CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7912|Reply: 8

Bangsa-Bangsa Hindu dan India Purba

[Copy link]
Post time 3-12-2012 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Malas juga hendak buka thread. Tapi aku rasa ia satu keperluan lebih2 lagi bila aku tengok banyak lah orang2 yang terkeliru jatidiri sebab agama mereka tu dah tak sama dengan agama nenek moyang mereka. Jadi mereka tak tahu hendak mengaitkan diri mereka dengan apa jadi mereka pun keliru. Aku sebenarnya sudah buat thread macam ini di bahagian legend tapi mentang2 lah negara India moden sekarang ni bukan negara yang ramai orang putih atau pun dalam erti kata lain negara yang high class pada pandangan mereka. Maka mereka pun teringin lah hendak dikaitkan dengan Israel atau Ibrahim atau Arab walaupun tak berkaitan.

Rujukan tentang kaum2 purba dan bangsa purba sebenarnya ada dalam kitab suci orang Hindu. Terutamanya di kawasan Asia Tenggara ini yang dahulunya digelar oleh orang cendekiawan sebagai sebahagian daripada Mahabharata (Greater India). Jika tidak, cuba kamu fikirkan. Kenapa Indonesia iaitu kawasan berpulau2 yang menjadi negara jiran Malaysia dikenali sebagai "Indo"? Rujukan ini adalah rujukan dalam bahasa Greek bagi merujuk kepada orang2 bertamadun Hindu dan menganut agama dan adat tradisi Hindu. Begitu juga dengan Indochina bagi merujuk kawasan negara2 orang bermata sepet atau berkulit seperti kaum Cina tetapi menganut agama dari benua India purba seperti Buddhisme atau Brahmanisme. Hanya lima negara sahaja di Asia Tenggara yang kebanyakan penduduknya beragama selain daripada agama orang Hindu dan orang India purba iaitu Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.  

Rujukan kitab suci agama Hindu yang boleh dilihat adalah Mahabharata, Ramayana dan Purana. Dalam itu ada rujukan tentang jenis2 manusia sama ada manusia yang gagah perkasa (superhuman) atau manusia yang dipanggil sebagai sub-human (bukan sepenuhnya manusia). Setengah pengkaji sejarah yang mengkaji kitab dahulu kala mungkin mengatakan bahawa kitab2 itu bercampur dengan fiksyen dan tokok tambah. Bagi aku pula, cendekiawan tak patut berpandangan begitu. Kita patut faham bahawa cara keterangan orang zaman purba adalah berbeza dengan orang zaman moden kerana bentuk alam semesta pada ketika itu adalah berlainan! Kita tak boleh terus menghukum orang zaman purba sebagai mereka2 cerita!

Sesetengah kaum ini bukan semestinya jenis manusia sebab agama Hindu, Jina dan Buddha memandang semua makhluk dalam alam semesta sebagai sama rata. Bukan hanya jenis manusia sahaja yang ada menjadi makhluk dalam alam semesta. Disebabkan aku tak banyak masa, aku cuba meletakkan apa jenis kaum dan bangsa yang ada dalam keterangan purana Hindu, Mahabharata dan Ramayana yang terkenal di kawasan negara2 purba orang Hindu-Buddha:

1. Gandarva
2. Yaksha
3. Kinnara
4. Kimpurusha
5. Raksasa
6. Suparna
7. Naga
8. Vanara
9. Vidyadara
10. Valikiliya
11. Pisacha
12. Dewa2
13. Asura2

Kenapa aku menampalkan kisah2 ini? Jawapan aku setengah kaum ini, ada extension cerita mereka di Asia Tenggara misalnya di Kemboja ada lagenda pembukaan negara bangsa mereka yang berkaitan dengan kaum Naga (no.7). Begitu juga dengan amalan cult orang Melayu di kampung2 misalnya, mereka ada juga setengahnya yang memuja busut ular walaupun beragama Islam dan sekarang dikategorikan sebagai "Muslim" dalam IC mereka. Sekitar tahun 70-an sebelum revolusi Islam di Iran (Shiites) dan perkembangan dawah Islam dari Arabia dan Northern India, aku rasa amalan2 pemujaan ini masih berlaku dalam kalangan orang Melayu. Sekarang mungkin masih ada di pedalaman Malaysian Peninsula. Hal ini, pada pendapat aku lah, bukan semata2 sebab animisme sahaja. Ia ada kaitan dengan perkembangan agama Hindu dan tradisi2 yang dibumbungi oleh agama Hindu. Aku cuba selak semula pos2 aku sebelumnya, kalau tak berjumpa mungkin terpaksa taip. Kalau ada orang tak mahu dan tak boleh terima. Aku apologize dahulu, tapi ini adalah fact untuk reality kamu. Kamu tak boleh nafikan dan cuba berbohong tentang perkara lampau atau pun pada bila2 masa pun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2012 08:06 AM | Show all posts
Bangsa Gandharva

Dalam istilah Javanese, mereka memanggil benda ni sebagai Gendrowo macam tu la kot bunyinya. Yang aku faham pulak, kalau sebut benda ni bermaksud something which is related to music. Dalam agama Hindu, istilah ini merujuk kepada semangat alam dalam bentuk lelaki. Teman kepada Gandharva adalah Apsara. Bentuk mereka mungkin dalam bentuk burung atau kuda. Mereka pandai dalam bidang bunyian dan muzik. Mereka menjaga Soma dan menghasilkan muzik yang menyenangkan untuk para dewa dalam istana2 kayangan. Maksud Gandharva ini adalah para penyanyi dalam devasthanam (istana dewa2).

Menurut ilmu agama orang Hindu, Gandharva ini bertindak sebagai utusan antara para dewa dan manusia. Dalam perundangan Hindu, perkahwinan Gandharva adalah berdasarkan kepada persetujuan bersama dan tak perlu melalui sebarang upacara rasmi. Dalam Mahabharata, disebutkan bahawa Gandharva ini dikaitkan dengan para dewa sama ada sebagai penari atau penyanyi. Mereka dibariskan sekali dengan kaum Yaksha (bahasa Pali, Yakkha). Gandharva ada di merata2 wilayah dan kawasan.

Dalam Mahabharata ada disebut bahawa mereka mempunyai kerajaan2. Ada 27 puak Gandharva semuanya dan yang perempuan dikenali sebagai Apsara. Kadang2 mereka ini merayau2 di bumi di India purba tanpa mempedulikan para Kesatria (raja dalam kalangan manusia). Para Kesatria memandang Gandharva sebagai menggerunkan. Tapi Gandharva ini patuh kepada para dewa. Setengah raja kaum Gandharva ini menurut perintah dewa Indera dan yang lain bawah perintah raja Kuberan.

Buddhisme (tradisi tak ortodox)

Dalam Buddhisme pun ada rujukan tentang kaum ini. Dalam pandangan alam semesta Buddhisme, Gandharva adalah dewa dalam tahap terendah sekali. Mereka diletakkan dalam golongan dewa2 Chiturmaharajikakayiga (empat penguasa langit). Mereka ini berada bawah pemantauan Raja Agung Dhartarashtra, Pengawal Timur. Makhluk yang lahir dalam kalangan kaum Gandharva ini merupakan makhluk yang sebelum jelmaan itu mengamalkan adab2 yang paling asas (Janavasabhasuttam, DN 18). Kelahiran sebagai makhluk Gandharva sebenarnya merupakan kelahiran yang memalukan bagi bhikkhu dan pertapa Buddha.

Biasa Gandharva ni boleh terbang di udara. Mereka ada di pokok2 dan bunga2. Dalam gambaran orang alim dikatakan mereka ini tinggal dalam bau2an kulit kayu, kembang bunga dan getah bunga. Mereka ni antara makhluk dalam alam yang mungkin mengganggu para pertapa (bhikkhu) yang duduk bertapa seorang.

Gandharva dan Yaksha boleh merujuk kepada jenis makhluk yang sama. Yaksha merujuk kepada pelbagai jenis dewa2 tahap rendah. Ada setengah Gandharva yang menjadi utusan kepada empat penguasa langit bagi menyampaikan berita kepada raja lain di dunia bawah. Gandharva ni dalam keadaan lain merujuk kepada makhluk dalam keadaan kabur antara kematian dan kelahiran semula. Makhluk ni maksudnya sebahagian daripada kesinambungan kepada kesedaran bersebab.     

Kamu boleh lihat ukiran2 mengenai kaum ini ada pada dinding2 biara2 Buddha atau mungkin juga di kuil Hindu. Aku tak pernah masuk kuil Hindu aliran Saivisme. Biasa di Malaysia, aku nampak macam kuil Muruga atau Maha Mariamman. Aku pernah ke kuil Krishna (mandel orang Gujerat dan Bengal) dan biasa lah ke biara2 Buddha atau tokong Cina di bahagian tokong mereka ada satu bahagian khas untuk rupa Buddha masa aku muda2 remaja dulu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 12:36 PM | Show all posts
Kimpurusha

Dikatakan bahawa bangsa ini tinggal di kawasan yang sukar hendak dilalui oleh manusia sekitar pergunungan Himalaya. Mereka kurang berinteraksi dengan tamadun Brahmana dan tidak tertakluk kepada veda2. Dalam kitab suci Hindu, mereka ini digambarkan sebagai manusia yang gagah2 atau sebagai roh alam sekitar menurut pandangan alam orang2 yang memegang kitab veda dan mendapat wahyu veda.

Digambarkan bahawa Kimpurusha ini adalah makhluk2 yang berkepala singa. Perkataan Sanskrit Kimpurusha bermaksud apakah mereka ini manusia? Begitu juga dengan perkataan Kinnara yang membawa maksud yang sama. Mungkin juga kedua2 kaum ini adalah bangsa yang berkaitan antara satu sama lain. Sebutan tentang singa mungkin disebabkan orang2 ini mempunyai janggut dan muka berbulu seperti singa atau janggut santa klaus. Dalam sesetengah purana (macam gospel for Hindu, aku cuma letak ini untuk kefahaman saja bukan semestinya sama dengan gospel kristian), mereka digambarkan berkepala kuda. Ada setengah orang mengatakan bahawa kemungkinan mereka ini pahlawan2 berkuda seperti kaum Kemboja dari Afghanistan purba. Tapi rujukan tentang kepala singa ini kemungkinan merujuk kepada kaum Kirata. Kirata bermaksud orang2 yang bersifat seperti singa. Maksud kirata adalah orang2 singa atau orang gunung.  

Resi Pulaha misalnya dikaitkan dengan Kimpurusha, manala lain2 ada juga dikaitkan dengan resi Pulastya. Makhluk atau bangsa lain misalnya Valikhiliya dikaitkan dengan resi Kratu. Ada enam resi agung yang dikatakan menurunkan enam puak yang agung iaitu:

1. Marichi
2. Angira
3. Atri
4. Pulastya
5. Pulaha
6. Kratu

Dalam Mahabharata, disebutkan tentang Kimpurusha. Semasa penaklukan Arjuna di kerajaan2 utara, baginda ada juga melawat kerajaan Kimpurusha. Baginda melintasi pergunungan putih, lalu mengalahkan negara Kimpurusha yang rajanya bernama Durma Putra. Kejadian ini berlaku selepas penyembelihan besar2an kaum Kesatria dan menyebabkan benua itu berada dalam keadaan goyah.

Nayana Kimpurusha iaitu raja Druma dikatakan pernah menghadiri pengorbanan Rajasunya, iaitu raja dari bahagian Pandava, Yudhisthira. Ada juga rujukan dalam Mahabharata tentang seorang raja kerajaan Vidarbha (wilayah Maharatha) pernah menjadi pelajar kepada Kimpurusha terkenal dengan nama Drona atau Druma.

Dalam Ramayana, dicatatkan bahawa Brahmin Ravana pernah menewaskan makhluk seperti dewa2, danava, gandharva, yaksha dan kimpurusha. Kimpurusha dikatakan gemar merayau2 berseorangan dalam hutan.   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 01:06 PM | Show all posts
Raksasa

Ini dalam bahasa Melayu pun ada kata serapan Sanskrit. Bila lihat perkataan ini, mesti kita akan terbayang akan sejenis monster. Raksasa ini dalam Ramayana ada keterangannya. Dalam India purba, mereka ini bernegara dari pergunungan Trikuta di Sripada dalam Sri Lanka. Raja dalam negara itu adalah Ravana dan baginda adalah seorang Brahmin. Kemudian baginda mencapai kedudukan sebagai maharaja yang memerintah mandala berpusat di Sri Lanka sehingga ke selatan banjaran Vindhya di India moden. Semua kerajaan2 dalam kawasan itu secara tak langsung menyembah kepada Ravana.

Dalam abad Mahabharata pula, ada raksasa Ghatotkaca yang dilahirkan dari hubungan seorang Pandava iaitu Bhima dan wanita kaum raksasa bernama Hidimba. Dalam drama2 Indonesia yang macam sampah itu (sebab jalan cerita mereka mengarut2 dan meleret) ada banyak watak yang memakai nama2 tokoh dalam kitab suci Hindu. Mungkin sebab kebudayaan saja. Tapi mereka yang guna nama tersebut mungkin tak tahu siapa sebenarnya tokoh2 itu atau mungkin hanya menggunakannya sebab terdapat adaptasi teks2 Hindu purba ke dalam teks2 tempatan. Hal ini sangat dikesali lah. Adat istiadat dan kebudayaan bukan untuk pameran, menunjuk2 dan bermegah sahaja. Sebaliknya mesti diamalkan dengan hormat dan bakti!

Raksasa Ghatotkaca ini mempunyai kerajaan di Himalaya. Ia terletak antara Gangotri dalam negeri Uttarakhand dan Gunung Kailash dekat sempadan China moden atau Tibet. Kerajaan2 terkenal yang diperintah dan dihuni kaum raksasa dalam India purba adalah:

1. kerajaan Langka diperintah oleh maharaja Ravana (Ramayana)
2. kerajaan Danda dipantau oleh jeneral tentera Ravana, iaitu Khara
3. kerajaan Ghatotkaca di Himalaya (zaman Mahabharata)

Kaum2 yang tersebut dalam Mahabharata bukan semestinya berada di India purba sahaja. Mereka boleh jadi tersebar di merata2 tempat, mungkin juga di Asia Tenggara sampai benua Australia. Boleh jadi ada kaum yang cognate tapi berada di luar tamadun kitab veda. Dalam riwayat orang Melayu ada kisah misalnya tentang kerajaan lagenda mereka seperti Langkasuka yang pernah dihuni kaum gergasi atau raksasa. Kemudian datang pula kaum Brahmana (Brahmin) dan penyebaran ajaran Buddha melalui duta2 maharaja Asoka yang belayar dari Tamrapanni (Sri Lanka).

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 03:23 PM | Show all posts
good article
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2012 01:22 AM | Show all posts
Suparna

Nama lain Suparna ini adalah Garuda. Kamu sudah tentu biasa dengan istilah ini. Istilah ini ada dalam bahasa Melayu kerana serapan bahasa Sanskrit. Ia merujuk kepada sejenis burung seperti burung helang. Nama ini juga mungkin merujuk kepada kaum yang membela atau memuja roh burung ini yang menguasai wilayah2 di sebelah barat daya India purba. Garuda adalah musuh kepada naga dan merupakan antara yang terkenal dalam kaum Suparna.

Dikatakan bahawa mereka ini berkebolehan terbang di udara tanpa menggunakan kapal terbang pun. Setengah sastram memberitahu kita bahawa mereka mempunyai sayap seperti malaikat. Sesetengah orang percaya burung ini adalah seperti burung helang. Setengah orang pula fikir bahawa ia sejenis bangsa naga yang cerdik sekeluarga dengan dinosaur yang pupus ketika tamadun "manusia" mula meningkat naik. Setengah lagi memandang naga dan garuda dari bangsa sama tetapi kaum yang berpecah dan bermusuh. Kitab Mahabharata menyokong pendapat ketiga ini yang menggambarkan bahawa Suparna dan Naga ini berasal dari dua saudara perempuan yang bermadu dan berkongsi suami. Garuda adalah wahana kepada dewa Vishnu Narayana.

Naga

Naga dikatakan sejenis kaum yang memuja ular dan haiwan reptilia. Mereka tersebar di serata kawasan tamadun veda dan juga di bahagian Asia Tenggara. Dalam sastram Hindu, digambarkan bahawa mereka ini adalah ular. Sangat panjang sekali keterangan tentang mereka. Nanti sahaja kita cerita2. Dalam gambaran orang Hindu kamu boleh melihat, ada ular tedung di sekeliling leher dewa Siva Maheswara. Ada juga gambaran ular menjadi alas baring dewa Vishnu Narayana. Ada juga ular menjadi payung kepada Buddha Gautama. Benda ini semua ada metafora dan makna bukan semata2 gambar sahaja. Umumnya, bangsa Naga ini dikelaskan sebagai golongan kesatria menurut tamadun kitab veda dan mereka mempunyai kerajaan sejak zaman sebelum Christ lagi.

Vanara

Vanara adalah sejenis kaum yang tinggal dalam hutan belantara. Semasa zaman Ramayana, bahagian tengah benua India diselubungi hutan tebal dikenali dengan nama Hutan Dandaka. Setengah kaum ini tinggal di dalam hutan tebal ini. Kishkindha merupakan kubu kuat mereka. Ia terletak dekat dengan sungai Tungabhadra dalam wilayah Karnataka sekarang. Dalam sastra Ramayana, mereka digambarkan berupa seperti beruk atau monyet. Mungkin jenis manusia yang ini yang dikatakan oleh teori Darwin sebagai manusia evolusi sebab di pulau Jawa pun ada jenis manusia Homo Erektus yang berbeza dengan Homo Sapien. Tokoh kaum vanara terkenal dari Ramayana adalah seperti Hanuman. Pulau Andaman pun mendapat nama sempena nama beliau.  

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2012 10:26 PM | Show all posts
Dewa

Dalam Hinduisme zaman moden, ini merujuk kepada makhluk ghaib yang baik hati. Kalau yang perempuan kita sebut sebagai dewi. Dalam bahasa Melayu pun ada menunjukkan perkataan ini pernah digunakan suatu ketika dulu. Nama lain makhluk ini adalah sura. Ia berlawanan dengan asura. Asura ini saudara tiri dengan dewa2. Dewa2 juga adalah penjaga2 di alam2 seperti yang diperintah oleh Trimurti. Maksud dewa adalah sinaran cahaya seperti cerahnya siang.

Dalam veda2 terdapat mantra2 yang menyenangkan para dewa. Mantra dibacakan bagi menyeru dewa supaya memberkati kita. Rigveda menyebut sampai 33 orang dewa. Setengah dewa ini mewakili kuasa alam dan juga mewakili nilai2 moral. Dalam Rigveda, dewa utama yang disebut dalam mantra adalah dewa Indra, dewa Agni dan Soma. Agni dan Soma mewakili wahana pengorbanan atau yagna. Selepas zaman Rigveda, seloka pembukaannya menggambarkan bahawa terdapat hierarki kedudukan dewa2. Banyak dewa2 ini dipuja dan ditabik bersama sebagai vishvadeva. Dewa misalnya Varunn pun mempunyai pengelasan lain pula misalnya sebagai Asura. Savitra, Vishnu dan Rudra adalah separa Tuhan (demi-God). Rudra kemudian berubah panggilan menjadi Siva. Prajapatti (Brahma) dan dewi2 seperti Ushas Pertiwi dan Saraswati semua pun jenis separa Tuhan. Iswara adalah satu2 Nya Tuhan. Untuk pemujaan kepada Iswara, ia menurut kepada jenis aliran pemikiran Hindu. Kalau aliran Mayavada, mereka memuja Iswara melalui Ishta Dewata. Jadi kalau kamu hendak tahu bagaimana Tuhan dipuja menurut Hinduisme, kamu kena tahu aliran2 pemikiran apa yang ada dalam Hinduisme. Iswara ini maksud kasarnya adalah lebih kurang Agong. Tapi Ia adalah Agong kepada para dewa dan dewi. Untuk Asia Tenggara, tak kira sama ada Hinduisme yang memang asal dari negara bangsa Hindu di benua India atau pun India Timur (Indonesia dan lain2 negara), mereka cenderung kepada istilah Maheswara yang merujuk kepada dewa Siva.

Ini khusus untuk prinsip Brahman dalam Hinduisme. Ini adalah bentuk asas Hinduisme, tetapi kebanyakan penganut agama Hindu kurang memuja bentuk2 peribadi Tuhan misalnya Vishnu, Sri Krishna, Siva, Sri Rama atau Dewi. Setengah orang HIndu lagi memuja bentuk2 peribadi ini untuk sebab2 yang praktikal! Sebabnya, mudah untuk mengumpulkan kebaktian kepada bentuk peribadi jika dibandingkan dengan memuja terus kepada bentuk yang prinsipal dan abstrak seperti Brahman. Setengah penganut Hinduisme lain percaya kepada rupa peribadi yang mereka puja sebagai bentuk Brahman Yang Agung. Bentuk Brahman Yang Agung tak berupa atau Nirguna Brahman kurang sempurna aspek peribadinya dan tahap peningkatan kefahaman agama seseorang itu berbeza. Maka dalam Hinduisme, non-Hindu tak berhak pukul rata lah kecuali kalau sudah menganut agama Hindu "secara sepenuhnya" dan bukan ikut adat2 saja kemudian ceritakan. Kitab suci Hindu tidak sahaja mempamer prinsip2 yang abstrak atau konsep, tapi juga memaparkan makhluk peribadi yang menggambarkan ciri2 Tuhan dan difahami pula dengan cara berbeza menurut aliran2 Hinduisme yang berbeza.

Kembali semula kepada kaum dewa2, kebanyakan orang Hindu memanggil dewa2 ini sebagai "sinaran cahaya bergemerlapan dan abadi, tidak pernah tidur dan berkelipan". Maksudnya memuja dan tabik kepada dewa2 adalah tabik hormat kepada alam semesta dan kuasa2 alam dan kehidupan yang asas. Dewa2 yang mewakili unsur alam adalah seperti dewa Varuna (planet Jupiter), dewa Mitra (planet Venus) dan dewa Savitri (bulan).

Kalau kamu nak tengok cognate Hindu civilization dengan civilization Mesopotamia dan Babylon di Middle East, mereka yang tabik hormat kepada unsur alam di Middle East dikenali sebagai orang Sabian. Mereka selalunya mandi sebelum membuat pemujaan dengan menyelam dalam sungai2. Mereka memuja dan menyeru kepada dewa2 atau unsur cahaya dalam alam. Mereka mengelaskan dewa2 mereka sebagai kehidupan pertama sampai kehidupan keempat. Nanti mereka akan menyeru dewa2 yang menjelmakan dewa2 seterusnya. Di Yemen pun ada pemujaan kepada matahari oleh orang Arab purba yang non-Jews, mereka membina kuil2 untuk matahari dan menggelarnya sebagai Tiang Matahari.  

Nanti kita melihat pula kaum Asura dan Daitya.     

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 08:29 PM | Show all posts
Asura

Asura maksudnya bukan Sura atau bukan dewa lah. Tapi ia dianggap sebagai makhluk berkuasa yang berada dalam alam semulajadi. Istilah Daitya dan Danava merujuk kepada puak2 yang ada dalam bangsa ini. Asura biasanya berlawanan dengan dewa2. Dalam senarai dewa2 orang Greek, makhluk yang cognate dengan asura ni adalah titan.

Asura berasal dari keturunan Maharesi Kasyapa. Dalam keterangan kitab veda, para asura dan dewa merupakan dewa2 yang selalu bersaing sesama sendiri yang kadang2 memegang peranan dewa dan asura pada masa yang sama. Kalau nak faham benda ni, kamu kena lah membaca banyak sedikit pasal kisah2 tokoh dalam purana dan lain2 kitab suci Hindu.

Umumnya, dalam Rigveda, dijelaskan bahawa Asura bertanggungjawab atas fenomena2 moral dan kemasyarakatan. Antara para asura adalah seperti Varuna yang menjadi penjaga Arta dan Aryaman yang menjadi penjaga perkahwinan. Dewa pula bertanggungjawab terhadap fenomena semulajadi. Antara dewa macam ushas (subuh) dan Indra, ketua dewa2. Walau bagaimanapun, menjelang catatan kitab Brahmana, sifat kaum Asura mula digambarkan menjadi negatif.  

Dalam teks2 purana dan itihasa (sejarah), dewa2 adalah makhluk yang baik manakala asura adalah makhluk jahat. Menurut Bhagavadgitam (16.6), semua makhluk dalam alam semesta mempunyai sama ada nilai ketuhanan (daivi sampad) atau pun nilai kebendaan (asuri sampad). Asuri sampad ini merujuk kepada takbur, sombong, riyak, kejahilan, kasar, pemarah, perengus dan sebagainya.

Asura menurut Buddhisme

Yang ni aku letak juga lah sebab aku sampai sekarang pun anggap Buddhisme sebagai sub-tradition Hinduisme. Kalau ada tak setuju tu, aku tak kisah pun setiap orang mempunyai pendapat tersendiri. Nanti aku tak payah taip lagi terus paste saja dalam board buddhisme, haha.

Jadi, dewa2 dalam kamadhatu (alam nafsu) tertakluk kepada keterikatan kepada duniawi sehingga tahap tertentu, asura pula berada dalam kategori ketagih kepada duniawi dan mereka bersifat krodham (pemarah), takbur, suka berlagak dan suka bertelagah dan suka berperang. Disebabkan oleh nafsu makhluk yang ini, maka kelahiran sebagai asura dikira sebagai satu daripada empat kelahiran yang tak menyenangkan. Tiga yang lain adalah binatang, pettam (hantu), dan makhluk dalam neraka. Keadaan seorang Asura ini digambarkan oleh tahap mental seorang manusia yang begitu gila dengan kuasa dan keganasan seperti yang kamu lihat di Middle East, di Afghanistan dan di setengah2 kawasan di Pakistan dan India. Sentiasa saja ada alasan untuk berperang, bertelagah, mengamuk dan menggila dengan setiap orang. Tak mampu bertenang atau menyelesaikan masalah dengan tenang dan aman. So, kamu judge sendiri diri kamu. Adakah kamu mempunyai ciri2 seorang asura?

Dari segi kekuasaan, para asura menduduki tempat di atas manusia, tapi di bawah dewa2 lain. Mereka ini tinggal di kaki gunung Sumeru, dan sekurang2nya setengah berada dalam laut yang mengelilingi gunung Sumeru. Dalam gambaran alam semesta Bhavachakra, asura ditunjukkan sebagai kewujudan tahap keenam dan kadang2 dikelaskan sekali dengan dewa2. Yang asalnya ada lima sahaja tahap, tapi tahap keenam ditambah oleh seorang lama dari Tibet sekitar abad ke-14 M.   

Ketua segala asura dipanggil asurinda. Asura ada banyak jenis puak dan pecahan. Ada yang bermuka brutal dipanggil kalakanchakas dan ada pula yang jenis memanah dipanggil danaveghasa. Yang terutama dalam pemuka2 asura adalah vepacittin, rahu dan paharada.  

Pandangan Umum tentang Asura

Ramai orang pasti ingat bahawa dewa2 tak suka dengan Asura. Sebenarnya ini salah. Dewa2 dan Asura berasal dari keturunan yang sama iaitu dari Maharesi Kasyapa. Trimurti memandang dewa dan asura sama sahaja. Tapi disebabkan dewa2 berada di pihak dharmma, manakala asura di pihak adharamm maka trimurti melebihkan para dewa dan tak menyokong asura. Trimurti tidak benci dengan bangsa asura atau sesiapa, sebab trimurti yang mencetuskan asura.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2012 08:45 PM | Show all posts
Baiklah, nanti kita akan membincangkan serba sedikit tentang keturunan2 kaum kesatria. Kesatria ini ada banyak peringkat pula iaitu kelompok raja2, menteri2, pentadbir istana dan kerajaan, askar, pahlawan, atau dalam bahasa Inggeris lebih kurangnya kamu sebut sebagai knights.

Ada tiga dinasti yang terutama dalam kelompok warna kesatria ini:

1. Suryavanshi
2. Chandravanshi
3. Agnivanshi
4. Ada juga tambahan yang keempat iaitu Nagavanshi.

Boleh dikatakan hampir semua dinasti2 kemaharajaan Hindu di India purba mempunyai hubungan dengan empat dinasti ini. Sekarang ni, India yang ada bukanlah India yang penuh. India Raya sebenarnya merangkumi kawasan dari sempadan Iran (Afghanistan) sampai ke Asia Tenggara termasuk kepulauan Indonesia, Tanah Besar Asia Tenggara memanjang sampai ke sempadan di Nepal, Tibet, dan Bangladesh. Kefahaman mengenai tamadun Hindu sebenarnya diharapkan membawa kepada penyatuan semua kawasan yang pernah berada di bawah pengaruh tamadun dewa2 Hindu dan kitab Veda kembali menjadi satu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.369294 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list