CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
 Author| Post time 2-1-2013 04:59 PM | Show all posts
Bab5

            “Ayah…Along nak kahwin!”
            Bulat mata Tan Sri Rashad. Biar betul Dzariff ni. Hujantidak ribut tidak tetiba je nak kahwin. Tapi apa kaitan hujan ribut dengan kahwin? Ah! Apa-apalah!
            “Ayah tak silap dengarkan?”
            Dzariff yang sedang menguis-nguis bihun  mengangguk perlahan. Sudah beberapa hari dia tiidak keruan rasa memikirkan hal ini. Tapi jika tidak di beritahu, lagi la parah.
           “Alhamdulillah. Akhirnya terbukajuga hati anak  ayah ni.”
            Tangan diraup ke muka tanda syukur. Memang sudah lama diamenantikan berita ini dari anak sulungnya. Hendak bertanya takut Dzariff berjauh hati. Sudahnya dia dan isteri, masing-masing pura-pura tidak peduli walaupun dalam hati sudah risau dengan usia Dzariff yang semakin meningkat.
            Dzariff senyum. Wajah ayahnya tampak gembira dengan perkhabarannya sebentar tadi. Dia tahu kedua orang tuanya memang mengharapkan dia berumah tangga. Bukan dia tidak mahu tapi hatinya tidak terbuka ke arah itu. Mungkin belum bertemu dengan calon yang sesuai.
           Namun di saat ini, hatinya sudah meronta-rontamahu memiliki perempuan idamannya. Dia tidak boleh terlambat dalam merebut sekeping hati. Nanti dia juga yang akan menangis tidak berlagu.
            “Ayah tak kisahkan walau siapa pun pilihan Along?”
            Tan Sri Rashad angguk. Dia memang tidak kisah kerana padanya status, harta atau pun pangkat tidak akan mampu dibawa ke mana-mana.Semua itu tidak akan kekal. Apa yang dia mahukan cukuplah seorang perempuan yang berbudi bahasa dan mampu menjaga serta membahagiakan Dzariff. Anak sulungnya ini sudah terlalu lama sendiri.
            “Apa yang dibincangkan dua beranak ni? Serius je bunyinya.”
            Puan Sri Najwa muncul dari dapur sambil menatang dulang berisi teko dan beberapa biji cawan. Wajah Dzariff yang berkerut-kerut dan wajah Tan Sri Rashad yang berseri-seri dipandang silih berganti. Apa kes diorang ni?
            “Si Along ni nak kahwin…”
            “Apa??? Along nak kahwin???”
            Reaksi Puan Sri Najwa mengundang tawa Tan Sri Rashad. Isteri yang dinikahinya lebih 30 tahun itu memang seorang yang sangat kalut. Baru cakap Dzariff nak kahwin, isterinya sudah tidak tentu arah. Mujur dulang cawan tidak dicampak ke lantai. Bukan boleh percaya sangat si Najwa ni!
            “Along nak kahwin? Dengan siapa? Bila? Bila nak kenalkan bakal menantu mama tu?”
            Mulut Puan Sri Najwa sudah seperti AK47 yang memuntahkan peluru. Bertalu-talu. Dzariff telan liur dalam senyuman. Reaksi ayah dan mamanya memang positif tapi rasa risau masih juga bergayut di hatinya.Takut andai ayah dan mama tidak mampu menerima pilihan hatinya.
            “Awak ni Najwa…gelojoh. Cuba awak tengok muka si Dzariff tu. Dah macam tertelan kapur abang tengok.”
            Sengihan diukir lebar. Puan Sri Najwa sedar akan kelakuannya tapi nak buat macamana? Dia memang sudah ‘over excited’. Maklumlah sudah terlalu lama menunggu berita segembira ini.
            “Sorry Along. Mama happy sangat-sangat ni. So…siapa gadis bertuah tu?”
            Dzariff gigit bibir kuat. Jantungnya seperti mahu melantun keluar dari dada akibat debaran yang melampau. Tengok cerita hantu pun dia tidak pernah setakut ini. Wajah mamanya yang sedang menuang minuman dipandang.
            “Mama dengan ayah jangan terkejut ye…”
            “Kenapa pula?” Hati Puan Sri Najwa mulai berdetik tidak senang. “Along jangan cakap perempuan tu bini orang!”
            Ketawa meletus dari bibir Dzariff tanpa sedar. Apalah mama ni?
            “Mengarut mama ni! Along boleh fikir lagi la. Rasanya belum berani nak bertumbuk dengan laki orang!”
            Puan Sri Najwa kelihatan mengurut dada. Entah bagaimana dia boleh terfikir hingga ke situ. Pengaruh sinetron mungkin.
            “Tu la…layan sangat lagi tenovela dengan sinetron!”
            Kata-kata Tan Sri Rashad buatkan isterinya mencebik. Dan yang paling penting perkara itu benar 100%. Puan Sri Najwa akui dia memang‘addicted’ dengan cerita-cerita berantai dari Filipina, Indonesia mahupun Venezuela. Mengalahkan anak daranya yang sedang menuntut di UiTM Shah Alam.
            “Mana nak tau. Orang sekarang ni bukan boleh pakai sangat. Semua main sapu je!”
            “Mama jangan risau, ok. Along ni waras lagi.”
            “So…who is the lucky girl?”
            “Delia.”
            Delia? Tan Sri Rashad dan isteri berpandangan. Delia mana ye? Nama macam familiar. Siapa ye?
            “Ayah rasa macam pernah dengar nama tu. Ayah kenal ke Delia ni?”
            Air liur ditelan berkali-kali. Kalau la air liur ni boleh kering, mungkin dengan lidah-lidah sudah ditelannya. Dzariff hela nafas perlahan. Hampir-hampir tidak kedengaran.
            “Perempuan yang ayah dengan mama jumpa dekat rumah Ayah Long…”
            Ayah dan ibunya berpandangan. Jumpa dekat rumah Tan Sri iRashdan? Serta merta satu wajah menjelma. Bulat mata Puan Sri Najwa.
            “Maksud Along…Delia tu Lia ke? Lia yang ada anak kembar tu?”
            Dzariff angguk lemah. Intonasi dan riak wajah ibunya menggambarkan sesuatu yang kurang enak. Janganlah mama menentang! Ya Allah!Permudahkan la urusanku!
            “Ooo…anak angkat ayah long yang cun melecun tu ye?”
            Sempat pula Tan Sri Rashad bergurau begitu. Dzariff cuma mampu untuk mengangguk. Dia tidak keruan rasa selagi belum tahu bagaimana penerimaan ibu dan ayahnya. Andai ayah dan ibu menentang, apakah dia perlu untuk mengalah? Atau pun dia perlu bangkit untuk membuktikan cintanya ini bukan mainan!
            “Along sungguh-sungguh ke nakkan janda anak dua tu? Dah takde perempuan lain lagi ke?”
            Wajah Puan Sri Najwa direnung lama. Riak wajah ibunya sudah tidak segembira awal tadi. Tanpa sedar, Dzariff menguak rambutnya kasar.Satu-satunya tabiat yang akan dilakukannya tatkala keresahan. Ketika ini jiwanya teramat tidak keruan.
            “Yes mama. Along betul-betul nak kahwin dengan Delia. Along cintakan dia!”
            “Baru kenal dah kata cinta? Jangan merepek la, Along!”
            Saat ini Dzariff sudah seakan mahu menangis. Sebak terasa mencucuk-cucuk dada. Sesak dan amat menyakitkan. Perlahan-lahan Dzariff bangun dan melangkah ke arah Puan Sri Najwa. Tanpa disangka-sangka dia melutut di sisi ibunya.
            “Mama…Along betul-betul cintakan Delia. Along tak pernah rasa macam ni seumur hidup along. Along tak nak hilang Delia. Along tak sanggup. Please, mama!! Please…”
            Bukan setakat melutut, disuruh meniarap pun dia sanggup di waktu ini. Dia tidak kisah untuk melakukan apa sahaja andai itu mampu membuatkan Puan Sri Najwa menerima permintaannya.
            “La…yang sampai melutut, menangis bagai nak rak ni kenapa?”
            Dzariff disuruh bangun tapi anak muda itu masih setia melutut di sisi kaki ibunya. Airmata yang menitis diseka perlahan. Macamana dia boleh menangis, dia sendiri tidak tahu. Yang pasti hatinya terasa amat pilu. Ikutkan hati mahu saja dia menangis sambil menghentakkan kaki.Berguling-guling. Tapi rasa macam tak sesuai la pulak!
            “Please mama…”
            “Eh! Mama ada cakap tak setuju ke???” Kepala yang tak gatal pura-pura digaru. Wajah kehairanan Dzariff ditatap sebelum Puan Sri Najwa ukir senyuman manis. “Mama tak kisah siapa pun pilihan Along. Janda atau anak dara…bukan kayu pengukur untuk mama. Apa yang mama nak, anak-anak mama bahagia dengan pilihan masing-masing. Lagipun, kalau memang jodoh along dengan Delia, siapalah mama untuk menidakkan takdir Tuhan?”
            Tanpa kata Dzariff terus memeluk bahu ibunya. Tanpa mampu ditahan, airmata mengalir membasahi pipi.
            “Thanks mama!”
            “Ha…ni belajar berlakon dari cerita mana pula ni?” Tanya Tan Sri Rashad tiba-tiba. Dari tadi dia cuma memandang tanpa mahu masuk campur kerana mahu memberikan isterinya ruang dan dia akan menegur isterinya jika Puan Sri Najwa melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
            “Cerita korea…”
            Jawapan serentak dari Puan Sri Najwa dan Dzariff mengundang tawa di ruang makan itu…

Last edited by TJ2 on 19-4-2013 04:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2013 02:51 PM | Show all posts
TJ2,BSTLH CTR U NI,SMBG LG YER
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 03:41 PM | Show all posts
best...jgn lupa sambung ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 11:45 PM | Show all posts
Sorry arini xdpt nk update...bz sngt kt opis...
Mcm2 hal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:53 AM | Show all posts
smlm bz... ari ni x kan...
sambg la lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 12:31 PM | Show all posts
cokolat posted on 4-1-2013 11:53 AM
smlm bz... ari ni x kan...
sambg la lg...

ok cokolat...ngah gigih menaip ni...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2013 01:57 PM | Show all posts
TJ2,hr ni ks n3 pnjg2 tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 04:17 PM | Show all posts
*************************



            “Sayang…Nanti lunch dengan I.”
            “Huh…”
             Untuk sesaat Delia terpempan. Suara itu seolah mengimbau semula kenangan bertahun-tahun lama dulu. Suara yang dulu selalu menjadi halwa telinganya.Delia hembus nafas lega bila angkat muka dan pandang lelaki yang menyandar di meja Hani.
            “Kenapa? Macam terkejut je nampak I. Tak cukup handsome ke?”
            Poyonya mamat ni! Delia mencebik sambil menjeling Dzariff yang sedang membelek-belek muka di cermin kecil milik Hani. Suka hati dia je nak duduk tempat Hani. Si Hani pula entah merayap ke mana. Cik Kak sorang tu memang suka benar berjalan kesana sini. Melawat kawasan katanye!
            “Sayang…dengar tak I cakap apa?”
            “Jangan buat suara kucing gatal, boleh tak? Geli ketiak I tau!”
            Seloroh Delia menutup getaran hatinya. Aduh! Suara manja mamat ni memang macam Adam! Boleh mereng kejap aku dibuatnya! Mungkin atas sebab itu dia tidak pernah kisah jika Dzariff memanggilnya sayang.
            “Teruk la you ni! Ada ke patut kata suara I suara kucing gatal. Ni suara romantic tau!”
            Romantik sangat! Sampai nak luruh jantung aku ni! Rasa seram sejuk macam nak demam pun dah ada! Gila la!
            “Yela. Ada apa nak ajak I lunch?”
            “Aiii…nak ajak lunch sama pun kena ada ‘reason’ ke?”
            Delia tertawa melihat Dzariff yang sudah memuncung. Sejak akhir-akhir ini mereka agak rapat. Dia selesa dengan lelaki ini. Malahan Dzariff pandai mengambil hatinya dan sering buatkan dia rasa terbuai-buai. Lelaki itu persis amat memahaminya walaupun mereka baru berkenalan.
            “Mestilah. I ni kan glamour. Ramai orang nak ajak keluar makan!”
            “Siapa? Beritahu I cepat. Biar I babab diorang tu.Suka-suka je nak ajak cinta hati I ni keluar!”
            Delia tertawa besar. Lelaki ini memang lucu. Selalu membuatkannya tertawa dengan gurauan yang dihulurkan. Entah kenapa dunianya terasa indah tiba-tiba.
            “Suka hati you je kan. Bila masa pula I jadi cinta hati you ni?”
            “Bukan dari dulu lagi ke?”
            “Pandailah you ni...”
            Dzariff tertawa riang. Bunyi ketawa Dzariff bagaikan irama yang cukup indah di telinga Delia. Membuatkan dunianya   seperti diwarnai dengan pelbagai warna-warna ceria. Malah amat mendamaikan jiwanya.
           “So…jom la lunch.”
            Delia kerut dahi. Jam di tangan direnung lama. Belum pun pukul 1! Takkan aku nak keluar sekarang? Nanti apa pula kata staff lain. Lain la dengan Dzariff. Dia OGM. Siapa pun tak berani untuk mempersoalkan tindakannya untuk keluar makan awal. Tapi aku ni siapa? Takat kerani cabuk merangkap setiausaha multitasking!
            “Baru12.50 la. Awal lagi. Nanti bising pulak GGM kat dalam tu!”
            “Jomla…jom la…Nanti lambat. You tu nak touch up lagi. Nak tunggu lif lagi. Buat semua tu je mesti dah lebih 10 minit.”
            “Kalau tak …”
            “Kita jalan la perlahan-lahan macam siput. Kalau Ameer marah, you cakap dengan I. Biar I marah dia pulak!”
            Ada sahaja jawapan dari lelaki ini. Bila berbual dengan Dzariff, Delia selalu kehilangan kata-kata. Lelaki ini amat petah mematahkan setiap bicaranya. Selalu ada jawapan bagi setiap persoalannya.
            “Kalau I tak nak?”
            “I heret je you keluar…”
            Laju tangan Delia capai dompet dan telefon bimbit yang berada di dalam laci. Tak sanggup rasanya kena heret keluar.  Buat malu je. Lepas tu 1001 cerita akan mula meniti dari bibir ke bibir orang-orang di Akram. Tak syok nanti!
            Bergandingan bersama Dzariff buatkan ramai yang terjeling-jeling. Mana taknya. Dzariff ni kan antara jejaka rebutan di Akram. Dah tu mamat ni lak jenis peramah. Bukan macam Ameer si singa jantan tu! Memanjang moody!
            Dari jauh kedengaran bunyi riuh di hadapan meja Laila.Takkan si Laila buat parti Tupperware kat depan ni? Dah tu tak ajak aku. Sampai hati! Desis hati Delia.
            “Laila, apa yang kecoh-kecoh kat depan ni?” Tanya Dzariff pada Laila yang kelihatan sudah merah muka.
            “Cik Irina ni nak jumpa Encik Ameer. Tapi pagi tadi Encik Ameer dah pesan dia tak nakjumpa sesiapa pun.”
            Seraya itu perempuan dihadapan Laila berpaling. Irina rupanya. Patutlah rambut macam pernah nampak! Ingat cun kot warnakan rambut kuning macam tu! Macam singa. Sesuailah dengan Encik Singa kita, Ameer...muahaha!
            “Tak dapat jumpa Ameer, jumpa kau pun dah cukup bagus!”
             Delia telan liur bila suara sinis Irina mencecah gegendang telinganya. Nak buat apa jumpa aku?Takkan nak ajak karaoke kot!
            “Kenapa nak jumpa aku?”
             Rasa hati yang panas mendorong Irina ke sini mencari Delia. Apa yang telah terjadi isemuanya berpunca dari perempuan tak tahu malu ni! Entah apa yang Ameer pandang sangat pada janda ni?
            “Nak bagi kau penampar ni!”
            Tindakan meluru itu sedikit pun tidak mencemaskan Delia. Apa guna silat gayung yang dipelajarinya dulu? Delia senyum. Pergelangan kanan Irina yang menghampiri wajahnya dicekak kemas. Dia mahu Irina tahu yang dia bukanlah jenis yang boleh diperlakukan sesuka hati.
            “Hari tu…dengan anak aku mungkin kau boleh buat macam ni. Tapi sekarang kau dah silap. Jangan ingat senang-senang kau boleh sentuh aku!”
            Irina terjerit kecil bila tangannya dikilas kuat oleh Delia. Dzariff dan Laila sudah ternganga. Mungkin tidak sangka dengan apa yang sedang terjadi di hadapan mereka. Namun, masing-masing sebenarnya sedang sembunyi senyum. Lucu dengan  telatah Irina. Tadi macam garang sangat!
            “Sakitlah, bodoh!”
            “Kau yang bodoh. Dah la datang tak beradap. Nak serang-serang orang pula. Ingat aku ni anak patung ke?”
            Tubuh kurus Irina dihenyak ke sofa berangkai tiga yang ada di sisi meja Laila. Gadis itu seperti menggetap bibir menahan amarah. Tapi dia kena berfikir semula untukmenyerang Delia kerana dia pasti perkara itu bukanlah mudah.
            “Kau jangan ingat semua ni dah selesai…”
            “Apa yang belum selesai ni, Irina?”
            Entah dari mana Ameer muncul sambil bercekak pinggang. Wajah lelaki itu tampak tegang. Mungkin terganggu dengan telatah Irina yang nyata tidak matang.
            “Baby! You tak pergi office kat PJ ke?”
            Jelas Irina tergamam dengan kemunculan Ameer. Entah bagaimana dia boleh tersalah perhitungan. Seingatnya di waktu-waktu begini, setiap hari khamis Ameer akan pergi ke cawangan Akram yang terletak di Menara Lien Hoe, Petaling Jaya.
            “Kalau I pergi sana, bolehlah you nak berdrama swasta kat sini kan?” Suara Ameer sudah naik 3 oktaf. Frekuensinya juga semakin meninggi. Boleh pekak sekejap! Tapi Irina nampak selamba sambil mencebik bibir. “I nak you balik sekarang!!!”
            Irina bangun dengan kasar. Riak wajah gadis itu tidak sedikit pun menunjukkan dia gerun dengan tengkingan Ameer sebentar tadi. Macam takde perasaan pun ada!
            “Remember this Ameer. I akan pastikan you takkan dapat perempuan tu seumur hidup you! And you…” Irina pandang Delia dengan tajam. “I’m still not done with you!!!”
            Pintu ditolak dengan kasar. Delia garu kepala. Apalah masalah perempuan sorang ni?Gaduh dengan Ameer pastu tak pasal-pasal kaitkan aku sama. Mental ke mereng? Mereng kot! Kesian Irina. Muda-muda dah mereng!
            “Yang you sengih-sengih ni kenapa pula?”
            Dah mula dah Encik Singa ni! Ada yang yang kena stapler mulut ni karang! Delia ketap bibir geram.
            “Sengih pun salah ke? Rasa macam tak terbaca pula kat polisi Akram!”
             Ameer mendengus kasar sebelum berpaling. Satu jelingan maut dihadiahkan pada Delia yang mematung di sisi Dzariff. Tanpa kata Ameer terus melangkah keluar.
            “Apa punya orang la cousin you ni? Agaknya dia ni lahir mase ribut kot. Tu yang asyik nak berangin je!”
            Dzariff Cuma senyum sambil angkat bahu. Tidak pasti samada mengiya atau menidakkan kata-kata Delia dan entah kenapa lelaki ini diam dari tadi…

Last edited by TJ2 on 4-1-2013 04:42 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 12:26 AM | Show all posts
TT sambung la lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:56 AM | Show all posts
Amat gembira baca cerita nie...suka dengan  character  Della. Bilakah sambungannya ya? Have a pleasant and lovely weekend
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 05:34 PM | Show all posts
Bab6


            Rasa cemas mula mencuit hati Delia. Masakan tidak, setiap kali dia pandang cermin pandang belakang atau sisi kereta yang sama tetap setia mengekorinya. Dia belok ke kiri Toyota Vios itu juga ke kiri. Dia pusing ke kanan pun kereta itu terus mengekorinya dengan rapat. Road bully ke? Lindungilah aku, Ya Allah.
            Entah kenapa laluan ke rumah Tan Sri Rashdan seolah-olah lengang hari ini. Dari tadi tiada sebiji pun kenderaan berselisih dengan Myvinya. Macam tak logic pula takde orang lain ikut jalan ni?
            Pandangan kembali terarah ke cermin pandang belakang. Toyota Vios berwarna kelabu itu masih ada. Ah! Mungkin pemandu itu juga menuju ke tempat yang sama dengannya. Delia cuba untuk menyedapkan hati sendiri. Cuba untuk bersangka baik walaupun hatinya berdebar-debar.
            Telefon bimbit yang berdering kuat buatkan Delia sedikit menunduk. Bibirnya mengukir senyuman tipis bila terlihat nama yang tertera di skrin. Dzariff! Masuk ini sahaja sudah masuk 3 kali lelaki ini menghubunginya. Risau mengalahkan mak nenek! Macamlah aku ni tak biasa memandu sorang-sorang! Delia merungut sendiri dalam hati.
            “Assalamu’alaikum.”
            “Wa’alaikumussalam. Dah kat mana?”
            “Kejap-kejap lagi sampai la…”
            Telefon bimbit tercampak bila Delia memijak brek secara mengejut apabila sebuah Honda Civic berwarna hitam muncul dan menghimpit kereta Delia secara tiba-tiba. Dalam debaran yang menggila Delia dapat lihat ada 2 lelaki berbadan sasa keluar dari perut kereta itu. Dari cermin pandang belakang juga Delia dapat lihat 2 lagi lelaki di sisi Toyota Vios.
            Ya Allah! Diorang ni nak apa? Nak rompak aku ke? Delia telan liur. Rasanya dalam dompet ada dalam RM200 je. Barang kemas pun ada takat gelang tangan dan rantai leher. Paling banyak pun diorang ni boleh dapat 2 ribu je dari benda-benda ni!
            Delia geleng kepala laju-laju bila lelaki berjaket hitam memberi isyarat supaya dia keluar dari kereta. Gila apa? Nak kena rogol! Kalau pun mati biar dia dalam kereta. Dia lebih rela begitu. Sekurang-kurangnya maruah diri masih terjaga.
            Lelaki berjaket hitam itu tersenyum sinis sebelum berpaling semula ke Honda Civic dan mata Delia terbeliak bila lihat lelaki itu kembali dengan sebatang kayu baseball di tangan. Tapi Delia tetap geleng kepala bila lelaki itu isyaratkan dia untuk keluar dari kereta.
            Delia pantas menunduk bila dia lihat lelaki berjaket hitam itu mula menghayun kayu baseball. Ya allah! Ya allah! Delia Cuma mampu memejam mata menahan rasa takut yang menguasai dirinya di kala itu.
            Bunyi kaca bertaburan semakin menggentarkan hati Delia. Sedikit masa lagi pasti lelaki-lelaki ini akan dapat mengheretnya keluar. Ya allah! Andai terjadi sesuatu pada diriku, kelak tolonglah lindungi anak-anak kecilku!
            Pintu kereta di sebelah kanannya dibuka kasar dan lengannya dicengkam kuat. Pasti lelaki-lelaki durjana ini. Rasa-rasa kalau aku melawan, boleh menang tak? Ah! Tak kisah la menang atau kalah. Sekurang-kurang aku melawan!
            Delia buka mata dan dapat lihat kaca merata-rata. Cermin depan keretanya sudah hancur berkecai. Delia genggam tangan menahan rasa. Diorang ni ingat aku beli dekat kedai 2 ringgit kot!
            Tubuhnya terasa melayang-layang ditolak ke bahu jalan. Delia terduduk di atas aspal kerana tidak bersedia. Kebas rasa punggung bila terhentak kuat sebegitu.
            “Ini pesanan dari seseorang. Dia tak mahu kau ada hubungan dengan keluarga Tan Sri Rashdan terutamanya Ameer Luthfy!”
            “Kalau aku tak nak, macamana? Apa dia boleh buat?” Tanya Delia sambil bangun  dan mengibas-ngibas belakang seluarnya. Dia berpura-pura berani sedangkan hatinya kala ini berbelah bahagi. Dia tahu setakat mana kemampuannya. Tapi andai keadaan memaksa, dia akan cuba untuk mempertahankan dirinya sendiri.
            “Mungkin kau akan terima akibat yang lebih teruk dari ini!” Lelaki berkumis halus itu berkata sinis. “Atau mungkin anak-anak kau yang comel tu…”
            “Jangan libatkan anak-anak aku!”
            Delia menjerit kasar. Memang dia tidak benarkan sesiapa pun menyentuh anak-anaknya. Anak-anaknya Cuma anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.
            “Kalau kami tak nak, macamana?”
            Soalan yang sama ditanya kembali pada Delia dan tanpa menjawab, Delia terus sepak celah kelengkang lelaki itu sekuat hati. Biar mampos! Nak sangat! Lelaki berkumis halus itu menyeringai kesakitan lalu terduduk.
            “Kau memang sengaja cari masalah kan?”
            “Kan aku dah kata jangan libatkan anak-anak aku!”
            Delia mula mengundur bila lelaki berjaket itu mahu merapatinya. Dia perlu bijak untukmengawal situasi biar pun dia sebenarnya amat takut.
            “Woi! Ada kereta datang!!!”
            Jerit lelaki yang dari tadi tegak di sisi Toyota Vios sebelum cepat-cepat memboloskan diri ke dalam kereta. Mungkin tugas lelaki itu adalah untuk memantau keadaan sekeliling. Pantas lelaki berjaket itu berpaling dan tarik si kumis halus bangun. Terkengkang-kengkang kau! Padan muka! Delia kulum senyum.
            “Jangan ingat kau dah selamat!”
             Laung si Jaket Hitam sebelum Honda Civic mengaum dan berlalu laju. Delia hela nafas lega. Perlahan-lahan dia duduk di bahu jalan dan meramas tangannya yang sedang menggigil hebat. Hakikatnya memang teramat takut sebentar tadi.
            “Dell!!!”
            Delia angkat muka. Kelihatan Dzariff dan Ameer sedang menghampirinya dengan riak wajah yang sukar ditafsir. Mana diorang ni tau aku kat sini?
            “Are you ok?”
            Ok ke tak ye? Ok kot! Lambat-lambat Delia angguk.
            “Hei! You’re bleeding!”
            “Bleeding?” Biar betul Ameer ni. Jangankan darah, rasa sakit pun takde! Ameer ni silap pandang kot! “Mana ada?”
Bila Ameer sentuh dahinya baru Delia terasa perit. Dan bila Ameer tunjuk tangannya yang basah dengan darah, serta merta pandangan Delia kelam dan terus gelap…

Last edited by TJ2 on 8-1-2013 05:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 06:45 PM | Show all posts
sapa ye hero....dariff ke ameer
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 09:05 AM | Show all posts

beehun semangkok pun x abis lg...
citer ni dh abis....
wa....nk lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 09:16 AM | Show all posts
Sori...
Mmg tengah bz sbb kena handle annual dinner.
Ni pun curi2 masa utk update
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:44 AM | Show all posts
Wah...ade sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:54 PM | Show all posts
bz yer...
xpe
nanti update yer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2013 01:27 PM | Show all posts
jap ek...
ngah rempit menaip ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 01:46 PM | Show all posts
**************************


            Perut yang berkeroncong memaksa Delia buka mata. Suasana bilik yang suram dan pelik buatkan Delia berkerut. Bilik siapa pula ni? Delia garu kepala yang tak gatal. Takkan aku kena culik kot!
            Pantas Delia lompat turun dari katil. Dengan rasa berdebar-debar dia cuba untuk pulas tombol pintu. Tak kunci! Maknanya bukan kena culik. Kalau culik mesti pintu tak boleh nak buka!
            Langkah diatur perlahan-lahan dan Delia tersenyum sendiri. Macamanalah dia boleh tidak kenal rumah ni? Padahal tiap hujung minggu dia bertandang ke sini. Belum tua dah pelupa. Mesti banyak sangat makan semut!
            “Bik! Ada nasi tak? Saya lapar la!”
            Bibik yang sedang mengemas dapur kelihatan mengurut dada. Mungkin sedikit terkejut dengan kehadirannya. Mujur orang tua ni tiada sakit jantung. Kalau tak, satu hal lagi nak panggil ambulan!
            “Masih ada. Biar bibik panas’in!”
            “Tak payah, bik. Saya dah lapar sangat ni!”
            Kalau bibik panaskan, mau 10 minit lagi baru dapat makan. Padahal perut dah berkonsert hebat. Delia terus capai pinggan dan senduk nasi berserta lauk ke pinggannya. Memang dia teramat lapar. Kali terakhir dia makan pun sebelum keluar rumah tengahari tadi. Sekarang dah pukul 9 malam. Mau tak kebulur!
            “Mama…”
            Delia tersedak bila Dani dan Dania muncul tiba-tiba dan memeluk tubuhnya. Mujur tak tercekik. Bertuah betul budak-budak ni! Aci sergah je!
            “Kuss semangat! Mujur mama tak tercekik nasi!”
            Dua anak kecilnya tertawa riang. Delia balas pelukan anak-anaknya sebelum sebuah ciuman dihadiahkan ke dahi masing-masing. Dia tidak dapat bayangkan hidup tanpa anak-anaknya ini.
            “Rindu kat mama. Tadi mama tidur lama sangat.” Ujar Dani yang masih erat memeluk pinggang Delia. Kata-kata itu buatkan Delia senyum sebelum eratkan pelukan.
            “Mama pun rindu anak-anak mama ni!” Pinggan kosong ditolak ke tepi. Baru lega rasa perut ni! “Dah…dah…mama nak basuh pinggan. Pergi depan tengok tv.”
            Tanpa banyak soal dua anak kecil itu berlari-lari keluar dari ruang dapur. Delia Cuma mampu geleng kepala. Dani dan Dania memang sangat aktif. Sejak dari bayi lagi, dua anaknya itu memang tidak boleh duduk diam walau untuk 1 minit. Pasti ada sahaja aktiviti mereka.
            “Dell!” Delia yang sedang leka mencuci pinggan menoleh. Ameer tegak di pintu dapur dengan wajah serius. “Lepas ni datang depan. Ayah dengan ummi nak jumpa!”
            Delia mencebik sambil memandang langkah Ameer yang sudah hilang di balik pintu. Kat rumah pun nak memerintah! Ingat aku takut ke?
            “Terkumat-kamit mengata I la tu, kan?”
            “Mana ada!”
            Aduh! Bukan mamat ni dah ke depan tadi? Macamana pula dia boleh ada balik kat sini? Kacau betul! Delia mengomel dalam hati sebelum menjeling Ameer yang tersenyum sinis. Tumbuk muka tu tau la!
            Lambat-lambat Delia atur langkah ke ruang tamu. Dia merengus kasar tiba-tiba. Mungkin rimas dengan Ameer yang mengekorinya. Langkah Delia terhenti tiba-tiba bila lihat ramai orang di ruang tamu. Kenapa ramai-ramai ni? Ada kenduri ke?
            “Kenapa berhenti mengejut ni? Mujur I tak langgar you.”Ameer mengomel tidak puas hati. Memang dia agak terkejut kerana Delia tiba-tiba sahaja berhenti melangkah.
            “Kenapa ada ramai orang?”
            Ameer terkedu bila Delia berbisik di telinganya. Dengan jarak yang kurang dari 1 inci buatkan Ameer berdebar sendiri. Ameer hela nafas perlahan. Cuba menghalau getaran di hati.
            “Diorang nak jumpa you. Jalan cepatlah. Nanti apa pula diorang fikir tengok kita berbisik-bisik dekat sini!”
             Bermacam persoalan mula bermain di minda Delia bila lihat wajah-wajah tetamu yang ada. Ada muka yang dia kenali dan ada yang tak. Semuanya tampak serius berbual.
            “Bangun pun akhirnya. Dah makan?” Tanya Puan Sri Ezzah bila Delia mengambil tempat di sofa berhampiran. Delia mengangguk dan Puan SriEzzah sambung lagi. “Lia ok tak? Dahi sakit lagi?”
            Delia terpinga-pinga sebelum meraba dahi. Ada plaster di situ. Delia kerut dahi tiba-tiba. Kenapa dengan dahi ni? Berplaster bagai!
            “Dahi Lia ni kenapa, auntie?”
            Suasana terus jadi sepi. Masing-masing berpandangan seolah-olah tergamam dengan soalan yang diajukan Delia sebentar tadi.
            “Lia tak ingat ke apa yang jadi petang tadi?” Tanya Puan Sri Ezzah sebelum berpaling pada Ameer. “Doktor Bahar cakap Lia takde apa-apakan, Ameer?”
             Lihat Ameer yang mengangguk buatkan Delia pelik sendiri sebelum dia renung lama wajah Puan Sri Ezzah. Apa yang jadi petang tadi ye? Delia gigit bibir. Yang dia ingat dia keluar dari rumah. Memandu macam biasa. Lepas tu ada Toyota Vios ikut dia. Ha! Lepas tu ada Honda Civic halang dia! Yes! Aku dah ingat!
            “Err…Lia ok. Kereta Lia mana?”
             “Balai!”
            Jawapan tegas dari Dzariff buatkan Delia ternganga. Kereta aku kat balai? Biar betik! Kalau dah sampai balai memang confirm jadi kes polis. Jenuh nak bersoal jawab lepas ni!
            “Kereta I ok tak?”
            “Hello! Dah jadi macam ni pun masih sibuk nak fikirkan kereta! Fikir hal you dulu! Keselamatan you!”
            Entah kenapa Dzariff melenting tiba-tiba. Delia kerut dahi. Apa kena pula mamat sorang ni? Tetiba je naik angin. Takkan kena sampuk jin kot! Kang jenuh nak panggil ustaz nak suruh datang mengubat!
            “Relax la. I kan ok…”
            “You ni memang dari dulu degil kan, Azreen? Tak pernah nak dengar cakap I. Mujur tadi Ameer dengan I sampai tepat pada waktunya. Kalau tak…entah apa dah jadi kat you!”
            Aku kena marah ke ni? Delia membungkam. Entah kenapa dia rasa sedih bila diherdik begitu. Padahal kalau dengan Ameer, sikit pun dia tidak pernah nak terasa. Apatah lagi nak bersedih seperti ini.
            “Mana tau nak jadi macam tu…”
            Belum sempat Dzariff bersuara lagi, Puan Sri Najwa sudah beri isyarat mata supaya tutup mulut. Dia tidak mahu pertengkaran kecil ini berlarutan hingga membuatkan orang lain kurang selesa. Dzariff hanya mendengus kasar. Amarahnya masih terasa sehingga mencengkam jiwa.
            “Lia, anak auntie ni bukan marah. Dia cuma risaukan Lia. Kalau jadi apa-apa pada Lia tadi, memang satu KL diharuknya!”
            Mama ni lebih-lebih pula! Tapi ada betulnya cakap mama! Dengar bunyi kaca pecah berderai tadi pun dah buat dia hilang nyawa. Lebih-lebih bila Delia terus senyap dihujung talian. Mati-mati dia ingat Delia kemalangan. Tak cakap banyak dia terus tarik Ameer untuk mencari Delia.
            “Lia tau. Lia mintak maaf kalau buat semua orang risau. Tapi Lia pun tak sangka boleh jadi macam tu. Lia sendiri masih tak faham.”
            Jari-jemari diramas perlahan-lahan. Dia bukan degil malah dia sendiri tidak pernah mahu untuk menyusahkan sesiapa. Apatah lagi mereka ini bukan ahli keluarganya .Mereka-mereka ini tidak punyai sebarang pertalian dengannya!
            “Boleh Lia cerita apa sebenarnya yang berlaku? Uncle nak tahu.”
            Pertanyaan lembut Tan Sri Rashdan itu seolah mengimbau kenangannya bersama arwah ayah.Dulu ayah juga selembut ini. Selalu memujuknya di saat dia berduka. Masa arwah ibu meninggal, ayah yang banyak berikan dia semangat untuk terus kuat mengharungi hidup. Jadi bila ayah suarakan hasrat untuk berkahwin lagi, diat erus setuju. Ayah sudah banyak berkorban. Jadi apa salahnya untuk dia menerima satu-satunya permintaan ayah. Lebih-lebih lagi di waktu itu dia perlu untukmenyambung pelajaran ke Australia.
            Tapi dia tersilap perhitungan. Wanita yang di panggil mama Aina itu rupanya bukanlah perempuan yang sesuai buat ayah!
            “Lia…”
            Suara itu menghalau semua kenangannya pergi. Delia telan liur untuk menghilangkan rasa sebak yang memenuhi hatinya. Pergilah kau, wahai kenangan!
            “Lia pun tak sure. Tapi rasanya ada orang tak suka Lia rapat dengan keluarga uncle.”
            Tan Sri Rashdan kerut dahi. Tak suka Delia rapat dengan keluarganya. Tapi kenapa? Bukan baru sehari dua dia mengenali Delia. Pelik! Kenapa baru sekarang nak tak suka?
            “Mana Lia tau?”
            “Lelaki tu cakap. Kalau Lia tak ikut apa yang dia kata, akan datang mungkin dia akan buat lebih teruk dari tadi.”
            Seraya itu mata Delia memandang Dani dan Dania yang sedang leka bermain game di tablet hadiah dari Dzariff. Kalau tak, jangan harap si kecil dua orang ni nak duduk diam.
            “Ni dah kira ugutan kan, Hamid?”
             Lelaki berkumis tebal yang duduk di sisi Tan Sri Rashad kelihatan mengangguk. Hamid rupanya nama dia! Muka serious 24 jam. Skru muka ketat sangat ke? Desis hati Delia.
            “Betul tu, Tan Sri. Kes ni boleh disiasat di bawah seksyen 324 kanun keseksaan atas tuduhan mengugut, memecah cermin kereta dan cubaan untuk memukul yang boleh membawa hukuman penjara 3 tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.”
             Sah pakcik misai ni Polis! Cakap ikut bahasa buku tu. Mujur aku faham! Bunyi macam serious je kes aku ni. Siap panggil polis datang rumah lagi!
             “Lia ngat apa-apa pasal penyerang tu? Muka atau no plat kereta?”
             Lama Delia termenung. Mungkin cuba mengingati peristiwa yang berlaku petang tadi. No plat kereta memang haram dia tak nampak. Dalam keadaan kalut begitu sedikit pun dia tidak teringat untuk memandang plat kereta Honda Civic yang menghalang keretanya.
            “No. plat Lia tak perasan. Muka mungkin boleh ingat sikit-sikit kot.”
            “Esok Lia datang balai. Uncle suruh orang ‘sketch’ muka penyerang-penyerang tu! Boleh, Lia?”
             Datang balai? Aduh malasnya. Leceh la! Delia tidak jadi menggeleng bila terpandang renungan tajam Dzariff. Mamat ni macam nak makan orang je la! Nak kena cungkil biji mata agaknya!
            “Untuk malam ni, Lia tidur sini. Auntie risau nak lepaskan Lia dengan anak-anak balik.Takut orang-orang jahat tu tunggu Lia dekat rumah!”
            Delia gigit bibir. Dia paling tidak suka untuk tidur di rumah ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Tak sesuai dengan jiwa agaknya.
            “Kalau Lia nak balik boleh tak?”
            “No!!!”
            Semua yang ada di ruang tamu itu berkata serentak. Mahu tak mahu Delia terpaksa mengangkat tangan dan mengaku kalah. Tak aci ooo! 7 lawan 1…

Last edited by TJ2 on 9-1-2013 02:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:45 PM | Show all posts
next....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 03:04 PM | Show all posts
Next..................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.258596 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list