CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1168|Reply: 0

[Tempatan] JPA perjelas status kakitangan diserap sertai GLC

[Copy link]
Post time 2-11-2012 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menjelaskan bahawa mereka yang terlibat dengan penswastaan dan diserap ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah diberi opsyen sama ada memilih Skim Ala Kerajaan atau Skim Syarikat.
   
JPA dalam satu kenyataan berkata bagi mereka yang memilih Skim Ala  Kerajaan, tempoh dan gaji akhir semasa berkhidmat dengan syarikat akan diambil kira bagi tujuan pengiraan pencen dan ganjaran.
   
Skim Syarikat pula menawarkan gaji serta faedah lebih lumayan tetapi  tempoh dan gaji akhir sewaktu berkhidmat dengan syarikat tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan pencen dan ganjaran.
   
Demi memelihara prinsip kesamarataan kepada semua pesara, kerajaan  tidak bercadang meminda undang-undang berkenaan, kata kenyataan itu yang merujuk kepada surat pembaca bertajuk 'Pesara Kakitangan GLC Dapat Pencen RM290' yang disiarkan sebuah akhbar 22 Oktober lalu.
   
"Tidak dinafikan terdapat pesara yang terlibat dengan penswastaan dan diserapkan ke GLC atau sebagainya, mereka menerima amaun pencen yang agak kecil memandangkan tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira yang singkat dan gaji akhir sehari sebelum mereka diserapkan di dalam syarikat agak kecil," kata
kenyataan itu.

JPA berkata bagi pesara yang memilih Skim Ala Kerajaan, mereka  memperoleh hanya satu faedah persaraan (pencen, ganjaran, wang tunai gantian cuti rehat dan faedah perubatan) berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan kerajaan termasuk perkhidmatan dengan syarikat.

Bagi pesara yang memilih Skim Syarikat pula, mereka memperoleh dua  faedah iaitu faedah persaraan (pencen, ganjaran, wang tunai gantian cuti rehat dan faedah perubatan) berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan kerajaan serta faedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan  syarikat.
   
- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.060849 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list