CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 9-1-2013 02:27 PM | Show all posts
Ting tong. Kedengaran bunyi pintu menandakan ada seseorang yang masuk. Mungkin pelanggan dan mungkin Haidar yang sudah selesai urusannya dibank. Bergegas Dahlia kekuar menjenguk.

        Seorang pelanggan kelihatan sedang membelek baju yang sedang bergantungan itu. Pelanggan itu membelakangkan Dahlia. namun Dahlia tahu pelanggannya itu bukan calang – calang orang. Dari segi berpakaian sudah diketahui oleh Dahlia.

        “Cik, boleh saya bantu?” tegur Dahlia. Wanita itu berpaling. Dahlia melopong. Tidak percaya. Betul ke ni. Maya Kareem. Pelakon terkenal. Degup jantung Dahlia kencang. Dia meminati lakonan Maya Kareem. Wanita kacukan melayu arab itu sangat cantik ditelevisyen, apatah lagi berhadapan seperti ini. Bagaikan bidadari.

        “Cik..cik..” Maya Kareem mengoyangkan bahu Dahlia. Tersenyum dia melihat wajah teruja Dahlia.

        “Ya..ya..Cik Maya kan?” tanya Dahlia tanpa segan silu.

        “Ya saya” jawab Maya Kareem. Lembut sahaja suaranya. Semakin teruja Dahlia.

        “Saya minat sangat dengan Cik Maya. Cik Maya dalam tv cantik sangat. tengok depan – depan lagi cantik.” Semakin teruja Dahlia. Bersinar ceria mata Dahlia bertemu dengan pelakon kegemarannya. Untung sungguh kerja dengan designer terkenal ni. Nak jumpa artis pun senang.

        “Oh yeke. Terima kasih atas pujian awak. Seronok ada peminat macam awak.” Maya Kareem berbasa basi. Dia tahu sebagai seorang selebriti dia selalu menjadi tumpuan peminat. Dia tidak sombong dengan peminat. Mereka penyokong kerjayanya. Jadi mengapa perlu sombong dengan peminat – peminat yang menghargai mereka. Bagi Maya Kareem tanpa peminat dia tidak akan berjaya seperti sekarang.

        “Cik Maya datang nak tempah baju ke?” tanya Dahlia.

        “Iya. Halle ada. Saya dah buat appoinment dengan dia. Sepatutnya jam sepuluh. Tapi sebab saya ada banyak masa saya datang awal sikit. Boleh bincang lama sikit” Maya Kareem tidak lokek dengan senyuman. Cantik sungguh.

        “Oh. Halle ke bank. Tapi dah lama tadi. Mungkin sekejap lagi dia balik. Cik Maya duduk dulu. Saya buatkan air. Cik Maya tunggu ya” buru – buru sahaja Dahlia kebelakang tanpa sempat ditahan Maya Kareem. Menggeleng Maya dengan kelakuan gelabah Dahlia itu.

        “Jamie.....” jerit Dahlia.

        “Hah kau kenapa. Tersampuk hantu?” tanya Jamie yang pelik dengan perangai Dahlia yang gedik secara tiba – tiba.

        “Ha’ah aku jumpa hantu. Hantu Harum Sundal Malam. Aku jumpa Maya Kareem. Dia ada dekat luar. Cantiknya dia” seperti bertih jagung sahaja Dahlia meluahkan rasa gembiranya.

        Jamie mengeluh perlahan. “ Nok, mak tak heran. Mak hari – hari jumpa Maya Kareem tu. Dia pelanggan tetap kat sini. Mak pun pernah mekap dia. Jadi mak tak lah sakai sangat kalau jumpa Maya Kareem.” Ingatkan apalah tadi. Jumpa Maya Kareem rupanya.

        Dahlia mencebik. Memanglah. Aku ni aja yang baru jumpa hidup – hidup Maya Kareem tu. Tak sporting langsung. Mak, mak, ingat kau mak aku ke. Nyampah.

        “Eleh. Yalah. Kau memanglah selalu. Aku ni yang tak pernah” Dahlia mencebik. Jamie ketawa mengilai.

        “Nok, kalau kau kerja lama dekat sini, semua tu kau dah tak hairan dah. Nanti lepas ni lagi ramai kau boleh jumpa. Penyanyi tersohor negara Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jacklyn Victor, Anuar Zain, ramai lagi kau boleh jumpa. Butik Halle ni memang dah terkenal dikalangan selebriti. Kau bertabahlah ya kalau jumpa mereka ni semua. Jaga kelakuan. Jaga nama butik Halle ni. Jangan nak over excited sangat” bebel Jamie. Dia sememangnya tidak begitu teruja sangat bertemu artis. Semua itu sudah biasa baginya yang telah lama terlibat dalam bidang kecantikan.

        Dahlia menjuihkan bibirnya. Cantik sangatlah tu. Dengan pantas dia membuatkan teh untuk Maya Kareem.

        “Eh, air tu untuk siapa?” tanya Jamie
       
        “Untuk Maya Kareem lah”

        “Kau jangan nak pandai – pandai. Maya Kareem tak minum teh kosong macam ni. Kau kena buat teh lemon. Jangan pakai gula. Pakai madu. Itu teh kegemaran dia. Kat sini hidang air bukan macam tetamu datang rumah ikut suka kau je. Setiap pelanggan tetap ada menu dia tersendiri. Dah kau pergi bancuh lain.” Arah Jamie.

        Dahlia menggaru kepalanya. Dasyat juga ya. Dia faham sebagai pemilik butik hati pelanggan perlu dijaga. Semua itu perlu diambil kira walaupun perkara yang nampak remeh temeh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2013 02:28 PM | Show all posts
BAB 19

SUDAH hampir sepuluh minit Maya Kareem duduk disofa menunggu Haidar. Dia tidak kisah. Silapnya datang awal tanpa memberitahu Haidar dahulu. Dia datang setengah jam awal dari waktu yang dijanjikan. Matanya ralit melihat majalah. Mencari idea untuk rekaan pakaian yang akan digayakan pada malam Anugerah Industri Filem nanti.

Dahlia hanya memerhatikan dari sudut kaunter. Dia tidak berani bertanya lebih. Tidak tahu sebenarnya mahu bertanya apa. Segala berkenaan rekaan pakaian bukan bidangnya. Jadi dia hanya duduk diam – diam sahaja. Tapi dia mempunyai misi. Misi itu perlu dilakukan sebelum Maya Kareem balik.

Dia memerhatikan Jamie yang duduk dibelakang kedai yang sedang ralit menjahit manik – manik di leher baju. salah satu kelebihan Jamie adalah dia pandai menjahit manik – manik dan batu hiasan di pakaian. Semuanya dibuat dengan tangan.

Dahlia menarik nafas panjang. Dia menuju kearah Maya Kareem. Maya Kareem yang menyedari kedatangan Dahlia tersenyum.

“Cik Maya. Nak tandatangan boleh?” tanya Dahlia tanpa selindung. Mahu cepat – cepat sebelum Haidar pulang. Tadi dia sudah menelefon Haidar. Haidar berjanji akan segera balik ke butik sepantas yang mungkin.

“Boleh. Tapi mahu tandatangan dimana?” tanya Maya Kareem. Tidak melihat kertas atau pen yang dibawa Dahlia.

“Oh ya, sekejap.” Dahlia berlari kebelakang. Mencari sesuatu.

“Tandatangan kat sini.” Dahlia menghulurkan beg duit bergambar Hello Kitty kepada Maya Kareem. Berkerut dahi Maya Kareem melihat beg duit berwarna putih yang sudah hitam – hitam itu.

Dahlia tidak tahu dimana mahu Maya Kareem memberikan tandatangan. Tanpa fikir panjang dia mencapai dompetnya. Tidak mahu ditandatangan atas kertas. Bimbang akan hilang.

“Kat sini?”

“Haah, kat belakang ni. Kalau tanda tangan dekat kertas nanti hilang, takpun nanti kena air ke” Dahlia tersengih. Maya Kareem mengambil beg duit tersebut dan menandatangan dengan marker pen yang diberikan Dahlia. dia menghulurkan kembali dompet itu kepada Dahlia.

“Untuk adik ya?” tanya Maya Kareem.

“Eh taklah untuk saya” kata Dahlia sambil membelek tandatangan Maya Kareem didompetnya.

“Oh. Ingatkan untuk adik. Comel dompet tu. Ada Hello Kitty” Maya Kareem tersenyum lagi. Lucu dia melihat gaya keanak – anakkan Dahlia.

“Dompet tu, Maklong saya yang bagi masa lulus cemerlang UPSR. Saya pakai sampai sekarang” jelas Dahlia tanpa dipinta. Maya Kareem mengangguk.

“Ehem...” satu suara berdehem. Dahlia tersentak. Dia melihat Haidar memandangnya dengan mata yang bulat. Bila masa balik. Tak dengar pun bunyi loceng pintu. Rosakkah. Mencicit Dahlia berlari ke belakang. Habislah aku lepas ni.

“Hai Halle” tegur Maya Kareem setelah melihat Haidar sudah terpacak di butiknya.

“Sorry ya Maya biarkan You tunggu lama. I ke bank tadi. Ada masalah sikit dengan akaun I. Ok. Kita teruskan urusan kita. I tahu You sibuk. Jadi boleh kita mulakan sekarang. I dah ada idea dah ada lakaran kasar. You boleh tengok. Kalau suka kita proceed nanti buat pembaikan ikut selera You. Kalau tak suka I boleh design lain ikut You punya kemahuan” tanpa berlengah Haidar memulakan perbualan mereka. Tahu jadual Maya Kareem yang sentiasa padat. Maya pelanggan tetapnya. Dia sudah tahu selera dan gaya Maya Kareem. Jadi mudah untuk dia membuat lakaran kasar dahulu. Sebelum ditambah dengan idea dan olahan mengikut citarasa Maya Kareem.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 02:28 PM | Show all posts
“Seronok jumpa Maya Kareem?” satu suara mengejutkannya. Dahlia tersipu – sipu memandang Haidar yang sedang membawa cawan teh yang telah dihidangkan kepada Maya Kareem. Cawan itu dihulurkan kepada Dahlia. Kosong. Ini bermakna Maya Kareem suka teh lemon madu yang dibuat oleh Dahlia.

“Seronok. Cantiklah dia” tanpa segan – segan Dahlia meluahkan rasa terujanya.

Jamie hanya menjeling kearah Haidar. Malas menyampuk. Kusyuk menjahit manik – manik pada baju. Antara salah satu kegemarannya selain dari mekapkan muka orang.  

“Kau baru jumpa Maya Kareem. Belum jumpa yang lain. Tak semua ramah macam Maya. Jadi aku harap kau jaga kelakuan kau. Faham?” lembut sahaja amaran Haidar. Dia tahu keterujaan Dahlia. namun Dahlia perlu diingatkan tidak semua artis yang berkunjung ke butiknya itu ramah seperti Maya Kareem. Dahlia mengangguk perlahan. Sedar perbuatan keterlaluannya.

“Faham” lemah sahaja jawapan Dahlia.

“Pergi jaga depan. Nanti pelanggan masuk tengok tak ada sesiapa pulak. Kau bebas nak buat apa kalau tak ada pelanggan. Nak tengok tv, nak belek majalah, tiada masalah.”

        Memuncung sahaja Dahlia menuju kedepan. Dia tahu silapnya. Siapa yang tidak teruja kalau sudah jumpa pelakon kegemaran. Pesanan Haidar diematkan di kepalanya. Jangan terlalu teruja. Faham.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 02:29 PM | Show all posts
maya kareem ye uols...bukan maya karin...nah sambungan...kang kalo tak bizi sambung lagik
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:43 PM | Show all posts
alaa sambungla lagi jgn malu2... mana adegan romantis halle dan dahlia.. tanak ke buat citer yg halle diam2 membina badan.. jadi abang2 yuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 02:58 PM | Show all posts
yamapi posted on 9-1-2013 02:43 PM
alaa sambungla lagi jgn malu2... mana adegan romantis halle dan dahlia.. tanak ke buat citer yg hall ...

uols...cerita ni mungkin panjang....sebab banyak konflik kat sini...skang ni pun iols tengah karang saat bunga - bunga cinta gitu...

dalam cita ni iols tengah nak create konflik antara muaz-haidar-dahlia, campur lagik dengan adam yang berdendam pehtu qistina yang memang nak idup senang dengan muaz...harap2 uols semua bertabah menunggu cerita iols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2013 04:05 PM | Show all posts
Cik tabah menunggu cerita TT...

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:05 PM | Show all posts
jgn banyak sgt konflik...bosan nak baca nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 01:59 PM | Show all posts
Xde sambungan ke hari nih???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 10:49 AM | Show all posts
BAB 20

        MENCERLUNG mata Qistina memandangnya. Dahlia hanya tertunduk – tunduk sahaja. Tidak berani memandang mata Qistina yang seperti berapi – api tu. Silap haribulan boleh terbakar dia.

        “You dah gila?” jerit Qistina kuat. Haidar hanya membuat muka bosan.

        “Gila tak gila keputusan dah dibuat. You kenalah belajar redha.” Mudah sahaja jawapan Haidar.

        “I tak kisah kalau orang lain yang gantikan tempat I. Tapi minah selekeh ni yang You nak jadikan model You. You dah enganged I tau.” Qistina masih tidak berpuas hati. Haidar sudah berjanji mahu mengambilnya menjadi model peragaan pada festival fesyen yang akan diadakan pada minggu hadapan. Deposit juga telah diberikan Haidar kepadanya. Festival Fesyen merupakan acara yang besar dalam bidang rekaan pakaian di Malaysia. Mana boleh dia lepaskan peluang untuk menempa nama dengan lebih hebat lagi. Keputusan Haidar benar – benar menaikkan darahnya.

        “Suka hati I lah nak suruh siapa pun gantikan You. You ada rekod buruk dengan I. Buatnya You tak datang masa tu macam mana. Dah dua kali tahu tak. I sabar aja. Kali ni I tak mahu ambil risiko. Ini projek besar. I tetap dengan keputusan I.” Keputusannya adalah muktamad. Lain – lain bantahan tidak akan dilayan.

        Nana hanya memerhatikan sahaja perbualan itu. Kasihan pula dia melihat Dahlia yang tertunduk – tunduk itu. Dia baru sahaja masuk kerja setelah seminggu bercuti. Dia juga gembira apabila melihat Dahlia bekerja dibutik itu. Sekurang – kurangnya ada kawan. Tidaklah semak kepalanya dengan Jamie dan Kenny yang berlagak seperti perempuan itu.

        “You mesti tak suka bila I marah. I tak suka bila You buat I macam ni. You nak cancelkan I boleh. Tapi I tak akan pulangkan deposit You.” Ugut Qistina.

        “Sukahati You. Setakat tiga ribu tu I tak kisah. I sedekahkan aja dekat You.” Balas Haidar acuh tak acuh.

        Qistina semakin geram. Dia menghampiri Dahlia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 10:50 AM | Show all posts
“Hey perempuan apa yang kau dah buat hah. Apa yang kau hasut dekat Halle ni. Muka nampak baik tapi hati busuk” kepala Dahlia ditunjal – tunjal. Dahlia tersentak. Tiada siapa pernah menunjal kepalanya sebelum ini. Hatta Paklongnya yang garang juga tidak pernah menunjal kepalanya. Dia mulai panas.

        “Apa tengok – tengok. Kau ingat aku takut dengan kau?” tengking Qistina lagi apabila melihat Dahlia memandangnya dengan tidak puas hati.

        Haidar hanya diam sahaja dikerusi. Serabut otaknya mendengar jeritan Qistina itu.

        “Cik Qistina, awak nak meroyan macam perempuan hilang laki saya tak kisah. Tapi boleh tak jangan main kepala. Kepala ni tempat simpan ilmu. Selama dua puluh empat tahun saya hidup tak pernah siapa pun main tunjal – tunjal kepala saya.” Perlahan sahaja suara Dahlia namun kedegaran agak tegas.

        Qistina ketawa galak. “Suka hati akulah. Perempuan bodoh macam kau ni memang layaklah dibuat macam ni.” Kepala Dahlia ditolak pula oleh Qistina. Dahlia semakin panas. Kecil sahaja Qistina dimatanya.

        “Saya dah cakap, saya tak suka orang main kepala saya” jerit Dahlia. Qistina mencebik.

        “Ada aku kisah. Hah...bodoh” Qistina masih memprovok. Dahlia semakin mendekat kepada Qistina. Qistina membuat muka selamba. Aku nak tengok apa yang kau boleh buat. Berani kau nak serang aku.

        “Siapa yang bodoh hah, siapa...” kepala Qistina pula ditunjal kasar oleh Dahlia. Marah sungguh dia. Dia memang naif. Itu yang selalu dikatakan Haidar. Namun bila kepalanya ditunjal sesuka hati dia menjadi marah. Seolah – olah maruahnya telah dipijak – pijak.

        “Hey..” jerit Qistina. Terkejut dia dengan perbuatan berani Dahlia. Nana terpinga – pinga. Haidar hanya diam sambil memejamkan matanya. Kedua belah tangannya digenggam. Menahan amarah.

        “Berani kau sentuh aku. Kau tak layaklah sentuh aku” Qistina menampar pipi Dahlia pula. Berpusing kepala Dahlia kearah kanan. Suasana sepi. Qistina mencemik. Sangkanya Dahlia pasti tidak berani melawan lagi. Namun tiba – tiba Dahlia menolaknya hingga terjatuh. Dahlia sudah marah. Siaplah kau aku belasah. Dasar perempuan gedik.

        Haidar bingkas bangun apabila melihat keadaan yang tidak terkawal itu. Dahlia yang cuba menumbuk muka Qistina segera dipaut. Meronta – ronta Dahlia minta dilepaskan. Haidar memeluk erat pinggang Dahlia. Kuat juga perempuan ni. Menjerit – jerit Dahlia minta dilepaskan.

        “Lepaslah...lepas. Biar aku tumbuk mulut monyet betina tak ada lesen ni. Kurang ajar.” Jerit Dahlia.

        Qistina segera bangun. Risau juga dia kalau ditumbuk Dahlia. Habislah muka lawanya. Sedangkan Dahlia tolak tidak kuat pun dia boleh terjatuh. Maklumlah pakai kasut tumit tinggi sangat ditambah dengan skirt yang ketat, agak payah mahu mengawal imbangan badan.

        “Dahlia, Dahlia” Jerit Haidar pula untuk menenangkan Dahlia. Terkeluar suara jantannya. Namun itu tidak dihiraukan Dahlia. Dia masih meronta – ronta.

        “Dahlia...”jerit Haidar kuat. Dahlia tersentak. Rontaannya terhenti. Nafasnya laju. Penat. Apabila melihat Dahlia sudah semakin terkawal Haidar melepaskan pautannya.

        Dahlia membetul – betulkan rambutnya yang kusut. Wajah Qistina yang panik dipandang tajam. Tadi berani sangat. Sekarang ni apasal pucat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 10:50 AM | Show all posts
“Kenapa ni?” satu suara garau bergema. Semua berpaling kearah pintu. Satu susuk lelaki sedang memerhatikan adegan tadi dengan perasaan tergamam. Apabila reda barulah dia boleh bersuara. Dasyat juga perempuan kalau bergaduh. Gerun sungguh dia.

        Fahrin Ahmad. Getus hati Dahlia. Eh bukan. Tengku Muaz. Alamak. Dahlia menyembunyikan wajahnya.

        “Ling...” rengek Qistina. Segera meluru kearah Tengku Muaz dan memaut lengannya.

        “Tengoklah apa perempuan gila tu buat dekat I. Sakit tau. Dah la tu dia panggil I monyet pulak.” Qistina mengadu manja. Tengku Muaz seperti tidak mendengar sahaja. Matanya hanya memerhatikan Dahlia yang sedang menyembunyikan wajahnya. Hilang sedikit rasa rindunya. Kat sini rupanya dia menyorok.

        Qistina geram bila aduannya tidak diendahkan. Makin dia geram apabila mata Tengku Muaz tidak lepas memandang Dahlia. Haidar pula hanya merenung tajam kearah Tengku Muaz.

        “Ling, You tengok mana? You tak kesian ke dekat I. Sakit tau perempuan ni pukul I.” Rengek Qistina lagi.

        Tengku Muaz hanya berpaling sekejap kearah Qistina. Sibuk betullah. Kemudian matanya berkalih kearah Dahlia yang sudah bersembunyi di belakang Haidar.

        Tengku Muaz cuba menghampiri Dahlia. Haidar sudah sedia untuk menghalang. Demi terpandangkan perbuatan Tengku Muaz dengan pantas Qistina menarik tangan Tengku Muaz untuk keluar dari butik Haidar.

        “Jom balik. You nak kemana?” Qistina menarik tangan Tengku Muaz kuat.
       
        “Saya...”

        “Jom balik...” pintas Qistina. Menarik tangan Tengku Muaz lagi. Dengan terpaksa Tengku Muaz hanya mengikut sahaja.

        “Aku tak selesai lagi. Kau tunggulah perempuan. Berani kau panggil aku monyet.” jerit Qistina dari luar butik. Dendamnya membara. Tengku Muaz berpaling kearah Dahlia. Dahlia masih berada di belakang Haidar. Dia kecewa. Wajah yang dirinduinya ada didepan mata tetapi tidak mempunyai kesempatan untuk bertanya khabar. Dia nekad. Dia akan cuba mencari peluang bertemu Dahlia. buat masa ini dia perlu memekakkan telinga mendengar leteran dan maki hamun Qistina yang entah apa butir bicaranya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 10:51 AM | Show all posts
sambungan ye sayang-sayang sekalian....

jap lg iols sambung lagik...ade keje skit
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:01 AM | Show all posts
tq....dan silalah sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:16 AM | Show all posts
tq tt....heheheehe harap dpt smbg sikit lagi yeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:39 AM | Show all posts
Ilang rindu cik kat Haidar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 02:59 PM | Show all posts
BAB 21

        BERDESIS juga mulutnya apabila Nana menyapukan minyak angin ke pipinya. Tak sangka perempuan sekurus Qistina boleh menampar hingga bengkak pipinya. Memang berpinar matanya tadi.

        Haidar hanya memerhatikan sahaja. Geram sungguh dia dengan Qistina dan Dahlia. Nasib baik tiada kerosakan berlaku dibutiknya. Kalau tak mesti dua – dua perempuan ni akan arwah.

        “Puas hati?” tanya Haidar sinis. Dahlia hanya mendiamkan diri. Tidak berani memandang kearah Haidar. Dia tahu semua silapnya. Dia sanngup menerima sebarang kemungkinan. Dipecat. Dihalau dari rumah Haidar dia sudah tidak kisah.

        “Aku mintak maaf” itu sahaja yang mampu dikatakan Dahlia. Haidar bingkas bangun.

        “Jom”
       
        “Kemana?” tanya Dahlia pelik. Dia melihat Haidar mengambil begnya dan disandang ke bahu.

        “Balik. Kau kena rehat. Butik tutup awal hari ni. Nana kau tolong tutup butik. Butik aje tutup. Kau dengan Kenny masih kena menjahit lagi. Ingat sikit. Kita ada pertunjukkan minggu depan.” Sempat lagi Haidar memberikan amaran. Nana hanya tersengih sahaja. Ingatkan boleh balik sekali tadi.

        “Okey. Kau jangan risau bawalah si Dahlia ni balik.” Nana mengemaskan kotak first aid.

        Dengan perlahan Dahlia bangun. Lambat – lambat dia mengikuti Haidar. Dia bukannya sakit teruk. Bengkak sikit aja. Tapi dia ikut juga Haidar yang sudah melangkah keluar dari butik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 03:01 PM | Show all posts
Didalam perjalanan tiada perbualan diantara mereka. Haidar hanya memandu tenang. Manakala Dahlia hanya memejamkan matanya. Pura – pura tidur. Tiada perbualan sehinggalah mereka sampai kerumah.

        “Kau lapar?” tanya Haidar. Dahlia mengangguk.

        “Aku belikan makanan.” Haidar menyarungkan semula kasutnya.

        “Tak payahlah.” Tegah Dahlia.

        “Tadi kau cakap kau lapar”

        “Biar aku masak pulak. Kau tak rasa lagi masakan aku kan” kata Dahlia sambil tersenyum. Tidak jadi Haidar mahu menyarung kasutnya.

        “Kau pandai masak ke?” sinis sahaja suara Haidar.

        “Bolehlah sikit. Menjahit aje aku tak pandai. Kau nak makan apa?” tanya Dahlia. Dia mahu tahu selera Haidar. Tidak mahu aci masak sahaja namun nanti tidak menepati selera Haidar.

        “Aku dah lama tak makan makanan bersantan. Apa kata kau masak kari. Semalam aku ada beli ayam. Tapi santan segar aku tak ada. Santan kotak adalah beli tempoh hari.” Haidar memberikan pendapat.

        Dahlia mengangguk. Selama tinggal dengan Haidar, dia melihat Haidar terlalu menjaga makan. Ikan kukus, sup sayur, sup ikan, sayur kukus. Itu sahajalah makanan Haidar. Naik muak dia melihatnya. Sekali sekala tak salah ambil makanan yang berat asalkan tidak melebihi keperluan kalori yang diperlukan.

        “Kau makan kari juga ya?” tanya Dahlia. Rasa sakit dipipinya sudah semakin kurang.

        “Makan. Tapi tak selalu. Aku juga tak makan sangat makanan bergoreng. Tapi aku suka sambal petai tau. Itu ajalah makanan berbau yang aku suka.” Haidar ketawa mengilai dihujung kata – katanya. Dahlia tersenyum. Sudah biasa dengan hilaian Haidar.

        “Tempoyak kau tak makan?” tanya Dahlia. Haidar menggeleng.

        “Eiiii...bau durian pun aku tak tahan. Inikan pulak tempoyak. Kau suka?” Haidar membuat gaya geli geleman.

        Dahlia ketawa melihat kelakuan Haidar. “Aku suka. Kau belum cuba lagi patin masak tempoyak. Sedappp...” panjang sahaja perkataan sedap Dahlia. tiba – tiba dia merasa rindu pada Mak Long.

        “Mak Long aku masak tempoyak patin sedap sangat. Kuah dia pekat. Aku pun tak boleh nak lawan dia. Aku rindu dekat dia” hati Dahlia sudah sebak. Betapa rindunya dia pada Mak Long. Sudah seminggu dia melarikan diri. Apakah mereka masih marah padanya.  

        Haidar simpati kepada Dahlia. “Dahlah tu. Nanti kau cuba telefon Mak Long kau. Kau tak telefon diaorang mana kau nak tahu situasi sebenar. Kau tak cuba mana kau tahu. Dah jangan sedih. Nanti tak menjadi pulak kari aku. Malam nanti telefonlah mereka. Tanya khabar. Sekurang – kurangnya mereka tahu kau selamat” Haidar memujuk Dahlia.

        Dahlia tersenyum tawar. Betul kata Haidar. Dia yang tidak menelefon. Mana dia tahu. Sudah telefon diletak pula. Malam nanti akan dicuba untuk menelefon kerumah Pak Longnya.

        “Aku nak berehat jap. Nanti dah masak panggil aku. Kau jangan lupa lepas masak kemas balik dapur aku. Jangan ada yang bersepah. Lap mana yang dah kotor. Faham.” Sebelum berlalu sempat Haidar berpesan dengan Dahlia.

        “Baik bos.” Dahlia menabik kepada Haidar. Mereka tertawa gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 04:04 PM | Show all posts
terima kasih sebab sambung tapi kenapa pendek sangat.. x sempat nak lenguh mulut baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 04:25 PM | Show all posts
BAB 22

PERUTNYA penuh kekenyangan. Mereka makan penuh dengan selera. Haidar memuji karinya sedap. Ditambah juga dengan sawi celur dan disiram dengan sos tiram yang dimasak bersama bawang. Seronok Dahlia melihat Haidar yang menambah makan itu. Kemudian membebel kerana perlu bersenam supaya kandungan lemak tidak berlebihan dalam badan. Dahlia tidak risau. Makan sebanyak manapun badannya tidak pernah naik. Mungkin kerana dia juga seorang yang aktif.

Dia berbaring – baring sahaja selepas solat isyak tadi. Berkira – kira mahu menelefon Pak Samad. Dia sudah menukar nombor telefonnnya supaya tidak dicari oleh Tengku Muaz. Dia berasa tidak sepadan untuk berkawan dengan Tengku Muaz. Dia tahu kedudukannya.

Mengingatkan Tengku Muaz yang merenungnya petang tadi membuatkan dia seperti mahu pitam. Tak sangka Tengku Muaz dapat juga berjumpa dengannya. Bukan dia tidak tahu Tengku Muaz mencarinya. Berpuluh miss call dan mesej diterima di nombor lamanya. Jadi dia membuat keputusan untuk menukar nombor telefon.

Dahlia menarik nafas panjang. Dengan tangan yang terketar – ketar dia mendail nombor telefon rumah Pak Samad. Talian bersambung. Dia menunggu sehingga ada yang menjawab. Mendengar suara itu dia berasa lega.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086328 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list