CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
Post time 7-3-2013 08:03 AM | Show all posts
sweet and soo comel.. arghhhh geram.. hehehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 10:22 AM | Show all posts
Bestnya cerita ni....harap2 Ada sambungan hari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:53 AM | Show all posts
lamanya....masih tiada sambungan ke....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 02:13 PM | Show all posts
Adusss..lamanya kena tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2013 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan x sambung lg????!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 01:13 PM | Show all posts
sorry uols lama tak sambung....bz...cerita ni pon tergantung je...minggu depan insyaAllah akan free...saya akan sambung bab yang tergantung...untuk sementara saya bg beberapa bab yg baru dpt update
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2013 01:13 PM | Show all posts
BAB 60

        Haidar tersengih – sengih. Duduknya sopan. Seperti dara yang hendak dipinang sahaja. Sesekali matanya menjeling kearah dapur. Mana Dahlia ni, kenapa lambat. Aku dah nak terbakar kena jelingan maut ni.

        “Kamu sihat?” Suara garau itu bergema.

“Si..sihat Paklong.” Haidar tersengih – sengih lagi.

“Ada kamu jaga Dahlia elok – elok?” tanya suara itu lagi.

“Ish, abang ni.” Mak Kalsom menyinggung siku Pak Samad.

“Aku nak tahu je, Dahlia tu satu – satunya darah daging aku yang ada. Buatnya dia tak makan, jatuh sakit. Kita tak tahu.”

“Dahlia sihatlah Paklong. Haidar jaga Dahlia lebih dari sepatutnya.” Jawab Dahlia tiba – tiba.

Melihat kedatangan Dahlia, Haidar menjadi lega.

Dahlia menghidangkan air teh dan sepiring kek coklat. Dia duduk disebelah Haidar.

“Baguslah kalau macam tu.”

“Jemput minum Paklong. Lepas ni saya tunjukkan bilik. Mesti Paklong dengan Maklong dah penat. Bolehlah berehat – rehat sementara kita pergi makan malam.” Pelawa Haidar penuh sopan.
“Kita nak makan kemana? Kenapa tak masak kat rumah je.” Tanya Pak Samad.

“Mama ajak makan malam dirumah. Katanya lama tak jumpa besan.”

“Paklong ingatkan Dahlia tak memasak. Dahlia sejak kahwin rajin masak tak?” Pak Samad mencapai cawan dan menghirup teh panas. Terasa lega. Penat naik bas masih terasa.

“Masaklah Paklong.” Dahlia mencebik.

“Manalah tahu, kamu malas masak. tak pasal – pasal Haidar kena makan luar.” Bebel Pak Samad.

Haidar tersengih. Memang Dahlia rajin memasak. Masakan Dahlia juga sedap. Tapi Dahlia malas membuatkan sarapan. Asyik – asyik dia yang bangun pagi buatkan sarapan. Kalau harapkan Dahlia, teguk air kosong sahaja buat alas perut.

Kalau makan malam Dahlia rajin memasak, walau penat macam mana pun.

“Paklong, selalunya Dahlia memang memasak, kecuali kalau saya balik lambat. Tak makan dekat rumahlah, makan direstoran aja.” Jawab Haidar.

“Tak apalah kalau macam tu. Boleh Paklong masuk bilik. lenguh – lenguh dah badan. Nak berehat sikit.”

“Boleh..boleh.. Mari saya tunjukkan bilik.” Hidar bangun sambil menjijit beg Pak Samad. Ya Allah beratnya. Apalah yang orang tua ni bubuh dalam beg. Batu?

Terkial – kial Haidar membawa beg Pak Samad menuju ke bilik. Pak Samad mengikut dengan selamba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 01:14 PM | Show all posts
BAB 61

DAHLIA membuka laptop Haidar. Haidar sedang berborak diruang tamu bersama Pak Samad. Nampak seperti mereka sudah agak rapat. Dahlia membuka facebook. Ada ‘friend request’dari Tengku Muaz. Terus sahaja dia ‘accept’.

Dia melihat foto – foto Tengku Muaz. Banyak gambar Tengku Muaz dimabil ketika bercuti keluar negara. Dahlia cemburu. Dia melihat pula album yang bertulis “hobby”. Kelihatan gambar Tengku Muaz ketika berdiving, bermain futsal, menunggang ‘superbike’, memancing, dan lumba kereta. Banyak betul hobi dia ni. kalau dah banyak duit tu apa pun boleh buat.

Satu gambar menarik minat dia. Tengku Muaz dan seorang perempuan yang sangat cantik. Seperti gambar yang diambil diluar negara. Dibawah tertulis – kenangan terindah yang tidak terlupakan, semoga tenang disana sayangku. Amin.

Berkerut muka Dahlia. Siapa? Kekasihnya, atau adiknya. Dah meninggal ke? pelbagai spekulasi bermain diminda Dahlia.

“Hah, sekodeng apa tu?” satu suara menjerkahnya. Terperanjat Dahlia.

“Awak ni, dah tak reti bagi salam ke?” marah Dahlia. tiba – tiba sahaja Haidar muncul.

“Saya dah siap ketuk bilik tadi. Tak ada respon. Ingatkan dah tidur mati, rupanya tengah sekodeng gambar bos.” Haidar cemburu.

“Kebetulan saya tengok. Dia ada buat friend request. Saya terimalah. Seronok ya jadi orang kaya ni. Boleh bercuti kat mana – mana suka – suka hati. Yang marhaen macam saya ni setakat jalan dekat pantai kawasan rumah jelah” seperti merungut sahaja Dahlia.

“Nak bercuti ke? Nanti kalau ada masa kita pergi bercuti. Tapi dalam Malaysia ajelah. Payah nak bercuit kat oversea. Awak kerja macam mana, saya kerja macam mana.” Kata Haidar. Selamba saja membuka baju dihadapan Dahlia. Dahlia sudah malu – malu.

“Awak nak bawak saya pergi mana?” tanya Dahlia. Tidak memandang Haidar.

“Kenapa awak malu – malu pulak tu. Kita kan sama – sama perempuan.” Kata Haidar sambil ketawa. Sengaja mengusik.

Bulat mata Dahlia mendengar kata – kata Haidar.

“Hey..awak lelaki okey.” Dahlia sudah mencekak pinggang.

“Apa pulak. Saya perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki.” Selamba sahaja berkata begitu.

“Awak jangan nak mengarut. Awak tu lelaki. Tak ada istilah terperangkap semua tu. Awak ada alat lelaki. Jadi awak memang dilahirkan sebagai lelaki.” Dahlia sudah membebel. Melihat baju tidur Haidar yang berbunga – bunga itu membuatkan dia hampir pitam. Nasib baik bukan gaun tidur, agaknya koma terus Dahlia.

“Kalau saya ada alat lelaki, awak tak takut ke tidur dengan saya. Walaupun saya ni lembut, alat lelaki saya berfungsi tau.” Haidar mengusik Dahlia lagi. Muka Dahlia sudah merah.

“Kalau macam tu saya tidur dekat ruang tamulah.”

“Pergilah. Kalau Paklong nampak awak nak cakap apa. Cakap takut kena rogol dengan saya?”

Dahlia terkebil – kebil. Haidar jahat. Dia menutup laptopnya.

“Ada toto?” tanya Dahlia
“Toto? Apa tu? Nombor ekor?” tanya Haidar bingung.

“Tilam nipis tulah. Ada panggil toto ada panggil narita. Beli dekat Kelantan murah je.”

“Kenapa nak tilam nipis. Tilam vono saya ni ada. Mahal tahu. Marilah.” Ajak Haidar. Dia sudah berbaring.

Dahlia hanya memandang Haidar yang memakai baju tidur bunga – bunga itu. Haidar hanya tersengih.

“Marilah sini.” Haidar menepuk – nepuk tilamnya.

Dahlia masih tercegat.

“Awak tidurlah sebelah saya. Katil saya besar. Jangan risau, saya tak akan apa – apakan awak. Saya masih waras. Tadi tu saya bergurau aje.” Pujuk Haidar. Teragak – agak Dahlia naik kekatil.

Dia mengambil bantal panjang dan diletakkan ditengah – tengah.

“Sempadan.” Kata Dahlia. Terus sahaja dia merebahkan badannya. Membelakangkan Haidar. Haidar hanya tersenyum sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2013 01:15 PM | Show all posts
BAB 62


SUASANA di luar dewan gamat. Majlis konvokesyen bagi sesi pagi sudah tamat. Dahlia girang mengambil gambar bersama keluarganya dan keluarga Haidar.

Beberapa sahabat Dahlia mengucapkan tahniah atas kejayaan Dahlia merangkul anugerah pelajar terbaik bagi kejuruteraan awam. Bunga ditangan dihidu – hidu Dahlia. Wangi. Pemberian Pak Long dan juga mama. Dahlia gembira kedua ibu bapa mertuanya turut hadir memeriahkan majlis konvokesyennya. Haidar pula sedang berlindung dikawasan yang teduh. Tidak tahan panas katanya.

“Dahlia.” nama Dahlia dipanggil. Dahlia menoleh.

Apa mamat ni buat dekat sini?

“Tengku Muaz buat apa dekat sini. Siapa yang konvo?” tanya Dahlia lurus. Dari jauh Haidar melihat dengan pandangan kurang senang. Buru – buru dia menuju kearah Dahlia.

“Tak. Saya datang nak tengok Dahlia.” jawab Tengku Muaz. Jambangan bunga mawar yang segar dihulurkan kepada Dahlia.

“Oh baiknya majikan sanggup datang semata – mata nak tengok pekerja konvokesyen.” Haidar datang menyampuk. Bunga yang dihulurkan tidak sempat diambil Dahlia, Haidar terlebih dahulu merampasnya.

“Saya datang sebagai sahabat. Nak merasa kegembiraan sebagai sahabat.” Jawab Tengku Muaz sopan.

Pak Samad hanya melihat adegan itu dari jauh. Terasa gusar dihatinya.

“Tak perlulah I rasa. Keluarga yang ada pun dah lebih dari cukup. Apatah lagi I suami dia ada sekali.” Tiba – tiba sahaja Haidar merangkul pinggang ramping Dahlia. Dahlia terkebil – kebil. Mahu menolak tangan Haidar, tidak sampai hati. Haidar suaminya walaupun pernikahan mereka hanyalah diatas kertas.

“Terima kasihlah Tengku sebab sudi hadir. Saya rasa berbesar hati sangat.” Dahlia berbasa basi. Tidak senang dengan perlakuan Haidar.

Haidar menjeling Dahlia.

“Tahniah juga sebab dapat anugerah pelajar terbaik. Tak sia – sia kami ambil pekerja seperti awak.”

“Alhamdulillah. Semua berkat doa orang – orang disekeliling saya. Terutamanya Paklong dengan Maklong saya. Mereka yang banyak bagi sokongan pada saya.” Jawab Dahlia sebaiknya. Tidak mahu meninggi diri.

Haidar sudah buat muka bosan.

“You tak ada kerja ke kat office? Bukan orang macam You selalu sibuk ke? boleh pulak You habiskan masa datang konvokesyen pekerja yang baru sebulan kerja. Memang kalau ada staff yang konvo You selalu hantar bunga ke?” tanya Haidar dalam nada menyindir.

Tengku Muaz terasa hati. Dia tahu Haidar tidak mengalu – alukan kedatangannya. Apatah lagi bila melihat ketidakselesaan diwajah Dahlia.

“Oh kebetulan pula I ada kerja sekitar sini. Saja singgah. I gerak dululah.” Pamit Tengku Muaz.

Dahlia hanya mengangguk. Tengku Muaz melangkah dengan perasaan sebal.

“Apa awak ni. Tak baik tau.” Marah Dahlia.

“Apa yang saya dah buat?” tanya Haidar.

“Tu yang awak sindir – sindir bos saya tu kenapa? Sepatutnya kita berterima kasih sebab dia sanggup datang bagi sokongan dekat staff dia. Ini dah kira satu penghargaan buat saya.”

“Dia tu ada agenda lain. Bukan saya tak tahu perangai buaya darat macam tu.”

“Suka – suka je awak cakap dia buaya darat. Dekat pejabat tak ada pun saya dengar benda macam tu. Awak je suka fikir bukan – bukan. Dah la saya nak ketandas kejap.”

Haidar hanya memerhatikan sahaja langkah Dahlia yang kasar. Entah kenapa dia berasa cemburu melihat kedatangan Tengku Muaz. Dia bimbang andai suatu hari nanti Dahlia jatuh cinta pada Tengku Muaz. Haidar mengeluh. Kenapa mesti dia berperasaan seperti itu. cintakah dia pada Dahlia. Haidar keliru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 01:16 PM | Show all posts
Dahlia sudah selesai urusan. Dia membetul – betulkan bajunya. Terdengar gelak ketawa menandakan ada yang masuk ketandas. Baru sahaja mahu membuka pintu dia mendengar satu suara.

“Kau nampak budak nerd anugerah cemerlang tu?” terdengar satu suara. Dahlia tidak jadi membuka pintu. Terasa seperti dirinya diumpat.

“Siapa? Dahlia?” terdengar suara yang lain.

“Kenapa dengan dia?” satu suara yang lain.

“Kau tak tengok ke dia datang dengan siapa? Dengan suami dia. Apa yang aku dapat tahu, dia kena tangkap basah.” Dahlia kaku didalam tandas.

“Oh, suami dia yang terliuk – liuk tu. Pakaian macam lelaki tapi tak macam lelaki. Aku tengok siap kipas bulu – bulu lagi tadi laki dia pegang.” Mereka ketawa.

“Suami dia tu pereka fesyen. Takkan la korang tak kenal. Kakak aku pernah tempah baju nikah dia kat butik tu. Cantik jugak designnya. Tapi tak sangkalah budak nerd konon alim tu boleh kena tangkap basah. Dengan pondan pulak tu.”

Kata – kata itu memedihkan hati Dahlia.

“Haahlah. Aku ingat lagi masa study dulu, bukan main baik dalam kelas. Aku dengar budak – budak rumah dia cerita dia mana nak bersosial. Lepas kelas pergi kerja, malam baru balik.”

“Entah kerja apalah agaknya. Silap – silap jual badan. Nampak je senyap, alim macam tu. Padahal, hati busuk.” Mereka ketawa.

“Aku pun tak tahu. Katanya kerja kedai serbaneka. Yelah, kita mana tahukan hati manusia. Luar nampak baik, alim. Dalam, raja segala syaitan. Jadi tak hairanlah kalau sampai kena tangkap khalwat. Pondan pun pondanlah, janji masyuk. Entah – entah bukan pandai sangat belajar pun. Agaknya semua pensyarah lelaki habis digodanya.” Mereka ketawa mengilai.

Hampir lima minit Dahlia tegak didalam tandas. Mereka yang mengumpatnya sudah lama keluar. Dahlia kenal suara itu. Rakan – rakan sekelasnya juga. Tiada air mata yang keluar. Namun hatinya pedih bagai ditusuk sembilu.

Dia keluar dari tandas. Merapikan wajahnya. Tidak mahu yang lain – lain melihat kesedihan yang ditahan. Kata – kata umpatan yang baru didengarnya tadi, dibiarkan sahaja. Malas mahu memikir, hatinya juga nanti yang sakit.

“Lamanya. Berak batu ke?” tanya Haidar apabila Dahlia berdiri disebelahnya.

“Jom balik.” Kata Dahlia kasar. Terus dia melangkah menuju kearah Pak Samad dan Mak Kalsom yang sedang berbual bersama mama dan papa.

Haidar pelik melihat kelakuan Dahlia. Dia mengangkat bahu. Periodlah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 02:07 PM | Show all posts
kikuri posted on 25-3-2013 01:16 PM
Dahlia sudah selesai urusan. Dia membetul – betulkan bajunya. Terdengar gelak ketawa menandakan ada ...

Terima kasih tt sbb ada n3 baru

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 02:22 PM | Show all posts
terima kasih tt...sangat dahagakan entry baru...semua cerita dah senyap...gantung x bertali....teruskn smpi tamat ye tt...tq
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 10:05 AM | Show all posts
makin best cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 08:45 PM | Show all posts
terima kasih....luv you...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:11 AM | Show all posts
terima kasih terima kasih.
bila dahlia nak ngurat haidar??

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sambungan pliss!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 05:24 PM | Show all posts
nak lagi
bila dahlia nk ada hti kt helle ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 10:37 AM | Show all posts
Salam pagi Jumaat untuk semua.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 10:49 AM | Show all posts
BAB 63

        DAHLIA girang. Hari ini Haidar dan dia menghantar Paklong dan Maklong pulang ke kampung. Dua hari di Kuala Lumpur membuatkan Pak Samad tidak betah. Dia mahu pulang selepas majlis konvokesyen Dahlia. Tetapi dihalang Haidar. Haidar berjanji cuti hari sabtu dia dan Dahlia akan menghantarnya pulang ke kampung.

        Kata – kata cacian dan tuduhan yang didengar Dahlia tempoh hari telah dilupakan. Dia tidak mahu ambil pusing. Penat sahaja. Harap – harap selepas ini mereka tidak akan bertemu. Dahlia tidak berdendam. Dia anggap itu satu ujian untuknya.

Mereka telah tiba. Tidak susah mahu kekampung Dahlia. Haidar pernah menghantar Dahlia sekali dahulu. Itupun dia tidak masuk. Buru – buru pulang kerana ada kerja yang mahu dibereskan.

Haidar menghirup udara yang segar dari halaman rumah Dahlia. bau garam laut mencucuk – cucuk hidungnya. Angin yang bertiup lembut membuatkan jiwanya tenang.

“Jomlah masuk. Berangan apa lagi.” Tegur Dahlia.

Haidar memejamkan matanya. Damai sungguh kampung Dahlia.

“Kejap. Saya nak ambil angin jap.”

“Jangan lama sangat. Kembung nanti.” Dahlia masuk kedalam rumah.

Dahlia ni ingat aku budak kecik ke kena angin terus kembung. Haidar memerhatikan sekeliling rumah Dahlia. Bersih sahaja. Beberapa batang pokok kelapa dibuai – buai angin. Terdapat pohon jambu yang sedang berputik. Disitu terikat buaian kayu. Haidar menuju kearah buaian itu.

“Jaga – jaga ranting tu dah reput. Jatuh nanti.” Haidar berpaling. Dahlai sedang membawa sedulang air dan beberapa keping biskut. Angin yang bertiup membuaikan rambut Dahlia. Haidar seperti dipukau.

“Nah minum air ni. Minum cepat. Kena angin nanti cepat sejuk.” Dahlia meletakkan dulang diatas pangkin kayu yang selalu digunakan Pak Samad untuk membaiki jala para nelayan yang koyak.

Haidar membuaikan badannya lembut.

“Seronoklah sini.”

“Memang pun. Dekat sini ikan fresh tau. Kejap lagi Paklong nak pergi beli ikan dekat nelayan yang baru naik laut.”

“Beli dekat nelayan?” tanya Haidar.

“Yup. Beli dari nelayan terus murah. Lagipun kawan – kawan. Tak berkira. Lagi fresh. Manis je isi ikan. Kalau ikan tu dibakar lagi sedap.”

Kata – kata Dahlia membuatkan Haidar kecur air liur.

“Nak ikutlah Paklong. Saya selalu beli ikan dekat Tesco je. Dah tak berapa segar. Boleh tengok kehidupan nelayan kat sini.”

“Nanti saya bagitahu Paklong. Awak minum air tu. Sejuk nanti tak best.” Haidar mencapai gelas yang berisi kopi.

“Suka sangat awak ni minuman berkafein. Tak elok tahu.”

Dahlia mencebik. Tak elok pun dah nak separuh cawan kau telan.

“Minum jelah. Itu je yang ada. Kalau nak jus atau susu, nanti saya ke kedai pergi beli.”

“Tak payahlah. Ini pun dah cukup. Tak boleh banyak songeh dekat tempat orang.”

“Tahu tak apa. Minum je. Bersyukurlah dengan apa yang ada.” Bebel Dahlia.

        “Yelah mak nenek. Membebel je.”

        Bulat mata Dahlia dipanggil nenek. Haidar hanya ketawa. Wajah Dahlia mencuka.

Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang melihat kemesraan mereka dengan perasaan marah yang membuak. Mata itu penuh dendam. Penuh kemarahan.

Adam bengang melihat situasi mesra antara Haidar dan Dahlia. Dia meludah ketanah sebelum pergi dari situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 10:50 AM | Show all posts
BAB 64

TERJERIT – JERIT Haidar dibelakang Dahlia. Dahlia tidak mempedulikan jeritan nyaring Haidar. Dia meneruskan kayuhannya dengan laju. Agak janggal situasi itu. perempuan mengayuh basikal manakala lelaki duduk dibelakang dan terjerit – jerit.

“Perlahan la Dahlia. Kalau jatuh macam mana. Berparut nanti.” Bebel Haidar. Gayat dia dengan cara kayuhan Dahlia yang laju itu.

“Tak jatuhlah. Saya dah biasa. Selalunya saya buat aksi willy.” Kata Dahlia sambil ketawa.

“Awak jangan nak mengada – ngada. Tertonggeng saya nanti.”

“Jangan risaulah. Tak jatuh punya.” Kayuhan Dahlia melaju. Haidar membebel – bebel. Tiba – tiba Dahlia membrek basikalnya. Haidar terdorong kehadapan. Mereka hampir jatuh. Mujur Haidar sempat menahan dengan kakinya.

“Kan dah cakap, jangan laju sangat nasib baik tak jatuh.” Bebel Haidar. Dahlia diam. Dadanya turun naik. Haidar pelik. Dia bangun dari tempat duduk belakang. Melihat seorang lelaki sedang menghalang jalan mereka. Renungannya tajam.

“Hai Dahlia. Lama kita tak jumpa. Rindu betul aku dekat kau.” Tegur lelaki itu.

Haidar hanya memerhatikan sahaja. Raut wajah Dahlia pucat. Tangan Dahlia tidak lepas dari pemegang basikal. Kakinya mengigil. Teringat kelakuan tidak senonoh Adam terhadapnya.

“Kau nak apa Adam. Tak cukup apa yang kau dah buat dekat aku.” Suara Dahlia bergetar.

Adam? Jadi lelaki inilah yang cuba memperkosa Dahlia beberapa hari sebelum perkahwinan mereka.

Adam tersenyum sinis. “Apa aku dah buat?”

“Kau cuba rogol aku. Takkan kau tak ingat?”

“Haa...sayang sungguh waktu tu. Aku terlepaskan kau. Rugi sungguh.” Tidak bersalah sahaja Adam. Dia menghampiri Dahlia.

“Jangan dekat. Aku benci kau.” Dahlia memberikan arahan. Langkah Adam terhenti. Kedua – dua tangannya diangkat.

“Tapi aku sayang kau Dahlia. Seribu kali kau benci aku, berjuta kali aku sayangkan kau.” Kata Adam seperti lelaki saiko sahaja.

“Seronok ke kahwin dengan maknyah ni?” tanya Adam. Dia melihat Haidar atas dan bawah. Kata – kata Adam membuatkan Haidar geram.

“Mulut kau jaga sikit.” Tiada suara kepit Haidar.

Adam ketawa. “Suara jantan. Machonya. Tapi kau ingat aku takut ke?” Adam terus ketawa. Seperti orang gila sahaja lagaknya.

Adam menghampiri mereka. Dia berjalan mengelilingi Dahlia sambil memandang sinis kearah Haidar.

“Apa yang istimewa maknyah ni pada kau Dahlia. Apa yang boleh dia buat dekat kau Dahlia. Mesti kau merana kan sebab kahwin dengan dia ni. Kau dapat tak nafkah batin? Kenapa sampai sekarang kau tak mengandung? Entah – entah belalai tu dah takde” Sinis Adam bertanya. Wajahnya dirapatkan kemuka Dahlia. Dahlia melarikan mukanya.

Haidar menolak Adam kasar. Pandangan Adam tajam merenung Haidar. Haidar tidak gentar. Dia perlu melindungi Dahlia.

“Kau jangan nak tunjuk hebat dekat sini. Sekali aku tumbuk bersepai muka bapuk kau tu.” Adam terus menerus menghina Haidar.

“Cukup Adam. Tinggalkan kami berdua. Aku tak repot polis masa kau nak rogol aku pun dah cukup baik. Kau jangan ganggu aku dengan suami aku.” Dahlia separuh menjerit.

“Apa kau cakap tadi? Suami? Siapa suami kau. Mana aku tak nampak pun lelaki lain selain aku. Oh, ini ke suami kau. Kenapa lembik semacam je. Betul ke ni lelaki.” Adam mengejek Haidar. Hati Haidar sudah panas.

“Sekali lagi kau hina aku dengan Dahlia, aku terajang kau.”

Adam ketawa mendengar kata – kata Haidar.

“Takutnya...” dia ketawa.

“Tolong...tolong....ada pondan nak belasah aku. Tolong...” Adam membuat aksi seperti meminta tolong. Kemudian dia ketawa lagi.

“Kau ni dah gila Adam.” Jerkah Dahlia

“Memang aku dah gila. Aku gila disebabkan kau. Kau yang buatkan aku gila.” Jerit Adam pada Dahlia.

Dahlia memerhatikan sekeliling. Tiada seorang pun manusia yang berada disitu. Kemana pulak semua orang pergi?

Haidar mencekak kolar baju Adam. Adam menolak Haidar. Haidar jatuh terduduk. Dahlia melepaskan basikalnya dan meluru kearah Haidar.

“Tengok, sekali tolak je dah jatuh. Ada hati nak belasah aku. Itu belum aku sepak lagi, agaknya masuk icu terus.”

Haidar bingkas bangun nak menerpa kearah Adam. Mereka berdua berguling jatuh keatas jalan. Haidar cuba menumbuk Adam tetapi dia dahulu ditumbuk Adam.

Haidar mengerang kesakitan.

“Adam, sudah. Lepaskan Haidar.” jerit Dahlia. Cemas melihat situasi itu. Matanya tertangkap sebatang kayu diatas rumput. Terus sahaja Dahlia mencapai kayu itu dan mengunjukkan kepada Adam.

“Baik kau pergi dari sini. Kalau tak aku belasah kau.”

Adam merenung Dahlia. Kemudian dia tersenyum.

“Okey. Aku berambus. Tapi ingat Dahlia. Aku tak akan putus asa. Kau milik aku.” Sebelum berlalu sempat Adam menyepak kaki Haidar.

“Berambus Adam.” Jerit Dahlia sambil mengangkat kayu. Bersedia jika Adam menyakiti Haidar lagi.

“Ingat Dahlia, suatu hari nanti kau akan aku dapatkan jugak. Walau apa cara sekalipun.” Adam meludah ketanah.

Dahlia memerhatikan kelibat Adam hingga hilang dari pandangan. Kayu dicampakkan. Dia menerpa kearah Haidar.

“Haidar, awak okey.” Dahlia membantu Haidar bangun. Dia membelek muka Haidar. Bibir Haidar pecah. Dahlia mengelap darah Haidar dengan lengan bajunya yang panjang.

“Saya okey. Jangan risau. Jom balik.”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.245347 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list