View: 3102|Reply: 0
|
Demam & jangkitan Kuman Ketika Dalam "Pantang"
[Copy link]
|
|
“Postpartumfever “atau demam ketika dalam pantang serta rasa sakit selama berpantangselalunya disebabkan oleh jangkitan kuman yang berlaku ketika proses kelahiran samaada kelahiran normal melalui faraj (vaginal delivery) atau secara pembedahanCesarean. Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini adakalanya merbahaya jika ia adalahsebahagian dari kesan komplikasi proses melahirkan anak. “Postpartum Fever “merujuk kepada suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh10 hari selepas melahirkan bayi. Demam sebegini biasanya berlaku dalam masa 24jam selepas wanita selepas bersalin pulang berehat di rumah.
Bagi wanita yang tinggal di kawasan pedalaman yang jauhdari klinik kesihatan, demam semasa dalam pantang ini boleh memudaratkansehingga boleh membawa maut jika terdapatkelewatan mendapatkan rawatan berbanding mereka yang tinggal dibandar besar yang mudah mendapatkanrawatan segera..
Walaupun proseskelahiran bayi adalah proses fisiologi yang normal, namun kecederaan fizikal masihtetap berlaku dan selalunya akan berlaku koyakan di sepanjang saluran kelahiranbayi, sama ada di pangkal rahim (cervix) atau di faraj terutama apabila bayiyang dilahirkan bersais lebih besar dari yang dijangkakan.
Kebanyakan kes-kes jangkitan kuman hanya dapat dikesanselepas seseorang wanita itu berehat di rumah. Dalam satu kajian yang dilakukandi UK, mendapati 94% dari kes jangkitan kuman ini didiagnosa selepas wanitadibenarkan keluar dari hospital.
JangkitanKuman Pada Luka
Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jikajahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown dan biasanyadisebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.Masalah pada lukaini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjangseperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiapwanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kumanpada luka di kemaluan.
Bagi kes-kes cesarean pula luka pembedahan bolehdijangkiti kuman dan menyebabkantakungan nanah atau abcess. Rasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannyakemerahan. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatansecara dressing perlu dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untukdimakan.
JangkitanKuman Pada rahim
Majoriti kes-kes jangkitan kuman disebabkan oleh lukapada saluran sistem peranakan, sama ada di dalam rahim, pangkal rahim (cervix),faraj dan kulit sekitarnya.Jangkitan kuman pada lapisan endometrium dalam rahim(endometritis) selalunya menyebabkan sakit di bahagian abdomen dan bahagianari-ari yang semakin hari semakin kuat. Walaupun ianya jarang berlaku namun masihboleh berlaku apabila terdapat sisa uri yang tertinggal dalam rahim.
Dalam hal ini, selain demam dan sakit di bahagian abdomenianya juga mengeluarkan darah nifas yang berketul-ketul, berbau busuk sertatidak kering walaupun telah menghampiri tempoh tamat nifas.
JangkitanKuman Pada Pundi Air Kencing
Jangkitan kuman pada pundi air kencing juga seringdialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan danbertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundiair kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkalatercedera.
Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing yangmungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini juga boleh menyebabkan jangkitankuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, kekerapan membuang air kecil tetapisedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih.
Nasihat saya bagi wanita selepas bersalin agar mendapat rehat secukupnya, memperbanyakkan minumair dan menjaga diet pemakanan.Jikaterdapat sebarang tanda ketidakselesaanpada tubuh atau rasa demam haruslah segera berjumpa dengan doktor agar puncademam dapat dikesan segera dan diberikan rawatan yang bersesuaian.
Artikel ini dan banyak lagi artikel2 yg bermanfaat boleh dibaca di http://www.klinikkeputihan.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|