CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 7-2-2013 02:42 PM | Show all posts
BAB 52

        DAHLIA meraba – raba kakinya yang sakit. Terasa berdenyut – denyut sahaja. Dia cuba memicit – micit kakinya bagi mengurangkan rasa sakit.

Dia mencapai telefon.

“Hello” malas sahaja bunyi suara itu.

“Awak...”

Haidar bingkas bangun bila mendengar suara Dahlia.

“Sebelah bilik pun nak telefon ke?” tanya Haidar pelik.

“Kaki saya sakitlah awak. Berdenyut – denyut. Tak tahan la rasanya. Tak larat nak jalan pergi bilik awak.”

“Tunggu kejap.”

Tak sampai beberapa saat Haidar sudah tercegat dihadapan Dahlia. Risau pula dia. Dia duduk diatas katil. Kaki Dahlia diperiksa. Kelihatan semakin membengkak.

“Tadi saya ajak pergi klinik, awak tak mahu.” Bebel Haidar. Minyak angin dicapai dan disapu dikaki Dahlia. Dia memicit perlahan kaki Dahlia. Dahlia membiarkan sahaja Haidar mengurut kakinya. Terasa sedikit lega.

“Tadi tak sakit. Agaknya salah tidur kot.”

“Tulah tidur ganas sangat.”

Dahlia hanya mendiamkan dirinya. Selesai mengurut kaki Dahlia, dia membalut bandage pula. Dia bangun. Mahu menyambung tidurnya. Seketika matanya membulat.

“Dahlia, kenapa bilik bersepah ni?” tanya Haidar sambil mencekak pinggangnya.

Haidar memerhatikan sekeliling bilik. Ada baju yang bersepah dilantai dan disangkut merata - rata. Handbag yang hanya dicampak diatas meja. Almari baju yang tidak bertutup.

Dahlia hanya terkebil – kebil.

Haidar menggelengkan kepalanya. Baju yang bergantungan dan bersepah dilantai dikutip dan dimasukkan kedalam bakul baju kotor. Termasuk pakaian dalam sekali. Merah muka Dahlia menahan malu. Tetapi Haidar buat muka tak kisah sahaja. Biasa tengok. Apa nak kisah. Pintu almari ditutup. Beberapa buah majalah yang bersepah juga dikutip dan disusun elok oleh Haidar.

“Anak dara apalah ni, pengotor sangat” bebel Haidar.

Anak dara apanya, aku kan dah kawin. Eh, tapi aku kan betul disentuh mestilah dara lagi. Dahlia tersengih sendiri.

“Tengok tu orang marah – marah dia boleh senyum lagi.”

“Sorrylah awak, saya tak sempat nak kemas. Balik kerja penat sangat.”

“Dahlia sayang, setakat nak masukkan baju kotor dalam bakul dengan tutup almari tu bukan kerja berat pun.” Haidar menggeleng.

“Ya, mulai esok saya akan pastikan pintu almari ditutup, baju masuk bakul, bilik pun kemas.” Janji Dahlia. Tangannya diangkat seperti berikrar sahaja.

“Jangan cakap je, mesti buat. Mulai sekarang tiap – tiap minggu saya akan cek bilik awak.”

“Eh, mana boleh.” Protes Dahlia.

“Kenapa tak boleh.”

“Ini bilik saya.”

“Tapi ini rumah saya.”

“Errr...” sudahnya Dahlia hanya mampu memuncungkan bibirnya.

“Dah jangan nak juih – juih. Ingat cantik sangat ke?”

“Dah la malas layan awak.” Dahlia terus baring dan menarik selimut hingga ke kepala. Haidar hanya tersenyum sahaja.

“Night.” Ucap Haidar. Tiada reaksi dari Dahlia. Haidar menutup lampu. Pintu ditutup perlahan.

“Night.” Balas Dahlia setelah yakin Haidar sudah keluar dai bilik. Matanya terasa semakin berat. Akhirnya bunyi dengkuran halus memenuhi suasana bilik yang sunyi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 03:04 PM | Show all posts
Happy besday Kikuri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 03:15 PM | Show all posts
redsentra posted on 7-2-2013 03:04 PM
Happy besday Kikuri....

mekasih
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 04:36 PM | Show all posts
hAPPy Birthday KIKURI....semoga success selalu dan tambah2 la pages selalu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 04:45 PM | Show all posts
suria74 posted on 7-2-2013 04:36 PM
hAPPy Birthday KIKURI....semoga success selalu dan tambah2 la pages selalu... {:1_ ...

mekasih...doa2lah semoga idea iols menulis mencurah2....tgh stuck nih pasal tade idea...plus keja byk plop
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 04:57 PM | Show all posts
Birthday kikuri ke???
Happy Birthday kikuri.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2013 10:53 AM | Show all posts
selamat ulang tahun kelahiran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hepi besday kikuri..dh tjatuh centa dgn crita kikuri ni..x sbr nak tunggu sambungan crita neh..bravo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2013 02:50 PM | Show all posts
ai..uols....arini ade sambungan ye...sori ye...kalo cuti iols jarang online pakai laptop
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 02:51 PM | Show all posts
BAB 53

        DAHLIA memakai jaketnya. Rambutnya yang panjang diikat satu. Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia keluar dari bilik dengan berdengkut – dengkut.

Haidar yang sedang menghirup kopi hanya memerhatikan sahaja wajah Dahlia yang kelihatan bersahaja itu. Dahlia menuang kopi kedalam mug. Gembira hari ini tiada susu. Naik muak juga jika setiap pagi minum susu.

Dia mencedok juga pasta yang dibuat Haidar. Bagus juga kahwin dengan lelaki seperti Haidar. Serba – serbi pandai. Pandai jahit baju, pandai memasak, pandai mengemas. Pasta dimakan dengan penuh nikmat.

“Sedap.” Puji Dahlia.

“Tengoklah siapa yang masak.”

Dahlia mencebik. Pantang dipuji.

“Cantik – cantik ni kenapa? Duduk rumah tak payahlah nak cantik – cantik sangat.”

Haidar memerhatikan pakaian Dahlia. Dia sudah pandai bergaya sekarang. Dahlia memakai skinny jeans berwarna hijau pastel, dipadankan dengan blaus kolar bulat berwarna mustard dan jaket singkat.

“Siapa kata nak duduk rumah.”

“Habis tu nak kemana?” Takkan nak pergi pejabat ranggi macam ni. Lagipun semalam Dahlia beritahu dia dapat cuti hari ini.

        “Nak ikut awak pergi butiklah.”

        “Siapa nak bawak awak pergi sana.”

“Tak kira nak ikut juga.” Bentak Dahlia.

“Awak tu kaki sakit. Duduk diam – diam dekat rumah dah la.”

“Taknak. Nanti mati kering saya sebab bosan.” Jawab Dahlia.

Boleh mati kering sebab bosan ke. Ada – ada sahaja alasan Dahlia.

“Kaki tu...”

“Saya tahulah jaga diri. Saya janji saya tak buat kacau. Saya duduk diam – diam aje. Bolehlah. At least kat butik saya boleh borak dengan Nana, dengan Jamie, dengan Kenny. Boleh ya?.” Pujuk Dahlia sambil membuat muka manja.

“Ikut suka awak. Hari ini saya sibuk. Kalau sakit pandai – pandai sendiri.”

Dahlia tersengih.

“Ok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 02:51 PM | Show all posts
BAB 54

QISTINA mengelap rambutnya yang basah. Lelaki separuh umur yang hanya dikenali sebagai Datuk N ini sedang tidur nyenyak diatas katilnya. Letih agaknya. Semalam mereka beraksi sehingga lewat pagi. Walaupun lelaki ini sudah layak mempunyai cucu tetapi masih gagah lagi. Qistina tersenyum puas.

Rambut Datuk N dibelai lembut. Qistina tidak jelas siapa lelaki ini. Datuk N juga tidak pernah memberikan nombor telefonnya. Hanya dia sahaja yang akan menelefon Qistina jika mahukan Qistina bersamanya. Qistina tidak kisah, janji poketnya tebal selepas melayan lelaki itu.

Datuk N terjaga dari tidurnya yang pulas. Qistina tersenyum gedik.

“Morning Darling.” Tegur Qistina.

“Morning.” Serak sahaja suara Datuk N.

“I ganggu lena you ke?” tanya Qistina manja.

“Tak.” Lelaki itu merangkul Qistina yang hanya berkemban tuala sahaja. Nafsunya bergelora melihat tubuh gebu milik Qistina.

Qistina terlentok manja didada lelaki itu. Jarinya bermain – main didada Datuk N.

“Darling i have something for You.”

Qistina tersenyum lebar. Tahu dia akan mendapat habuan. Datuk N mencapai seluarnya yang bersepah dilantai. Dompet dikeluarkan dari poket. Sekeping kad dikeluarkan dan ditayang – tayang dihadapan Qistina.

Qistina menyeringai. Gembira melihat kad kredit yang ditayangkan dihadapannya.
“Ini untuk You. You boleh guna untuk berbelanja. Ikut suka You. Tapi kad ni ada limit. You boleh ber’shopping sampai lima ribu ringgit. Bagi I jumlah tu cukup besar untuk You.”

Qistina tersenyum manja. Lima ribu pun bolehlah. Siapa yang nak bagi. Sekurang – kurangnya dia tidak perlu mengeluarkan duitnya jika mahu membeli belah.

“I tak kisah asalkan You ikhlas.” Qistina mengambil kad itu tetapi Datuk N menarik kembali. Qistina pelik.

“Tapi sebelum tu..” Tangan Datuk N sudah meraba – raba peha Qistina. Qistina menggeliat kegelian.

“Ala, Darling. I baru mandi je.” Rengek Qistina. Datuk N tidak peduli. Tangannya meraba – raba lagi membuatkan Qistina kelemasan. Akhirnya Qistina tewas dalam dakapan Datuk N.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:57 PM | Show all posts
haila kikuri... awat cet pi stop part qistina ni...sambung part haidar & dahlia kat butik... baca part jamie pun best dari qistina ekekekekek

neway.. tq atas sambungan ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:58 PM | Show all posts
ala kikuri....sikit sgt entry nih....heheheehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 03:05 PM | Show all posts
Nak lagi boleh tak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 03:07 PM | Show all posts
redsentra posted on 13-2-2013 02:57 PM
haila kikuri... awat cet pi stop part qistina ni...sambung part haidar & dahlia kat butik... baca pa ...

qistina watak penting dlmcita ni...beselah..klise...mesti ada pompuan gedik + bitchy gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 03:10 PM | Show all posts
jap ye uols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2013 03:13 PM | Show all posts
BAB 55

MIRA terburu – buru mengikuti belakang Dahlia. Ada beberapa perkara yang mahu dimaklumkan kepada Dahlia. Dahlia duduk dikerusi empuknya perlahan. Kakinya masih terasa sakit lagi. Dia meletakkan bekalnya diatas meja. Haidar telah membekalkan Dahlia dengan nasi goreng cina. Dia tidak mahu Dahlia keluar bersarapan kerana kaki Dahlia belum pulih sepenuhnya.

“Ada apa – apa yang saya tertinggal ke Mira.?” Tanya Dahlia. Mira yang bercermin mata besar dan tebal itu membelek diarinya. Sekali pandang sudah seperti pelakon Eira Syazira dalam drama ku milikkmu itu.

“Pukul sepuluh nanti ada meeting. Tengku Nazri nak bangunkan tanah dia dekat Cameron Highland nak buat resort katanya. So, pagi ni nak buat meeting berkenaan projek nilah.” Terang Mira sambil membetulkan cermin mata yang melorot sedikit kebawah.

“Lagi?”

“Semalam kita dapat panggilan dari pihak perunding perancang bandar, cakap projek perumahan kos rendah dekat Bentong dah lulus. Tapi Tengku Muaz belum buat tindakan apa – apa lagi, sebab pelan pre-comp dari pihak town planner kita tak dapat lagi.”

Dahlia mengangguk. Dia mengetahui projek di Bentong melalui fail – fail yang telah dia semak ketika masuk kerja minggu lepas. Lepas ni pasti dia perlu bekerja keras bagi memahami merja – kerja yang akan dilaksanakan.

“Itu aje lah Puan. Saya keluar dulu.”

“Awak dah sarapan?”

“Belum.”

“Jom sarapan sekali dengan saya. Saya ada bawa nasi goreng lebih ni. boleh kita kongsi.” Pelawa Dahlia.

Mira tersengih. “Boleh.” Jimat duit belanja makan pagi hari ini.

Mereka sama – sama menuju ke pantry.

Dahlia menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Mira. Mira menyuap dengan gelojoh. Baunya sudah membangkitkan selera.

“Sedapnya puan.” Puji Mira dengan mulut penuh dengan nasi.

“Sempat lagi puan goreng nasi?”

“Bukan saya, tapi suami saya. Dia memang pandai masak.”

Melopong mulut Mira.

“Ye ke puan. Sedap husband puan masak. Saya suka lelaki pandai masak. Yelah nanti dia boleh masak jugak. Asyik kita perempuan aja kena masak pun tak aci juga.”

Dahlia tersenyum bangga. Diakui Haidar memang pandai memasak.

“Makan apa tu?” tegur satu suara. Serentak pandangan Dahlia dan Mira beralih ke pintu pantry.

“Sedapnya bau.” Sambung Tengku Muaz lagi.

“Tengku nak, ada lagi ni, saya memang bawa lebih.” Pelawa Dahlia ikhlas.

“Boleh juga saya pun belum bersarapan.” Kata Tengku Muaz seraya duduk disebelah Mira. Mira tersengih kegatalan. Tak sangka Tengku Muaz duduk disebelahnya. Aroma minyak wangi Tengku Muaz hampir membuatkan Mira pengsan.

Dahlia mencapai pinggan yang hanya terletaa dibelakangnya. Nasi disenduk.

“Sedap tak Tengku, suami Puan Dahlia yang masak.” Mira terlebih peramah.

Hampir tersembur nasi yang berada didalam mulutnya. Haidar ke yang masak, baru nak rasa bahagia sebab dapat rasa makanan Dahlia.

“Sedap.” Perlahan jawapan Tengku Muaz.

Mereka makan dengan penuh selera kecuali Tengku Muaz. Sesekali wajah comel Dahlia dipandang.

“Macam mana kaki awak?” tanya Tengku Muaz setelah lama mereka menyepi.

“Alhamdulillah. Dah lega sikit.”

“Kejap lagi kita ada meeting. Rasanya Dahlia dah tahu kan?”

Dahlia mengangguk.

Suasana sepi. Hanya Mira sahaja yang menjadi pemerhati. Hatinya kuat menyatakan Tengku Muaz menyimpan perasaan kepada Dahlia. Mira hanya mampu bersimpati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 03:13 PM | Show all posts
BAB 56

        MESYUARAT berjalan dengan lancar. Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk tarikh untuk lawatan tapak bagi persediaan awal. Dahlia antara yang ditugaskan untuk ketapak bagi melihat dari sudut kejuruteraan. Cuma tarikhnya belum dipastikan lagi.

        Telefon bimbit ditangan bergetar. Semasa mesyuarat telefon bimbitnya berada dalam mood senyap.

“Hello..”

“Saya kat bawah. Cepat turun kita lunch sama – sama.”

Talian dimatikan

Dahlia termangu – mangu. Kalau ya pun nak cepat bagilah salam dulu. Dia bergegas masuk ke bilik mengambil tas tangannya dan terus menuju ke arah lif. Kalau lewat makanya dari pejabat sampai ke tempat makan Haidar membebel.

Tengku Muaz terjenguk – jenguk kebilik Dahlia. Kelibat Dahlia tidak kelihatan.

“Tengku, Tengku cari Puan Dahlia ke?” tanya Mira yang nampak Tengku Muaz terintai – intai bilik Dahlia.

Tengku Muaz terperanjat dengan sergahan Mira. Dia malu sendiri.

“Dia kemana?” tanya Tengku Muaz dengan nada macho.

“Dia lunch dengan husband dia.”

“Oh.” Terus Tengku Muaz berlalu. Kecewa.

“Kasihan. Kenapa tak mengorat aku je. Aku pun single lagi.” Mira mengeluh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 03:14 PM | Show all posts
“Kita makan kat depan tu jelah.” Dahlia menunjukkan warung yang terletak berhampiran pejabatnya.

“Eiii, taknaklah. Kotor.” Jawab Haidar.

“Mana ada kotor. Makanan dia sedap. Asam pedas dia, sedap gila. Hingga menjilat jari.”

“Panaslah.” Haidar memberikan alasan.

“Alah, jomlah. Awak tak cuba mana tahu. Lagipun saya malas nak pergi makan jauh – jauh. Saya ada banyak kerja nak buat.” Dahlia menarik tangan Haidar.

Haidar membuat muka. Manakala Dahlia hanya tersenyum nakal.

“Yalah, yalah. Kalau saya kena taun siap awak.” Haidar memberikan amarannya. Dia keluar dari kereta. Dahlia senyum kemenangan.

Kena taun? Merepek sahaja Haidar. Selama ni dia makan dekat warung tu elok aja. Siap sendawa lima enam kali lagi.

Haidar memegang erat tangan Dahlia ketika mereka melintas jalan. Tanda prihatin kerana kaki Dahlia masuk belum pulih sepenuhnya. Mereka duduk dimeja yang kosong dan tersorok sedikit.

“Awak nak makan apa. Kena ceduk sendiri. Saya boleh pilih lauk.”

“Suka hati awaklah.”

Malas Haidar mahu membuat keputusan. Makan diwarung bukan kegemarannya.

Dahlia menghidangkan lauk asam pedas pari, sayur campur, dan telur masin serta sambal belacan. Kecut air liurnya melihat asam pedas yang sungguh menawan hati itu.

“Makanlah.” Pelawa Dahlia. Dia menyuap makanan dengan penuh berselera.

Haidar berasa tekaknya kembang. Dengan keadaan warung yang agak tidak terurus menyebabkan dia tiada selera untuk makan.

Dia mencedok kuah asam pedas kedalam pinggan nasi. Dia menyuap dan mengunyah perlahan. Satu...dua...tiga suapan dan suapannya semakin laju. Dahlia tersenyum. Baru Haidar tahu penangan asam pedas Mak Bedah. Berpeluh dahi Haidar.

Dahlia sendawa kecil. Teh ais digekas dikacau – kacau perlahan. Haidar sudah menyandar kekenyangan.

“Amacam? Sedap? “ tanya Dahlia. Dia memerhatikan wajah Haidar sudah kemerahan.

Haidar mengangguk. Mengakuinya. Tak sangka makanan dekat warung pun sedap juga.

“Saya dah cakap awak taknak percaya.” Dahlia tersengih nakal.

Haidar menjuihkan bibirnya.

“Macam manalah awak boleh makan dekat tempat panas macam ni.”

“Sedap punya pasal, panas pun saya sanggup.”

“Lepas ni awak belajar dekat makcik kedai ni cara buat asam pedas. Nanti dekat rumah awak boleh masak.” Kata Haidar sambil menyedut air tembikai.
“Huh, tak kuasalah. Ingat senang – senang makcik ni nak bagi.”

“Kalau macam tu, awak belajar dengan mama, mama pun pandai juga buat asam pedas.”

Dahlia terkenangkan ibu mertuanya. Serasanya sudah lama dia tidak kerumah mertuanya.

“Lamanya tak jumpa mama.”

“Nak jumpa mama ke?”

“Haah. Rindu.” Dahlia terkenangkan budi baik ibu mertuanya. Kasih sayang Puan Kalsom membuatkan Dahlia terharu.

“Kalau macam tu petang ni kita kesana.” Haidar mengibas – ngibaskan bajunya. Bahang panas terasa menyebabkan dia berpeluh. Sungguh tidak selesa.

“Jomlah awak. Panaslah. Nanti kulit saya naik ruam.” Haidar mengelurkan dompetnya dan mengelurkan not RM50.

“Suruh makcik tu simpan baki. Sebab asam pedasnya sedap.”

Dahlia mengambil duit itu dan menuju ke kaunter. Terhincut – hincut dia berjalan. Tak apa, janji perut kenyang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 03:44 PM | Show all posts
Baiknya Haidar sebab sedap je terus bagi tip mahal kat Mak Bedah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.111410 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list