CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 27-12-2012 04:50 PM | Show all posts
BAB 10

        PERLAHAN – lahan Dahlia membuka matanya. Kepalanya masih dirasakan pening. Tidak berdaya rasanya. Dia memandang sekeliling. Kat mana aku ni. Mana Mak Long? Dahlia masih mamai.

        Seseorang menghampiri Dahlia. Pandangannya kabur. Mak Long. Dia tersenyum. Mak Long datang tengok Dahlia ke. Dahlia rindukan Mak Long. Pak Long marahkan Dahlia lagi ke.

        Tubuh itu semakin menghampiri Dahlia. Dahlia bahagia tak sabar mahu memeluk Mak Longnya.

        “Mak Long” panggil Dahlia lemah

        “Mak Long kepala hotak kau.” Keras sahaja suara itu membuatkan Dahlia tersentak. Dia menggosok – gosok matanya.

        Dihadapannya tercegat Haidar sambil memegang dulang yang berisi makanan. Asap – asap nipis kelihatan keluar dari mangkuk yang berada diatas dulang. Dia menelan liur.

        “Doktor cakap kau lemah sebab tak makan. Kau kenapa tak makan. Diet? Tak payahlah nak diet kau tu dah kurus. Dahlah tu teruk sangat berdietnya sampai pengsan” bagai bertih jagung sahaja Haidar membebel tanpa memberi peluang kepada Dahlia membela dirinya.

        “Aku tak diet lah. Aku tak makan sejak semalam” jelas Dahlia perlahan. Tak kuasa mahu berlawan cakap dengan Haidar dalam keadaannya masih lemah.

        Haidar meletakkan mangkuk berisi bubur dan sup ayam yang dipesan khas dari chef hotel itu.

        “Kau kenapa tak makan? Tak ada duit nak makan?”

“Tak sempat. Kaulah yang suruh aku buat itu ini.” Muncung sahaja Dahlia. Haidar seperti mahu menarik sahaja muncung itu. Perasaan bersalahnya semakin menebal.

        “Kenapa kau tak cakap”

        “Tak sempat” jawab Dahlia. Dia menyandar ke kepala katil. Masih lagi lemah. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat Haidar menceduk bubur dengan sudu dan meniupnya. Siapa yang lapar ni.

        “Buka mulut” arah Haidar. Dahlia terpinga – pinga. Dia nak suap aku. Ingat aku dah nak mati sangatkah sampai tak larat nak suap sendiri.

        “Aku boleh makan sendiri” Dahlia menolak.

        “Aku cakap buka mulut. Kau jangan nak membantah” arah Haidar sambil menjegilkan matanya yang tebal dengan celak itu.

        Perlahan Dahlia membuka mulut. Bubur masuk kemulutnya. Dikunyah perlahan. Sedapnya. Mulutnya dibuka lagi. Haidar hanya tersenyum. Tadi jual mahal.

        “Kau sepatutnya bagitahu aku awal – awal kau tak makan lagi. Tak adalah kau pengsan tadi.”

        “Aku tak ada peluang nak cakap. Aku minta maaf.” Sayu sahaja suara Dahlia.

        “Sepatutnya aku yang minta maaf. Kalau tak disebabkan aku mungkin kau tak jadi macam ni”

        “Bukan, aku minta maaf sebab rosakkan majlis kau.” Air mata Dahlia seperti mahu jatuh sahaja. Dia tahu majlis itu amat bermakna buat Haidar. Itu apa yang dikatakan oleh Nana dan Jamie. Haidar berusaha keras menempatkan namanya dalam bidang rekaan pakaian setaraf dengan pereka negara yang lain. Pertunjukkan Catwalk pada hari ini adalah pertunjukkan fesyen solo Haidar yang pertama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2012 04:51 PM | Show all posts
“Tak ada apa – apalah sayang. Pertunjukkan tu berjaya. Semua puji aku. Kau tahu tadi pelakon Efa Nazira datang dekat aku bagitahu nanti majlis anugerah filem dia nak tempah dengan aku. Penyanyi Luna pun sama” Haidar memujuk Dahlia.

        Dahlia tersenyum. Perasaan bersalah masih ada. Air matanya pula tiba – tiba mengalir. Entah apa yang sedih sangat. Sebenarnya kepalanya berat dengan masalah. Dia mahu meluahkan kepada seseorang betapa dia menyesal lari dari rumah. Dia mahu menceritakan masalahnya. Dia mahu menangis. Dia mahu menjerit. Tapi dia tidak tahu bagaimana mahu meluahkannya. Air matanya semakin melebat.

        Haidar kelam kabut apabila melihat air mata Dahlia semakin melaju. Sedih sangat kenapa. Kan aku dah cakap semuanya okey. Dahlia sudah tersedu sedan. Semakin risau Haidar dibuatnya.

        Haidar meletakkan bubur nasi di meja sisi. Tubuh Dahlia dipeluknya. Dahlia tanpa memikirkan apa – apa terus membalas pelukan itu. Fikirannya kosong. Dia mahu dibelai seseorang. Dia mahu dipujuk. Dia mahu disayangi ketika ini.

        Haidar hanya membiarkan Dahlia menangis semahunya. Haidar mulai faham. Dahlia mungkin mempunyai masalahnya sendiri. Perlahan – lahan belakang Dahlia ditepuknya seperti ibu yang sedang memujuk anaknya.

        Hampir lima belas minit Dahlia dalam keadaan seperti itu. Dia berasa lega kerana dapat menangis di bahu Haidar. Dia mulai malu. Dia mengesat air matanya dengan selimut yang membalut tubuhnya yang masih berpakaian rekaan Haidar. Terkejut dia melihat kesan hitam diselimut itu. Barulah dia teringat mekapnya mungkin belum dicuci lagi.

        Haidar hanya ketawa kecil melihat kelakuan Dahlia. Muka Dahlia sudah sememeh dengan eyeliner yang bercampur air mata. Buru- buru Dahlia turun dari katil mahu ke bilik air. Dia lupa kakinya yang terseliuh itu. Akibatnya dia terjatuh sekali lagi.

        “Hei. Kau ni tak reti duduk diam ke?” sergah Haidar dengan suara halus yang dibuat – buatnya itu. Geram melihat karenah kelam kabut Dahlia.

        Dahlia memicit kakinya yang sakit. Sudah berbalut rupanya. Haidar membantunya berdiri. Dia mengambil tisu dan dihulurkan kepada Dahlia.

        “Kenapa ni?” terdengar satu suara. Mereka berpaling. Tengku Muaz sudah merenung Dahlia yang sememeh dengan perasaan tanda tanya. Tengku Muaz meluru ke bilik hotel sebaik sahaja mendengar jeritan Dahlia. Dia menunggu diluar kerana tidak dibenarkan masuk oleh Haidar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 04:53 PM | Show all posts
Dahlia seperti pernah melihat sahaja lelaki yang kacak dihadapannya itu. Segak dengan kot serta bertali leher. Wajahnya bersih tanpa sebarang cela. Janggutnya yang sejemput menambahkan lagi kekacakannya. Macam Fahrin Ahmad je. Sempat lagi Dahlia memberikan komen dalam hatinya.

        Dahlia merenung Haidar. Seperti bertanya siapa lelaki kacak itu.

        “Kenalkan ni Tengku Muaz. Dia dah dukung kau tadi bawak masuk bilik” jelas Haidar.
       
        Dukung. Ah, malunya. Mesti berat aku ni. Pipi Dahlia mula merona merah.

        “Awak dukung saya?” tanya Dahlia. Lupa pada wajahnya yang kehitaman akibat eyeliner yang bersepah itu.

        Tengku Muaz mengangguk. Matanya tak lepas memandang Dahlia. Dalam comot Dahlia masih terserlah kecomelannya.

        “Awak dukung saya macam dalam filem – filem cinta tu ke?” tanya Dahlia gatal.

        Tengku Muaz tertawa kecil. Hensemnya dia. Hati Dahlia berbunga- bunga. Tengku Muaz mengangguk. Bagai mahu pengsan Dahlia. Dia selalu mengimpikan lelaki idamannya akan mencempungnya seperti didalam filem – filem romantik. Tak sangka impiannya jadi kenyataan. Dahlia tersengih kerang.

        Meluat pula Haidar melihat rupa Dahlia yang kelihatan miang itu. Dia juga geram melihat Tengku Muaz tak tak reti – reti mahu pulang itu. Sibuk sahaja.

        “Awak dah okey?” tanya Tengku Muaz.

        “Okey, saya lapar je tadi. Tak makan. Sebab tu pengsan.” Dahlia tersenyum cantik menampakkan bari giginya yang putih.

        “Owh, lepas ni jangan tahan makan lagi. Walaupun kita menjaga makan, tapi penting untuk kita tidak mengelak untuk makan. Kalau tak nanti jadi macam ni” Tengku Muaz membebel bagaikan seorang doktor. Dahlia hanya mengangguk patuh sahaja.

        Tanpa disuruh – suruh Tengku Muaz membantu memapah Dahlia ke katil setelah sedar Dahlia telah lama berdiri dengan kaki yang sakit itu.

        “Kaki awak kan masih sakit. Banyakkan berehat.” Tengku Muaz menyambung bebelannya.

        “Saya nak pergi bilik air. Nak basuh muka yang penuh dengan mekap yang comot ni.” Terang Dahlia malu – malu. Haidar semakin panas. Terasa seperti pak pacak pula disitu.

        “Owh, nak saya papahkan ke?” Tengku Muaz pantas menawarkan diri. Dia sudah jatuh cinta pada gadis cantik dihadapannya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 04:53 PM | Show all posts
“Tak payah. Kaki tu bukan patah, terseliuh je. Lagipun bukan teruk. Bengkak sikit je. You tak reti – reti nak balik ke? Tak ada kerja nak buat” cepat sahaja Haidar menyampuk. Geram melihat adegan miang Dahlia dan Tengku Muaz.

        Dahlia geram mendengar omelan Haidar. Dengki lah tu aku dapat pakwe hensem. Nak caras la tu.

        Tengku Muaz hanya mengangkat bahu kepada Dahlia. Dia perasan wajah Haidar yang keruh itu.

        “Okeylah, saya balik dulu. Kalau tak keberatan boleh saya ajak awak dinner malam ini”

        Laju sahaja Dahlia mengangguk. Tengku Muaz tersenyum senang.

        “Boleh bagi phone number. Boleh saya call kalau ada apa – apa hal.”

        Dahlia mengangguk. Laju sahaja memberi nombor telefonnya kepada Tengku Muaz.

        “Awak tinggal kat bilik ni?” Tanya Tengku Muaz. Sengaja ingin berlama – lama lagi. Haidar sudah gelisah.

        “Eh tak, saya tinggal kat bilik 202, dua pintu dari bilik ni. Esok saya check-out.”

        Tengku Muaz tersenyum lagi. “Okey, malam ni jam lapan saya jemput awak depan bilik. Saya tak mahu awak jalan sorang – sorang. Kaki awak tu masih sakit.”

        Dahlia mengangguk riang. Tengku Muaz terus berlalu. Risau dia melihat wajah Haidar yang sudah seperti ahli sihir sahaja. Mukanya cemberut dan masam. Menahan marah.

        Sebaik sahaja Tengku Muaz keluar, Haidar terus duduk disebelah Dahlia dan berkata kasar “ Dah kau bukak balik baju aku tu. Aku hantar kau balik bilik. Berehat. Kejap pagi putera idaman kau nak ajak dinner. Sekarang sudah pukul lima. Pergi berehat. Esok sebelum check-out kau datang bilik aku. Aku bayar kau sebab sudi jadi model aku”

        Tersentak Dahlia mendengar suara kepit yang kasar itu. Tadi bukan main baik, ni garang semacam sahaja. Dengkikah Halle padanya. Adakah lelaki lembut ini suka pada Tengku Muaz. Mintalah simpang. Dengan wajah yang tidak puas hati Dahlia menuju ke bilik air untuk menyalin pakaiannya sambil membebel di dalam hati.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 04:54 PM | Show all posts


Tengku Muaz imaginasi....


ok...cukup untuk arini....besok la plak uols
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 04:57 PM | Show all posts
nk lagi...nak lagi....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2012 08:26 PM | Show all posts
ok.. watak tuk muaz dah... untuk dahlia dah.. so watak haidar/halle camner.. akak tak dapat bayang lagi ni... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 08:44 AM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 27-12-2012 08:26 PM
ok.. watak tuk muaz dah... untuk dahlia dah.. so watak haidar/halle camner.. akak tak dapat bayang l ...

akak...saya pon tak dpt bayangkan lagik ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2012 09:11 AM | Show all posts
TT bila nak update cerita nih???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 10:37 AM | Show all posts
BAB 11

        PENING Dahlia melihat baju – baju didalam begnya. Tiada satu pun yang menarik. Tengku Muaz kata dinner. Mesti dinner tempat – tempat yang eksklusif. Sedangkan didalam begnya hanya ada beberapa helai baju kurung, blaus dan jeans. Itu sahaja yang sempat dicapai semalam.

        Macam mana ni. Aku tak ada baju cantik. Pinjam dengan Halle? Eh boleh ke? Tadi semasa menghantarnya ke bilik tidak ada sepatah pon perkataan yang keluar dari mulut Haidar. Mukanya juga masam tidak berseri. Hilang kecantikkan Haidar.

        Dahlia sudah tergaru – garu kepalanya. Tak boleh jadi ni. Buat selamba sahajalah. Dia mendail nombor bilik Haidar dengan menggunakan telefon hotel.

        “Hello..” Lemah sahaja suara Haidar. Seperti baru bangun tidur. Rasa bersalah pula Dahlia.

        “Halle...errr” Dahlia serba salah

        “Hah...perempuan, kau nak apa?” Tanya Haidar marah.

        “Halle, malam ni kan aku ade dinner dengan Tengku Muaz” Dahlia memulakan mukadimahnya.

        “Jadi..?” Haidar bertanya acuh tidak acuh. Semakin serba salah Dahlia.

        “Boleh tak aku pinjam dress kau satu. Tapi yang tutup semua badanlah” pinta Dahlia perlahan.

        “Apa...” jerit Haidar nyaring. Terpaksa Dahlia menjauhkan gagang telefon dari cuping telinganya.

        “Kau suka – suka je nak pinjam baju aku. Kau tahu kalau dekat butik orang sewa baju aku, dorang bayar ribu – ribu tahu tak? Kau ada duit nak bayar?” tanya Haidar kasar.

        “Tak ada. Kau tolaklah duit yang kau janji nak bayar aku tu” Dahlia tidak berputus asa.

        “Eh, kau kalau nak menyundal dengan jantan Muaz tu pandai – pandailah kau. Jangan nak jadikan baju aku mangsa pulak. Kalau nanti Tengku Muaz tu geram dengan kau tak pasal – pasal koyak baju aku sebab nak kerjakan kau. Kau mampu ke nak ganti balik.
        Konon nak pakai baju tak dedah aurat. Pakai jubahlah kalau macam tu. Dah. Tak kuasa aku layan perempuan gatal macam kau ni. Ganggu aku aje”

        Pedih hati Dahlia mendengar herdikan dan kejian Haidar kepadanya. Kalau tak mahu bagi pinjam sudahlah. Tidak perlu mengatanya menyundal. Tidak pernah sesiapa pun berkata begitu sebelum ini kepadanya. Hampir menitis air mata Dahlia.

        “Tak apalah. Terima kasih” sebak suara Dahlia. Gagang terus diletakkan. Air mata yang ditahan akhirnya merembes keluar.

        Sebaik sahaja gagang diletakkan, barulah Haidar tersedar akan kekasarannya. Tetapi dia ego. Biarlah. Lepas ini mungkin dia tidak akan berjumpa Dahlia lagi. Dahlia hanya seorang yang pernah singgah sebentar didalam hidupnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 12:22 PM | Show all posts
BAB 12

        DAHLIA hanya bersiap ala kadar. Dia hanya mengenakan jeans serta blaus lengan panjang. Rambutnya diikat satu kebelakang dan hanya memakai bedak serta lip gloss. Dia tidak pandai bermekap. Sebab itu semasa wajahnya dirias dia begitu terkejut sekali.

        Hatinya berdebar – debar menunggu Tengku Muaz. Dia sudah tidak kisah apa pandangan Tengku Muaz. Kalau Tengku Muaz membatalkan temujanji mereka juga dia tidak kisah. Mungkin dia boleh makan di warung – warung berdekatan sahaja. Dia melihat jam. Sudah jam lapan lima minit. Dia sabar menanti.

        Loceng biliknya berbunyi. Bertambah cemas Dahlia. Dia mengintai disebalik lubang kecil di pintu hotel. Kelihatan Tengku Muaz kacak berkemaja. Dengan helaan nafas dia membuka pintu sambil tersengih.

        “Hai...” sapa Dahlia ramah.

        Tengku Muaz mengerut dahi melihat pakaian Dahlia yang dirasakan begitu ringkas. Tetapi Dahlia tetap cantik di matanya.

        “Saya tak ada baju cantik. Ini aje yang ada. Sorry” perlahan sahaja suara Dahlia.

        “Oh, awak tak bawa baju banyak ye?” tanya Tengku Muaz.
       
        “Tak, saya memang tak ada baju yang cantik atau baju yang formal. Kalau ada pun baju kurung.” Dahlia tersengih.

        “Model macam awak tak ada baju yang cantik. Pelik?”

        “Saya bukan model. Petang tadi tu kira macam bidang terjun. Ganti model yang tak datang. Kalau tak silap namanya Qistina” Dahlia menerangkan situasi sebenar kepada Tengku Muaz. Dia tidak mahu Tengku Muaz menyangkanya seorang model.

        Oh, ganti Qistina rupanya. Patutlah tak nampak Qistina kat pentas tadi. Baru Tengku Muaz teringat akan ketiadaan Qistina siang tadi.

        “Okey tak apalah. Kita makan kat mana – mana yang Dahlia rasa senang”. Pada mulanya Tengku Muaz ingin membawa Dahlia makan di restoran mewah. Ala – ala romantic dinner. Tapi sayangnya pakaian Dahlia tidak mengikuti etika berpakaian di restoran tersebut.

        “Kalau Tengku tak selesa tak mengapalah. Saya boleh je makan sorang – sorang kat mana – mana. Mungkin Tengku segan nak keluar dengan orang selekeh macam saya ni.” Dahlia mulai berasa segan. Dia perasan kerutan di wajah Tengku Muaz apabila melihatnya tadi.

        “Tengku? Panggil je Muaz. Tak selesa rasanya. Saya tak kisah. Saya pun boleh makan kat mana – mana aje. Terpulang pada Dahlia”

        “Okey. Kejap ye saya ambil beg”

        Dahlia mengambil beg tangannya. Pintu ditutup dan mereka berjalan perlahan menuju ke lif. Kaki Dahlia masih lagi membengkak.

        Tengku Muaz memandu dengan tenang. Sesekali dia melihat wajah Dahlia yang ralit melihat permandangan di luar kereta. Sesekali tersenyum bagaikan ada sesuatu yang lucu.

        “Dahlia tinggal dekat mana sebelum ni?” Tengku Muaz memulakan bicara.

        Dahlia tersentak. Ah, nak jawab apa ni. Malu kalau Tengku Muaz tahu dia sebenarnya lari dari rumah sebab tak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan bapa saudaranya. Entah apa pandangan Tengku Muaz padanya.

        “Saya tinggal dekat Kuantan. Baru habis belajar dekat U.M. Sekarang ni tengah cari kerja.” Betulah tu, dia tidak menipu. Cuma tidak berterus terang sahaja.

        “Oh, lulusan apa ya?”
       
        “Kejuruteraan awam, result tak keluar lagi. Baru habis belajar. Harap – harap semua lulus” Dahlia sudah merasa sedikit selesa dengan Tengku Muaz yang dirasakan ramah itu.

        “Oh yeke. InsyaAllah, saya doakan awak lulus cemerlang”

        “Aminnnn...” Panjang Dahlia mengaminkan kata – kata Tengku Muaz. Itu yang dia harapkan.

        “Ada satu syarikat pembinaan ni rasanya mahu pakai jurutera. Cubalah hantar resume. Nama syarikat tu Bina Cemerlang. Cubalah.”

        “Bina Cemerlang ya? Nanti saya cuba. Result tak keluar lagi. Susah nak cari kerja. Maybe saya cuba lepas keputusan peperiksaan keluar agaknya”

        Tengku Muaz mengangguk. Dia faham. Susah sesebuah syarikat mahu mengambil pekerja kalau keputusan peperiksaan masih samar- samar.

        “Kat sini tinggal dengan siapa? Kenapa tinggal dekat hotel?” Tanya Muaz lagi.

        “Er... esok saya baru nak cari bilik sewa. Rumah sewa dulu dah tak ada orang. Semua dah balik kampung masing – masing. Semua nak berehat sebelum cari kerja.”

        Tengku Muaz hanya mengangguk. Tidak mahu bertanya kagi kerana Dahlia kelihatan seperti tidak mahu ditanya soalan peribadi. Kereta meluncur laju ke destinasi yang tidak dirancang. Hanya mengikut kehendak Dahlia. Dia akur janji dapat bersama Dahlia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
TT,belum ada sambungan lg ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:46 AM | Show all posts
BAB 13

        DAHLIA mengemas begnya. Selepas bersarapan tadi dia terus mengemas mana yang patut. Dia mahu segera mencari bilik sewa yang murah. Jika tidak dia terpaksa menyewa hotel yang murah. Kelmarin sahaja kepalanya agak pening jadi dia menyewa hotel mahal. Itu pun macam – macam perkara terjadi kepadanya.

        Dia terus keluar menuju ke lif. Dia berhenti seketika di luar bilik Haidar. Dia tidak berniat mahu mengambil wang upah yang dijanjikan Haidar. Hatinya masih sakit dengan kata – kata nista Haidar semalam.

        Malam tadi dia hanya makan di Restoran Pizza Hut sahaja. Berbual santai – santai bersama Tengku Muaz. Tengku Muaz juga telah memberikan kad nama dah nombor telefon jika Dahlia perlukan pertolongannya. Dahlia tidak mahu menyusahkah Tengku Muaz. Mungkin malam tadi pertemuan terakhir mereka. Itu yang diharapkan Dahlia.

        Selesai menguruskan urusan penginapan Dahlia tercegat di pintu masuk hotel. Masih bingung kemana arah tujuannya.

        Dia menangalkan cermin mata hitam besarnya. Dari kejauhan dia sudah dapat mengagak siapa yang sedang tercongok di pintu hotel itu. Geram dirasakan dengan sikap Dahlia. Dia sudah berjanji mahu membayar duit pertunjukkan Dahlia. Dahlia tidak singgah ke biliknya. Mujur dia baru selesai bersarapan. Agak lewat kerana malam tadi dia sibuk berhibur di kelab malam.

        Dia melenggang menuju kearah Dahlia.

        “Kau nak kemana?” tanya Haidar. Matanya menangkap beg besar yang dibawa Dahlia.

        Dahlia tidak mahu menoleh. Dia kenal suara halus yang tersepit itu. Marahnya masih berbaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:46 AM | Show all posts
“Hello....ada orang ke tak ni?” melihat Dahlia tidak melayannya dia menjadi marah.

        Dahlia mencebik. Haidar gemar mencari pasal dengannya.

        “Aku tahu kau marah pasal semalam. Aku minta maaf. Aku penat. Aku tak patut cakap macam tu dekat kau” Haidar mulai berlembut. Sedar kesalahannya.

        “Takpe. Aku tahulah aku ni siapa. Tak layak berkawan dengan kau. Kau designer terkenal. Baju mahal – mahal. Aku tak mampu nak pakai baju kau. Lainlah kalau aku menyundal. Mungkin dapat pakai baju kau. Walaupun hanya sekali” Dahlia memulangkan paku buah keras.

        Terkedu Haidar. “Aku minta maaf okey. Aku tahu aku salah. Aku tak patut cakap macam tu.”

        “Hmmmm..” itu sahaja jawapan Dahlia.

        “Kau nak kemana? Kau berdiri lama – lama ni kaki tak sakit ke?” Tanya Haidar. Prihatin.

        “Aku nak cari rumah sewa. Nak cari kerja” jawab Dahlia acuh tak acuh. Baru Haidar tersedar. Dia tidak bertanya dari mana Dahlia datang. Apa tujuannya menginap di hotel tersebut. Dia hanya sibuk memikirkan pertunjukkan fesyennya sahaja.

        “Kau tak ada kawan dekat sini?” Tanya Haidar lagi.

        Dahlia menggeleng “Dulu ada, sekarang semua dah balik kampung sebab semua dah habis belajar”

        “Kau ikut aku” Haidar mempelawa Dahlia.

        “Kemana?”

        “Ikut jelah” Haidar sudah merampas beg ditangan Dahlia. Dia terus berlenggang masuk ke hotel. Terhincut – hincut Dahlia mengekori Haidar. Selamba je dia ni ambil beg aku. Dia tak tahu ke aku ni marah lagi. Memang tak makan saman.

        Dahlia hanya menunggu Haidar membuat urusan check – out hotel. Dia tidak boleh membuat apa – apa. Beg bajunya telah dirampas Haidar. Dia tidak kisahkan baju itu. Cuma sijil – sijilnya disimpan disitu. Semua itu perlu apabila dia memohon kerja nanti.

        Selesai urusan Dahlia mengekor lagi Haidar di pintu depan hotel. Sebuah Mazda3 berhenti dihadapan mereka. Seorang jokey menyerahkan kunci kereta kepada Haidar. Haidar memasukkan barang – barangnya yang banyak kedalam kereta. Baju – baju pertunjukkan semalam semuanya telah dihantar semula ke butik dengan van. Yang tinggal hanyalah barangan peribadinya.

        Haidar membuka pintu keretanya. Dahlia masuk dengan teragak – agak. Haidar masuk kedalam kereta. Kereta mula meluncur laju membelah kotaraya yang agak kurang sesak.

        “Kau nak bawak aku pergi mana?” tanya Dahlia apabila hampir sepuluh minit mereka tidak bersuara.

        “Kau ikut sahajalah. Jangan banyak tanya” jawab Haidar. Dia masih memandu tenang. Cermin mata besarnya masih bertenggek dihidungnya.

        “Halle, cakaplah kau nak bawak aku pergi mana?” Dahlia tidak berpuas hati.

        “Mulut kau tu boleh tak diam jangan banyak tanya. Rimas aku. Ikut je mana aku nak bawak. Jangan risau. Aku tak minat dekat kau.”

        Dahlia terdiam. Hanya mengikut sahaja rentak Haidar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:46 AM | Show all posts
Mereka tiba disebuah apartment mewah. Dahlia menelan liurnya. Dia hanya membontoti sahaja Haidar. Dia tidak tahu dimana dia sekarang. Walaupun dia belajar di University Malaya tetapi dia jarang sekali keluar terutamanya ke Kuala Lumpur. Jadi dia tidak biasa dengan keadaan di sini.

        Haidar membawanya ke sebuah rumah. Kagum Dahlia melihat kekemasan rumah tersebut. Semuanya nampak elegan dan bersih. Kemas dan teratur dengan perabot dan hiasan yang moden.

        “Ini rumah aku” kata Haidar sambil duduk disofa.
       
        Memanglah rumah kau. Takkan kandang kambing pulak. Omel Dahlia

        “Duduk” arah Haidar. Dahlia hanya menurut sahaja.

        “Kau boleh tinggal dengan aku sampai kau dapat cari rumah. Nanti aku tanya Nana, mana – mana rumah sewa. Minah tu mintak cuti seminggu pulak balik kampung.”

        “Tinggal sini?” Dahlia cemas. Dia tidak pernah berdua – duaan serumah dengan mana – mana lelaki. Eh, tetapi Haidar itu mahu dikategorikan sebagai apa?

        “Jangan risau, aku tak minat perempuan. Jadi aku tak minat kau” itu yang ditegaskan Haidar. Walaupun sebelum ini hatinya bagaikan telah dicuit oleh Dahlia. dia cuba menafikan itu.

        “Tapi ada syarat. Kau boleh tinggal dekat sini. Buat macam rumah sendiri. Tapi aku nak kau jaga kebersihan rumah ni. Kau bebas masak. Tapi kena kemas balik. Peraturan aku senang. Kau jaga kebersihan rumah ni. Itu sahaja. Aku tak suka rumah bersepah dan kotor. Jaga kebersihan walaupun dalam bilik yang akan kau duduk nanti”

        Dahlia mengangguk laju. Mulanya dia berasa cemas, tetapi selepas itu agak lega. Sekurang – kurangnya dia ada tempat tinggal sementara.

        Haidar membuka beg besarnya. Dia memberikan satu sampul kepada Dahlia.

        “Gaji kau semalam. Kau boleh kerja dekat butik aku untuk sementara. Kebetulan butik aku nak pakai pembantu. Kerja Nana terlalu banyak. Kau akan bantu dia.”

        Dahlia megambil sampul dengan gembira. Sebelum ini dia agak jual mahal tetapi apabila dia melihat sampul itu terus gembira hatinya.
       
        “Aku tunjukkan bilik kau. Aku nak pergi butik sekejap. Entah apalah yang jadi dengan butik aku tu. Takut perkerja humban je baju – baju aku.” Haidar bangun dari sofa dan diikuti Dahlia.

        Tak berkelip mata Dahlia melihat biliknya. Kemas dan cantik. Walaupun hanya bilik tetamu, bilik itu kelihatan kemas dan teratur. Terdapat bilik air juga dibilik itu.

        “Walaupun kau tinggal dalam bilik ni, aku nak kau jaga kebersihan. Faham. Bila- bila masa aku boleh buat spotcheck. Aku nak pergi butik ni. Kau berehat. Nanti lunch aku belikan kau makanan. Nak masak tak ada apa didalam peti. Aku tak beli lagi barang dapur. Jangan segan – segan.”

        Dahlia tersenyum. Terharu pula dia dengan kebaikan Haidar. Haidar terus berlalu setelah beberapa kali memberi amaran kepada Dahlia supaya menjaga rumahnya. Dahlia hanya mengangguk faham.

        Dia berbaring diatas tilam empuk itu. Melepaskan lelah. Dia melihat sampul surat yang diberi Haidar sebentar tadi. Melihat jumlah yang banyak itu membuatkan dia terpaku. Banyaknya. Patutlah model – model banyak duit. Dia berniat mahu menyimpan sahaja duit itu. Boleh digunakan waktu sesak. Manalah tahu kalau tiba – tiba sahaja Haidar menghalaunya. Matanya makin memberat. Tanpa sedar dia tertidur pulas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:47 AM | Show all posts
ok...cukup lah wat masa ni...bab lain tgh edit lg nih..harap bersabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2013 12:03 PM | Show all posts
oh.....sungguh tidak cukup....mau lagi ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 02:36 PM | Show all posts
TT...cepat update ok...
cik menunggu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 02:26 PM | Show all posts
BAB 14


        HAIDAR menutup kembali pintu bilik Dahlia. Sudah beberapa kali dia mengetuk pintu dan memanggil nama Dahlia. Tiada jawapan. Fikirnya Dahlia sudah lari. Namun apabila melihat Dahlia tidur lena dia tidak jadi mahu bangunkan Dahlia. Terus sahaja dia masuk ke biliknya untuk mandi dan berehat.

        Hampir jam dua barulah Dahlia tersedar dari tidur. Perutnya berkeroncong. Selepas mencuci muka barulah dia keluar dari bilik. Dia tahu Haidar ada dirumah kerana dia terdengar suara televisyen.

        Haidar hanya merenung sahaja Dahlia yang berwajah sembab itu.

        “Kenapa?” tanya Haidar. “Lapar?, nasi ada dekat dapur, makan dekat dapur jangan makan kat ruang tamu. Aku tak suka”

        Dahlia menggaru kepalanya. Serba salah mahu bertanya. “Aku nak tanya, arah kiblat dekat mana ya. Aku nak solat”

        Haidar terpaku. Solat. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu apatah lagi melakukannya. Dia sendiri tidak pasti dimana arah solat dirumahnya.

        Melihat Haidar yang terdiam perlahan sahaja Dahlia menuju ke dapur. Perut harus diisi dahulu. Nanti dia cuba mencari jalan bagaimana mahu mencari arah kiblat.

        Usai sahaja makan dia ditegur Haidar.

        “Kiblat menghadap pintu. Senget ke kiri sikit” dia menggunakan aplikasi dari telefon pintar mencari arah kiblat. Malunya tidak terkata. Dahlia mungkin dapat mengagak dia tidak pernah solat. Masakan tidak, arah kiblat dirumah sendiri pun dia tidak tahu.

        Dahlia hanya mengangguk dan tersenyum. Haidar pula terus berlalu dari dapur menuju ke bilik. Malunya pada Dahlia bukan kepalang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 02:27 PM | Show all posts
Selesai sahaja mandi dan solat, Dahlia bersantai diruang tamu. Bayang Haidar tidak kelihatan. Mungkin tidur agaknya. Dahlia mulai bosan.

        Dahlia mengambil telefon bimbitnya. Teragak – agak mahu mendail. Setelah mengambil nafas satu nombor ditekan. Terdengar suara garau yang menjawab. Pantas sahaja telefon dimatikan. Pak Long. Dahlia sebak.

        Takut dia mahu bercakap. Bukan dia tidak tahu hati Pak Longnya keras. Lebih keras dari batu. Air mata diseka. Hatinya pedih dan sedih.

        Perbuatan Dahlia tanpa disedarinya telah diperhatikan Haidar. Disebalik wajah ceria Dahlia terkandung seribu kesedihan. Apakah yang menyebabkan Dahlia begitu sedih? Tidak mahukah Dahlia berkongsi dengannya? Dengan perlahan Haidar berlalu membiarkan Dahlia melayan perasaanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.406673 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list