CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 9-1-2013 04:36 PM | Show all posts
Best citer ni... nak n3 lagi boleh tak?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2013 05:44 PM | Show all posts
hihi...
dh tak sempat nak update...
esok pagi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 08:25 AM | Show all posts
ok , dh pagi ni.. sila sambung ye.. hihihih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 09:02 AM | Show all posts
wardah75 posted on 10-1-2013 08:25 AM
ok , dh pagi ni.. sila sambung ye.. hihihih

haha...
pantas sungguh...


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 09:10 AM | Show all posts
TJ2 posted on 10-1-2013 09:02 AM
haha...
pantas sungguh...

pagi-pagi boss lom sampai , so keja pun lom ada..apa lagi mesti menenggek kat forum dok tunggu sambungan cerita. rasa sangat hampa bila tak de cerita untuk dibaca..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 09:13 AM | Show all posts
yuhuuuuuu udah pagi ni....mana ya sambungannya hahahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2013 09:54 AM | Show all posts
Bab7

            Masuk hari ini sudah hampir seminggu peristiwa Delia diserang berlalu. Dan sudah hampir seminggu juga Delia dan Dzariff tidak bertegur sapa.Entah apa yang dimarahkan oleh lelaki itu, Delia sendiri tidak tahu dan malas untuk bertanya.
            Di pejabat pula, Dzariff agak sibuk kerana Ameer di waktu ini sudah terbang ke Pakistan untuk menguruskan hal berbangkit di cawangan di sana. Jadi urusan di sini, kebanyakkannya terpaksa diuruskan oleh Dzariff.
            Delia yang sedang tekun menaip minit mesyuarat sebentar tadi, terpaksa angkat muka bila dengar bunyi riuh rendah di luar biliknya. Mentang-mentang Ameer takde! Masing-masing naik tocang! Delia senyum sebelum kembali tunduk mengadap monitor jenama Samsung di hadapannya.
            Pintu bilik yang dirempuh tiba-tiba buatkan Delia kembali mendongak. Siapa pula yang tiada adab ni? Rimas betullah! Saat itu juga mata Delia terbeliak besar. Wajah yang dia lihat itu benar-benar membuatkannya sesak nafas.
            Kehadiran wanita bernama Aina itu benar-benar mengejutkan Delia. Masakan tidak, sudah hampir 5 tahun dia tidak ketemu wanita bengis ini.Tapi mana dia tau aku kat sini?
            “Ni lah perempuan gatal yang Nana cerita pada Maksu tu.”
            Delia bertambah keliru dengan kehadiran Irina di biliknya.Perempuan gatal? Maksu? Apa semua ni dan apa kaitan Irina dengan Mama Aina? Kenapa diorang boleh datang sini sama-sama? Bermacam soalan mula menjelma diminda Delia. Boleh sakit otak fikirkan hal ni!
            “Sorry Dell. Tadi I dah cuba halang diorang…”
            Suara Laila kedengaran seperti serba salah. Delia angguk faham dan beri isyarat jangan risau pada Laila. Gadis itu tersenyum kecil sebelum berlalu kembali ke mejanya di ruang hadapan.
            “Mama…”
            “Bila pula aku beranakkan kau? Panggil aku Datin Aina!” Aina berkata angkuh sebelum sambung kata-kata. “Jadi kau rupanya yang ganggu hubungan anak buah aku dengan Ameer! Kau ni tak habis-habis nak sakitkan hati aku, kan?”
            Delia sudah melopong. Ameer? Bila pula aku kacau diorang ni? Nak bertegur sapa dengan Ameer pun boleh dikira dengan jari. Pelik-pelik jela!
            “Mama…” Datin Aina sudah membeliakkan mata. Delia telan liur sebelum sambung bicara. “Datin Aina…there’s something not right. Saya tak pernah ada apa-apa dengan Ameer…”
            “Kalau takde apa-apa, kenapa Ameer minta putus dari aku?”  Tukas Irina pantas. Dia memang tidak puas hati dengan Delia sejak dulu.
            “Ameer mintak putus? Sorry…sorry…Aku tak faham!”
            Kalau pun Ameer nak putus dengan Irina, apa kena mengena aku dalam hal ni? Buat orang ‘confius’ je la!
            “Kau jangan nak bermuka-muka. Nak berpura-pura baik! Kalau bukan sebab kau, Ameer takkan tinggalkan aku, tau tak!”
            “Memang ‘confirm’ aku tak tau…”
            Delia terdiam bila jari telunjuk Datin Aina lurus di depan hidungnya. Mujur tak tercucuk! Kang tak pasal-pasal batal puasa aku! Delia kulum sengih. Aku mana puasa pun! Tengah uzur ni.
            “Kau ni memang tak reti malu, kan? Tak pernah nak cermin diri sendiri. Sedar tak kau tu perempuan kotor? Ada anak haram!!! Masih ada hati nak goda lelaki macam Ameer!”
            Hati Delia panas tiba-tiba. Dia paling pantang bila anak-anaknya dituduh begitu. Mereka-mereka ini Cuma tahu bercakap tanpa mahu mengetahui cerita sebenarnya. Suka buat kesimpulan sendiri sedangkan tidak semestinya apa yang dilihat itu adalah benar.
            “Datin jangan nak main cakap je! Anak-anak saya ada bapa yang sah!”
            “Jadi mana laki kau? Dulu masa arwah bapak kau tanya pun, kau takde jawapan? Jadi…betullah cakap aku kan?”
            Senyuman sinis Datin Aina seolah membunuh jiwa Delia. Seakan mencincang lumat hatinya saat ini. Kenapa tiada orang mahu percaya kata-katanya sedangkan dia tidak berbohong?
            “Datin…demi Allah anak-anak Lia ada bapa yang sah.Ya…mungkin dulu Lia salah sebab kahwin tanpa pengetahuan ayah. Ada sebab kenapa Lia buat macam tu. Tapi percayalah…Lia tak pernah buat perkara yang memalukan ayah!”
            “So…where is your ‘so called husband’, kalau betul you dah kahwin?”
            Pertanyaan  Irina dibiarkan sepi kerana Delia benar-benar tiada jawapan untuk itu. Hingga ke saat ini dia tidak tahu kemana lelaki itu menghilang. Lenyap seperti langsung tidak pernah wujud di muka bumi ini.
            “Kau takde jawapan sebab kau memang tak pernah kahwin kan?”
            Ya Allah! Berilah aku kekuatan! Delia tarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari keyakinan untuk menghadapi Datin Aina dan Irina yang tidak habis-habis mengatakan Dani dan Dania anak tidak berbapa. Mujur Hani cuti hari ini. Kalau tidak, mungkin Hani juga akan menyangka yang buruk-buruk.
            “Demi Allah…aku pernah ada suami…”
            “Dan saya suami Delia. Boleh saya bantu? Kenapa kecoh-kecoh cari saya, ye?”
            Semua terpaku bila Dzariff melangkah masuk dengan senyuman. Malah Delia sendiri ternganga dengan pengakuan itu. Mujur dia tak terpengsan! Tapi dia tidak berniat untuk menidakkan kata-kata Dzariff andai itu boleh membantunya menutup mulut Datin Aina dan Irina.
            “You…husband dia ni? Biar betul?”
            Irina kerut dahi tidak percaya. Masakan lelaki kacak ini suami Delia. Sepupu Ameer pula tu! Dan, Ameer tak pernah pun cerita apa-apa!
            “Kenapa? Tak percaya? Nak I tunjuk surat nikah ke?”
            Irina terkebil-kebil sebelum pandang ibu saudaranya yang sedang masam mencuka. Lambat-lambat Irina geleng dan tersengih.
            “Tak perlu kot…”
            “Jadi, lepas ni tak perlu lagi datang ke sini dan buat kecoh. You tau tak, apa yang you buat ni boleh dikira sebagai gangguan. Cukup baik I tak panggil security.”
            Berubah wajah Irina dan Datin Aina. Delia mahu tertawa. Boleh tahan Dzariff ni. Bicaranya memang kedengaran sopan tapi makan dalam tu! Padan muka!
            “Kitorang balik dulu lah.”
            Kedua wanita yang kononnya cantik bergaya itu berlalu dengan pantas. Takut kena seret dengan security la tu! Delia tertawa dalam hati. Berlagak bagus je! Manusia-manusia! Baru kaya sedikit dari orang lain dah berlagak! Kang Tuhan tarik semuanya tau la. Sekelip mata boleh hilang!
            “Thanks. Mana you dapat idea sebagus ni?” Tanya Delia pada Dzariff yang sedang tegak di sisinya. Lelaki itu tersenyum lawa memandang wajah Delia.
            “Entah…”
            “Mujur diorang tak nak tengok sijil nikah. Kalau tak mana you nak cekau?”
            “I tak terfikir sampai situ pula…”
            Ketawa mereka saling bertingkah. Dan saat itu Delia seolah tersedar, betapa bunyi tawa itu mirip dengan dia…


Last edited by TJ2 on 10-1-2013 10:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:05 AM | Show all posts
waaaaa , best ! erkkk...akak ada sifat tamak dalam membaca cerita ni, ada lagi tak ?? muahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2013 10:10 AM | Show all posts
wardah75 posted on 10-1-2013 10:05 AM
waaaaa , best ! erkkk...akak ada sifat tamak dalam membaca cerita ni, ada lagi tak ?? muahahahah

ada kak...
sabar ye...
kita wat warm up dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 12:04 PM | Show all posts
Tah2...Dzariff ngn "dia" tu Adik beradik..heheheheh
ye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 12:05 PM | Show all posts
Tak cukuplah laling... Alah Sian ameer, nak ameer ngan delia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 12:13 PM | Show all posts
nak lg....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 12:40 PM | Show all posts

*******************

            “You kat mana ni?”
            Suara Ameer kedengaran keras dihujung sana. Mimpi apa mamat ni telefon aku dari Pakistan? Jangan kata mimpi aku lagi. Harus aku terjun KLCC!
            “Kat rumah la. Takkan dekat kedai basikal kot!”
            “Rumah mana? Tadi I ‘called’ rumah. Bibik kata you takde!”
            “I kat rumah I la. You ni kenapa?”
            Delia mula panas hati. Telefon orang malam-malam lepas tu suka hati nak marah-marah. Ingat aku ni bibik dia ke?
            “Kenapa you balik? Anak-anak mana?”
            Lelaki itu kedengaran seperti amat marah. Si Ameer ni mana pernah tak marah. Mau aku tulis dalam ‘Malaysia Book of Record’ kalau adas ehari mamat ni tak berangin. Biar 1 Malaysia tau!
            “Eh! Suka hati I la nak balik mana. Bukan susahkan you pun!”
            “Kalau I ada kat Malaysia, dah lama I heret you balik tau…”
            Suara Ameer mengendur tiba-tiba. Lelaki itu mengeluh dan berdehem perlahan. Delia mencebik. Benci betul rasanya bila bercakap dengan mamat singa ni!
            “Anak-anak mana?”
            Anak-anak? Sibuk je nak tau mana anak-anak aku! Nanti akujuga yang jadi mangsa bila awek kau mengamuk lagi. Setakat ni pun dah 2 kali awek kau serang aku!
            “Ikut uncle dengan auntie pergi Langkawi dan sebab tu la I balik sini!”
            “Kenapa tak ‘stay’ je kat rumah ayah?”
            “Tak nak la I duduk sorang-sorang kat rumah tu…”
            “La…kan bibik ada!”
            Bibik? Baik tak payah. Kang bukan dia yang teman aku! Bibik tu pun boleh tahan penakutnya. Nanti dari aku berani terus jadi kecut.
            “Takpe la. I lebih selesa kat rumah sendiri!”
            “Ok lah…” Ameer terdiam sebelum mengeluh perlahan. Nak tanya ke tak? Kalau tak tanya, memang ‘confirm’ 120 peratus dia tidak akan mampu untuk tidur malam ini.
            “You ni kenapa? Terkulat-kulat je dari tadi?”
            Delia tersenyum. Terkulat-kulat? Aku ni bercakap macam Ameer ada dekat depan mata pula! Main hentam je!
            “I nak tanya ‘something’ ni…” Ameer kedengaran mengeluh lagi. Persis ada masalah yang kritikal. “Betul ke you dah kahwin dengan Dzariff?”
            Ketawa besar meletus tanpa dapat ditahan-tahan. Cepat betul berita ni sampai pada Ameer. Pasti Irina yang jadi penyampai tidak bergaji.
            “Mesti awek you yang cerita, kan? Lawak la dia tu.”
            Delia ketawa sampai sakit-sakit perut. Terasa lucu bila mengenangkan Irina yang mempercayai cerita bohong yang direka Dzariff petang tadi. Sengal betul perempuan tu! Kena tipu hidup-hidup!
            “I’m serious, Dell!”
            Suara Ameer kedengaran bergetar. Mungkin geram dengan Delia yang asyik tertawa dari tadi. Ketawa macam dah takde hari esok!
            “Think logic, please.” Delia lap airmata yang bergenang di tubir mata. Ketawa sampai menangis-nangis. Melampau betul! “Kalau I dah kahwin dengan Dzariff, takkan la I nak duduk rumah ayah you lepas kejadian tu. Lagi baik I duduk dengan Dzariff!”
            Lama Ameer terdiam. Mungkin sedang memikirkan kebenaran kata-kata Delia sebentar tadi. Ameer hela nafas panjang.
            “Tapi kenapa Irina kata Dzariff dengan you dah kahwin?”
            “Menggelabah…” Oops! Terlebih sudah! Cepat-cepat Delia tutup mulut. “Sorry. Termengata awek you pula!”
            “Ex awek…”
            Automatik Delia terbangun. Jadi betullah diorang ni dah putus! Patut Irina datang meroyan dekat opis.
            “Sorry…”
            “Takde hal la. Benda dah lama jadi!”
            Dah lama jadi? Delia garu kepala tak faham. Kes tak boleh terima hakikat ke ni? Kesian Irina. Tapi kat luar tu kan ada ramai lagi lelaki lain. Malah ada yang lebih kacak dari Ameer. Just go and find one lor! Dah bunyi macam nak beli ikan kat pasar pula!
            “Ada nak tanya lagi tak? Kalau takde I nak naik tidur ni!”
            Mata yang terasa kelat digesel berkali-kali. Sebenarnya tadi dia sudah pun terlena di depan tv. Beria-ia konon mahu menonton drama ‘Adam danHawa’. Tapi hampeh! Cerita belum mula, dia dah terlena.
            “Pergi la tidur. Adui…melambunglah bil handphone I bulan ni!”  
            “Siapa suruh ‘call’ I? Buuwek!”
            Pantas Delia tekan butang merah dan jelir lidah seolah Ameer ada di hadapannya. Menyampah betul!
            Langkah diatur ke bilik. Rumah teres setingkat ini terasa amat sunyi bila Dani dan Dania tiada. Selalu dua mulut kecil itu cukup riuh bergurau. Kadang-kadang sampai boleh buat Delia sakit kepala.
            Tubuh kurusnya dihempas ke atas katil. Fuhh! Lega rasanya bila dapat baring di katil sendiri! Dan pasti lagi nikmat jika dia dapat baring di katil kesayangannya di rumah ayah! Lamanya dia tak bergolek dekat katil itu.
            Terkenangkan arwah ayah, secara automatic dia akan turut terkenangkan Mama Aina. Sewaktu pertama kali dikenalkan, Mama Aina tampak manis dan mesra. Selalu tersenyum hinggakan dia terus yakin wanita itu mampu menjaga ayah dengan baik.
            Tapi lama-kelamaan personality sebenar Mama Aina mula terserlah. Mama Aina seorang yang angkuh. Depan ayah dialah perempuan melayu terakhir. Tapi kalau di belakang, Mama Aina la Ratu segala ibu tiri. Ibu tiri Cinderella pun pasti menangis kalau jumpa dengan Mama Aina!
            Mujur waktu itu Delia sudah mahu berangkat ke Sydney,Australia. Dia Cuma mampu berdoa ayah akan bahagia di samping Mama Aina. Dan dia pasti ayah memang bahagia. Ayah pernah bercerita yang Mama Aina itu adalah cinta pertamanya. Tapi mereka terputus hubungan kerana keluarga Mama Aina tidak sukakan ayah yang pada waktu itu tidak punyai apa-apa.
            Bertahun-tahun ayah berusaha untuk buktikan bahawa kemiskinan itu bukan sesuatu yang diwarisi. Ayah berusaha sehingga berada tinggi di mata masyarakat. Dan di saat itu ayah mengenali ibu. Ibu seorang gadis muallaf yang hidup sendirian kerana dibuang keluarga bila ibu memeluk islam.Mereka jatuh cinta dan berkahwin.  
            Dua tahun kemudian dia lahir. Mereka hidup bahagia sehingga ibu disahkan menghidap kanser payudara. Di waktu itu dia baru berusia 8 tahun. Masih terlalu kecil untuk berdikari. Ayah berusaha mengubati ibu ke sana sini. Berhabis duit yang bukan sedikit. Ayah berjaya tapi Cuma untuk sementara.Bila sel kanser itu merebak ke organ dalaman ibu, doctor hanya geleng dan suruh mereka untuk bersedia.
            Ibu kembali ke rahmatullah pada hari terakhir dia menghadapi ujian UPSR. Lemah lututnya bila cikgu khabarkan berita kematian ibu. Dan sejak dari itu dia Cuma hidup berdua dengan ayah. Mereka saling menyokong satu sama lain untuk terus tabah menghadapi hidup.  Di usia 18 tahun, baru dia diperkenalkan dengan Mama Aina. Ayah kata terjumpa kembali Mama Aina di‘coffee house’ dan mereka kembali rapat bila ketika itu Mama Aina sudah menjadi janda.
            Berkahwin dengan ayah memberikan status Datin pada Mama Aina. Menjadikan Mama Aina mula dikenali oleh ramai teman-teman ayah. Malah Mama Aina selalu menjadi tumpuan kerana Mama Aina punyai paras wajah yang cantik dan amat pandai bergaya.
            5 tahun lalu kali terakhir dia jumpa ayah, dia tahu ayah amat marah. Masakan tidak, anak yang selama ini diharapkan untuk kembali dengan segulung ijazah kembali dengan kegagalan. Ditendang dari university dan pulang dengan dua bayi tanpa ditemani sang suami. Ayah halau dia tanpa mahu mendengar cerita yang sebenarnya. Sampai hari ini dia masih tidak boleh lupa akan senyuman Mama Aina di waktu itu.
            Dia langsung tidak diberitahu semasa ayah sakit. Bila ayah meninggal dunia pun Mama Aina senyap. Mujur adik ayah menghubunginya. Tapi dia tetap ralat kerana tidak dapat cium tangan ayah sewaktu ayah masih hidup dan pohon keampunan. Mama Aina mengamuk besar bila dia datang untuk melawat ayah. Terjerit-jerit Mama Aina menghalaunya. Kata Mama Aina, ayah meninggal sebab dia. Ayah terlalu sedih dengan perbuatannya. Ayah menyesal punyai anak seperti dia.
            Peliknya dia langsung tidak kisah dengan semua yang dikatakan oleh Mama Aina. Apa yang dia mahu saat itu adalah untuk mengucup dahi ayah buat kali terakhir. Mahu mencium tangan ayah dan memohon ampun kerana melukakan hati ayah. Dengan keberanian yang bukan sedikit, dia berjaya berada di sisi ayah.
            Dia cium pipi ayah kiri dan kanan sebelum berakhir di dahi. Lama. Dia tahu ini adalah kali terakhir untuk dia menatap wajah ayah yang amat disayanginya. Selepas ini, dia tidak punya sesiapa lagi selain dari dua anak kecilnya. Adik beradik? Mahukah anak-anak Mama Aina menganggapnya sebagai adik beradik? Dia sendiri tidak pasti kerana mereka tidak serapat mana.
            Dia menghantar jenazah ayah dari kejauhan. Dia tidak mahu Mama Aina mengamuk lagi dengan kehadirannya di tanah perkuburan.  Dia tak mahu roh ayah terseksa dengan semua itu. Dia ingin ayah tenang dan damai di sana. Biarlah dia mendoakan ayah dari isini.
            Airmata yang mengalir dibiarkan jatuh ke bantal. Lambat-lambat Delia pejam mata dan tarik bantal ke dada. Maafkan Lia, Ayah. Lia rindu…

Last edited by TJ2 on 10-1-2013 12:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 01:06 PM | Show all posts
TJ2 posted on 10-1-2013 12:40 PM
*******************
            “You kat mana ni?”            Suara Ameer kedengaran keras dihu ...


TJ laling, mana ckup n3 ciput mcm ni .... Nak Ameer ngan Delia plsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss TJ ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 01:17 PM | Show all posts
Sherasi posted on 10-1-2013 01:06 PM
TJ laling, mana ckup n3 ciput mcm ni   .... Nak Ameer ngan Delia plssssssssssssssssssss ...

1 hari 1 bab je tau...
kekangan masa la...
mmg xsempat nak menaip...
tp ari ini iolls bg lbh skit...
sbb esok xde entry...
esok ada miting...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 01:18 PM | Show all posts
ye kite pun nak Dell & Amir....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2013 01:25 PM | Show all posts
Bab8



            Ketukan bertalu-talu di pintu mengejut Delia yang lena. Terpisat-pisat dia bangun lalu menggosok matanya yang terasa agak kelat. Jam berbentuk bulat di atas meja dikerling. Pukul 2 pagi. Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta ni? Desis hati Delia.
            “Yang ketuk pintu macam nak roboh ni kenapa…”
            Delia tergamam bila lihat wajah berkerut-kerut yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Tanpa dipelawa lelaki terus meluru masuk.
            “Eh! Siapa yang benarkan you masuk sini? Masuk bilik I?”
            “Iris yang buka pintu…”
            Lelaki itu tampak kelelahan. Malah wajahnya membiru di sana sini, ditambah dengan bibir yang pecah. Pasti baru lepas bertumbuk. Delia masih memerhati dari jauh. Langsung tidak terdetik untuk mendekati lelaki itu.
            “You ni baru lepas bertumbuk ke, Adam?”
            Kepala lelaki itu terangguk-angguk. Delia menghela nafas kasar. Tiba-tiba rasa sakit hati dengan Adam yang sedang enak duduk di atas katilnya.
            “You bergaduh dengan siapa dan kenapa you tak balik bilikyou sendiri?”
            Tanpa kata Adam merebahkan tubuhnya yang terasa sengal di sana sini. Kepalanya terasa berat. Mungkin akibat terkena penangan Hedzry tadi.
            “Adam! I’m talking to you!”
            Suara Delia mulai meninggi. Geram dengan telatah lelaki yang selamba berbaring di atas katilnya. Betul-betul buat macam katil sendiri mamat ni!
            “Bagi I tidur dulu. Kepala I sakit ni!” Ujar Adam sambil memejam mata. Memang saat ini dia mahu tidur. Mahu melupakan apa yang telah terjadi di party harijadi Lucy tadi. Mahu memulihkan perasaannya yang sedang celaru.
            “Eh! Kalau you tidur sini, I nak tidur mana? Suka hati you je kan! Dah-dah…you pergi balik!”
            Halau Delia sungguh-sungguh. Mangkuk tingkat betul mamat ni! Ada ke patut nak tidur kat bilik aku? Nak mampus? Kena tangkap dengan JAIS tau la! Delia tepuk dahi tiba-tiba. Lupa pula dia sedang berada di Sydney. Mana ada JAIS kat sini!!!
            “Kalau you nak tidur, you baring la sini.”
            Adam kelihatan menepuk-nepuk ruang kosong di sisinya. Mata lelaki itu masih terpejam. Mungkin benar-benar keletihan.
            “Gila!!!”
            Memang gila! Ada ke patut suruh aku baring sebelah dia?Kalau dia buat apa-apa dekat aku macamana? Ingat aku ni macam geng-geng dia yang lepas laku tu ke? Boleh bertepuk tampar, berpeluk-peluk dengan macam-macam jantan sewenang-wenangnya.
            “Terpulang pada you. Kalau tak nak, you tidur la dekat mana-mana you mau. Bukan masalah I pun! Jangan risau la. I tak akan buat apa-apa pada you.” Lelaki itu seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran Delia ketika ini. “And don’t worry. No one will know that I’m your husband. I’ll keep our secret ok!”
            Delia mencebik. Husband konon! Husband on paper! Saja nak ingatkan aku la tu. Aku belum hilang ingatan lagi! Tapi kalau boleh memang dia nak lupakan sahaja semua yang telah berlaku. Tidaklah hati ini terlalu kecewa.
            Lama Delia berdiri memandang Adam yang sedang lena diatas katil. Kali terakhir bertemu lelaki ini adalah 2 bulan lalu. Di kedutaan sewaktu pernikahan mereka. Selepas itu, Adam terus lenyap tanpa berita dan dia sendiri tidak pernah mahu mencari. Biarlah! Dia sendiri tidak kisah. Yang penting hidup perlu diteruskan.
            Delia kembali duduk di hadapan meja studynya. Kalendar yang sentiasa setia berada di atas mejanya diselak-selak perlahan. Delia menghela nafas lega. Dalam 2 bulan ini periodnya masih datang seperti biasa. Bermakna kejadian di malam tahun baru itu tidak membenihkan apa-apa di rahimnya.Alhamdulillah! Aku bersyukur pada Mu Ya Allah!
            Ini menjadikan perjanjiannya dengan Adam akan berakhir tidak lama lagi dan semuanya diharapkan akan kembali seperti dulu. Sekali lagi nafas lega dihela. Dia tidak mahu memperjudikan hidupnya dengan lelaki yang langsung tidak dikenalinya ini hanya kerana kelalaiannya sendiri.
            Selepas kejadian itu, memang dia benar-benar menyesal. Siang malam meratapi nasib dan berendam air mata memikirkan dirinya yang sudah tercemar. Mujur akhirnya dia tersedar. Dia tahu dia perlu untuk bangkit dan mempertahankan dirinya sendiri. Lagipun semua yang terjadi bukan salahnya. Semua adalah rancangan yang telah diatur rapi oleh Melia. Tidak disangka oran gyang disangka sahabat menikamnya dari belakang. Hakikat itu terasa amat memeritkan.
            Mujur Adam seorang lelaki yang agak mudah untuk dibawa berbincang. Memang pada mulanya Adam tidak bersetuju. Tapi setelah diterangkan satu persatu, lelaki itu seperti memahami keadaannya. Lagipun Adam tidak akan rugi apa-apa. Mengandung atau tidak, akhirnya mereka tetap akan berpisah. Cuma jika dia mengandung, Delia mahukan anaknya mempunyai bapa yang sah.
            Tapi yang pasti, sekarang ini dia tidak mengandung. Bermakna hujung Mac ini pernikahannya dengan Adam akan berakhir. Bertitik noktah tanpa perlu diketahui oleh sesiapa pun. Biarlah semuanya menjadi rahsia dia dan Adam…

Last edited by TJ2 on 10-1-2013 01:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 01:25 PM | Show all posts
redsentra posted on 10-1-2013 01:18 PM
ye kite pun nak Dell & Amir....

Jom kita doa sama2 supaya Delia ngan Ameer disatukan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 01:32 PM | Show all posts
************************


            Wajah polos yang sedang khusyuk di atas sejadah itu direnung lama. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Hatinya kuat mengatakan perempuan muda di hadapannya ini tidak seperti yang dikatakan oleh Lynn danAida.
            Berhari-hari mengekori pergerakan Delia, dia jadi bosan sendiri. Apa tidaknya, rutin gadis ini sama setiap hari. Pergi kuliah dan pulang ke bilik. Cuma kadang-kadang gadis ini akan ke kedai Pakistan untukmembeli barang basah yang halal. Sekali pun Delia tidak pernah menghadiri tempat-tempat hiburan ataupun parti-parti yang dianjurkan oleh kenalannya.
            Dari segi luaran, Delia memang kelihatan seperti gadis kota yang agak urban. Dengan pakaian yang up to date. Di tambah lagi dengan rambut yang dipotong dengan gaya ‘Short Crop’. Memang Delia tampak ranggi.
            Terkenangkan peristiwa malam tadi buatkan Adam mengeluh. Kata-kata yang diucapkan oleh Hedzry itu benar-benar buatkan dia panas hati. Bukan hanya malam tadi tapi sudah terlalu kerap nama Delia menjadi topic perbualan teman-temannya. Entah apa yang mereka tidak puas hati dia sendiri tidak mengerti. Sedangkan setahunya Delia langsung tidak pernah mengenali mereka. Dan malam tadi dia benar-benar rasa tercabar biarpun tiada siapa tahu apa sebenar status Delia pada dirinya kini.
            Benar, dia memang tidak begitu mengenali Delia. Tapi dia bukanlah buta untuk menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh Lynn. Apatah lagi cerita-cerita itu bercanggah dari apa yang pernah diberitahu oleh Delia. Dan sebenarnya, dia sendiri sudah mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian yang berlaku dua bulan lalu.
            Diam-diam Adam menghubungi Abang Kamal. Lelaki itu adalah pembantu peribadi ayahnya. Dalam 2 minggu, semua maklumat yang dia perlukan sudah ada dalam genggaman Abang Kamal. Adam tahu dia tidak perlu bimbang kerana Abang Kamal seorang yang boleh dipercayai.
            Dari situ dia tahu, Delia tidak menipu. Gadis itu sebenarnya adalah mangsa kepada kawan baiknya sendiri. Kasihan Delia. Mujur juga kejadian malam itu tidak menghasilkan apa-apa.
           Adam raup mukanya sendiri. Melihat Delia bersolat buatkan dia terkenang betapaj auhnya dia dari ALLAH. Bila kali terakhir dia bersolat juga sudah tidak mampu untuk dia ingati. Adam tahu dia sudah hanyut jauh. Terlalu leka mengeja duniawi sehinggakan sudah tidak dapat mengenal halal dan haram.
          Bahkan tinggal di bumi kangaroo ini buatkan dia lupa semua ajaran yang pernah diterapkan oleh ayahnya. Dia tahu dia jadi begini bukan sebab culture shock tapi kerana memang dia yang mahukan hidup sebegitu. Bebas tanpa kongkongan sesiapa. Sejak dari KL lagi dia memang sudah liar Cuma dia bijak untuk menutup setiap kegiatannya dari dihidu oleh sesiapa.
          Arak,liquor mahupun cocktail semua pernah dia rasa. Kalau setakat minum ‘on the rock’ pun belum tentu boleh buatkan dia mabuk. Biar pun begitu dia bukan jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan dan bertukar pasangan.  Di sini Cuma Lynn yang sering menjadi tema ntidurnya. Sering menjadi pemanas di waktu dinginnya.
          “Dah bangun? Tak nak solat ke?”
          Adam tersenyum tawar. Tak tahu nak jawap apa di kala ini. Mahu tidak mahu dia terpaksa bangun dari pembaringan dan seraya itu kepalanya terasa berdenyut hebat.
          “Aduh!”
           Walaupun perlahan tapi Delia masih mampu untuk mendengarnya. Delia ketap bibir. Ni betul-betul ke pura-pura? Mungkin beralasan untuk tidak mahu sembahyang. Siapa tahu?
          “Kenapa ni?” Tanya Delia sambil berdiri di hujung katil. Adam kelihatan berkerut-kerut memicit dahi. Delia mendengus kasar bila lelaki itu tidak menjawab soalannya tadi. “You sakit kepala ke?”
            Adammengangguk. Memang kepalanya terasa berdenyut kuat kala ini. Mungkinkah kerana penangan Hedzry? Takkan kot!
           “You demam ni…”
            Dada Adam berdetak kencang bila tapak tangan Delia menyentuh dahinya. Kenapa dia berasa begitu dia sendiri tidak tahu. Air liur telan berkali-kali. Cuba melawan rasa yang sedang bergelora.
            “Ambil tuala ni. Pergi mandi. Basahkan kepala tu. Cepat sikit kebah demam tu nanti.”
            “Tapi…I mana ada baju spare.”
            Adam terasa bodoh seketika. Tapi betul apa! Kalau dia mandi, lepas tu dia nak pakai baju apa? Takkan nak pakai balik baju yang dah masyam ni! Baik tak payah mandi kalau macam tu.
            “Jangan banyak tanya boleh tak? Keluar pintu ni, you belok kiri. Bilik air kat hujung sekali!”
             Lelaki itu akhirnya bangun dan menapak ke pintu. Lelaki itu berpaling tiba tiba dengan dahi yang berkerut-kerut.
            “Apalagi ni?” Delia bertanya malas. Nak suruh mandi je pun! Bukan suruh basuh bilik mandi.
            “Takpe ke kalau diorang nampak I? Nanti mesti dorang buat cerita macam-macam pasal you!”
            Delia senyum. Baru sekarang nak risau? Masa datang malam tadi takde pula fikir macam tu!
            “Diorang semua belum bangun lagi. Pergi je la mandi. Basahkan kepala banyak sikit!”
            Adam kelihatan mengangguk dan terus berlalu tanpa berkata apa-apa lagi. Delia hela nafas perlahan. Kusut kepalanya memikirkan lelaki yang bertamu ke biliknya ini. Dah dihalau tapi lelaki itu boleh buat selamba sahaja. Kalau ikutkan hati dah lama Delia tendang keluar si Adam tu! Tapi mampu ke? Silap-silap aku yang kena tendang balik!
            Pintu bilik dikuak dari luar. Terjengul wajah Adam yang tampak sedikit pucat. Bibirnya tampak terketar-ketar.
            “Sejuk ke?” Lelaki itu Cuma mengangguk tanpa bersuara. Delia tahan senyum. Sejuk sampai tak boleh nak bercakap.   “Nah! Pakai ni.”
            Sehelai track suit dan sweater diletakkan ke tangan lelaki itu. Adam memandangnya dengan wajah hairan.
            “Jangan fikir bukan-bukan. Ni baju dengan seluar I ok.”
            Adam senyum. Perempuan muda di hadapannya ini seolah mampu membaca apa yang berlegar di mindanya sebentar tadi. Bukan mahu menuduh tapi dia terasa pelik. Mana tahu boyfriend dia punya baju ke? Tak hingin nak pakai!
            “Thanks…”
            “It’sok. I pergi dapur kejap.”
            Langkah Delia dipandang satu persatu sehingga hilang di balik pintu. Adam ketap bibir sebelum bawa sweater Delia ke dalam pelukan. Ada suatu rasa yang tidak mampu untuk dia mengertikan saat ini…

Last edited by TJ2 on 10-1-2013 01:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 01:44 PM | Show all posts
TJ2 posted on 10-1-2013 01:32 PM
************************

            Wajah polos yang sedang khusyuk di atas sejadah itu direnung ...

Nak lg, nak lg, nak lg, nak lg ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.094986 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list