CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 5-4-2013 10:50 AM | Show all posts
BAB 65

PAK SAMAD melihat kepulangan Haidar dan Dahlia dari pangkin dibawah pokok jambu. Seperti tadi Haidar masih membonceng dibelakang Dahlia.

“Sekejap je berjalan. Kata nak ambil angin.” Tegur Pak Samad.

Dahlia diam. Haidar bangun dari tempat duduk belakang. Pak Samad dapat melihat bibir Haidar yang berdarah dan bengkak.

“Kamu kenapa Haidar. Dahlia tumbuk kamu ke?” tanya Pak Samad cemas.

“Bukanlah Paklong.”Dahlia menafikan.

“Dah tu kenapa sampai berdarah muka tu?”

“Jatuh basikal Paklong.” Jawab Haidar bila melihat Dahlia terkebil – kebil.

“Jatuh basikal. Kamu biar betul. Takkan sampai macam tu sekali?”

“Betul Paklong. Saya nak cuba bawa basikal tadi. Lama tak bawa. Entah macam mana terlanggar batu. Tu yang bibir ni terkena dekat handle basikal. Berdarahlah.” Haidar berbohong. Tidak mahu menceritakan yang dia ditumbuk Adam. Seperti kata Dahlia, Pak Samad sangat menyayangi Adam.

“Kalau dah gitu tak apalah. Lain kali hati – hati. Dahlia pergi sapu ubat.” Arah Pak Samad.

Dahlia mengangguk. Mereka berdua masuk kerumah.

Haidar duduk di sofa. Dia memejamkan matanya. Bibirnya terasa pedih. Celaka kau Adam. Habis muka aku.

“Awak..”

Haidar membuka mata. Kelihatan Dahlia sedang tersengih sambil memegang besen air suam dan minyak gamat.

Dahlia duduk disebelah Haidar. Muka Haidar dibelek – belek Dahlia. Dahlia memerah kain dari besen air suam. Luka Haidar dibersihkan.

“Aduh..” Haidar mengaduh.

“Sakit ke? Sikit je ni.”

“Sakitlah. Awak ingat sedap ke?”

Dahlia mencebik. Tak padan dengan sakit, garang semacam je. Dahlia meneruskan menyapu luka dibibir Haidar.

“Saya minta maaf awak.” Perlahan sahaja suara Dahlia.

“Kenapa?”

“Pasal Adam tumbuk awak. Saya tak sangka boleh terserempak dengan dia.”

“Tu bukan terserempak tu. Tu macam dia memang dah plan. Boleh duduk tengah – tengah jalan. Nampak sangat dia tengah stalk awak.”

Dari gaya Adam, Haidar sudah tahu Adam memang memerhatikan mereka. Cara Adam menghalan laluan mereka buka kebetulan. Maknanya Dahlia tidak selamat dikampung.

“Yeke? Takutlah.” Dahlia sudah berasa seriau. Teringat perbuatan Adam dulu. Takkan dimaafkan apa yang Adam lakukan padanya.

“Tak payah takutlah. Saya ada.” Haidar menepuk – nepuk dadanya.

Dahlia ketawa.

“Tadi tu kena sikit pun dah jatuh.”

“Tadi tu saya tak standby. Lain kali saya standby siap – siap. Walau apapun yang jadi saya akan lindungi awak. Awak isteri saya. Dah jadi tanggungjawab saya untuk melindungi awak.” Ikhlas kata – kata Haidar.

Dahlia terharu.

Tangan Haidar dicapai dan dikucup.

“Terima kasih.”

Haidar terpaku. Dahlia tersedar dari perbuatan spontannya. Cepat – cepat dia mengemas kapas – kapas yang berterabur. Dia bingkas bangun dan menuju kedapur bagai lipas kudung meningalkan Haidar yang masih  terkebil – kebil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 10:51 AM | Show all posts
sambung...sambung...sambung......
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:08 AM | Show all posts
kikuri posted on 5-4-2013 10:51 AM
sambung...sambung...sambung......

sambung banyak-banyak lagi lah awak , lama dah tunggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:19 AM | Show all posts
Terimakasih sebab sambung tapi tak puas
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:22 AM | Show all posts
mesti lepas ni haidar ikut kelas silat ke tekwando ke judo ke silambam ke...
boleh standby bila2 masa tuk dahlia...
heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:32 AM | Show all posts
tq kikuri....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sikit sangat smbgnnya....x puas nk baca...harap ada smbgn lagi lps nih yeeeee..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2013 11:42 AM | Show all posts
go go kikuri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 01:52 PM | Show all posts
suria74 posted on 5-4-2013 11:32 AM
tq kikuri....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sikit sangat smbgnnya....x puas nk baca...harap ada smbgn  ...

Saya setuju...nak lagiiiii dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 08:43 AM | Show all posts
kikuri where are youuuu?? hehehe... tak sabo nak tau sambungannye ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:53 AM | Show all posts
Ingat ada sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 07:25 PM | Show all posts
nak sambungan.....
memang hobi si adam tu ek meludah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 01:30 PM | Show all posts
Bila nak sambung ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 02:09 PM | Show all posts

ingat ade sambungan huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
btahun tunggu tt update..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 09:12 AM | Show all posts
kikuri posted on 5-4-2013 10:51 AM
sambung...sambung...sambung......

mana sambungannya....
tak sabar nak tunggu kelas biologi Haidar nie....
wpun tak bercinta tp hubungan Dahlia dan Haidar nie sweet je....
suka... suka.... sukaa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 03:27 PM | Show all posts
uols...sorry lambat sambung...iols bizi plus pc iols rosak...iols save citer ni dlm pc....baru dpt pc...bolehlah iols sambung sorry sangat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2013 03:28 PM | Show all posts
BAB 66

HAIDAR berdiri tegak sambil merenung Dahlia yang sedap – sedap sahaja berbaring diatas katil.

“Saya nak tidur mana?” tanya Haidar.

Dahlia merenung Haidar. Lupa pula dia tempat tidur Haidar. Dahlia bangun dan keluar dari bilik. Seketika dia masuk sambil membawa sehelai tilam nipis.

“Awak tidur atas toto ni.” Dahlia membentangkan toto diatas lantai. Dia mengambil bantal dan menyusunnya untuk Haidar. Dia mengeluarkan selimut bercorak Hello Kitty dari dalam almari.

“Saya tidur atas toto ni? Oh jadi inilah toto. Macam comforter aje.”

“Haah, awak tidur je atas toto. Katil saya kecik je. Mana muat dua orang tidur sekali.”

Dahlia berbaring diatas katil sambil tersenyum nakal kearah Haidar. Selama ni kau tidur atas tilam sedap, sekarang ni rasalah macam mana hidup dekat kampung.

“Tak boleh, tak boleh.” Haidar menarik tangan Dahlia.

“Hey, apa main tarik – tarik ni?” Dahlia merentap tangannya.

“Awak yang kena tidur atas toto ni. Saya ni tetamu. Mana boleh biarkan tetamu tidur bawah.”

“Ini bilik saya. Sukahati sayalah nak tidur mana.” Dahlia menjelirkan lidahnya. Dia menyelimutkan seluruh tubuhnya.

Haidar geram. Dia menarik selimut Dahlia.

“Saya tak kira. Saya nak tidur atas katil. Saya tak biasa tidur atas tilam nipis macam ni. Kalau belakang saya sakit macam mana?”

“Itu awak punya pasallah. Saya nak tidur atas katil jugak.” Dahlia berdegil. Dia menarik kembali selimutnya menutupi seluruh badannya.

Bertambah geram Haidar. Dengan tak semena – mena dia turut berbaring disebelah Dahlia sambil menolak – nolak tubuh Dahlia.

“Apa ni. Sempitlah.” Dahlia menolak tubuh kurus Haidar. Tidak sangka Haidar sudah baring sebelahnya.

“Saya tak kira. Saya nak tidur atas katil. Sempit pun sempitlah.” Haidar merapatkan tubuhnya dengan Dahlia. Dahlia sudah tertolak kedinding. Mujurlah sebelahnya dinding. Kalau dah sudah tergolek kebawah. Katilnya itu cuma katil single sahaja. Berkeriut bunyi katil besi yang sudah tua itu.

“Okey. Kita tengok siapa yang mengalah.” Dahlia juga tidak mahu kalah.

“Okey.” Haidar mencapai selimut Hello Kitty dibawah. Tetap tidak mahu turun dari katil.

Suasana sepi. Dada Dahlia berdegup kencang. Serasanya tidak pernah terasa dia serapat ini dengan Haidar. Dahlia tidur mengiring. Terasa tubuh Haidar dibelakangnya. Hangat. Dia menoleh sedikit kebelakang.

“Apa tengok – tengok. Tidurlah. Tak payah segan – segan. Sama – sama perempuan apa nak kisah.”

Dahlia mencebik. Benci betul bila Haidar bercakap seperti itu.

“Awak lelaki.” Sempat lagi Dahlia membidas.

Haidar tersenyum nakal.

“Awak tak takut ke rapat – rapat dengan saya macam ni?” Haidar mengusik Dahlia.

Dahlia cemas tetapi tidak mahu mengalah.

“Apa nak takut. Kalau awak buat bukan – bukan saya jeritlah.”

“Jeritlah kalau awak berani. Tak malu ke Paklong dengar.” Haidar semakin merapatkan badannya.

Dahlia bangun dia menolak badan Haidar dengan kuat. Haidar hampir terjatuh dari katil. Sempat dia mencapai tangan Dahlia. Akhirnya kedua – dua  mereka jatuh berguling dibawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 03:28 PM | Show all posts
Sementara itu dibilik Pak Samad.

“Awak nak kemana?” tegur Mak Kalsom bila melihat Pak Samad mahu keluar bilik.

“Nak tengok budak dua orang tu buat apa. Bising sangat.”

Mak Kalsom tersenyum.

“Biasalah bang, orang baru kahwin. Takkan abang tak faham – faham.”

Pak Samad terdiam. Kemudian tersengih penuh makna.

“Lupa pulak saya. Tapi bising sangat. Macam ada yang jatuh je.”

“Biarlah bang. Jangan disibuk hal budak – budak tu. Diaorang dah kahwin.”

Pak Samad menggaru – garu kepalanya. Tidak jadi mahu keluar. Dia baring diatas katil mahu menyambung tidurnya yang terganggu akibat bunyi berdentum dari bilik Dahlia tadi.

“Sakitlah.” Dahlia menggosok – gosok pinggangnya.

Haidar turut menggosok belakang badannya yang terhempas kuat. Nasib baik lah lantai kayu. Kalau batu tadi, patah tulang belakangnya.

“Awak ni ganaslah.” Haidar menarik rambut Dahlia perlahan.

Dahlia menampar tangan Haidar. “Awak tu suka mengarut bukan – bukan.”

“Kalau tadi awak mengalah tak adalah jadi macam ni.”

Dahlia mencebik.

“Awak tu yang patutnya mengalah. Awak kan lelaki.”

“Saya ni kira tetamu. Awak patutnya hormatkan tetamu.”

“Ah tak kira”. Dahlia bingkas bangun. Kelam kabut mereka berdua naik katil. Berkeriut besi katil bila dinaiki mereka berdua serentak dengan kasar. Bertolak – tolakkan mereka berdua. Bunyi katil yang bising kedegaran hingga ke dalam bilik Pak Samad.

Pak Samad hanya tersenyum penuh makna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 03:29 PM | Show all posts
BAB 67

DAHLIA membuka matanya. Bunyi dari alarm telefon bimbitnya mengejutkan dia dari tidur yang lena.

Dia mencari – cari telefon bimbit yang sayup sahaja bunyinya. Dia mahu bangun tetapi terhenti kerana terasa berat di pinggangnya. Dia meraba – raba pinggangnya. Kemudian terus tersentap.

Rupanya tangan Haidar sudah melingkar dipinggangnya. Manakala kaki Haidar sudah memeluk kakinya. Seperti bantal guling sahaja. Dahlia tidak jadi mahu bangun. Pipinya terasa panas.

Terasa nafas Haidar hangat dilehernya. Berdegup – degup bunyi jantungnya. Terdengar bunyi pinggan mangkuk berlaga didapur. Maknanya Maklong sudah bangun. Dia mahu bangun mandi dan solat subuh.

Perlahan tangan Haidar diangkat. Tetapi Haidar mengemaskan lagi pelukannya. Dahlia lemas.

“Awak...” bisik Dahlia. Mencuit – cuit tangan Haidar. Tetapi Haidar tidak berkutik sedikit pun.

Dahlia geram. Dia mencuba lagi mengangkat lengan Haidar yang melingkar dipinggangnya. Berjaya. Perlahan Dahlia bangun. Bunyi katil yang berkeriut sedikit pun tidak menganggu lena Haidar.

Dahlia mencapai tuala dan keluar dari bilik. Haidar dibiarkan tidur sedikit lagi. Sebaik sahaja pintu ditutup, Haidar membuka matanya. Dia tersenyum. Bukan dia tidak sedar, dia sedar. Sengaja dia mahu mengusik Dahlia. Entah kenapa hatinya bagaikan berbunga – bunga. Sudah jatuh cintakah dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 03:29 PM | Show all posts
Berkerut – kerut dahi Dahlia melihat Haidar yang sedang tekun menyapu sunblock seluruh badan termasuk muka.

“Tolong sapu kat belakang jap.” Haidar menghulurkan sunblock pada Dahlia.

“Taknaklah.”

“Tolonglah sapu. Nanti terbakar pulak kulit saya.”

Dahlia mengambil sunblock dengan kasar. Dia menyapu sunblock dengan kuat.

“Oi..perlahan la sikit. Kalau kerja dekat spa ni dah lama kena pecat.” Dahlia memperlahankan sapuannya. Mulutnya terkumat kamit membebel tanpa suara.

“Jangan merungut belakang suami. Berdosa tahu.” Dahlia mengerutkan dahinya. Haidar ni ada mata ke dekat belakang? Boleh nampak apa yang dia buat.

“Yang awak beria – ia bersunblock ni kenapa?” tanya Dahlia setelah selesai menyapu losyen dibelakang Haidar.

“Nak mandi laut.”

“Hah...habis tu jam brapa pulak kita nak balik? Esok saya nak kerja.”

“Petang kita baliklah. Lagipun semalam Maklong dah janji nak buat pari bakar. Nanti kempunan saya. Dah jom awak teman saya mandi laut.”

“Kalau nak mandi laut cakaplah awal – awal. Boleh saya ajak awak pergi Batu Hitam ke, Teluk Cempedak ke, Cherating ke semalam. Ini hari nak balik baru nak mandi laut.

“Semalam kan saya kena belasah. Jadi saya mandi hari ni lah. Jomlah mandi dekat – dekat sini jek. Janji air laut.”

Dahlia terdiam. Kasihan pula melihat Haidar yang sudah semangat mahu mandi laut sampai hampir sebotol sunblock disapu.

“Yelah. Kita naik basikal je.”

“Ok. Saya pun taknak bawak kereta. Nanti melekit dengan air masin.”

“Awak tunggu saya dekat luar.”

“Kenapa?”

“Saya nak salin seluarlah.” Dahlia sudah siap – siap memakai jeans. Sangkanya Haidar akan pulang selepas sarapan pagi.

“Salin jelah. Bukan berdosa pun. Saya kan suami awak.” Kata Haidar selamba. Dia menyarungkan singlet dan memakai cermin mata hitam yang besar.

“Hei jangan nak mengada – ngada. Keluarlah. Kalau tak awak pergi mandi sorang takpun suruh je Paklong teman.” Ugut Dahlia.

“Yelah...yelah. Kedekut. Bukan luak pun.” Rungut Haidar sambil keluar dari bilik.

Dahlia menukar seluar track suit sahaja. Manalah tahu tiba – tiba dia pun teringin mahu bermain air laut juga. Dah lama rasanya kaki Dahlia tidak mencecah air laut. Kalau tak itulah kegemarannya setiap petang ketika kecil sewaktu menemani Mak Kalsom menunggu Pak Samad balik dari laut.

“Dahlia, cepatlah. Nanti lambat. Pagi ni matahari tak panas lagi.” Jerit Haidar dari luar. Terburu – buru Dahlia keluar. Dia sudah melihat Haidar menunggu didepan pintu sambil mencekak pinggang.

“Lembab”

Dahlia mencebik.

Buru – buru dia mengikuti Haidar yang sudah berlenggang sambil membebel itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.086762 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list