CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 10-1-2013 01:56 PM | Show all posts
wahh....TT...Nak lagik...Nak Lagik.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 03:16 PM | Show all posts
best....agak2 banyak sgt ke duka lara?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 11:14 PM | Show all posts
Edisi mlm takde ke TJ???????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 09:51 AM | Show all posts
Sherasi posted on 10-1-2013 11:14 PM
Edisi mlm takde ke TJ???????

kt umah pyh...
ank asik kembar montot je ...
nk buka lappy pun xdpt
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:42 AM | Show all posts
TJ2 posted on 11-1-2013 09:51 AM
kt umah pyh...
ank asik kembar montot je ...
nk buka lappy pun xdpt

Meh sni ank uols tu bg iols yg jaga ..... TJ takde smbungan bru ke, uols buat edisi pg, tengahri, plg n mlm leh tak ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 11:56 AM | Show all posts
Sherasi posted on 11-1-2013 11:42 AM
Meh sni ank uols tu bg iols yg jaga ..... TJ takde smbungan bru ke, uols buat edisi pg, tengahri ...

ari ni xde la...
iols ada miting lps lunch...
pg kena settle keje2 yg xwat lg smlm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 12:41 PM | Show all posts
TJ2 posted on 11-1-2013 11:56 AM
ari ni xde la...
iols ada miting lps lunch...
pg kena settle keje2 yg xwat lg smlm

Apa bermakna utk ari ni langsung takde lah ya ..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 06:00 PM | Show all posts
mane kah.. sambungannya TJ..
hati ku sudah terpaut... bukan sesaat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 11:00 AM | Show all posts

Bab9


            Bau wangi yang menerpa buatkan Adam telan liur. Dia cukup kenal bau itu. Bau yang  mampu membangkitkan setiap rasa yang dia ada. Pantas Adam berpaling dan telahannya benar. Kelihatan Delia sedang berjalan pantas sambil menyandang beg. Gadis itu memang cantik dan bergaya walaupun ringkas dengan padanan skinny jeans hitam, t shirt putih dan cardigan panjang berwarna kelabu.
            Luaran gadis itu tampak moden dan social namun sebenarnya Delia masih lagi gadis timur yang sangat menjaga batas-batas pergaulan. Adam senyum sendiri. Terasa agak bangga bila punyai isteri sebegitu. Secara tidak langsung dia berasa lega bila melepaskan Delia sendirian.

            “Wei! Kau pandang apa sampai tak berkelip ni?”
            Cuit Shafik bila Adam dilihat khusyuk memandang ke suatu arah. Entah apa yang Adam perhatikan dia sendiri tidak pasti.
            “Mana ada pandang apa…”
            Hatinya mula tidak keruan bila terpandangkan Hedzry yang sedang berlari anak mengejar Delia. Aduh! Rasa cemburu sudah mula membuak-buak. Tak boleh jadi ni!
            “Aku blah dulu la. Sakit perut tak boleh tahan dah ni!”
            Adam berkerut-kerut. Ini saja yang dia dapat fikirkan di saat genting begini. Lantaklah! Yang penting aku boleh pergi dari sini. Diorang nak percaya ke tak, itu masalah diorang!
            “Kat library kan ada toilet. Pergi je la sana!”
            Jari Lynn sudah lurus menunjuk ke arah library yang berada di belakang mereka. Bukan jauh pun. Lagi dekat dari Adam balik rumah.
            “Takpela. Lagi selesa kat rumah. Bye guys!”
            Lynn sudah ternganga melihat Adam yang kelam kabut berlalu. Dari hari ke sehari lelaki ini semakin pelik. Adam tidak lagi semesra dulu bahkan tidak pernah lagi mencarinya di waktu malam. Padahal jika dulu, tiap malam minggu mereka pasti akan berkongsi kehangatan di atas katil yang sama.
            “Pelikkan Adam tu sekarang...”
Shafik,Aida dan Joyce berpandangan sebelum berpaling kepada Lynn yang sedang berteleku di atas meja.
            “Apa yang peliknya? Aku tengok sama je.”

            Lynn angkat bahu tapi dia pasti Adam sudah jauh berubah. Nak bertanya pada empunya diri, dia tidak berani. Lagipun dia dan Adam tidak pernah mengangkat hubungan mereka ke tahap istimewa. Mereka sekadar teman untuk berseronok. Tapi jauh disudut hati Lynn, dia sebenarnya sayangkan Adam.
            Dia akui dirinya memang liar dan bebas. Entah berapa lelaki yang pernah dia tiduri, dia sendiri tidak peernah kirai. Tapi bila bersama Adam, perasaannya berbeza walaupun Lynn tahu Adam bersamanya cuma kerana nafsu.
           “Dia dah lain. Dah tak sama macam dulu .Weekand mana pernah nak pergi clubbing lagi.”
            “Oii Makcik! Kita ni kan nak final exam! Nak mampus kalau masih pergi clubbing!”
            “Ala…last semester boleh je pergi clubbing time final…” Lynn masih tidak puas hati kerana dia pasti Adam sudah berubah.
            “Sekarang ni kan final semester. Adam kan pernah cakap, dia tak boleh kantoi kali ni.Bapak dia dah bagi warning!”
            Sungguh-sungguh Shafik bercerita walaupun dia sendiri terasa perubahan Adam. Tapi dia malas untuk masuk campur.   Lagipun apa hak yang dia ada untuk mencampuri urusan teman baiknya itu. Dia tahu pasti ada sebab kukuh kenapa Adam tiba-tiba berubah. Malah sudah kembali kenal sejadah. Cukup mengejutkan.
            Entah apa yang berlaku dia sendiri tidak tahu. Malah dia sendiri tidak mahu bertanya. Biarlah Adam sendiri bercerita bila tiba masanya…

Last edited by TJ2 on 15-1-2013 11:08 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 11:09 AM | Show all posts
***********************



            Delia tepuk dahi. Kenapalah Hedzry ni tak faham-faham? Rasanya aku cakap bahasa melayu bukannya bahasa korea! Kalau aku cakap korea, lagi confirm mamat ni tak faham. Silap-silap aku sendiri pun tak faham.
            “Sorry Hedzry but I really have to go now!”
            “Ok…ok…kalau you tak nak pergi makan, kita pergi minum je!”
            Hedzry masih tidak berputus asa. Rasanya sudah beratus kali dia mengajak gadis ini keluar namun tidak pernah sekali pun Delia menerima pelawaannya. Gadis ini pasti akan menolak. Jahat sangat ke muka aku ni?
            “Sorry Hedzry. I memang tak dapat nak ikut you. I ada benda urgent nak kena settle ni!”
            Nak ikut mamat ni pergi minum? Jangan harap. Aci potong tangan pun aku tak mahu! Lagi-lagi sejak peristiwa kena ‘spiked’ masa malam tahun baru hari tu. Memang dia tidak akan minum air sembarangan. Dia lebih rela meneguk  air kosong dari botol yang dibawanya dari rumah. Pasti selamat tanpa was-was.
            “Come on Dell. Kali ni je.”
            “Aiyooo…you nak I cakap bahasa apa ye untuk bagi you faham?”
            Suara Delia sudah naik satu tangga dari biasa. Mungkin sudah terlalu geram dengan gelagat Hedzry yang dari tadi tidak putus asa untuk mengajaknya keluar bersama. Rimas betul jantan ni!
            “Please Dell…”
            “Bro! Kalau orang dah tak nak, tak payah la nak paksa-paksa bagai. Tak gentleman la!”
            Entah dari mana Adam muncul dan terus berdiri di situ  Hedzry sudah buat muka bengang.
            “You…stay out from our business ok!”
            Adam senyum sinis. Dia pandang Delia dan beri isyarat mata supaya gadis itu berlalu. Biar dia yang selesaikan hal Hedzry yang tak sudah-sudah mengganggu Delia.
            “Aku bukan nak menyibuk bro…tapi aku malu dengan perangai kau. Dah orang tak layan tak payah la nak merayu-rayu. Bukan tak de awek lain minat kat kau pun. Berlambak! Kau kan handsome!”
            Rasa panas yang berbahang dalam dada ditahan sedaya upaya. Adam tidak mahu bertumbuk di sini kerana pasti teman-temannya akan jadi semakin pelik. Mana tidaknya,  punca pergaduhan adalah Delia sekali lagi.
              Hedzry mendengus kasar sambil merenung Adam yang kelihatan selamba berdiri di hadapannya.
            “Whatever!!! Kau tak payah la nak masuk campur hal aku and this is my final warning!”

            Alamak! Lebih-lebih pulak mamat ni! Rasanya Delia tu wife aku, bukan wife dia. Asal suka hati dia pula nak warning aku? Libas sekali tau la! Getus hati Adam sambil memandang langkah Hedzry yang semakin menjauh. Mujur mamat tu tak tunggu lama lagi! Kalau tidak, mungkin ada yang makan kaki!
            Adam toleh ke belakang. Risau jika ada teman-temannya yang melihat drama swasta sebentar tadi. Kalau ada pasti jenuh nak cover line! Silap-silap boleh terbongkar semua rahsia. Haru biru jadinya!
            Langkah diatur menghala ke Kennedy Street. Tidak sampai 10 minit dia sudah berdiri di hadapan sebuah apartment yang berwarna coklat kemerahan. Pantas kunci dikeluarkan dari poket beg sandangnya.
            Hatinya secara automatic terasa damai bila melangkah masuk ke dalam apartment dua bilik itu. Semuanya tampak kemas dan teratur.Bibir menguntum senyum. Rumah ini disewa bersama dengan satu pasangan suami isteri dari Pakistan yang juga beragama Islam. Pasangan suami isteri itu bertugas di Prince of Wales Hospital sebagai doctor.
            Bunyi di dapur membuatkan senyuman Adam semakin melebar. Pasti Delia sedang sibuk di situ. Perlahan-lahan Adam mengatur langkah. Dia tidak mahu Delia menyedari kehadirannya.
            “Hai Sayang!”
            Delia yang sedang mencuci ayam terjerit kecil bila ada orang memeluknya dari belakang. Saat itu jantungnya seolah berhenti berdegup. Silap haribulan boleh pengsan ni!
            “Buat takut orang je!” Ujar Delia bila lihat Adam tersengih-sengih di belakangnya. Budget comel agaknye!
            “Takut ke?”
            “Gila tak takut. Time I balik tadi mana ada orang! Mujur I tak hempuk you dengan ayam ni!” Bebel Delia lagi. Adam terus-terusan menyengih. Kena sawan sengih kot mamat ni!
            “Nak masak apa?”
            Adam sudah berdiri di sisi Delia yang kembali mengadap singki untuk mencuci ayam. Di tepi singki ada carrot, bunga kobis, tomato dan beberapa biji bawang merah.
            “Nak masak tomyam ek?”
            Delia angguk.
            “Ada orang mengidam. Siap request suruh I masak. Sebab tak sampai hati, I pun tolong la masakkan!”

            Lelaki di sisinya itu dijeling. Makin mengenali lelaki ini, dia terasa semakin tertarik. Adam ini lelaki yang agak misteri. Setiap tindakannya sukar untuk diramal. Sikapnya pula kadangkala romantic tapi kadangkala menjengkelkan. Delia sendiri masih belum dapat memahami Adam sepenuhnya.
            Seminggu lalu, dia sendiri terperanjat bila Adam menyerahkan kunci apartment ini. Bila ditanya kenapa,lelaki tu cuma berkata mahukan lebih ‘privacy’. Dalam erti kata lain, sebenarnya senang nak keluar masuk. Tak payah nak menyusup masuk macam pencuri.
            Sejak peristiwa lelaki ini bertandang dan terkedang demam di biliknya, mereka tiba-tiba jadi rapat dan boleh berbual tanpa rasa kekok. Hari ke hari seperti ada perasaan baru bercambah di hati masing-masing. Walaupun tanpa kata, mereka masih mampu merasai keindahan perasaan itu bersama-sama.
            “Nak tolong tak?” tanya Adam. Delia kerut dahi. Boleh ke? “Apa pandang-pandang I macam tu? Ingat I tak reti nak masak ke? Kalau I masak, iron chef pun kalah tau.”
            Adam sudah tarik muka 14 belas bila dengar Delia terkekeh-kekeh. Jangankan iron chef, lawan dengan iron board pun belum tentu boleh menang!
            “Sampai hati ketawakan I. I merajuk!!!”
            Spontan lelaki itu memeluk tubuh dan memuncung. Tubuh tinggi itu disandarkan ke dinding berhampiran peti ais. Delia jeling sekilas. Dah pandai merajuk! Impressive! Delia terus memasak tanpa memperdulikan Adam. Siap masak karang la baru pujuk!
            Periuk kecil berisi tomyam yang sedang mendidih dikacau perlahan sebelum diangkat ke tepi. Sebiji kuali comel diletakkan di atas dapur.Sedikit minyak dicurah sebelum api dihidupkan. Tangannya pantas mencapai2 biji telur dan dipecahkan ke dalam mangkuk yang telah diisi dengan hirisan bawang dan cili. Semuanya dikacau sehingga sebati sebelum dicurah ke atas kuali yang telah pun panas.
            “Tak nak pujuk I ke? Penat ni merajuk!”
            “Mana ada orang merajuk cakap dia merajuk.”
            “Kalau tak cakap, mana orang nak tau tengah merajuk!”
            Delia senyum sebelum mendekati Adam yang cemberut. Wajah itu direnung dengan mata yang sengaja dikecilkan. Tanpa kata dia peluk lelaki yang sedang memuncung itu.

            “Love you…”
            Aduyai! Cair-cair. Tak mampu nak merajuk lama-lama kalau bini pujuk macam ni hari-hari! Ketar lutut!
            “Love you more…”
            Pelukan itu dibalas. Satu kucupan hangat singgah di dahi Delia. Di saat ini memang cuma ada Delia sahaja di hatinya. Memang pelik tapi itulah apa yang sebenarnya dia rasa. Dia jatuh cinta pada Delia sewaktu gadis ini menjaganya sewaktu demam tempohari. Gadis ini punyai banyak kualiti yang dia mahukan.
            Dia bersyukur ditemukan dengan Delia walaupun pertemuan itu bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenangkan semula. Andai Hedzry tidak silap mengambil kunci bilik di malam tahun baru itu, pasti Delia sudah menjadi mangsa buaya tembaga yang bertopengkan manusia. Dia sendiri tidak pasti bagaimana Hedzry boleh tertukar kunci dengannya.
            “Sayang…bau apa ni?”
            Hidungnya mula terhidu satu bau yang agak pelik. Tadi takde. Macamana sekarang boleh ada pula? Bau apa ye? Jangan bikin seram!
            “Ala…telur dah hangit!!!”
            Jerit Delia tiba-tiba. Pelukan dilerai pantas sebelum Delia bergegas menutup api. Isterinya menepuk dahi berkali-kali. Mungkin menyesal kerana terleka sebentar tadi. Aduh! Makan lauk telur dadar hangus la jawabnya…


Last edited by TJ2 on 15-1-2013 11:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 03:46 PM | Show all posts
seronoknyaaaaa....mkn telur dadar hangit....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 05:22 PM | Show all posts
Xpe la hangus2 pon sedap.....hehehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 09:09 AM | Show all posts
menarik n sangat mendebarkan utk mengetahui kisah selanjutnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 09:14 PM | Show all posts
nak lg...best2...heeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 05:15 PM | Show all posts
Bab10



            “O mak kau cantik!”
             Jerit Delia nyaring. Detak jantung Delia terus berubah rentak bila buka pintu bilik air dan terlihat Adam sedang tegak tersengih di situ. Mau tak terkejut. Tadi sebelum mandi, lelaki ini tiada di bilik.
            “Janganlah asyik kejutkan I macam ni. Karang ada yang mati sebelum umur 40 tau!”
            Adam terus tersengih.
            “I nak terkencing la. You mandi apa yang lama sangat ni? Mandi baca-baca ye?”
            Dah tau tu diam-diam je la! Pantas Delia jelir lidah.Padahal di waktu itu dia sudah terasa segan teramat. Kalau muat, dah lama dia masuk dalam almari untuk menyorok.
            “Mandi memanglah ada baca-baca. Baca doa mandi…”
            “Tapi yang ni doa dia lain sikit. Nak I baca tak?”
            Adam yang tersengih nakal terus ditolak ke dalam bilik air. Tak mampu rasanya untuk Delia terus menatap wajah Adam. Malu wei!
            “Tadi kata nak terkencing sangat kan? Boleh pula membebel-bebel lagi!”
            Ketawa Adam masih jelas kedengaran walaupun pintu bilik air sudah ditutup rapat. Delia ketap bibir tahan geram. Rasa macam nak plaster je mulut Adam tu! Takde insuran betul!
            Perlahan-lahan Delia bergerak ke almari dan sarung dress berlengan pendek separa betis sebelum berlalu ke hadapan cermin. Bedak disapu ke pipi. Rambutnya yang masih lembab dibiarkan begitu sahaja. Mana boleh sikat rambut basah. Nanti rosak!
            “Ha menung apa lagi tu?”
            Sekali lagi Delia tersentak. Dari biasan cermin dia dapat lihat Adam yang sudah siap berkain pelikat dan t shirt biru sedang membentang sejadah. Delia kerut dahi. Terasa pelik dengan gelagat Adam.
            “Cepat le sayang oii! Nanti habis waktu!”

            Lelaki kacak itu sudah bercekak pinggang di atas sejadah.Sekali pandang dah macam mandur estate! Delia senyum tipis sebelum cepat-cepat sarung telekung. Namun rasa pelik masih tidak mampu untuk diusir dari hatinya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia berasa begini sedangkan dia sepatutnya bersyukur bila Adam kelihatan semakin berubah. Malah sanggup bangun seawal ini untuk solat subuh berjemaah.
            Takbir diangkat dengan penuh khusyuk. Tatkala itu Delia terkaku sendiri. Di matanya, Adam tampak benar-benar berbeza pagi ini. Nampak lebih bersemangat. Delia senyum lagi sebelum turut mengangkat takbir untuk solat bersama Adam.
            Delia terasa sayu sewaktu mengaminkan doa Adam. Lelaki ini sungguh-sunguh berdoa untuk kebahagiaan mereka dan di saat ini Delia tahu Adam adalah lelaki yang akan menemaninya seumur hidup. Lelaki yang akan melindunginya sepanjang hayat.
            Bila Adam hulur tangan, Delia terus sambut tanpa berfikir panjang. Setitis airmata jatuh di tangan Adam sewaktu dia tunduk untuk mencium tangan lelaki itu.
            “Kenapa nangis ni?” Tanya Adam sambil cium kembali tangan Delia. Airmata yang mengalir di pipi Delia diseka perlahan.
            “Entah. Tiba-tiba je rasa nak nangis!”
            Jawapan Delia itu buatkan Adam tertawa kecil. Delia yang terhingut-hingut di hadapannya di pandang lama.
            “Sayang…I janji ini kali terakhir you menangis. Lepas ni, I akan buat you ketawa sampai you lupa macamana cara untuk menangis lagi. I janji akan bahagiakan you sampai hujung nafas I. I janji akan ada dengan you dalam sudah dan senang. I janji…”
            Kata-kata Adam terhenti bila jari halus Delia melekap dibibirnya. Mereka saling berpandangan. Dari mata terus turun ke hati.
            “Jangan janji banyak-banyak. Takut I tuntut bila semuanya tak tertunai.”
            Masa depan tak siapa tahu. Kadang-kadang kita merancang bagai nak rak, tapi akhirnya kesudahan tak seperti yang kita harapkan. Kecewa tak sudah nanti!
            “Insya’allah. Tapi I janji untuk jadi yang terbaik untuk you! Untuk keluarga kita.”
            Delia angguk. Dia sendiri sudah berniat mahu memulakan hidup baru dengan Adam. Hidup yang penuh bahagia tanpa perlu berahsia dari semua orang. Penat untuk terus-terusan berpura-pura tidak mengenali satu sama lain.
            “So…from today, we start a new life.”
            “Agreed.”

            Terpandangkan anggukan Adam sebentar tadi, Delia tersenyum lebar. Terasa sangat yakin untuk memulakan satu lagi fasa baru dalam hidupnya. Fasa yang dirasakan bakal merubah seluruh kehidupannya.
            Seraya itu wajah ayah terlayar di ruang mata. Mampu ke ayah terima kalau aku cerita pasal benda ni? Parents Adam pula macamana? Apa kami nak buat kalau mereka semua menentang? Dada Delia terasa sesak tiba-tiba.
            “Parents kita macamana?”
            Senyuman manis yang terukir di bibir Adam seolah-olah menyatakan dia tidak perlu risau. Semuanya pasti akan baik-baik sahaja! Everythings will be fine!
            “Semester break ni kita balik jumpa diorang. Kita ‘explain’ semuanya. I yakin diorang akan terima kita. Don’t worry, ok!”
            “Kalau diorang tak terima…”
            “Kita pujuk sampai diorang ok. Jangan risau!”
            Delia angguk. Memang dia amat berharap ayah dapat menerima hakikat yang dia sudah berkahwin tanpa pengetahuan ayah. Delia tahu ayah pasti akan marah. Tapi Delia juga tahu ayah bukan jenis yang suka marah lama-lama. Kalau kena cara pujuk, sekejap je ayah boleh ‘cool’ balik.
            “Hari ni you takde ‘paper’ kan?” Tanya Adam sambil sangkutkan sejadah ke ampaian. Delia geleng perlahan. “I pun takde‘paper’.  Kalau kita pergi ‘dating’ nak tak?”
            Dating? Bunyi macam best je! Last ‘dating’ pun ‘time’ sekolah menengah dulu. Lama dah tu. Ada dalam 4 atau 5 tahun lepas!
            “Dengan you ke?” Adam angguk. Delia cebik sebelum sambung bicara. “Apa barang ‘dating’ dengan you? Lain la kalau dapat ‘dating’ dengan Chad Micheal Murray! Gila best!”
            Selamba perempuan muda ini melabuhkan punggung ke atas katil. Mata tampak bersinar-sinar. Mungkin sedang membayangkan wajah pelakon drama bersiri One Tree Hill itu. Handsome sampai menjilat jari la!
            Delia mengaduh bila pipinya dicubit kuat. Adam sudah tegak di sisi dengan wajah masam mencuka. Delia kulum senyum.
            “Apa cubit-cubit ni? Sakit la!”
            “Siapa suruh gatal?”
            Pipi yang sakit diusap perlahan. Tangan besi ke hape dia ni! Pedih gila. Mujur tak berlubang pipi aku!
            “Mana ada gatal. Kalau gatal dah lama I tergaru-garu tau…”

            Satu lagi cubitan hinggap di pipi. Kali ini di sebelah kanan. Delia sudah menyeringai kesakitan. Tak boleh tahan macam ni! Pantas Delia bangun dan berlalu ke hadapan cermin. Dua-dua belah pipinya sudah memerah. Dah macam pakai blusher.
            “Sedap tak?’ Tanya Adam yang masih masam.
            “Sedap sangat-sangat. Macam nak lagi!”
            “Nak lagi ek?”
            Melihat Adam yang sudah mula melangkah, pantas Delia berlari jauh. Kalau kena cubit lagi ni ‘confirm’ tanggal kulit pipi aku! Tak sanggup mak!
            Delia julur lidah bila Adam masih tidak mampu untuk menangkapnya. Adam bulatkan mata tanda amaran. Siap Delia kalau dia dapat tangkap!
            Dan akhirnya Delia terperangkap di dinding. Mahu ke kiri ada almari. Mahu ke kanan ada Adam. Mati la! Delia telan liur.
            “Mana you nak lari lagi?”
            Terlihat Delia sudah angkat tangan buatkan Adam senyum seketika. Tau pun takut!
            “Ok…ok…I surrender!”
            Sekarang Adam sudah betul di hadapan Delia. Wajahnya masih tampak tegang. Tangan diangkat seolah mahu mencubit pipi Delia lagi. Pantas Delia tutup pipinya dengan kedua belah tangan. Tak sanggup wo! Sakit!
            “Nak gatal lagi tak?”
            “Ala…orang main-main je la!”
            Delia masih pegang erat kedua pipinya.  Perlahan-lahan kedua tangannya digapai dan digenggam erat oleh Adam. Habislah pipi aku yang mungil ni!
            Ciuman hangat yang singgah di pipi membuatkan Delia buka mata. Adam sedang tersenyum menggoda di hadapannya. Mati-mati ingat nak kena cubit! Rupanya kena cium.
            “Lepas ni…jangan nak sebut-sebut nama lelaki lain depan I.”
            “Ala…pelakon je kan.”
            “Menjawab lagi. Nanti I cubit mulut tu tau la!”
            “Ye la…ye la…”
            Sikit-sikit nak cubit! Sikit-sikit nak cubit! Spesis ketam ke apa dia ni? Bibir dicebik geram. Nak gurau pun tak boleh. Tak sporting la camni!
            Tanpa disangka bibinya dipagut lembut. Hangat dan mengasyikkan. Delia terpana seketika sebelum hanyut dalam pelukan Adam. Orang baru nak merajuk la…

Last edited by TJ2 on 17-1-2013 05:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 05:34 PM | Show all posts
********************



            Wajahnya terasa dingin bila disapa angin malam yang berpuput lembut. Cardigan kuning ditarik rapat ke dada supaya dapat menghangatkan dirinya. Delia pandang sekeliling. Penuh dengan manusia yang berjalan ke sana sini. Siang atau pun malam Circular Quay ini tidak pernah sunyi dari kunjungan pelancong mahu pun penduduk tempatan.
            Bahunya ditepuk perlahan. Delia toleh dan nampak Adam sedang senyum sambil hulur secawan kopi panas. Lelaki ini suka sangat tersenyum. Sawan senyum ke?
            “Thanks.” Jawab Delia sepatah. Lelaki itu angguk sebelum ambil tempat di sisi. Masing-masing senyap. Mungkin terleka menikmati kelazatan kopi dari Gloria Jean’s.
            “You…” Delia pandang Adam yang kelihatan asyik menyisip kopi . Lelaki itu berpaling dan angkat kening. “Kalau nak tanya soalan sensitive boleh tak?”
            “Tanya la.”
            Delia tarik nafas dalam-dalam. Dah lama dia terfikirkan soalan ini. Tapi tak pernah berani nak bertanya. Takut kalau Adam mengamuk.
            “You minum kan?”
            Adam angguk. Namun riak wajahnya masih seperti tadi. Tenang. Delia tarik nafas lega perlahan-lahan. Harap-harap Adam terus begini bila dengar soalan seterusnya.
            “Kenapa minum ye?”
            “Saja nak cuba. Tapi sekarang dah stop.”

            Mata lelaki itu memandang lurus ke hadapan. Mungkin menghayati keindahan lampu di sekitar pelabuhan terkenal ini. Dari kedudukan merekai, Sydney Harbour Brigde boleh dilihat dengan jelas sekali. Jambatan terkenal itu tampak amat menarik dengan lampu yang bernyala di sana sini.
            Delia hirup lagi kopi di tangan yang sudah semakin dingin. Jawapan Adam sebentar tadi membawa seribu kelegaan padanya. Baguslah kalau dah berhenti. Bukan elok untuk kesihatan pun!
            Sebenarnya,sejak dari semester pertama lagi dia sudah banyak mendengar cerita mengenai keliaran Adam dan teman-teman. Namun dia tidak pernah ambil pusing kerana dia tidak kenal kumpulan itu. Lebih-lebih lagi Adam sudah di semester 3. Sudah jauh lebih senior. Jadi, memang tidak ada perlunya untuk dia mengambil tahu hal-hal mereka.
           Kalau setakat berpeluk cium, memang selalu dia nampak. Kat mana-mana pun boleh. Mentang-mentang duduk kat luar negara. Konon omputeh la…sangat!  Oleh kerana mereka di fakulti yang sama, jadi mereka memang kerap terserempak. Kejap bercium dengan perempuan ini dan sekejap lagi berpeluk pula dengan perempuan itu. Dulu Delia Cuma mampu memandang dan beristighfar dalam hati. Mohon agar dia selalu dipelihara!
           “Berapa ramai ‘girlfriend’ you ada?”
            Soalan itu terluah tanpa disangka. Delia sendiri tergamam. Soalan menempah maut ni! Delia telan liur. Jangan jawapan menyakitkan hati aku sudah!
            “Ramai…”
            “Yang special?”
            Stok-stok ‘player’ la ni! Delia mendengus bila lihat Adam geleng. Mata lelaki itu masih lagi terus memandang jauh ke hadapan. Entah apa yang sedang bermain di minda lelaki itu.
            “Yang pernah sampai ke katil?”

            Adam berpaling dan mereka saling berpandangan lama sebelum Adam tersenyum manis.Cawan kopi yang sudah kosong diletak ke tepi.
            “2 orang. Sorang masa kat Malaysia dan sorang dekat sini! I tak suka tukar-tukar.”
            Jawapan jujur Adam buat Delia ternganga. Tak berselindung langsung dia ni! Saat ini hati Delia sudah tidak enak. Jangan Adam cakap dia ada anak sudah! Mau tergolek aku dekat sini!
            “Sampai sekarang ke?”
            Melihat Adam yang sudah berdiri tegak di hadapan, rapat Delia menggetap bibirnya. Bila Adam capai tangannya dan genggam erat, Delia semakin berdebar. Janganlah jawapan Adam melangkaui batas pemikiran dia. Boleh koma nanti!
            “Tak. Sekarang I cuma dengan you je.”
            “Betul?”
            Adam angguk. Memang betul dia sudah tinggalkan semua aktiviti lamanya. Adam yang ada hari ini bukan lagi Adam yang dulu. Adam ini sudah berubah. Memang tidak mudah tapi dia kuatkan hati. Dia mahu jadi lelaki terbaik buat Delia walaupun dalam mimpi!
            “Selepas you, tidak akan ada perempuan lain dalam hidup I. Ini janji I pada you dan juga diri I sendiri!”
            Samada lelaki ini bohong atau pun tidak, Delia sendiri tidak tahu. Apa yang pasti dia perlu untuk belajar menerima lelaki ini seadanya. Buruk atau baik kerana itulah diri Adam yang sebenar. Hai hati! Bertabahlah…

Last edited by TJ2 on 17-1-2013 05:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 09:39 AM | Show all posts
terima kasih sbb ada sambungan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:41 AM | Show all posts
terubat rindu ngan delia...tp mana perginya adam yeee, sian delia ngan kembarnya...huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:57 AM | Show all posts
Iols nak speku bleh tak?

Iols rasa2 la kan, Adam tu sebenarnya Dzariff la... Yalah masa depa kawen kat sana tu kan ke Dell tak berapa nak kenal heols???

Dan something happened & menyebabkan Dzariff tu lupa pada Dell... so sad kan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 01:02 PM | Show all posts
Uols ni buat iols senyum la...
nah munga
sbb uols...iols semangat nk post kt cni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.502300 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list