CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 18-4-2013 01:37 PM | Show all posts
tu diaa.. tak cemuih baca ceghita TJ2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 03:30 PM | Show all posts
Takde sambungan lg ke hari ni TJ? Huhuhuhu
Mode: sabar menanti.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2013 05:14 PM | Show all posts
aduh...
ari ni niat nk upload n3 br tp xsmpt da...
ada orang dtg mengacau...
btandang xhengat nk blk meja sndr
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 08:10 AM | Show all posts
Salam pagi jumaat semua....harap hari ni ada update ok?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 10:09 AM | Show all posts
TJ2 posted on 18-4-2013 05:14 PM
aduh...
ari ni niat nk upload n3 br tp xsmpt da...
ada orang dtg mengacau...

Salam, Selamat Pagi...

TJ2... jgn jadikn itu alasan...takleh terima......lama tau nunggu n3 baru...bila nak tau hubugn adam & Dzarif nih....

Aku speku diorg kembar x seiras....adam & dzarif kemalgn tika nk pi pengkebumiaan atuk kesygn diorg...pastu salah sorg menyambung nyawa atau koma...pastu salh sorg berkorban utk selamtkn yg salah sorg...ada betui ke?....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 11:23 AM | Show all posts
sellie003 posted on 19-4-2013 10:09 AM
Salam, Selamat Pagi...

TJ2... jgn jadikn itu alasan...takleh terima......lama ta ...

kaka sellie,

jgn marah tau...nanti cepat tua hahaha
cian kt iols tau...
dh la dept ada 2 org je...
nk manage sume branch... huhuhu

ni sambungan citer ek...
jgn lupe bc...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2013 11:23 AM | Show all posts
cegitu posted on 19-4-2013 08:10 AM
Salam pagi jumaat semua....harap hari ni ada update ok?

ada...
sudi-sudikan baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 11:27 AM | Show all posts
***********************


Dari kejauhan, Delia dapat lihat Dani dan Dania asyik menguliti Dzariff yang sedang berehat di gabezo di sudut kanan laman rumah Tan Sri Rashdan. Lelaki itu ada kalanya tersenyum dan tertawa. Entah apa yang dibualkan mereka.

Tanpa sedar Delia ukir senyum. Dia bahagia melihat kegembiraan anak-anaknya. Walaupun Adam tiada, anak-anaknya tetap gembira.Tetap tidak pernah kehilangan kasih seorang bapa. Anak-anaknya beruntung kerana punyai daddy dan papa yang amat menyayangi mereka.

Malah bertuah kerana Ameer dan Dzariff sanggup melakukan apa sahaja demi dua anak kecil itu. Kedua lelaki itu bagaikan pelindung buat Dani dan Dania.

“Mama…mama…”

Dani dan Dania kelihatan melambai. Mahu tidak mau Delia terpaksa membalas. Tak sangka anak-anaknya boleh perasan kelibatnya berdiri ditepi pintu gelangsar yang separuh terbuka itu.

“Mama…sinilah!” Panggil Dani lagi. Delia geleng. Konon malas tapi sebenarnya dia segan untuk menempel bersama. Lagi pun kurang manis untuk dipandang lebih-lebih lagi dia adalah bakal menjadi isteri orang dalam beberapa hari sahaja lagi.

“Sinilah mama. Papa nak cakap ni.”

Mahu tak mahu Delia terpaksa menapak keluar bila Dani datang dan menarik tangannya. Si kecil ini boleh tahan juga degilnya! Tak makan saman bila orang cakap tak mahu.

Langkah diatur berat menghala ke gazebo. Bila perasan Dzariff sedang memandang, serta merta kakinya jadi tunggang langgang. Semua jadi serba tak kena. Janganlah jatuh terlentang! Doanya dalam hati. Boleh malu setahun nanti!

“Ada apa panggil I?” Tanya Delia sebaik berdiri dihadapan tangga gazebo cantik ini. Dzariff hanya senyum memperlihatkan giginya yang indah tersusun.

“Saja. Rindu nak borak dengan you.”

Seraya itu dada Delia berdetak kencang. Dia paling tak boleh bila Dzariff bercakap begini. Lemah lutut dibuatnya! Memang dari dulu dia sering terkesan dengan bicara Dzariff. Tak pasti kenapa.

“Nak borak pasal apa?”

“Macam-macam. We used to share stories, sayang!”

Please…jangan panggil I macam tu.”

Last edited by TJ2 on 19-4-2013 11:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2013 11:28 AM | Show all posts

Delia tak mahu ada yang tersalah anggap andai terdengar panggilan itu. Boleh bikin ribut! Lagi-lagi kalau Ameer yang dengar. Silap-silap bersilat mamat tu nanti!


Sorry! Dah terbiasa. Susah nak ubah…”

“You kena ubah! Sooner or later. I tak nak Ameer salah faham.”

Lelaki yang sedang duduk di sisi Dania itu tunduk diam seribu bahasa. Tiada gaya seperti setuju atau pun membantah kata-kata Delia tadi. Delia menjeling. Dani dan Dania tampak leka mewarnai buku yang baru dibeli oleh Dzariff.

Suasana hening bila semuanya berdiam diri. Cuma sesekali kedengaran bunyi kenderaan bergerakmelalui jalan yang ada di balik tembok di belakang mereka. Delia menguap sebelum menyandarkan badan di tiang. Nikmatnya dapat bersandar! Angin sepoi-sepoi bahasa ni buatkan dia mengantuk pula. Dapat tidur best ni! Dah la perut tengah kenyang!

Do you happy,Azreen?”

Mata yang tadi separuh tertutup terus terbuka luas. Pandangan dihala pada Dzariff yang kelihatan sedang merenungnya.

What do you mean by saying that?” Pelik pula bila Dzariff tiba-tiba bertanya begitu. Delia kembali bertanya. “Do I look miserable or something to you?”

Dzariff senyum sinis sambil mengusap kepala Dania yang sedang asyik mewarna. Namun matanya masih merenung Delia yang ada di hujung gazebo.

“I just tanya you happy ke tak? Kenapa nak naik angin tiba-tiba ni? Period ek?”

“Mana ada!!!”

Dzariff tertawa halus bila wajah Delia merona merah.Mungkin segan bila ditanya sebegitu terbuka. Yang mulut dia ni pun satu.Langsung takde insuran!

You know what, Azreen?” Dia dan Delia bersabung pandang. Lama sebelum Dzariff mengeluh. “I always miss this kind of situation.”

“Maksud you?”

We used to be a good friend. Kita selalu borak, bergosip. I sakat you, you sakat I balik. Kita kongsi cerita. Tak macam sekarang ni. Kita dah macam orang asing. Awkward!”

Diakui ada benarnya kata-kata Dzariff itu. Mereka pernah berteman baik. Pernah berkongsi pelbagai cerita dan masalah. Jujur dari hati, Delia amat menyenangi lelaki yang ada di hadapannya ini kerana bercakap dengan Dzariff buatkan semuanya terasa mudah.

Last edited by TJ2 on 19-4-2013 11:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 11:30 AM | Show all posts

Namun,ada macam-macam yang berlaku hinggakan mereka tidak lagi rapat seperti dulu .Lebih parah bila Ameer tidak gemar Delia berkawan baik dengan Dzariff. Tapi takkan dia nak cakap Ameer tak bagi dia rapat dengan Dzariff? Nanti tak pasal-pasal ada pula dua orang sepupu yang bergaduh! Buat naya je!


You la…asyik fly…”

“Aik! I pula yang salah?”

“Yela! Siapa suruh you asyik tinggal I dekat sini?”

“Cik adik intan payung oii…I fly sebab boss yang suruh tau. Bukan suka-suka! Kalau tak puas hatiyou pergilah marah ayah long tu!”

Delia sengih. Saja dia berkata begitu untuk menghilangkan rasa bersalah yang tiba-tiba muncul. Payah betul nak jaga hati orang! Keluhnya sendiri. Jaga hati yang ini, yang itu pula terasa.

You…” PanggilDzariff perlahan. Delia telan liur. Dia tak sukakan intonasi Dzariff itu kerana boleh buatkan hatinya terusik tanpa sedar. “Pasti ini yang you mahukan?”

Apa yang aku mahukan? Delia kerut dahi tidak faham.

“I tak faham…”

You pasti hatiyou memang pilih Ameer?”

Oh! Ini persoalannya! Ingat apa tadi? Delia senyum tipis. Kalau ikut hati memang dia masih berbelah bahagi namun ada pepatah berkata ikut hati nanti mati!

“Yup!I yakin Ameer terbaik buat I dan anak-anak!”

Dzariff tersenyum tawar. Sungguh hatinya memang terasa perit tapi apa yang boleh dia lakukan? Untuk berterus terang, rasanya dia belum bersedia dan andai pun dia bersedia, mampukah dia untuk bercerita letak perkara yang sebenar? Tidakkah tindakannya itu hanya  akan membuatkan lebih banyak hati terluka? Apatah lagi majlis pernikahan tinggal cuma beberapa hari.

“Kalau itu pilihan you…I hormati. I doakan you berbahagia sampai ke akhir hayat.” Dzariff cuba ukir senyuman walaupun bibirnya terasa kaku. “Tapi I nak you tau…if you need somebody or anything, just let me know. I’ll do my best for you.”

Rasa sayu menyapa dada. Walaupun Dzariff tidak pernah berterus terang, Delia yakin lelaki itu sebenarnya ada menyimpan sesuatu rasa buatnya di dalam hati. Bukan kerana dia perasan tapi renungan atau pandangan mata Dzariff seringkali dirasakan berbeza.

Thanks…”

Last edited by TJ2 on 19-4-2013 11:51 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 11:31 AM | Show all posts

Tanpa sedar ada sepasang mata tua sedang asyik merenungi Dzariff dan Delia dari tingkap di tingkat atas. Lelaki itu meraup muka dan kedengaran menghela nafas keras.


“Tengok apa sampai mengeluh tu, bang?” Soal satu suara dari belakang. Tan Sri Rashdan menoleh. Entah macamana dia boleh terlupa isterinya turut ada bersamanya di dalam bilik.

“Takde apa.” Jawapnya sebelum berlalu menuju ke kerusi urut yang ada di sudut bilik. Pandangan pelik Puan Sri Ezzah tidak dihiraukan.

“Zah turun dulu la. Nak buat minum petang.”

Tan Sri Rashdan angguk sebelum memandang langkah isterinya yang menjauh. Hilang kelibat Puan Sri Ezzah, fikiran Tan Sri Rashdan kembali melayang. Ada pelbagai wajah muncul di benaknya.

Dia mengeluh bila peristiwa 5 tahun lepas kembali bermain di minda. Entah kenapa dia jatuh simpati saat pertama kali bertemu Delia di Sydney Airport. Walaupun Delia menolak, dia tetap mahu membantu. Dia kasihankan Delia yang kelihatan sukar untuk bergerak. Mana nak bawak baby, mana lagi nak bawa beg.

Kerana kasihan juga, dia tukar tiket Delia ke business class. Sekurang-kurangnya dia boleh membantu andai perempuan muda itu perlukan sesuatu. Memang Delia menolak keras. Mungkin Delia ingat dia punyai niat yang tidak elok. Masakan tidak, lelaki tua bangka macam dia beriya-iya nak membantu.

Berkali-kali dia kata ikhlas namun Delia tetap tidak percaya. Bila dia kata dia lihat Delia seperti anaknya baru Delia kelihatan berlembut. Malah mahu menerima bantuannya. Tapi masih tidak banyak bercakap.

Dari air muka, Tan Sri Rashdan pasti Delia punyai masalah yang sangat besar. Masakan tidak. Wajah sebegitu cantik tampak pucat tidak berseri. Mata kelihatan tidak bercahaya. Malah seringkala dilihat menyeka airmata.

Last edited by TJ2 on 19-4-2013 11:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 11:32 AM | Show all posts
Mahu bertanya, dirasakan tidak sesuai. Nanti dia dia kata busybody pula. Mahu tak mahu dia cuma diamkan diri dan sesekali mengagah bayi-bayi kecil bernama Dania dan Dani yang amat comel. Bayi-bayi kecil yang diletakkan di dalam bassinet itu sedikit pun tidak meragam.

Di KLIA sekali lagi dia bersimpati bila dia lihat Delia terkial-kial mahu mendapatkan teksi. Jadi, dengan rendah hati dia tawarkan bantuan untukmenghantar Delia dan anak-anak hingga ke rumah. Mujur Delia setuju dengan mudah. Mungkin keletihan buat Delia malas mahu membantah.

Tanpa disangka tindakannya menghantar Delia pulang menjadi titik tolak segalanya. Dengan mata sendiri dia lihat bagaimana gadis itu ditolak keluar dengan kasar. Delia merayu tapi tiada siapa mahu dengar.

Sekali lagi Tan Sri Rashdan bersimpati. Ah! Dia memang jenis orang yang mudah mengasihani orang lain! Dia bawa pulang Delia dan anak-anak ke rumah. Seperti yang dijangka tindakannya itu mencetuskan kekecohan. Ameer mengamuk dan menuduhnya bukan-bukan.

Tapi dia beruntung kerana punyai isteri yang tidak mudah untuk melatah. Puan Sri Ezzah sedikit pun tidak sangsi dan mempercayainya 100 peratus bila dia bercerita. Malah isterinya menyokong setiap tindakan yang diambilnya.

Bila Delia mohon bantuannya mencari Adam, dia terus bersetuju. Tapi bila melihat nama penuh Adam dia jadi tidak keruan rasa. Dia sangat tahu nama itu tapi tidak mustahil ada dua orang berbeza punyai nama serupa. Alamat pun lain.

Pencarian bermula tapi semua berakhir dengan jalan buntu. Kasihan Delia! Tapi dia kagum dengan perempuan muda itu kerana bisa bangkit kembali untuk meneruskan hidup. Padahal apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Hilang suami,dibuang dari universiti malah dibenci keluarga sendiri.

Tanpa pengetahuan sesiapa, Tan Sri Rashdan cuba menjejaki Adam di Jabatan Pendaftaran Negara. Dengan mengguna seorang teman lama yang berkerja di situ, maklumat akhirnya ada di dalam genggaman. Ternyata gerak hatinya selama ini adalah benar! Dan ini bermakna dia memang membantu orang yang tepat!

Tapi dia seakan tidak mampu untuk memberitahu Delia hal yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila dia lihat Delia sudah mampu untuk tertawa gembira bersama Dani dan Dania. Mungkin lebih baik dia berdiam diri. Lagipun orang yang dicari pasti tidak akan kembali lagi.

Satu wajah seakan menari-nari di ruang matanya. Tan Sri Rashdan mengeluh panjang. Entah sampai bila dia perlu untuk menyimpan semua ini…  

Last edited by TJ2 on 19-4-2013 01:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:35 AM | Show all posts
TJ2 posted on 19-4-2013 11:23 AM
kaka sellie,

jgn marah tau...nanti cepat tua hahaha

Mukan marah...tp geram jek.... x sabau nak tau...tepek ciput pom xpe sayang...janji ada jek n3 x putus2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:45 AM | Show all posts
sellie003 posted on 19-4-2013 11:35 AM
Mukan marah...tp geram jek.... x sabau nak tau...tepek ciput pom xpe sayang...janji ada jek n3 x p ...

hahahahahah.ini bukan marah nasihaattt( baca gaya p.ramlee)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 11:53 AM | Show all posts
sellie003 posted on 19-4-2013 11:35 AM
Mukan marah...tp geram jek.... x sabau nak tau...tepek ciput pom xpe sayang...janji ada jek n3 x p ...

baik kaka...

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:09 PM | Show all posts
TJ2 posted on 19-4-2013 11:53 AM
baik kaka...

bagus, bagus...baik adik akak nih...

Sekali bg n3.........kukesat2 airmataku berkali2...awat sedih n3 arini...sayu hati...tp, akak sukaaaa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 12:10 PM | Show all posts
tt, smbg la lg..
smbg pjg2 sket...
x saba nk tau kisah seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:11 PM | Show all posts
freddianza posted on 19-4-2013 11:45 AM
hahahahahah.ini bukan marah nasihaattt( baca gaya p.ramlee)

....nasihat pom ya gak...nasihat dlm geram...

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:27 PM | Show all posts
nak buat speku skit....
hehehe.....
adam adalah adik beradik dzarif tetapi dah meninggal
x sempat nak beritahu parent dai dah kawen.
pastu hati or one part of his body di berikan buat dzarif.. tu yg dzarif terasa something dgndelia...
hehehe...
cantek x speku i......
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:39 PM | Show all posts
Tenkiu TJ... am happy ade entries baru. ur story ni antara beberapa cerita yg iols follow. seronok bila ade entry. yang lain2 macam dah mendiamkan diri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.809219 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list