-11-2012 04:58 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR — Seorang eksekutif yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di kafe Domino”s Pizza memperoleh ganti rugi berjumlah RM25,000 daripada syarikat pengurusan kafe terbabit.
Syarikat Grand Synergy Sdn. Bhd., dan Dommal Management Sdn. Bhd., bersetuju membayar jumlah itu kepada Zalina Ali, 44, dan direkod sebagai persetujuan tanpa pengakuan liabiliti.
Peguam Adnan Seman yang mewakili Zalina memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, Unaizah Mohd. telah merekodkan penghakiman persetujuan itu dan jumlah RM25,000 adalah sebagai ganti rugi serta kos.
Pada 1 Jun lalu, Zalina memfailkan saman berjumlah RM1.5 juta dengan mendakwa pihak defendan yang bertanggungjawab menguruskan cawangan Domino”s Pizza di The Weld 76, Jalan Raja Chulan, dekat sini tidak meletakkan sebarang tanda untuk membezakan permukaan lantai yang tidak rata sehingga menyebabkan beliau terjatuh dan lengan kanannya mengalami keretakan.
Syarikat Grand Synergy Sdn. Bhd., dan Dommal Management Sdn. Bhd., pula dalam pernyataan pembelaan pada 27 Ogos lalu berkata, kemalangan yang menimpa Zalina disebabkan kecuaiannya sendiri yang bersikap melulu.— BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 05:00 PM | Show all posts
senangnye dapat duit
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:09 PM | Show all posts
Ekceli memang bila jadi benda lebih kurang camni boleh di saman pun..tapi agak-agaklah RM1.5 juta.  Kalau yepun nak saman maybe sebagai pengajaran pun tak patutlahkan.

Anyway yang sakit pun minah tu..bukan saya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:17 PM | Show all posts
lain kali, kalau jalan tu bukak mata besar2.. sendiri gelojoh nak mampus ada hati nak menyaman org pulak.. unless la kalau lantai tu licin sebab baru dimop & pekerja dia x letak any notis, itu baru lah logik kalau nak saman...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:19 PM | Show all posts
meya posted on 1-11-2012 05:09 PM
Ekceli memang bila jadi benda lebih kurang camni boleh di saman pun..tapi agak-agaklah RM1.5 juta.   ...

Salam,

Deme ikut Akta Keselamatan dan Kesihatan. (OSHA) 514
Seksen 15 (d)
Adalah menjadi tanggungjawab Majikan utk memastikan pekerja, orang perseorangan di tempat/permis nya adalah selamat, sihat bla bla bla bla bla

Memang kalah laaaaaa Fihak Domino tu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:20 PM | Show all posts
nak menyaman xagak2..mcm gelojoh je 1.5juta..bukan cacat seumur hidup pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2012 05:28 PM | Show all posts
dia taruk 1.5 juta tu saja jer nak ajar sikit pihak domino tu...lantai basah cepat2 la mop bahaya tu..kalau kakak mengandung jatuh tak ke naya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:28 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 1-11-2012 05:19 PM
Salam,

Deme ikut Akta Keselamatan dan Kesihatan. (OSHA) 514

Terima kasih Abe Nice tepek akta tu..untuk pengetahuan semua



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 05:29 PM | Show all posts


25k     boleh tahan gak

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:31 PM | Show all posts
fire_place posted on 1-11-2012 05:20 PM
nak menyaman xagak2..mcm gelojoh je 1.5juta..bukan cacat seumur hidup pun

Takpe dia mencuba aje tu..maybe sakit dan malu lagi jatuh terjelepuk tengah-tengah orang ramai. Kotlah masuk Domino gaya model tup tup terpeleot dengan heels 3 inch ke atas..manalah tahukan hehe.

Rezeki dia dapat RM25k.



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:37 PM | Show all posts
meya posted on 1-11-2012 05:28 PM
Terima kasih Abe Nice tepek akta tu..untuk pengetahuan semua

And one more thing................kalau keter ghosak di tenggelami ayor or kena curi or kena pecah ker per or kena rompak, masih menjadi tanggungjawab Fihak Pengurusan utk memastikan pengguna berada di dlm keadaan selamat n sihat bla bla bla

NOTICE yg deme lekat kat dinding yg menyatakan mereka tidak akan bertanggungjawab bla bla bla tu adalah AUTA semuer.
Kunun kunun pengguna meletakkan kereta di atas tanggungjawab sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:41 PM | Show all posts
yelah..dpt 25k tu rezeki.nak saman ok je..tp cuma nilai rm1.5 juta tu.cam xmunasabah.tp dulu lecturer aku pun ada cite pelanggan saman tesco kat depan melaka sentral tu.pasal dimalukan oleh cashier ke apa.dan terbukti cashier tu salah.mcmtulah.xngat
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:44 PM | Show all posts
akak ni ada terselak kain kot.. malu wehh.. 25 ribu pon takleh tutup kemaluan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:46 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 1-11-2012 05:37 PM
And one more thing................kalau keter ghosak di tenggelami ayor or kena curi or kena pecah ...

Satu lagi kalau 'Goods sold not returnable' ..tersangatlah  menganiaya orang!

Ada tak akta yang protect customer kalau terlanggar barang sampai pecah? Coz kalau g shopping saya tengok barang kaca macam sengaja di susun nak bagi orang terpecahkan.

Sebagai contoh kat Parkson Alamanda Putrajaya tu cuba pergi jenguk kat barangan pinggan mangkuk tu..ada tu letak atas kotaklah, letak bertindan-tindanlah..ada pulak yang dah menyenget pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:46 PM | Show all posts
wahhh.. anak aku patah tgn kanan depan cikgu sbb terpijak bola x dpt pape pon.. makin kne mrh ade lah sbb tulisan buruk sbb tulis tgn kiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 06:06 PM | Show all posts
chait.. ingat dapat judgment RM25k tu domino kena terus byr on the spot ker?  naive nyer korang.. domino akan instruct lawyernya utk buat rayuan.. so mungkin dlm masa 3 bulan rayuan akan didengari oleh hakim yg lain dan dikurangkan jadi RM5k jer.. dan out of RM5k, 30-40% will go to lawyers professional fees.. penyaman dapat berapa cer kira kan sikit..

ingat hebat sangat ke saman menyaman kat mahkamah nih.. buatnya masa rayuan, hakim overturn judgement tak pasal2 plak plaintif kena bayar kat defendan.. baru nyesal tak sudah masa tu..

jadi kalau nak involve mahkamah dan sistem keadilan negera, kenalah ada lawyer yg hebat yg boleh buat kes jenayah dpt 60 penangguhan, disqualify judge, trial-within-trial, mintak bukti yg takder kena mengena dgn kes, mintak saksi yg takder kena mengena dgn kes, peguambela cuti sakit, anak guam cuti sakit.. agak2 nak kalah jer, buat demo pada hari keputusan diumumkan..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 06:35 PM | Show all posts
kalu nanti dia jalan tiba2 terpeleot bolehlah saman kilang kasut pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 06:41 PM | Show all posts
neeway.. kalau keta aku pecah dek tepi trafik lite.. leh aku saman JKR?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 06:49 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 1-11-2012 05:17 PM
lain kali, kalau jalan tu bukak mata besar2.. sendiri gelojoh nak mampus ada hati nak menyaman org p ...

Aku pernah jatuh kat canteen masa aku kerja RHB.....
cleaner tak mop air yang tumpah.....aku jatuh masa tu slow motion je.....jatuh dengan gaya control cun.....
Pulak tu betul-betul depan 2 orang lelaki yang macho......Diorang tengah makan terus terkesima.....
Aku selamba je bangun sbb memang tak sakit tapi malu.....terus tak jadi lunch.....rasa malu tu mengatasi rasa lapar perut aku.....

Pastu aku tengok salah sorang tu panggil cleaner & suruh mop air yang tumpah....
Seminggu aku tak lunch kat situ.....



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 07:12 PM | Show all posts
jazaa posted on 1-11-2012 06:49 PM
Aku pernah jatuh kat canteen masa aku kerja RHB.....
cleaner tak mop air yang tumpah.....aku jatu ...

Yg penting, jatuh depan lelaki macho tu kak jazaa

Saya pernah dlm seminggu 3 kali jatuh terduduk terselak kain baju kurung depan bdk2 laki kat dewan makan...baru form 2 plak tu...

Tak terpikir plak nak saman sape2...kalau tak mesti dah kaya sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076809 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list