CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 3-1-2013 02:27 PM | Show all posts
Sementara itu di rumah Pak Samad. Geram pula dia apabila tiada sesiapa di hujung talian. Telefon diletak dengan kasar. Sudah telefon tak mahu bercakap pula. Kutu mana yang main – main ni. Bebel Pak Samad didalam hati.

        “Siapa bang?” tanya Mak Kalsom yang ketika itu sedang menonton drama bersiri yang diminatinya. Hairan bila mendengar hempasan gagang telefon yang kasar.

        “Entahlah. Aku angkat tak ada pula suara. Dah telefon tak nak bercakap pulak” bebel Pak Samad seraya duduk disebelah Mak Kalsom.

        “Cerita mengarut apa awak tengok ni.” Pak Samad membebel lagi sambil menukar siaran.

        Geram pula Mak Kalsom dengan tindakan Pak Samad. Dia sedang melayan drama Filipina kegemarannya setiap petang. Suka – suka pula suaminya menukar siaran. Alat kawalan televisyen dirampas dari suaminya. Membuka kembali siaran yang menayangkan drama kegemarannya.

        “Isk..sibuk lah awak ni. Saya tengah sedap – sedap layan drama ni. Awak tukar siaran buat apa?. “

        Mata Mak Kalsom terus melekat di kaca televisyen. Alat kawalan dipegang erat.

        “Siapalah agaknya yang telefon tadi.” Sempat Mak Kalsom bersuara. Matanya masih melekat melihat adegan didalam televisyen.

        “Manalah saya nak tahu. Dah orang yang menelefon tak bercakap. Entah bisu atau nak main – main.” Pak Samad membaca akhbar yang sudah berapa kali dibeleknya. Tiada aktiviti dikala petang itu. Selalunya dia akan membaiki jala nelayan – nelayan yang dihantar kepadanya. Sejak tidak kelaut dia hanya mengambil upah membaiki jala atau kerja – kerja bercucuk tanam sahaja di kebun belakang rumah. Semua jala sudah siap dibaiki. Ke kebun dia malas pula kerana hujan baru sahaja berhenti. Mungkin petang sedikit dia akan kebun.

        “Entah – entah Dahlia tak bang” kata Mak Kalsom sambil memandang wajah Pak Samad dengan pandangan mata yang bersinar. Rindu sungguh dia dengan anak saudaranya yang telah dianggap bagai anak kandung itu.

        Pak Samad terkedu apabila mendengar Mak Kalsom menyebut nama Dahlia. Hatinya sakit tiba – tiba. Masih pedih dengan perbuatan Dahlia yang melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin dengan Adam.

        “Jangan sebut nama dia lagi. Aku tak sudi nak dengar nama dia disebut – sebut” ujar Pak Samad kasar. Namun hatinya sebak.

        “Abang, dia tu dah macam anak kita bang. Lagipun dia darah daging abang. Anak kepada arwah Ros dan Amir. Rosmidar tu bukan orang lain. Adik abang juga” Perlahan sahaja suara Mak Kalsom meluahkan rasa hatinya. Suaminya sejak akhir – akhir ini agak sensitif bila mendengar nama Dahlia. Sudah empat hari Dahlia menghilangkan dirinya. Risau sungguh Mak Kalsom. Mahu menelefon, telefon Dahlia tidak aktif pula. Kemana agaknya Dahlia.

        “Kalau dia anggap aku ni macam bapak dia, dia tak lari rumah. Dia dengar cakap aku bila aku suruh kahwin dengan Adam. Ini tak, makin besar makin degil.” Rengus Pak Samad. Marahnya masih belum surut. Ditambah lagi dengan sindiran penduduk kampung yang mengetahui cerita Dahlia telah lari dari rumah. Adam yang masih tidak mahu bertegur sapa dengannya. Semuanya membuatkan nafasnya sesak.

        “Tapi bang, Dahlia tu...” percakapan Mak Kalsom dipotong Pak Samad

        “Saya cakap sudah – sudahlah awak sebut nama budak tak kenang budi tu. Saya ingatkan awak kalau dia telefon jangan berjawab. Awak pun jangan pandai – pandai nak telefon atau cari budak tu. Aku tak izinkan. Kalau dia masih sayangkan kita dia sendiri yang akan cari kita. Ingat tu Kalsom. Kalau aku tahu kau atau dia yang telefon, aku akan hancurkan telefon tu.” Marah Pak Samad. Dia bangun dari kerusi dan berlalu ke dapur.

        Sementara Mak Kalsom hanya terkebil – kebil bila diherdik Pak Samad. Perlahan air matanya mengalir. Bukan sedih dimarahi Pak Samad. Sedih bila Pak Samad seolah – olah mahu memutuskan hubungannya dengan Dahlia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2013 02:28 PM | Show all posts
sambungannnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 03:18 PM | Show all posts
Nak lagikk!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 03:24 PM | Show all posts
sodap citer ni...
sambg la lg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 12:27 AM | Show all posts
TT..esok cuti..hari ni sambung la byk2 ckit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2013 11:31 AM | Show all posts
sorry uols...bizi sikit...ade sambungan skit untuk tatapan uols...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2013 11:31 AM | Show all posts
BAB 15

        DAHLIA buru – buru bersiap selepas diarahkan Haidar untuk menukar pakaian. Mahu bertanya ke mana dia pula dimarahi Haidar. Benci pula Dahlia mendengar bebelan Haidar dengan suara yang dikepit – kepit itu. Dia lebih rela mendengar leteran Pak Longnya.

        Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia keluar sambil menggalas begnya. Kemana sahajalah si Halle ni nak bawak aku.

        Melotot mata Haidar apabila melihat penampilan ringkas Dahlia. Seluar jeans dan dipadankan dengan t-shirt bergambar kucing. Rambutnya diikat satu dan hanya hiasi bedak dan lip gloss sahaja.

        “Kenapa?” tanya Dahlia pelik. Melihat bajunya tiada yang koyak. Rasanya seluar dia zip. Apa yang tak kena? Dahlia melihat pula penampilan Haidar. Hanya memakai seluar jeans ketat dan kemeja yang mengikut potongan badan. Kemeja perempuankah itu. Dahlia tertanya – tanya. Siap ada ropol – ropol.

        “Macam ni je kau pakai?” tanya Haidar. Sedikit jelik. Ringkas sangat penampilan Dahlia. Tidak pernah dia keluar dengan seseorang berpakaian seperti Dahlia. Paling ringkas pun jeans serta blaus atau t-shirt yang berjenama. T-shirt Dahlia seperti dibeli dipasar malam sahaja.

        “Ha’ah. Macam ni sahajalah. Kau nak macam mana lagi. Kita mahu kemana sebenarnya?” dungu sahaja Dahlia menjawab soalan Haidar.

        “Kau tak ada baju yang cantik sikitkah. Aku nak ajak kau pergi pasaraya cari barang dapur. Dapur aku tu, bawang pon dah tak ada. Beras apatah lagi.”

        “Cari barang dapur aja pun. Tak perlulah cantik – cantik. Lagipun aku memang pakai macam ni. Tak ada masalah pun” jawab Dahlia selamba. Banyak songeh pulak si lembut ni.

        “Hello...masalahnya kau keluar dengan designer terkenal, okey. Kalau orang nampak malulah aku” berkerut – kerut dahi Haidar membebel kepada Dahlia.

        “Kalau kau malu tak payahlah nak ajak aku. Senang. Aku memang suka pakai macam ni. Aku pergi mana – mana pun aku pakai macam ni. Aku selesa.” Dahlia mulai rimas. Tiada siapa pernah menegur imejnya.

        “Suka hati kaulah. Jom cepat.” Haidar sudah menyarungkan sandalnya yang bertapak tebal seperti wedges itu. Terbeliak matanya apabila melihat Dahlia hanya bersandal lusuh sahaja. Tak perasan pula dia tadi semasa di hotel Dahlia memakai sandal buruk itu.

        “Kau tak ada kasut ke?” tanya Haidar sambil mengunci pintu.

        “Tak ada. Tak sempat nak sauk. Ini je aku sempat sarung” jawab Dahlia. Jawapan Dahlia menyebabkan Haidar pelik. Tak apa nanti aku korek rahsia Dahlia lagi. Dia juga mahu tahu siapa Dahlia sebenarnya. Banyak yang perlu dia tahu memandangkan Dahlia serumah dengannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2013 11:32 AM | Show all posts
Lenguh sungguh kaki Dahlia mengikut Haidar membeli barang. Kakinya yang semakin pulih itu terasa sakit kembali. Hanya membeli barang dapur sahaja. Tetapi sifat cerewet Haidar menyebabkan dia seperti membeli emas sahaja. Setiap barang akan diperiksa tarikh luput. Tin tidak mahu yang kemek hatta karat secalit pun. Paket bungkusan makanan juga boleh mengundang bebelan Haidar. Malu sungguh Dahlia apabila perbuatan Haidar itu diperhatikan oleh pelanggan di Tesco itu.

        Yang lagi memalukan Dahlia adalah jalan Haidar yang terkepit itu serta ketawanya yang mengilai. Tangannya yang melentik – lentik apabila mengambil barang dan perbuatan lemah gemalai Haidar melemaskannya.

        Dia lega apabila selesai membayar barang. Banyak juga yang diambil Haidar. Seperti ramai sahaja yang tinggal dirumah itu.

        “Buat stok” itu jawapan Haidar apabila ditanya Dahlia kenapa membeli begitu banyak.

        “Jom makan dulu.” Ajak Haidar. Dahlia hanya mengangguk. Baguslah. Perutnya sudah mula berkeroncong.

        Mereka memilih untuk makan di food court sahaja.

        “Eiii, kotornya meja ni. Diaorang ni tak lap meja ke” bebel Haidar apabila melihat sisa makanan yang masih belum dibersihkan dimeja mereka.

        Dahlia hanya mengangkat bahu. Dia tidak kisah. Dahlia mengeluarkan tisu dan mengelap meja itu.

        “Dah bersih dah” Dahlia tersengih.

        “Nah ambik duit ni. Aku nak makan mee sizzling. Tambah telur. Kau nak makan apa pilih ajelah. Aku nak milo panas.” Duit diberikan kepada Dahlia. Aku pulak yang kena beli. Sedap –sedap sahaja Halle ni order. Dengan malas Dahlia menuju ke kaunter makanan sizzling. Ikut sahajalah. Orang belanja.

        Mereka makan dengan selera. Dahlia juga memakan mee sizzling. Mereka makan tanpa bercakap. Berselera benar Haidar dengan mee sizzling itu.

        Dahlia bersendawa sedikit kuat. Kemudian ketawa apabila Haidar menjelingnya. Dia betul – betul kekenyangan.

        “Tak senonoh anak dara buat macam tu” tegur Haidar.
       
        “Buat apa?” tanya Dahlia. Pura – pura tidak mengerti.

        “Sendawa kuat – kuatlah. Tak senonoh. Kau tu perempuan. Tunjuklah sikit kesopanan kau orang perempuan. Kita ni orang perempuan kena jaga tingkah laku.” Bebel Haidar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2013 11:33 AM | Show all posts
Dahlia hanya tersengih. Kita?

        “Kau dari mana sebenarnya?” Haidar memulakan bicara. Dia perlu tahu siapa Dahlia. entah – entah Dahli ini lari dari sindiket mana – mana. Haru dia. Tak lamalah dia hidup didunia agaknya.

        Dahlia terdiam. Perlukah dia bercerita kepada Halle. Dia mengeluh. Cerita sahajalah. Kalau dipendam akan gila dia jadinya. Sekurang – kurangnya Halle mungkin boleh bagi pandangannya.

        Dahlia menyandarkan badannya ke kerusi. Pengunjung tidak ramai. Agak selesa untuk bercerita kepada Haidar.

        “Sebenarnya aku lari dari rumah. Pak Long aku mahu berkahwin dengan lelaki pilihan dia. Aku tak mahu.” Dahlia memulakan bicara. Haidar mendengar dengan tekun dan sesekali menyampuk.

        “Kau ni pandai juga ya” puji Haidar setelah selesai Dahlia bercerita mengenai latar belakangnya. Tidak disangka gadis selekeh dihadapnnya ini seorang pelajar kejuruteraan awam yang sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan semester akhirnya. Dia juga kagum apabila mengetahui setiap semester Dahlia mendapat anugerah dekan. Maknanya Dahlia bakal menjadi siswazah kelas pertama.

        “Pandai apa?” tanya Dahlia bingung – bingung.

        “Tak sangkalah perempuan macam kau ni belajar bukan main bagus. Aku percaya kau pasti lulus cemerlang nanti.” Puji Haidar lagi. Dahlia tersenyum senang. Sebenarnya dia lega apabila dapat meluahkan segala beban yang memberat dipundaknya. Separuh dari kegundahannya terasa lepas dan bebas.

        “Lepas ni kau nak buat apa?” tanya Haidar.

        “Baliklah. Nak kemana lagi?” jawapan Dahlia menyebabkan Haidar mahu menghantukkan kepalanya ke meja sahaja.

        “Bukan lepas makan ni. Lepas apa yang jadi ni kau nak buat apa. Apa matlamat hidup kau. Kau nak cari kerjakah. Nak balik kampungkah. Atau apa?” melengking suara Haidar dengan kebingungan Dahlia. Macam mana orang gelabah seperti Dahlia ini belajar kejuruteraan agaknya.

        “Oh, aku ingatkan lepas dah selesai makan dan bercerita ni. Mungkin aku akan cari kerja. Sementara. Lepas result keluar aku akan mula apply cari kerja yang sesuai dengan kelulusan akulah.” Jawab Dahlia yakin.

        “Tadi aku ada tawarkan kau kerja dengan aku. Kau kerja dululah dengan aku sambil cari rumah sewa lain. Aku tahu kau tak selesa tinggal dengan aku. Yalah walaupun aku ni lembut aku masih LELAKI” perkataan lelaki itu sengaja ditekan Haidar. Gerun pula Dahlia mendengarnya.

        “Eh, disebabkan kau masih mengaku kau lelaki boleh aku tahu nama betul kau.?” Dahlia memberanikan diri bertanya kepada Haidar.

        “Nama aku Haidar. Aku dipanggil Halle masa aku belajar kat satu fashion school di Milan. Senang nak sebut dan sesuai dengan jiwa aku.” Jawab Haidar malas – malas.

        “Haidar sahajakah?”

        “Nama penuh aku Muhammad Haidar Idrus Bin Kamal.” Geram sungguh Haidar dengan pertanyaan Dahlia itu.

        Dahlia mengangguk. Sedap namanya. Perlukan ditukar kepada Halle.

        “Bestlah kau dapat belajar kau oversea. Aku nak belajar kat sini pun kena merayu dengan Pak Long aku dulu. Sibuk suruh aku berkahwin” kata Dahlia. Straw didalam gelas digigit – gigitnya. Haidar memerhatikan kelakuan Dahlia.

        “Kau tak rancang nak balik rumah ke. Walaupun Pak Long kau garang kau tak patut buat macam ni kan?”

        Hati Dahlia sebak. Dia mahu pulang. Mahu memohon maaf atas kelakuannya. Tapi biarlah semuanya reda dahulu. Dia tahu marah Pak Longnya masih bersisa.

        “Mungkin satu hari nanti. Aku cuba kuatkan hati aku dulu. Aku nak buktikan pada PakLong rancangan dia nak kahwinkan aku dengan Adam adalah silap. Aku nak buktikan tanpa perlu berkahwin dengan orang kaya aku boleh berjaya” perlahan suara Dahlia. hatinya bagaikan ditusuk belati apabila mengenangkan kedegilan Paklongnya dan juga dirinya yang terlalu mengikut perasaan.

        Haidar mengangguk. “Esok kau bangun awal sikit. Aku bagi kau kerja dengan aku dekat butik buat sementara waktu ni. Kau juga akan jadi model sambilan aku. Lepas runaway semalam ramai yang bertanyakan kau. Kau menyerlah sangat semalam.”

        Pipi Dahlia memerah. Benarkah. Adakah dia yang cantik atau kesan mekap dari Jamie semalam. Tetapi dia benar – benar tidak sangka wajahnya kelihatan sangat lain semalam. Hampir tidak kenal dengan diri sendiri.

        “Dah, kau jangan nak perasan. Mana tak menyerlah. Kau sorang aja yang pengsan semalam” sengaja Haidar mematikan lamunan Dahlia yang tersengih sperti kerang busuk itu. Pantang dipuji mulalah berangan.

        Dahlia mencebik. Potong sungguhlah Haidar ni. baru mahu kagum dengan diri sendiri.

        “Dah, jom balik” Haidar sudah berdiri sambil memegang troli yang penuh dengan barang. Cepat – cepat Dahlia menghabiskan minumannya dan membontoti Haidar yang berjalan melenggang Mak Limah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 12:02 PM | Show all posts
yes.. tima kasih tuan ruman... nanti bagi n3 lagi ya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:53 PM | Show all posts
Nak lagi TT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 10:52 AM | Show all posts
uols...sambungan ya...sorry taleh nak tepek banyak2...sbb bizi...maklumlah awal tahun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 10:52 AM | Show all posts
BAB 16

        TIDAK berkelip mata Dahlia melihat pakaian yang indah tergantung sederet di butik Haidar itu. Semuanya cantik – cantik dan kelihatan sangat mewah. Hiasan butik Haidar juga sangat eksklusif. Jelas hanya untuk golongan yang berada sahaja. Jika sepertinya jangan mahu masuk lalu pun sudah rasa segan.

        Butik Haidar juga berbau wangi. Lantainya berkilat boleh dicermin mukanya. Dekorasi yang kemas dan elegan. Haidar telah membeli dua lot kedai iaitu lot atas dan bawah. Ruang bawah dijadikan butik dan pameran baju manakala tingkat atas dijadikan sebagai studio menjahit. Disitulah kerja – kerja memotong, menjahit pakaian, menjahit manik dan lain – lain kerja tangan dibuat. Terdapat dua orang yang menjahit pakaian dan salah seorangnya adalah Nana. Haidar juga boleh menjahit. Jika mahu hasil jahitannya bayaran tambahan akan dikenakan.

        Air liurnya terasa seperti meleleh sahaja apabila melihat pakaian yang dipamerkan. Hendak disentuh tidak berani. Nanti ada manik yang tercabut mahu tercekik dia untuk menggantikannya. Sudahnya dia hanya mampu menelan liur sahaja.

        “Hoi...” satu suara menyergahnya. Terkejut sungguh Dahlia.

        “Dah – dah la tu. Meleleh pulak air liur tu kat lantai aku” Haidar membebel sambil mencekak pinggang. Lucu pula dia melihat reaksi Dahlia apabila melihat butiknya.

        Dahlia tersengih kerang. Malu pula disergah sebegitu rupa. Haidar mahu dia bekerja dengannya. Tapi apa yang boleh dilakukan Dahlia. mahu menjahit dia tidak pandai. Butang baju tercabut pun disuruhnya MakLong jahitkan. Manja kononnya. Mahu mengukur badan lagilah dia tidak tahu. Mahu mereka pakaian. Lukisan kejuruteraan tahulah dia.

        “Cantiknya butik kau ni. Terpegun aku” Puji Dahlia. Ikhlas. Haidar terasa bangga. Kembang hidungnya menahan rasa bangga.

        “Kan aku dah cakap, aku ni designer terkenal. Kau tengok baju kat sini pun tahu kan?”

        Laju sahaja Dahlia mengangguk. Cantik...cantik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 10:53 AM | Show all posts
“Aku nak buat apa kat sini. Aku tak pandai jahit” terus terang sahaja Dahlia.

        “Kau tak pandai jahit. Perempuan jenis apalah kau ni. Tak apa, aku nak kau jadi pembantu butik buat sementara. Layan pelanggan. Kemas- kemaskan butik ni. nanti aku suruh Nana ajar kau macam mana nak ambil ukuran badan ikut jenis baju. kau jugak akan jadi model sambilan untuk aku. Aku ada buat bisnes online jugak. Kau boleh jadi model untuk butik online aku. Faham?” Haidar mundar mandir dihadapan Dahlia.

        Dahlia mengangguk laju lagi. “Gaji?” tanya Dahlia tidak sabar.

        “Hei baru mula kerja dah tanya gaji. Nantilah. Kalau prestasi kerja kau bagus, baguslah bayaran. Kalau tak, gaji kau lebih rendah dari bibik aku bagi” Haidar ketawa mengilai – ngilai dengan kata – katanya. Dahlia mencebik.

        “Tapi untuk modelling, bayaran lain. Sebab tu dah kira part time. Kalau kau tak tolak nak jadi model, silap haribulan kau boleh pakai BMW pulak” Haidar mengilai lagi. Benci pula Dahlia mendengarnya.

        “Aku boleh jadi model. Tapi tak mahulah baju seksi – seksi sangat”

        “Eh, itu ikut suka hati aku. Kalau tak nak sudah. Berderet orang nak jadi model aku.” Lentik jari Haidar yang sedang menunding kearah Dahlia. Dahlia hanya memuncungkan bibirnya. Tak jadi model pun tak apa. Tak pakai BMW pun tak kisah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 10:53 AM | Show all posts
Pintu utama kedai berbunyi. Menandakan ada pelanggan yang masuk. Dahlia menoleh kearah pintu. Melopong mulutnya melihat pelanggan yang masuk. Sangat cantik. Dengan memakai dress singkat, rambut yang disanggul cantik serta mekap yang menawan membuatkan Dahlia tidak dapat mengalihkan matanya. Bagaikan model, perempuan itu menuju kearah Haidar. Wajah Haidar masam sahaja. Siapa?

        “Hai Halle.” Sapa perempuan itu. Mereka berlaga pipi. Namun tindakan Haidar acuh tidak acuh sahaja. Melongo sahaja Dahlia melihat mereka.

        “Apasal muka You ni cemberut je. Dah tak cantiklah You buat macam tu.” Tanya wanita itu. Dahlia yang tercegat hanya memerhatikan sahaja. Wanginya perempuan ini. Menusuk sungguh bau pewanginya. Kasutnya, mak aiii...tinggi sungguh.

        “Kenapa You datang?” tanya Haidar kasar. Wanita itu mengerutkan wajahnya. Kemudian dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang cantik dan teratur.

        “Ala Halle. Takkan You marah dekat I lagi. Kan I dah mintak maaf. I tak sengaja. Masa tu I ada emergency” mengada – ngada sahaja suara perempuan itu. Meremang bulu roma Dahlia.

        “Ni siapa?” tanya perempuan itu kepada Haidar apabila melihat Dahlia yang terkebil – kebil diantara mereka. Mencemik dia melihat gaya Dahlia yang selekeh itu. Berseluar jeans lusuh dan kemeja berkotak sahaja.

        “Ni lah model baru I” Jawab Haidar. Masih kasar.

        Wanita itu ketawa. Terkejut Dahlia mendengar ketawa perempuan itu. Sudah seperti ketawa Haidar. Mengilai sahaja. Perempuankan atau spesis seperti Haidar. Namun dia yakin itu adalah perempuan tulen.

        “Takkanlah model selekeh macam ni. I tahulah taste You macam mana. Diva macam You takkan nak pakai model macam ni. I tengok dah macam perempuan cashier pasaraya je. Kalau You nak sakitkan hati I agak – agaklah.” Perempuan itu mencebik melihat Dahlia. Selekeh? Perempuan cantik ni karang mahu tak cantik aku belasah karang. Sesedap rasa sahaja. Dahlia tersentap.

        “Qistina sayang, kalau You nak tahu perempuan selekeh inilah yang gantikan tempat You tempoh hari. Kalau You nak tahu apa kata audiens, diaorang semua puji Dahlia. Dahlia ni ada kecantikan semulajadi. Tak macam You semuanya plastik.” Bidas Haidar pula.

        Oh, jadi inilah Qistina. Cantik. Dalam perasaan benci Dahlia, dia sempat memuji Qistina.

        Qistina bagaikan tiada perasaan. Hanya ketawa sahaja mendengar kata – kata Haidar. “You, tiang letrik kalau dimekapkan pun agaknya boleh jadi cantik. Inikan pulak perempuan cashier ni.” tak habis – habis Qistina menyindirnya. Muka lawa mulut longkang. Dahlia sudah geram.

        “Dahlia, kau pergi belakang. Kemas apa yang patut. Tak payah layan perempuan ting tong macam ni” arah Haidar. Keras. Dahlia hanya menurut. Kalau ditunggu lama rasanya dia akan tidur di lokap atas tuduhan menyerang perempuan mulut tidak ada lesen itu.

        “Haah, pergilah belakang. Tempat macam tu aja sesuai untuk kau. Berangan nak jadi model” sampuk Qistina pula.

        Terhenti langkah Dahlia. Wajah Qistina direnung tajam. Kau ni memang nak kenalah monyet. Monyet? Bolehlah tu rambut warna perang sama macam monyet. Kata – kata itu hanya berlegar dihatinya sahaja.

        “Pergi belakang Dahlia” arah Haidar lagi. Dengan keluhan berat Dahlia melangkah. Siap kau perempuan. Nanti aku balas. Itu tekad Dahlia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 10:53 AM | Show all posts
Qistina tanpa segan silu duduk di sofa yang disediakan untuk pelanggan butik. Duduk sambil menyilang kakinya yang panjang dan cantik itu. Haidar juga duduk. Renungannya tajam. Dia hanya memerhatikan Qistina dengan perasaan meluat. Tangannya disilangkan.

        “Apa alasan You kali ni. Sudah dua kali You buat hal. Kalau You tak mahu bekerja dengan I, cakap. I boleh cari orang lain” meluat Haidar dengan perangai Qistina yang suka menghilangkan diri seperti biskut itu. Sudah dua kali Qistina tidak hadir di pentas catwalknya. Mujurlah ada pengganti yang boleh gantikan Qistina.

        Qistina bangun lalu bertengek disofa yang diduduki Haidar. Tangannya melingkar dibahu Haidar.

        “Halle, I ada emergencylah. Tak boleh elak. Hal keluarga.” Itu alasan yang mampu diberikan Qistina. Dia sebenarnya ada hal lain yang mahu dilakukan. Terpaksa tidak hadir ke pertunjukkan fesyen Haidar kerana tawaran yang menantinya lagi hebat dari bayaran yang ditawarkan Haidar. Jadi lebih rugi menolak tawaran yang mewah berbanding berjalan di pentas peragaan.

        “Hmmm...” itu sahaja yang keluar dari mulut Haidar. Sudah muak dengan gelagat Qistina.

        “I datang ni nak tempah baju. tapi kalau You sponsor lagi bagus. Sekurang – kurangnya butik You dapat nama” lembut sahaja suara Qistina. Dia tahu Haidar tidak akan berkira jika dapat menaikkan lagi namanya sebagai pereka fesyen.

        “Untuk apa?” acuh tak acuh Haidar bertanya.

        “I dapat jemputan ke Anugerah Industri Filem. Mesti Glam anugerah tu. Nanti dekat karpet merah I boleh cakap baju ni dari butik You.” Qistina terus memancing minat Haidar. Baru – baru ini namanya telah mendapat tempat. Banyak tawaran ditawarkan kepadanya untuk memperagakan pakaian. Tidak susah untuk mendapatkan semua itu. Asalkan pandai mencari peluang serta pandai memainkan kata – kata.

        “Bila?” suara Haidar sudah mengendur. Tidak lagi kasar seperti tadi. Cerah matanya apabila mendengar mengenai anugerah filem itu. Sudah pasti terdapat beberapa selebriti tanah air akan ke butiknya. Pasti sibuk.

        “Hujung bulan depan. You designlah. Nanti I tengok. Kalau ok kita proceed aja. Nanti I call member artist I. I kenalkan butik ni dekat diaorang. Macam mana?” pujuk Qistina lagi. Bukan susah mahu sejukkan hati Haidar. Dia senyum gedik.

        “Ok. Make sure artis – artis tu datang butik I, confirm ambil I jadi designer diaorang. You lobi baik sikit taw” Haidar tersenyum senang. Peluang cuba diambil sebaik mungkin. Inilah masanya dia mahu menempatkan namnya denga lebih kukuh. Setanding pereka terkenal yang lain.

        Mereka ketawa galak. Dibelakang Dahlia hanya mencebik sahaja. Menyampah mendengar ketawa seperti pontianak dapat darah sahaja. Dia meneruskan kerja – kerjanya denga mengemas bahagian stor dibelakang sambil mulutnya terkumat kamit membebel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2013 03:06 PM | Show all posts
BAB 17

        TENGKU Muaz menggaru – garunya yang tidak gatal. Sudah berpuluh kali dia menghubungi Dahlia. Talian tidak bersambung. Kemanakah Dahlia. tidak sudikah Dahlia bertemu dengannya. Kali terakhir berjumpa Dahlia adalah ketika malam mereka keluar. Dia terhibur dengan gelagat Dahlia yang ringkas dan bersahaja itu. Dahlia lain dari yang lain. Dia mula rindukan Dahlia.

        Dia mencuba lagi. Berharap dapat menghubungi Dahlia. Masih lagi suara operator yang menjawab. Tengku Muaz merengus kasar. Perbuatannya seperti ayam berak kapur itu diperhatikan oleh ibu tirinya.

        Dengan lembut Datin Hanani merapati anak tirinya itu. “Kenapa Muaz. I tengok dari tadi awak asik dengan telefon tu saja” tegur Datin Hanani. Dia sememangnya membahasakan dirinya I sahaja. Kekok mahu membahasakan dirinya Mummy seperti yang dipanggil anak – anak tirinya.

        Tengku Muaz merenung sahaja Datin Hanani. Wanita itu tidaklah terlalu tua. Dalam lingkungan umur tiga puluh enam tahun. Beza umur mereka hanya tujuh tahun sahaja. Janggal kadang – kadang mahu menganggap Datin Hanani sebagai ibu. Selayaknya Datin Hanani menjadi kakaknya sahaja. Lagi pula penampilan Datin Hanani yang ranggi menyebabkan dia semakin janggal.

        “Tak ada apa – apalah mummy. Call kawan tak dapat” jawab Tengku Muaz lemah. Kemanalah awak Dahlia.

        Pada mulanya Tengku Muaz berasa sangat lucu memanggil Datin Hanani mummy. Mungkin Datin Hanani juga begitu. Sudahnya dia membahasakan dirinya I sahaja. Datin Hanani seorang yang cantik. Merupakan bekas model. Mummy tirinya itu berhenti menjadi model selepas berkahwin dengan daddynya Datuk Tengku Nazri. Daddynya tidak mahu mummy tirinya terkinja – kinja serta menayangkan tubuh badan dipentas peragaan atau dimajalah.

        Sudah lama daddynya menduda sejak mummy betulnya meninggal. Dia setuju sahaja sewaktu daddynya mahu berkahwin lain. Mungkin daddynya sunyi. Adiknya juga tidak ada bantahan. Tetapi mereka tidak menyangka bakal ibu tiri mereka seorang yang masih muda. Beza umur daddy dan mummy tirinya adalah hampir dua puluh tahun.

        Itulah namanya jodoh. Tengku Muaz tersenyum.

        “Eh, tersenyum pulak awak ni. Tadi I tengok macam ayam berak kapur. Tak tentu arah. Ini tersenyum sorang – sorang pulak” pelik Datin Hanani melihat anak tirinya itu.

        “Tak ada apa –apalah mummy. Teringat kisah lama aje” Tengku Muaz tersenyum memandang mummy tirinya. Walaupun muda, kerana hormatkan Datin Hanani dia meringankan mulut memanggil wanita itu sebagai mummy.

        “Yelah. I nak ke Spa. Awak sarapan dulu sebelum ke pejabat. Daddy awak dah pergi pun. Dia pesan suruh awak cepat sikit. Hari ini ada meeting” pesan Datin Hanani. Selepas berhenti menjadi model dia membuka Spa ala – ala Bali yang diusahakan sendiri dengan duit simpanannya. Tidak mahu dia dikatakan menggunakan duit suami. Tak mahu dikatakan ambil kesempatan. Dia juga mampu membuka perniagaan sendiri walaupun suaminya lebih dari mampu.

        Tengku Muaz hanya mengangguk. Dia melangkah longlai menuju ke meja makan setelah panggilannya masih tidak dapat disambungkan. Kemana dia mahu mencari Dahlia. Mungkin Halle tahu. Tengku Muaz tersenyum girang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 05:05 PM | Show all posts
tq kikuri...hilang rindu kt dahlia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 05:20 PM | Show all posts
bila nak sambung lagi TT..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 02:27 PM | Show all posts
BAB 18

        SUDAH dua hari dia bekerja di butik Haidar. Tidak banyak kerja pada hari pertama. Pelanggan yang datang hanya dilayan oleh Haidar. Menurut seorang lagi tukang jahit Haidar, Kenny, Nana merupakan orang kanan Haidar. Tulang belakangnya. Apabila Nana tiada kelam kabutlah Haidar. Haidar lebih mempercayai Nana.

        Nana terpaksa bercuti kerana ibunya sakit. Oleh kerana Nana jarang mengambil cuti serta telah bersusah payah dengan pertunjukkan fesyen solo pertama Haidar maka Haidar membenarkan Nana cuti. Seminggu. Haidar mahu Nana meluangkan lebih masa dengan keluarga.

        Nana merupakan pelajar fesyen dari UiTM. Sudah lama Nana bekerja dengan Haidar. Lagi pula mereka bersahabat baik sejak dibangku sekolah. Sebab itu Haidar sangat mempercayai Nana. Mereka telah lama rapat. Hanya Nana yang memahami Haidar. Dahlia hanya mengangguk sahaja mendengar cerita Kenny itu kerana bahasa melayunya agak pelat.

        “Itu Halle sangat kuat kerja. Gila itu orang. Kadang – kadang aku ni tak tahan. Tapi aku suka kerja dengan dia. Dia punya cerewet, haiyaaaa... aku boleh gila, kau tahu tak” Kenny mengumpat Haidar sewaktu mereka sedang bersarapan di belakang. Haidar tiada di butik. Pergi bank katanya. Hanya sesekali Dahlia akan menjenguk ke depan kalau – kalau ada pelanggan. Dia tahu akan ada pelanggan kerana pintu butik akan berbunyi jika ada pelanggan masuk.

        “Alah nok, kau jangan risau. Bising – bising mulut Halle tu, hati dia baik tau nok.” Sampuk Jamie. Jamie adalah jurusolek tetap bagi model – model yang bekerja dengan Haidar. Baru dua hari bekerja macam – macam perkataan baru dipelajari Dahlia.

        “Memanglah baik, tapi baiknya sikit, garangnya banyak. Kadang – kadang aku tak tahan tau. Tapi sebab aku suka kerja dekat sini, kawan – kawan pun okey,  aku banyak syok. Malas aku nak cari kerja lain. Gaji pun boleh tahan” Sambung Kenny pula.

        Dahlia hanya tersengih sahaja mendengar bebelan kedua – dua rakan barunya itu. Rakan – rakannya itu agak ramah. Membuatkan dia selesa walaupun mereka dari spesis lelaki lembut. Lebih – lebih lagi Jamie. Pakaian juga sudah menyerupai perempuan.

        “Kau makan benda – benda berlemak macam ni tak takut gemuk ke nok. Mak jarang sangat makan benda – benda bersantan ni. Banyak kolesterol. Kita perempuan ni kena pandai jaga badan.” bebel Jamie yang melihat Dahlia begitu berselera menikmati nasi lemak kerangnnya.

        Dahlia tersengih. Banyaklah kita perempuan. Aku sorang je perempuan, kau tu jantan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.669652 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list