CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

BaLaDa HaTi.. ~tamat~

[Copy link]
 Author| Post time 27-11-2012 04:29 PM | Show all posts
Shahir menghantar Balqis ke rumah sewa baru yang agak berdekatan dengan pejabat baru yang akan Balqis kerja esok.

"Betul kan alamat rumah ni?"

"A'ah.." Balqis menggangguk laju.

Mereka berdua keluar dari kereta.

"Awak mampu ke nak bayar sewa sorang-sorang ni? Tak nak kongsi ke rumah ni?" tanya Shahir sambil mengeluarkan beg pakaian Balqis.

"Maksud awak?"

"Tak nak saya tumpang sini ke?"

"Amboi! Sempat lagi menggatal erk.. Meh nak cubit lagi!!!"

"Adoiiiiii sakit laaaaaaa..huhuhu"

"Tau plak sakit erk.."

"Awak jaga diri baik-baik tau.."

"Yee.."

"Apa-apa call saya cepat-cepat tau.."

"Yee.."

"Tak mo nakal-nakal erk.."

"Yee.."

"Ingat awak tu bakal isteri saya.."

"Yee.."

"Saya call aje awak mesti jawab erk.."

"Yee.."

"Hei, jangan asyik yeee ajeee.." Shahir mencubit manja pipi Balqis.

"Saya tau laa.. Awak ni membebel je kejenye..hmmm"

"Saya bebel sebab saya sayangkan awak.. Awak sayang saya tak?"

"Ha?"

"Awak sayang saya tak?"

"Errr..."

"Dah la.."

"Adoi merajuk plak.. tentu la saya sayang.."

Shahir terus tersenyum lebar.

"Dah..Awak boleh balik sekarang. Kang lewat plak awak sampai rumah.."

"Amboi! Awak halau saya balik erk.. Bukan nak jemput masuk dulu ke.."

"Tak yah nak ngada sangat erk.. Kang tak pasal kahwin free"

"Kahwin free? Waaaaa bestnye.."

"Adeh.. dah..dah. Pergi balik.."

"Yelah..yelah. Nak balik la ni. Jaga diri tau.." Shahir sempat mengucup dahi Balqis.

Balqis hanya tersenyum. Shahir masuk ke dalam kereta kemudian berlalu pergi.


                                            ............................................................................


Haris mengetuk pintu bilik Rayyan. Kemudian dia masuk dengan membawa sekeping fail. Ditariknya kerusi lalu duduk berhadapan dengan Rayyan.

"Encik Rayyan, ini saya ada bawakan kesemua profil pekerja baru yang akan datang esok.." kata Haris sambil menghulurkan fail tersebut.

Rayyan menyambutnya dengan baik walaupun dia tengah sibuk menyiapkan kertas kerja.

"Tiga orang perempuan, dua orang lelaki.. semuanya ada sijil ijazah.."terang Haris lagi.

"Ooo..ok. Kejap lagi saya tengok. Ada apa-apa lagi ke Haris?"

"Dato pesan, minta Encik Rayyan tetapkan pekerja baru yang bernama Balqis Khairuddin di bahagian kita.."

"Ha? Pulak.. tadi Dato cakap minta saya yang uruskan semuanya. Ni dia pulak yang aturkan. Apa istimewanya perempuan ni?"

"Entah la, Encik Rayyan.. Saya hanya beritahu apa yang telah dipesan."

"Yelah. Kalau tak ada apa-apa, boleh keluar sekarang.."

"Terima kasih, Encik Rayyan.."

Rayyan hanya mengangguk. Haris keluar dari bilik itu. Rayyan mengerutkan dahinya sambil membuka fail tersebut.

"Balqis Khairuddin..hhmm.." Rayyan membelek wajah Balqis yang mirip pelakon Siti Saleha itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 04:35 PM | Show all posts
aik! abislah BALQIS... hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:51 PM | Show all posts
ape jadi kt balqis lepas ni?????
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:50 AM | Show all posts
balqis nie anak bapak si Rayyan ke
suka betul ana wat spekulasi melulu
biar lain dr yg lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 08:56 AM | Show all posts
Pada malam tersebut...

Kereta diparking di halaman rumah. Handbreak ditarik. Tiba-tiba handphone si Rayyan berdering.

"Tasya? Hmmm.. Apa lagi la perempuan ni nak.." Rayyan menjawab pangggilan dari Natasya itu.

"Abang..."

"Yee.."

"Jom kuar!"

"Abang baru sampai rumah ni. Letih sangat! Esok-esok aje la erk.."

"Alaa..kejap je. Temankan Tasya makan."

"Takkan Tila tak ade?"

"Dia dah kuar ngan boyfriend dia dah tadi.. Abang, jom la.."

Tok! Tok! Tok! Rayyan terkejut. Cermin keretanya diketuk. Terus dipandang ke arah kanannya. Najwa memanggilnya keluar.

"Ok, la Tasya.. Abang ada hal ni.. Apa-apa hal abang call Tasya.."

"Tapi, abang.."

Talian dimatikan. Natasya geram!

Rayyan keluar dari kereta itu. Dia tersenyum memandang Najwa yang sudah berpakaian tidur itu. Dikucupnya tangan Rayyan.

"I dah masakan untuk makan malam ni.. Jom kita makan sama-sama.."

"Boleh je.."

"Tapi U mandi dulu la erk.. Bau masam la plak..hihihi"

"Amboi.." Rayyan terus merangkul tubuh Najwa yang kecil molek itu lalu mengucup manja pipi isterinya itu.


                                                       ..............................................................


Balqis mengemas rumah sewanya itu. Keadaan sedikit tenang berbanding rumah di kampung. Sesekali dia bermain mesej dengan Shahir. Balqis merebahkan punggungnya di atas tikar. Disandarnya ke dinding. Melepaskan lelahnya seharian mengemas rumah.

Dia tersenyum sendirian. Dia akan memulakan hidup baru. Dia boleh hidup tanpa mak cik angkatnya itu. Sesekali dia teringatkan wajah arwah ibu, ayah dan kakaknya. Mereka bertiga meninggal akibat kemalangan. Ketika itu dia masih kecil lagi. Oleh sebab itu dia diserahkan kepada keluarga angkat terdekat.

Balqis tabah menghadapi dugaan hidup. Macam-macam yang ditempuhnya namun dianggap semua tu ada hikmahnya. Sekarang dia sudah mampu tersenyum lebar. Impian nya hampir menjadi kenyataan.

Balqis mengenali Shahir semenjak sekolah menengah lagi. Sungguh rapat! Sehingga mereka digelar belangkas. Sudah berpuluh kali dilamar Shahir, namun ditolaknya dengan baik atas alasan mahu bekerja dan mengukuhkan ekonomi terdahulu. Tetapi satu sahaja masalah Balqis ni, dia masih merasa 50-50 perasaannya terhadap Shahir. Pernah dibuat solat Istikharah untuk mendapat petunjuk, tetapi makin lama dia rasa semakin jauh perasaaannya terhadap Shahir. Sebab itu sekarang dia hanya berserah pada takdir.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:12 AM | Show all posts
camne agaknya RAYYAN jumpa BALQIS...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2012 10:18 AM | Show all posts
Rayyan dan Najwa masuk ke dalam bilik sejurus selepas makan malam. Rayyan mengunci pintu. Kemudian dia membuka televisyen lalu merebahkan dirinya di atas katil. Najwa memandang sayu wajah suaminya itu. Bagaimana dia mahu mulakan?

Najwa duduk dikerusi berhampiran meja soleknya. Disapu losyen di seluruh tangannya sambil matanya asyik memandang Rayyan. Rayyan perasan! Rayyan kembali duduk lalu mengadap Najwa.

Tangan Najwa dipautnya. Kemudian diambilnya losyen lalu disapu ke tangan Najwa sekali lagi. Rayyan mengukir senyuman yang cukup menenangkan itu. Najwa lemah! Akhirnya dia menangis.

"Sayang..nape ni?" Rayyan terus menarik Najwa lalu mereka duduk bersebelahan.

Najwa memeluk erat suaminya itu. Teresak-esak dia menangis. Rayyan semakin buntu.

"Sayang.. Kalau ada masalah bagi tau abang.." Rayyan mengesat airmata Najwa.

"I tak sanggup buat U macam ni lagi.. I rasa bersalah sangat-sangat!"

Rayyan diam. Dia mahu diam dan mendengar sahaja pada ketika itu.

"I rasa dah tiba masa I ceritakan U segalanya malam nii.." ucap Najwa hati-hati.

Tiba-tiba handphone Rayyan berdering. Natasya call lagi! Rayyan memandang Najwa. Najwa mengeluh.

"Perempuan tu la yang call kan??" Najwa sedikit kasar.

Rayyan diam lagi. Dia terus mematikan handphonenya.


                                                            ...........................................................


"Shit!!!!!!" Jerit Natasya lalu membaling handphonya ke sofa.

"Jangan buat aku macam ni! Aku perlukan kau, Rayyan!! Arghhhhhhhhh!!!" jerit Natasya sambil menarik-narik rambutnya.

Tila yang  hanya bertuala mandi itu dengan cepat keluar dari biliknya lalu mendapatkan Natasya.

"Apa hal dengan kau ni, Tasya? Jangan bagi aku risau.." Tila menenangkan Natasya.

Natasya menangis. Dia memeluk erat Tila.

"Aku nak Rayyan.. Aku nak Rayyan, Tila..."

"Sudah la tu, Tasya.. Dia kan dah ada isteri. Dah sah-sah dia lebihkan isteri dia.. Jangan la ko menaruh harapan sangat! Kau bukannya tak cantik. Ramai lagi lelaki kat luar tu.."

"Tapi tak sama macam dia. Dia lelaki yang cukup sempurna untuk aku. Aku sanggup jadi isteri kedua dia! Aku sanggup!!"

"Sayang... marilah masuk dalam bilik nii.. Nape lama sangat kat luar tuuu" Lelaki bersuara garau yang berada di dalam bilik Tila mula bersuara. Siapa lagi kalau bukan boyfriendnya. Hidup remaja zaman sekarang yang sudah tidak pentingkan maruah diri!

Natasya dan Tila saling berpandangan.

"Aku rasa kau patut lupakan Rayyan. Kau rugi sebenarnya. Tunggu dan terus menunggu tetapi tiada hasil. Aku sayangkan kau. Aku tak nak kau sedih-sedih lagi.."

Mereka berdua berpelukan.


                                                    ........................................................................


Najwa menelan air liur. Perlahan-lahan nafasnya dilepaskan. Rayyan masih setia menunggu apa yang akan Najwa perkatakan.

"U suami yang cukup baik. Dan I rasa cukup bertuah mempunyai keluarga mertua yang tidak kurang hebatnya. Mama..Papa pun baik sangat dengan I.."

Rayyan hanya tersenyum.

"U masih ingat ke kejadian kita excident setahun yang lepas?" tanya Najwa.

"Ya.. I ingat lagi.."

"Kalau U nak tahu, time tu I dah pregnant.."

"Ha?"

"Tapi bukan anak U.."

"What?!!!"

"I pregnant time tu. Dan ditakdirkan kita excident dan anak dalam kandungan I tu meninggal.. Dan.."

Rayyan masih sabar mendengar ayat Najwa seterusnya.

"Dan.. I mengandungkan anak ex-boyfriend I.."

Rayyan seolah-oleh dipanah petir. Dia terdiam. Matanya mula berkaca. Tetapi ditahannya dari mengalir. Najwa sudahpun menangis.

"Selepas itu, I ada jumpa doktor untuk check up.. Dan Doktor bagi tahu I yang I dah tak boleh mengandung.. Rahim I dah rosak.."

Rayyan bangun. Dia berjalan menuju ke jendela. Nafasnya turun naik.

"Maafkan I.. I terlalu banyak dosa dengan U.."

"Mana ex-boyfriend U sekarang?" Rayyan mula bersuara.

"Ntah. Selepas kita excident hari tu, dia terus menghilangkan diri. I pun dah tak tahu dia ke mana sekarang.."

Rayyan menoleh memandang Najwa. Nak marah pun sudah tidak berguna lagi. Kejadian sudah pun berlaku.

"I terima apa sahaja keputusan dari U.. I sudah bersedia. I tak sanggup lagi menipu suami I yang cukup baik ini.." Najwa tegas dengan ayatnya itu.

Rayyan tidak menjawab malah dia terus keluar dari bilik itu. Najwa diam. Dia duduk di atas katil dan menangis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:23 AM | Show all posts
errrrrrrrrr momey
nak tanya sikit boleh
cam susah otak ana nie nak recap balik
najwa dan rayyan dah kawen 2 tahun
klu najwa kata dia eksiden setahun setengah yg lalu maknanya masa dia peknan anak boipren dia tue, si najwa ni kiranya berselingkuhlahkan, sian pulak dgn Rayyan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2012 10:25 AM | Show all posts
shahrinas posted on 28-11-2012 09:12 AM
camne agaknya RAYYAN jumpa BALQIS...

klu ikut post yg sebelum tue Haris ada sebut yg bapa Rayyan nak Rayyan letak si Balqis dlm department diaorg camtuelah
jadi si balqis nie adalah pekerja rayyan jugak
maka nnt akan timbullah bibit2 kemesraan
suka hati ana aje nak speku
ampunnnnnnnnnn momey
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:29 AM | Show all posts
fatehana posted on 28-11-2012 10:25 AM
klu ikut post yg sebelum tue Haris ada sebut yg bapa Rayyan nak Rayyan letak si Balqis dlm departm ...

setuju sangatlah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 10:45 AM | Show all posts
fatehana posted on 28-11-2012 10:23 AM
errrrrrrrrr momey
nak tanya sikit boleh
cam susah otak ana nie nak recap balik

yaaaa..begitulahh hikhikhik pndai pun..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 11:00 AM | Show all posts
shahrinas posted on 28-11-2012 10:29 AM
setuju sangatlah...

mohtippppp nak setuju dgn speku ana
nnt momey majuk xnak tulis lak
tp klu x speku x best kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 11:01 AM | Show all posts
momey posted on 28-11-2012 10:45 AM
yaaaa..begitulahh hikhikhik  pndai pun..

ooooooooooooooo klu camtue mmg sian kat Rayyan
sbb najwa maap kata bukanlah pompuan yg baik
so mmg rayyan perlukan seorg isteri yg baik


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 12:09 PM | Show all posts
Rayyan hanya mengenakan t-shirt dan seluar pendek paras lutut lalu keluar dari rumahnya itu. Dia perlu tenangkan dirinya waktu sebegini. Air mata jantannya masih di tahan dari mengalir.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Najwa?" Rayyan mengomel sendirian.

Rayyan begitu sayangkan Najwa. Cinta pertamanya. Itupun kerana diperkenalkan oleh mama dan papanya. Rayyan cukup simple orangnya. Langsung tidak pernah bantah cakap kedua orang tuanya. Dia menerima Najwa kerana dia menganggap pilihan kedua ibu bapanya adalah yang terbaik. Sebelum ini, Rayyan langsung tiada pilihan hati. Yang dia tahu, mahu gembira bersama keluarganya.

Rayyan memberhentikan keretanya. Dirapatkan kepalanya dengan stereng kereta.

"Apa aku perlu buat? Tolonglah aku Ya Allah.." Rayyan lemah.


                                                          ...............................................................


Pada esok harinya, pukul 9.00 pagi...

Semalaman Najwa menunggu kepulangan Rayyan. Namun Rayyan tidak muncul sehingga pagi ini. Najwa gelisah. Panggilannya langsung tidak dijawab.

Najwa cuba menghubungi Nurin, pekerja bawahannya.

"Nurin, kemungkinan hari ni saya tak masuk office tau.."

"Baiklah, puan.."

"Tolong tengokkan pejabat yaa.. Kalau ada apa-apa yang urgent sahaja baru call saya k.."

"Ok, puan.."

"Thanks.." Talian dimatikan.

Tidak putus-putus Najwa berdoa agar suaminya selamat dari sebarang bahaya.


                                                          ..........................................................


Lima pekerja baru termasuk Balqis dan Encik Haris berada di dalam bilik mesyuarat. Tidak putus-putus Haris cuba menghubungi Rayyan tetapi hampa. Langsung tidak dijawab. Encik Haris akhirnya menangguh mesyuarat tersebut.

"Saya minta maaf semua. Sepatutnya kita mulakan mesyuarat kita pukul 9 tetapi nampaknya kita ada masalah sedikit. Encik Rayyan tidak dapat dihubungi. Tetapi, saya ada berita baik. Mujur saya dan Encik Rayyan sudah berbincang tentang penempatan anda semua. Oleh itu, saya mulakan sekarang lah, ya.." Encik Haris memainkan peranannya sebagai pembantu Rayyan.

Satu persatu nama disebutkan sehinggalah sampai ke giliran Balqis.

"Cik Balqis Khairuddin.. Anda ditempatkan di Bahagian Pentadbiran iaitu bekerjasama dengan saya dan juga Encik Rayyan.."

Balqis hanya mengangguk dan tersenyum. Dia tidak kisah sebenarnya dimana dia ditempatkan. Yang dia tahu sekarang dia tidak sabar hendak bertemu dengan Dato' Mustaffa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 03:21 PM | Show all posts
Rayyan bergegas masuk ke dalam rumah. Tetapi Najwa sempat memaut lengan suaminya itu.

"u pegi mana semalam? Risau I.." tanya Najwa lembut.

Rayyan diam. Kemudian dia terus menaiki tangga lalu masuk ke dalam bilik.


                                                             ..............................................................


Tila membuka pintu bilik Natasya. Kelihatan Natasya masih tidur. Tila melihat jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Dia berjalan ke arah Natasya.

"Tasya.. bangun. Bukan ko ade class ke pagi ni.. Aku rasa ko dah lambat ni.." kejut Tila.

Natasya masih diam. Kaku!

"Tasya.. Bangun, Tasya.." Semakin kuat Tila menggoyangkan badan Natasya.

Natasya masih tidak sedarkan diri. Tila menggelabah.

"Adoi, Tasya.. Ko dah kenapa ni??? Bangun, Tasya.." Tiba-tiba Tila ternampak sebotol ubat di sebelah Natasya.

Diambilnya botol itu.

"Ubat tidur??? Tasya! Bangun.." Tila terus mencapai handphonenya.


                                                                 .................................................


Lima pekerja baru tersebut telah pun ditunjuk tempat masing-masing. Kesemuanya berpuas hati. Mesyuarat selanjutnya akan Encik Haris hubungi kemudian.

Balqis masuk ke dalam biliknya. Dia cukup gembira! Bilik yang cukup selesa. Ditepuk-tepuknya kerusi lalu terus dia duduk dengan selesa sekali.

"Aahhhh nikmatnya dapat bekerja dengan keadaaan yang cukup selesa ni.. syukur.. Rasa tak sabar plak nak jumpa Dato Mustaffa..hihi"
Balqis berbicara sendirian.


                                                          ................................................


Sejurus sampai sahaja di pejabat, Rayyan terus berjalan pantas menuju ke bilik Encik Haris.

"Sorry, Haris. Aku ada hal tadi.. Macam mana dengan staf baru kita tu?" tanya Rayyan lalu duduk berhadapan dengan Encik Haris.

"Saya dah settlekan dah. Encik Rayyan tak yah risau-risau erk..hihii"

"Yeke? Bagus..bagus! Terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku. Err.. Kita kumpulkan balik mereka semua pukul 2.30 petang ni la. Ok?"

"Saya ok je.. Nanti saya bagi tau mereka semua."

"Oright! Thanks.." ucap Rayyan. Baru sahaj dia hendak bangun, Encik Haris menghalang perjalanannya.

"Maaf, Encik Rayyan. Encik Rayyan ada masalah ke? Saya nampak Encik Rayyan sedikit tidak terurus hari ni.."

Rayyan hanya mampu tersenyum. Kalau boleh, biarlah dia yang uruskan sendiri.

"Ada masalah sikit je.. Nanti settle r tu. Ok la, petang ni jangan lupa k.." kata Rayyan lalu keluar dari bilik itu.

Encik Haris hanya memandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 03:51 PM | Show all posts
Rayyan merebahkan punggungnya di kerusi. Nafasnya dilepaskan. Wajah Najwa masih bermain difikirannya. Handphonenya tiba-tiba berdering. Tertera nama Tila. Panggilan itu dijawab.

"Hello.."

"Ya, Tila. Ada apa hal?"

"Tasya.. Dia masuk wad kecemasan.."

"Ha? Kenapa?"

"Dia telan banyak gile ubat tidur semalam.. Adoi, Tasya ni betol-betol menyusahkan orang la Abang Rayyan.."

"Hospital mana tu?"

"Kat Sungai Buloh ni.."

"Ok. Tila tunggu situ. Abang pegi sana sekarang."

"Ok, thanks Abang Rayyan.."

Talian dimatikan.

"Lepas satu..satu hal plak.. adehh.. Kuat Rayyan!! Ko kene kuat!" bisik Rayyan sendirian.

Sebelum dia beredar keluar, dia terlebih dahulu jumpa Encik Haris. Mujur Encik Haris berada berhampiran biliknya.

"Haris! Datang kejap." panggil Rayyan sambil membetulkan tali lehernya.

Balqis yang kebetulan baru lepas bancuh air nescafe lalu di hadapannya. Rayyan seolah terpukau dengan kecantikan Balqis. Mulutnya sedikit ternganga. Encik Haris perasan. Dia tersenyum melihat gelagat Rayyan. Balqis langsung tidak memandang Rayyan. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

"Encik Rayyan.." tegur Encik Haris sambil menepuk-nepuk bahu Rayyan.

Rayyan tersedar dari lamunan.

"Kusyuk nampak..hihi"

"Eh, tak de la. Bau nescafe tadi.. Dah lama rasanya kot tak minum nescafe.." Rayyan cuba mengubah topik.

"Yeke? Kalau Encik Rayyan nak minum, saya boleh tolong bancuhkan.."

"Awak bancuh? Better saya minta mak cik cleaner bancuh kott"

"Amboi, Encik Rayyan.. perli saya ke.."

"Hihihi.. Eh, saya nak keluar sekejap ni. Kawan saya tiba-tiba masuk hospital plak. Untuk meeting petang ni, saya cuba balik awal. Tapi kalau saya lambat, awak mulakan dulu k.."

"Ok, no hal boss.."

"Thanks.."

Rayyan terus beredar dari situ namun dia masih sempat melihat bilik Balqis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2012 04:21 PM | Show all posts
ryan dah start nampak balqis
tp dgn adanya si natasya mmakin feninglah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:56 PM | Show all posts
Sambungan plz....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:27 PM | Show all posts
Sian RYAN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2012 09:44 AM | Show all posts
Setibanya di Hospital Sungai Buloh..

Rayyan ternampak kelibat Tila. Terus dia mendekatkan dirinya dengan Tila. Tila kelihatan tidak bermaya.

"Tila, Tasya macam mana?" tanya Rayyan lalu duduk di sebelah Tila.

"Masih tak sedarkan diri. Risaulah.."

"Tak ade ape-ape tu.."

"Melampau la si Tasya ni.. suka sangat menyusahkan orang!"

"Tasya ada masalah ke?"

Tila terus memandang wajah Rayyan.


                                                    ......................................................................


Shahir mencapai handphonenya lalu menghubungi Balqis.

"Hello, sayang.. Busy ke?" Tanya Shahir sambil memandang cermin pandang belakang dalam keretanya itu lalu membetulkan rambutnya yang terurus panjang paras bahu.

"Tak ade busy sangat pun. Belum dapat arahan kerja lagi..cuma sekarang tengah rehat-rehat dalam bilik sendiri..hihi..best!!!"

"Amboi, ada bilik sendiri tuu..bestnyee.. Nanti boleh la saya datang lepak-lepak jumpa awak erk.."

"Boleh aje tapi bukan time keje k.."

"Laa nape plak?"

"Time keje kene keje. Time nak lepak lepas office hour k.."

"Susah la awak ni!"

"Susah apenye?"

"Baru keje sehari dah kerek semacam dah.."

"Mulut awak tu bebaik sikit erk! Saya tak nak cari gaduh dengan awak!"

Shahir terus mematikan talian tanpa berkata apa-apa. Dia sudah mula terasa dengan kata-kata Balqis itu. Balqis mengeluh. Bosan dengan sikap lelaki yang kuat merajuk!


                                                       ..............................................................


Tila dan Rayyan saling berpandangan.

"Abang Rayyan, Tasya tu sebenarnya ada hati dengan abang..." Tila bersikap berterus terang.

Rayyan terus mengeluh.

"Dia cakap dia memang sayang dan cintakan abang.. Tiada lelaki lain yang boleh gantikan tempat abang.."

"Kami hanya abang dan adik angkat je, Tila.."

"Tila tahu.. Dah banyak kali Tila nasihatkan dia yang abang ni suami orang tapi... Dia tetap dengan pendirian dia nak dapatkan abang.."

"Abis tu, kes makan ubat tidur ni sebab abang la erk?"

Tila mengangguk.

"Adoi.. Tasya betul-betul dah salah sangka nii.."

"Ntah la, abang. Tila pun dah tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan si Tasya tu. Hari-hari dia asyik bercerita pasal abang! Kalau dia call abang dan abang tak jawab, mengamuk sakan dia!"

"Hmmm.. tak pe la. Nanti abang cakap sendiri dengan dia."

"Memang itu yang terbaik! Pandai-pandai la abang uruskan erk.. Tila dah penat nak layan karenah dia tu!"

Rayyan diam. Satu lagi masalah yang datang melanda!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064413 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list