CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 27-12-2012 08:30 AM | Show all posts
Sementara itu, Mak Kalsom terus sahaja mengongoi menangisi ketiadaan Dahlia. Pak Samad hanya dibelenggu perasaan marah.

        “Tak payahlah awak beria – ia menangis sangat. Tak payah nak ingatkan budak tak kenang budi tu. Dia dah besar. Dia dah berjaya. Kita ni siapa”. Meluat Pak Samad mendengar tangisan Mak Kalsom yang dirasakan sia – sia itu.

        “Ini semua salah abang. Abang yang pandai – pandai nak kahwinkan Dahlia denga Adam walaupun dah banyak kali dia menolak. Cubalah abang faham sikit perasaan Dahlia. Semuanya salah abang”.

        “Kalau tak suka tak payah keluar rumah. Ini dah buktikan dia tu tak kenang budi.”

        “Kalau abang tak halau dia semalam dia tak keluar dari rumah ni. Semua salah abang” Mak Kalsom masih menyalahkan Pak Samad.

        Pak Samad masih mahu membela dirinya. “Kalau dia sayangkan kita dia tak ikut apa aku cakap semalam. Ini ikutkan perasaan. Ikutkan kata hati. Dah besar sangat gamaknya. Biarlah dia pergi. Kita bukan mak bapak dia. Dia dah pandai buat keputusan sendiri. Nak jadi apa jadilah. Anggaplah dia tak pernah wujud dalam hidup kita”. Tegas Pak Samad sambil berlalu. Makin melebat air mata Mak Kalsom mendengar kata – kata Pak Samad.

        Adam yang berada di luar rumah mengepalkan penumbuknya. Dia kerumah Pak Samad setelah diberitahu Dahlia lari dari rumah.

Tak guna kau Dahlia. Aku tunggu kau bukan main lama lagi. Akan aku cari kau walau dekat mana sekalipun. Aku akan pastikan kau jadi milik aku jugak. Tekad Adam didalam hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2012 08:32 AM | Show all posts
BAB 6

PERUTNYA berkeroncong. Sudah lama dia berbaring – baring didalam bilik. Kini perutnya berbunyi meminta makanan. Dia bercadang mahu makan di cafe hotel sahaja. Alang – alang sudah duduk dihotel mewah, makan juga perlu mewah.

        Suasana diluar biliknya agak kecoh. Dengan memakai jeans dan blaus dia keluar untuk ke cafe. Rambutnya yang panjang itu dilepaskan bebas. Baru sahaja dicuci jadi dia tidak mahu mengikatnya.

        Ketika membuka pintu kedengaran suara perempuan dan suara yang tidak dapat dipastikan kerana terlalu nyaring. Dia tidak peduli yang penting perutnya mesti diisi.

        “Where is Qistina. Kita dah tak ada masa ni”

        Dahlia menoleh kearah suara itu. Seorang lelaki berpewatakan lembut sedang terjerit – jerit bercakap di telefon. Perempuan yang berkaca mata tebal disebelahnya hanya terkebil – kebil.

        Mencebik Dahlia melihat penampilan lelaki itu. Dengan rambut yang diwarnakan, dengan jean yang agak ketat, serta but yang mempunyai tumit, celak yang tebal, bulu mata palsu yang panjang membuatkan Dahlia merasa loya.

        “Show I akan bermula lagi dua jam. You kan pengurus Qistina. Takkan tak tahu kemana dia pergi.” Tengkingnya lagi.

        Dahlia masih tercegat di luar biliknya. Lelaki lembut itu telah menghalang laluannya. Lelaki itu berada di tengah – tengah laluan untuk dia menuju ke lif.

        “You cari Qistina, atau I akan saman dia.” Lelaki itu mematikan telefon bimbitnya.

        Setelah melihat perbualan itu selesai barulah Dahlia melangkah.
        “Err...excuse me....” Dahlia menegur.

        “What...” jerit lelaki itu. Nyaring sahaja bunyinya. Dahlia tersentak. Darahnya tiba – tiba menyerbu otaknya.

        “Hoi..kau tak boleh cakap elok – elok ke. Dah la kau halang laluan aku, lepas tu terpekik – pekik macam perempuan meroyan. Kau ingat perangai kau tu senonoh sangat ke?” Entah dari mana keberanian Dahlia muncul ketika itu.

        Haidar tersentak. Eh perempuan selekeh ni. Ada hati nak jerit – jerit dekat aku. Dia tak kenal aku siapa lagi.

       
        “Hei perempuan, sapa yang meroyan sekarang ni, engkau ke aku, kalau nak lalu pon tak boleh ke cakap elok – elok” Jerkah Haidar pula.

        Dahlia terkebil – kebil. Siapa sebenarnya yang meroyan ni. Tadi tu bukan aku cakap elok – elok ke. Dia yang menyergah tak tentu pasal. Malas dia mahu melayan lelaki lembut itu. Terus dia berlalu dengan jelingan yang tajam ke arah wajah Haidar yang kelihatan garang itu.

        Haidar hanya memerhatikan langkah Dahlia yang kelihatan kasar itu. Marah konon. Ingat aku takut ke. Tiba – tiba dia teringatkan sesuatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 08:34 AM | Show all posts
“Wait...” jeritnya pada Dahlia. Langkah Dahlia terhenti. Apa lagilah yang minah ni nak? Minah. Tersengih Dahlia.

        “Hah..kenapa?” tanya Dahlia tanpa memandang ke arah Haidar. Perutnya sudah terasa pedih.

        Haidar berjalan menghampiri Dahlia. Muka Dahlia direnung tajam. Dahlia berasa tidak selesa. Mata Haidar jugak sudah memandang tubuh Dahlia dari atas ke bawah. Dahlia semakin tidak selesa. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari Haidar. Berasa ngeri tiba – tiba.

“Tak payah nak elak – elak. Aku tak minat perempuan” sindir Haidar. Mencebik dia melihat Dahlia yang seolah – olah kelihatan takut itu.

        Tak minat perempuan? Jadi minat lelaki. Ah..lega. Dia minat lelaki. Gay? Tertanya – tanya Dahlia. Geli pula tekaknya memikirkan lelaki lembut yang dianggapnya songsang itu.

        “Nana...” panggil Haidar kearah perempuan yang bercermin mata berbingkai tebal dan bertocang dua itu. Kelam kabut Nana menghampiri Haidar.

        Haidar hanya mengarahkan dengan menggunakan isyarat kepala sahaja. Menyuruh Nana membawa Dahlia masuk ke bilik hotelnya. Nana mengangguk faham. Terus sahaja menarik Dahlia.

Dahlia tersentak. Apa ni? Kes culik ke ni. Dahlia cuak. Terus dia merentap tangannya dari ditarik Nana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 08:34 AM | Show all posts
“Eh, kenapa ni?” Dahlia mula cemas. Walaupun lelaki depannya itu lembut dan tidak minat perempuan dia masih lelaki. Macam – macam andaian buruk muncul dikepalanya. Tiba – tiba menyesal pula dari rumah.

“Jangan banyak cakap, ikut sahaja Nana” arah Haidar garang.

“Taknak...” Dahlia menolak dan terus mahu berlari. Namun tidak sempat. Lengannya dicengkam Haidar. Menyeringai Dahlia kesakitan. Mahu tidak mahu dia mengikut Haidar ke bilik diikuti Nana.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 11:38 AM | Show all posts
BAB 7

        TUBUH Dahlia dihempas kasar di tilam. Dahlia sudah mahu menangis. Dia lapar dan benar- benar tidak berdaya mahu melawan. Dia mengosok – gosok lengannya yang dicengkam Haidar tadi. Mungkin lebam. Dia tidak dapat melihat kerana memakai blaus lengan panjang.

“Kalau kau dengar cakap aku tadi, kau tak sakit” kata Haidar. Dia menarik kerusi duduk di hadapan Dahlia sambil menyilang kakinya.

Dahlia mencebik. Meluat melihat Haidar yang lebih lembut dari perempuan. Mata Dahlia meliar di sekeliling bilik Haidar. Bilik itu dipenuhi dengan gaun- gaun yang banyak mendedahkan tubuh badan. Pondan? Itu yang bermain di fikiran Dahlia. Mesti malam – malam melorong sambil pakai gaun yang seksi itu. Sempat lagi Dahlia mengutuk dalam keadaan cemas itu.

Mata Dahlia melihat Nana pula. Dia tidak pasti Nana itu lelaki atau perempuan. Mungkin lelaki mungkin perempuan. Kalau lelaki Nana adalah hebat kerana benar – benar kelihatan seperti perempuan.

“Aku nak kau tolong aku” Suara Haidar mematikan lamunan Dahlia. Dia berpaling ke arah Haidar. Tolong apa? Takkan dia nak jual aku. Dahlia semakin cemas. Haidar bangun dan menghampiri Dahlia. Dahlia yang berada diatas katil menjauh dari Haidar.

Haidar tersenyum melihat kekalutan Dahlia. “Kan aku dah cakap aku tak minat perempuan” menggelang kepala Haidar.

“Memanglah kau tak minat perempuan. Tapi kau boleh jual aku dekat mana – mana  kan?” jawab Dahlia sebak. Air matanya hampir keluar. Kasihan pula Haidar melihatnya.

“Kau ingat aku mak ayam. Jangan nak fikir bukan – bukan. Oh by the way nama aku Halle” sempat Haidar memperkenalkan diri.

Hell? Neraka? Dah tak ada nama lain. Kongsi gelapkah lelaki lembut ni. Makin berserabut kepala Dahlia.

“Hell..?” takut – takut Dahlia bertanya.

“Hoi...” nyaring sahaja suara Haidar.

“Halle okay, bukan hell. H.A.L.L.E, Halle. Macam Halle Berry” berang sungguh dia apabila Dahlia memanggilnya hell.

Oh Halle, ingatkan hell tadi. Gedik sungguh nama lelaki ini.

“Siapa nama kau?” tanya Haidar

“Dahlia” jawab Dahlia. Haidar mengangguk.

“Sedap nama tu. Nama kemelayuan” puji Haidar.

“Aku nak kau tolong aku” Haidar kembali ke tujuan asal.

“Tolong apa?” tanya Dahlia masih takut – takut.

Haidar tersenyum penuh makna. Dahlia semakin cuak. Perutnya semakin bergendang laju kelaparan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 11:39 AM | Show all posts
Melopong mulut Dahlia apabila Haidar meminta dia memakai sehelai gaun panjang yang sangat cantik tapi mendedahkan sebahagian dada itu. Dahlia mengeleng – gelengkan kepalanya. Tak sanggup dia memakai baju itu. Dia akui dia tidak bertudung. Tetapi tidak pernah dia memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan di hadapan orang ramai. Paling bagus pun dia bersinglet ketika cuaca panas. Itu pun didalam bilik. Di rumah sewa paling seksi hanya berseluar paras lutut.

“Model aku missing in action. Aku ada persembahan runaway dalam masa dua jam lagi. Aku taknak merayu banyak kali. Aku nak kau tolong aku jadi model aku untuk show kali ni. Aku bayar kau” lembut sahaja suara Haidar memujuk.

Dahlia menggeleng lagi. Tak penatkah perempuan ini asyik menggeleng. Haidar mengeluh.

“Sayang, aku nak kau tolong aku kali ini je. Please. Aku baru nak bina karier aku sendiri. Ini show solo aku yang pertama. Sebelum ni aku merempat je kat mana – mana show, menyelit menumpang nak kenalkan jenama aku. Aku tak nak lepaskan peluang ini” Haidar terus memujuk denga nada yang masih lembut. Dia tidak mahu berkasar.

Dia tahu baju – baju yang sepatutnya dipakai Qistina itu padan dengan tubuh kurus dan langsing Dahlia. Dia dapat mengagaknya apabila melihat Dahlia membelakangkannya semasa diluar bilik tadi.

“Seksi sangat” manja sahaja suara Dahlia. Matanya tidak lepas dari melihat baju berwarna merah yang dipenuhi manik dan labuci itu. Cantik.

Terkedu Haidar mendengar suara lembut Dahlia. Suara itu seolah – olah menjentik perasaan kelelakiannya yang telah lama hilang. Dia menarik nafas panjang. Tidak mahu kalah dengan perasaannya.

Haidar menghampiri Dahlia. Dia memegang lembut bahu Dahlia. Dia merenung mata Dahlia dalam – dalam. Terkedu sebentar Dahlia. Pandangan mata Haidar penuh dengan pengharapan.

“Please” rayu Haidar. Dengan segera Dahlia mengangguk. Kalah dengan renungan Haidar. Bening mata Haidar membuatkan Dahlia terbuai.

“Ok good.” Sebaik sahaja Haidar melepaskan bahunya barulah Dahlia seperti tersedar. Dia telah kena pukau ke? Ilmu apa yang lelaki lembut ini pakai. Untuk kata tidak, adalah tidak mungkin. Dia telah bersetuju.

“Sekarang, aku nak kau masuk ke bilik air dan cuba pakaian ni.” Jari Haidar melentik menunjukkan bilik air kearah Dahlia. Dahlia hanya patuh seperti orang bodoh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2012 11:40 AM | Show all posts
Mundar – mandir Haidar menunggu diluar bilik air. Sudah lima belas minit menunggu. Dahlia masih tidak keluar lagi. Dia didalam bersama Nana. Pada mulanya Dahlia menolak. Menyangkakan Nana adalah lelaki. Setelah meyakinkan Nana adalah perempuan barulah Dahlia membenarkan Nana untuk membantunya. Lelah Haidar dengan karenah Dahlia.

Pintu dibuka. Haidar berdebar- debar mengharapkan bajunya sesuai untuk Dahlia. Dia tidak ada masa untuk fitting lagi. Semuanya telah dibuat sebelum pertunjukkan bermula. Semua modelnya telah mengambil baju tiga jam yang lalu. Sekarang mereka sedang bersolek. Hanya Qistina sahaja yang tidak muncul. Geram sungguh hatinya.

Tersengih Nana dimuka pintu yang dibuka sedikit. Haidar tidak sabar melihat baju dikenakan Dahlia. Nana membuka luas pintu.

“Tadaaaa...” Nana mendepangkan tangannya. Dahlia keluar bilik air dengan malu – malu.

Melopong Haidar melihat pakaian yang melekap ditubuh Dahlia. Sangat sesuai. Malahan potongan Badan Dahlia lebih menarik jika dibandingkan dengan Qistina. Baju yang direka itu seolah – olah kena dengan Dahlia. Namun bukan itu yang dilihat Haidar. Haidar seolah – olah terpesona dengan kecantikkan Dahlia yang terserlah disebalik gaun merah itu.

Tubuh Dahlia yang putih dan gebu telah membangkitkan suatu perasaan yang indah buat Haidar. Dia telah melihat tubuh ramai model. Malahan tidak segan – segan hanya memakai pakaian dalam ketika mereka mencuba baju atau ketika pertunjukkan fesyen. Semua itu hanyalah biasa – biasa sahaja. Namun apabila melihat bahagian bahu Dahlia yang terdedah itu membuatkan dia berasa Dahlia merupakan wanita ciptaan tuhan yang sempurna.

        Nana berdehem. Haidar tersedar dari lamunannya. Dia tersengih lebar.

        “Well, baju ni sesuai dengan kau. Ada soul. Dalam masa kurang dari dua jam ni aku nak kau belajar catwalk dengan Nana. Lepas tu terus ke bilik mekap. Tolong buat yang terbaik. Jangan malukan aku. Aku nak pergi dewan. Tengok persiapan pentas” Didalam lembut suara Haidar terselit amaran buat Dahlia.

        Selesai bercakap Haidar terus mendapat jaketnya dan beg tangan Channel dan terus berlenggang keluar.

        Dahlia terkebil – kebil. Sebenarnya perutnya semakin pedih. Kalau boleh dia mahu makan sedikit. Tapi Nana sudah mengheretnya untuk belajar catwalk dan bersedia untuk dimekapkan.



uols sila imejin baju ni dalam kaler merah....aku suka sangat baju ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 12:04 PM | Show all posts
wah....bila la si haidar ni nak jadi keras sikit...

i like!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2012 12:04 PM | Show all posts
ada jugak model pengsan masa tgh jlnkucing neh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 02:30 PM | Show all posts
dah terglamour lak si DAHLIA nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 02:43 PM | Show all posts
BAB 8

        DIDALAM dewan gamat dengan suara para pekerja membuat persiapan terakhir. Pentas dipastikan tidak licin supaya tiada model yang terjatuh semasa membuat catwalk. Segala dekorasi dewan yang mewah dan elegan membuatkan Haidar berpuas hati. Dia adalah seorang yang cerewet. Mementingkan kencantikan, kekemasan, dan kesempurnaan.

        Hiasan dipentas hanya menggunakan bunga yang segar. Lampu harus betul kedudukannya. Dia mahu menyerlahkan bajunya. Mahu penonton kagum dengan hasil kerjanya yang semakin berkembang itu. Rekaannya telah mula mendapat tempat dikalangan artis dan selebriti tanah air.

        Haidar duduk disebuah kerusi yang disediakan untuk penonton. Wajah cantik Dahlia tetapi pucat itu bermain – main dimatanya. Hati lelakinya seperti telah dijentik oleh Dahlia. Dia tidak pernah berperasaan seperti itu. Dahlia perempuan yang dirasakan selekeh dengan blaus yang besar serta jean yang lusuh itu telah membuka hatinya yang telah lama tertutup.

        Dia tersenyum seraya menggelengkan kepalanya. Cuba membuang bayangan Dahlia. Tidak mahu menyimpan perasaan. Dia tahu selepas ini mungkin dia tidak akan berjumpa Dahlia. Dia mengeluh kasar. Bangun dari kerusi dan menuju ke bilik persalinan. Melihat kerja – kerja akhir dari modelnya pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 02:44 PM | Show all posts
Dahlia masih tercegat dihadapan cermin. Tidak percaya. Rambut panjangnya telah disanggul. Diselitkan dengan beberapa ros segar. Wajahnya telah disolek cantik. Dia seperti melihat orang lain. Bukan dirinya. Dia telah diarahkan untuk memakai lima helai persalinan untuk pertunjukkan fesyen hari ini bagi memperkenalkan jenama Halle couture itu.

        Segala arahan adalah jelas. Masa menyalin pakaian. Giliran untuk keluar. Dia juga telah diajar dalam masa yang singkat untuk catwalk sambil memakai kasut tumit yang setinggi lima inci. Hampir – hampir dia tersembam. Kakinya sakit. Akhirnya dia hanya diberikan kasut setinggi empat inci. Itupun dia perlu berhati – hati. Tidak biasa dia bertumit tinggi. Lebih selesa memakai sandal atau balerina sahaja.

        Bayangan Haidar tidak kelihatan. Dia bersendirian. Nana entah hilang ke mana. Model – model lain seperti tidak memperdulikan dirinya walaupun sudah puas dia tersenyum kearah mereka. Jamie jurumekap juga entah kemana. Dahlia seperti hilang arah.

        Tiba – tiba satu suara menyuruh mereka bersedia. Upacara pembukaan sedang berlangsung. Lebih kurang sepuluh minit lagi mereka akan beraksi dipentas. Dahlia menarik nafas panjang. Berdoa supaya tiada perkara memalukan akan berlaku padanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 03:29 PM | Show all posts
BAB 9

        TEPUKAN gemuruh bergema sebaik sahaja acara pembukaan dipersembahkan. Duduk dibarisan hadapan adalah Tengku Muaz. Dia dijemput khas oleh Qistina untuk melihat persembahannya. Pada mulanya dia menolak kerana perlu menghadiri mesyuarat. Namun mesyuarat itu dibatalkan pada saat akhir. Kerana tidak tahu mahu melakukan apa, Tengku Muaz terus menuju ke hotel tempat Qistina akan memperagakan pakaian itu.

        Dia tidak mengenali sesiapa pun didalam dewan itu. Hanya duduk melihat persembahan. Dia tidak gemar acara seperti itu. Namun jika tidak hadir pasti suara gedik Qistina akan menghantuinya untuk beberapa hari. Dia tidak suka Qistina, namun perempuan itu sentiasa mengejarnya. Dia rimas.

        Pertunjukkan fesyen bermula. Satu – satu model keluar memperagakan pakaian. Sorakan dan tepukan bergema didalam dewan. Seramai enam model telah keluar tetapi tiada bayangan Qistina. Tengku Muaz mengerutkan dahinya. Minggu lepas Qistina beria – ia mahukan dia datang. Apabila melihat model yang terakhir keluar, pandangan Tengku Muaz terpaku.

        Cantik sungguh perempuan yang memakain gaun labuh berwarna merah yang sarat dengan hiasan labuci itu. Wajahnya kelihatan sangat manis. Senyumannya kelihatan menawan. Terbuai seketika perasaan Tengku Muaz. Tidak sabar mahu mengetahui siapakan model itu.

        Setiap kali model keluar dengan pakaian yang berlainan, mata Tengku Muaz pasti mencari gadis yang telah mencuri hatinya. Tidak sia – sia dia menghabiskan masa untuk menonton pertunjukkan fesyen itu. Matanya tidak lepas dari pandangan model yang terakhir yang keluar. Kelihatan model itu gugup dan tidak selesa. Namun dapat dikawal dengan baik. Model itu tidak agresif seperti yang lain. Jalannya terlalu berhati – hati.

        Dahlia lega. Persalinan terakhir dan tiada masalah. Dia menunggu giliran untuk memperagakan pakaiannya yang terakhir. Perutnya semakin pedih. Kepalanya juga sudah pening. Dia mahu cepat- cepat menyudahkan kerjanya dan pergi makan. Dia sudah tidak berdaya dan penat. Apabila tiba gilirannya dia terus melangkah. Entah mana silapnya dia terjatuh. Dewan senyap seketika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 03:30 PM | Show all posts
BAB 9

        TEPUKAN gemuruh bergema sebaik sahaja acara pembukaan dipersembahkan. Duduk dibarisan hadapan adalah Tengku Muaz. Dia dijemput khas oleh Qistina untuk melihat persembahannya. Pada mulanya dia menolak kerana perlu menghadiri mesyuarat. Namun mesyuarat itu dibatalkan pada saat akhir. Kerana tidak tahu mahu melakukan apa, Tengku Muaz terus menuju ke hotel tempat Qistina akan memperagakan pakaian itu.

        Dia tidak mengenali sesiapa pun didalam dewan itu. Hanya duduk melihat persembahan. Dia tidak gemar acara seperti itu. Namun jika tidak hadir pasti suara gedik Qistina akan menghantuinya untuk beberapa hari. Dia tidak suka Qistina, namun perempuan itu sentiasa mengejarnya. Dia rimas.

        Pertunjukkan fesyen bermula. Satu – satu model keluar memperagakan pakaian. Sorakan dan tepukan bergema didalam dewan. Seramai enam model telah keluar tetapi tiada bayangan Qistina. Tengku Muaz mengerutkan dahinya. Minggu lepas Qistina beria – ia mahukan dia datang. Apabila melihat model yang terakhir keluar, pandangan Tengku Muaz terpaku.

        Cantik sungguh perempuan yang memakain gaun labuh berwarna merah yang sarat dengan hiasan labuci itu. Wajahnya kelihatan sangat manis. Senyumannya kelihatan menawan. Terbuai seketika perasaan Tengku Muaz. Tidak sabar mahu mengetahui siapakan model itu.

        Setiap kali model keluar dengan pakaian yang berlainan, mata Tengku Muaz pasti mencari gadis yang telah mencuri hatinya. Tidak sia – sia dia menghabiskan masa untuk menonton pertunjukkan fesyen itu. Matanya tidak lepas dari pandangan model yang terakhir yang keluar. Kelihatan model itu gugup dan tidak selesa. Namun dapat dikawal dengan baik. Model itu tidak agresif seperti yang lain. Jalannya terlalu berhati – hati.

        Dahlia lega. Persalinan terakhir dan tiada masalah. Dia menunggu giliran untuk memperagakan pakaiannya yang terakhir. Perutnya semakin pedih. Kepalanya juga sudah pening. Dia mahu cepat- cepat menyudahkan kerjanya dan pergi makan. Dia sudah tidak berdaya dan penat. Apabila tiba gilirannya dia terus melangkah. Entah mana silapnya dia terjatuh. Dewan senyap seketika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 03:30 PM | Show all posts
Terkial – kial dia bangun. Malu. Tebal dirasakan kulitnya. Pasti Haidar akan memarahinya. Tengku Muaz gelisah. Mahu sahaja dia menolong gadis itu. Suara bisikan bergema. Mungkin memperkatakan mengenai gadis itu.

        Dahlia cuba bangun. Kakinya sakit. Mungkin terseliuh. Dia cuba bangun. Tidak mahu memalukan diri dan Haidar. Tiba – tiba ada tangan yang menghulur. Dia melihat empunya tangan halus itu. Haidar memandangnya sambil tersenyum. Dahlia menyambut huluran tangan Haidar.

        Haidar yang melihat Dahlia terjatuh sebentar tadi terus meluru. Dia tahu dia telah memaksa Dahlia melakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya. Dia tidak marah. Sebaliknya dia yang merasa bersalah.

        Mereka berjalan beriringan. Terhincut – hincut kaki Dahlia berjalan. Tidak mungkin dapat menanggalkan kasut tumit itu kerana talinya berbelit. Apabila tiba dihujung dewan kedengaran satu tepukan. Mereka meloleh kearah bunyi tepukan itu. Tengku muaz bertepuk tangan sambil berdiri dan diikuti dengan penonton yang lain. Dahlia tersenyum senang. Haidar tersenyum bangga. Secara keseluruhannya dia tahu persembahannya telah mula mendapat tempat.

        Kepala Dahlia semakin memberat. Matanya juga semakin gelap. Perutnya pedih. Dia sudah tidak berdaya untuk berdiri. Pandangan Dahlia kabur. Dia sudah tidak dapat berfikir. Tubuhnya melayang. Yang kedengaran hanyalah suara Haidar nyaring memanggil namanya dan terus senyap.

        Tubuh Haidar ditolak. Ketika itu dia sedang memeluk tubuh langsing Dahlia. Mujurlah dia sempat menyambut tubuh Dahlia yang sudah tidak berdaya itu. Dia melihat lelaki yang telah menolaknya. Lelaki yang bangun dan bertepuk tangan itu. Dia kenal lelaki itu. Teman lelaki Qistina. Itu apa yang dikatakan Qistina. Lelaki itu menepuk – nepuk pipi Dahlia. Tidak semena – mena lelaki itu mencempung tubuh Dahlia. Haidar tergamam. Dahlia telah dibawa keluar dari dewan. Lekas – lekas Haidar mengejar lelaki tersebut. Ini tak boleh jadi ni. Berani kau sentuh – sentuh Dahlia aku. Dahlia aku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 03:31 PM | Show all posts
“Hei, You nak bawa kemana model I tu.” Haidar menghalang laluan Tengku Muaz.

        “Saya nak bawa dia ke hospital” jawab Tengku Muaz. Lurus.

        “Suka – suka hati You je. Ni Model I. Biar I sahaja yang jaga.” Arah Haidar tegas. Hilang kelembutannya.

        “Tapi, dia tak sihat. Dia perlu dibawa ke hospital” Tengku Muaz juga berkeras. Dia tidak mahu melepaskan model yang tidak diketahui namanya itu. Dalam masa yang sama dia berasa bahagia.

        “I tak boleh benarkan. You entah siapa – siapa pandai – pandai sahaja nak bawa Dahlia ke hospital. Tak boleh”

        Oh, Dahlia namanya. Sedap.

        “Tapi..”

        “Tak ada tapi – tapi. Bawak dia ke bilik. I akan call doktor untuk rawat dia kat bilik hotel.”

        Tengku Muaz hanya merengus kasar dan mengekor Haidar yang berjalan terkepit – kepit itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2012 04:13 PM | Show all posts
update laa lagi.. cepat2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 04:18 PM | Show all posts
yamapi posted on 27-12-2012 04:13 PM
update laa lagi.. cepat2

jap ye...buat keje jap...sebelum balik saya update
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 04:22 PM | Show all posts
TT, cepat2 la update...dah nak balik dah ni...hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 04:50 PM | Show all posts
sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.080420 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list