CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
 Author| Post time 18-1-2013 02:56 PM | Show all posts

Bab11

            Delia melangkah lambat menyusuri lorong dari dewan kuliah ke perpustakaan. Setiap langkahnya terasa berat. Cukup berat hingga mampu menyesakkan dada. Tambahan pula buku-buku yang perlu dipulangkan ini, jika ditimbang mungkin sudah melebihi timbangan anak gajah. Macam nak putus nyawa! Beg sandang dialih pula ke bahu kiri.
            Tiba di perpustakaan, Delia pantas ke kaunter untukmemulangkan buku. Sudah tidak sanggup rasanya untuk terus mengusung buku-buku itu. ‘Librarian’ yang bertugas cuma tersenyum melihat gelagat Delia.
            Usai memulangkan buku, Delia bergerak ke sudut kegemarannya di sini. Sudah yang paling belakang dan mampu memberikan privasi padanya. Beg diletakkan ke atas meja. Lambat-lambat Delia tarik kerusi dan duduk. I Pod dikeluarkan dari beg sebelum ‘earphone’ terus dicucuk ke telinga. Lagu ‘One Last Breath’ nyanyian Creed membuatkan Delia tersenyum. Ini memang lagu kegemarannya sejak dulu. Rasa itu tidak pernah berkurangan walaupun lagu baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
            Buku nota dan pen dikeluarkan dari beg. Dia bukan jenis manusia yang boleh membaca semata-mata. Nanti buku kemana, dia kemana! Baik dia membaca dan kemudian tulis kembali apa yang telah dibaca ke atas kertas. Dengan cara itu dia akan lebih ingat dan yang pasti, dia tidak tidur.

            Baru mahu melukis awan larat di atas kertas nota, mejanya sudah diketuk seseorang.  Adeh! Siapa pula datang mengacau ni? Dengan malas Delia angkat muka. Hedzry tegak dengan senyuman. Lelaki itu beri isyarat mahu duduk di hadapan Delia. Laju Delia geleng kepala namun Hedzry tetap selamba melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Delia.
            Baik tak payah tanya! Delia mendengus sebelum pandang sekeliling. Punya banyak meja kosong, kat sini juga mamat ni nak menempel. Rimas betul la! Malas mahu berkata-apa, Delia kembali tunduk membaca buku ‘business management’. Lagi baik study dari mengadap muka mamat sengal ni!
            Belum pun sempat baca seperenggan ayat, meja itu diketuk lagi. Delia angkat muka. Hedzry sedang senyum sambil beri isyarat mahu pinjam pen. Tanpa kata Delia bagi sebatang pen sebelum dia kembali tunduk.
            Lagi sekali meja diketuk. Delia sudah mula panas hati. Nak study pun payah! Dengan muka bengang, Delia angkat kepala. Terus rasa seperti dicekik bila lihat Adam dan seorang temannya berdiri di tepi meja. Gaya seperti mahu turut menumpang di meja itu. ‘Glamour’ sungguh meja ni! Macam dah takde meja lain! Semuanya berebut kat sini.
            Tapi, takkan nak cakap tak boleh kot. Nanti ada pula yang kata aku ni memunya! Selepas Adam dan temannya mengambil tempat, Delia kembali meneruskan pembacaannya. Kalau ada yang ketuk meja lagi, aku ketuk je kepala diorang balik! Senang cerita! Mengganggu konsentrasi betul!
            Baru 10 minit membaca, Delia sudah terkuap-kuap. Mata ni macam digam-gam! Delia gesel mata perlahan sebelum letak kepala atas meja. Dapat tidur kejap pun jadi la! Baru niat nak pejam mata, sekeping kertas kecil tiba-tiba diletakkan di atas bukunya. Delia kerut dahi bila pandang tulisan tangan Hedzry itu.

            ‘You look tired. Want to have some hot coffee with me?’
            Delia garu kepala yang gatal tiba-tiba. Mata yang mengantuk buatkan dia lupa Hedzry ada di hadapan. Sebab selalu dia memang macam ni. Kalau nak tidur, dia terus je pejam. Peduli apa dengan orang sekeliling.‘Librarian’ pun tak pernah nak kecoh!
            Baru Delia berniat nak tulis, bila kertas itu sudah dirampas oleh Adam. Terkedu Delia seketika. Dia pun terlupa Adam ada di sisi. Delia jeling Adam dari celah buku. Muka lelaki itu tampak masam.
            Nota kecil itu sudah kembali ke tangan Delia. Bulat matanya seketika.
            ‘Don’t want!!!’
            Cuma itu yang ditulis oleh Adam. Ingat nak tulis apa tadi. Kalau takat tu, sendiri pun boleh tulis! Bebel Delia dalam hati. Nak bebel kuat-kuat takut kena halau keluar dari sini!
            Delia pulangkan kertas itu pada Hezdry. Lelaki berwajah persis kacukan cina itu sudah buat muka sejak dari mula-mula Adam menempel di meja ini. Cuma Delia sahaja pura-pura tidak nampak. Bukan penting pun!
            “Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa? Dia kan boleh tulis sendiri.”
            “Aku tulis apa yang dia nak tulis la!”

            Dua lelaki ini sudah mula bertingkah sesama sendiri. Mula-mula perlahan. Tapi semakin lama semakin kuat. Delia dan lelaki yang datang bersama Adam sudah berpandangan. Masing-masing tak tahu nak buat apa.
            “Aku memang tak puas hati betul la dengan kau! Dari hari tu asyik menyibuk. Dah kena penumbuk pun masih tak serik-serik!” Hedzry sudah bangun dari kerusi. Muka dah macam nak makan orang! Dia memang sakit hati dengan Adam.
            “Kau fikir kau punya tak puas hati je. Tak puas hati aku pula macamana?”
             Meja dihentak kuat. Orang di sekeliling sudah pandang dengan pelbagai reaksi. Siap ada yang bagi isyarat supaya senyap. Ni kan library!
             “Kau kan…”
            “What is happening here?” Ms Rowena, si ‘Librarian’ bercermin mata tebal sudah menegur. Hedzry mendengus bila tidak sempat untuk menghabiskan ayatnya tadi.
            “Nothing, miss. Just arguing about some fact.”
            Si teman Adam menjawab bila semua senyap. Ms Rowena pandang Adam dan Hedzry yang masih berdiri, silih berganti.
            “This is a Library. So…please keep quite. If not, I want both of you to help yourself out from here!”
            Pengawas perputakaan berusia lingkungan 40an itu berkata tegas sebelum berpaling. Dia memang dikenali kerana ketegasannya menjaga tempat ini. Malah mengikut cerita senior, Ms Rowena sudah berkhidmat di perpustakaanini sejak 20 tahun lalu.
            “Kau punya pasal la ni!”
            “Kau la…”
            Adam campak buku ke atas meja dengan kasar. Delia geleng kepala. Belum pun hilang bau Ms Rowena, dua orang lelaki ini sudah kembali bercakaran. Ada yang aku hempuk dengan buku ni karang! Nak study pun tak boleh!
            “Rimas la dengan korang ni! Nak study pun payah!”
            Beg ditarik kasar. Delia bangun dan berlalu pantas.Menyesal rasanya datang ke library hari ni. Baik balik bilik tidur. Lagi bagus…

Last edited by TJ2 on 18-1-2013 03:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 03:03 PM | Show all posts
dzariff & adam kembar kot sbb delia pun dpt anak kembar. tp mgkin adam dah xde ..... sakit atau aksiden ... lalu meninggal dunia.

eh...sorry yea... memandai-mandai lak saya nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 03:06 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 18-1-2013 03:03 PM
dzariff & adam kembar kot sbb delia pun dpt anak kembar. tp mgkin adam dah xde ..... sakit atau aksi ...

xpe...teruskan speku...
iols xkisah pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:21 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 18-1-2013 03:03 PM
dzariff & adam kembar kot sbb delia pun dpt anak kembar. tp mgkin adam dah xde ..... sakit atau aksi ...

heheeheh ada kemungkinan jugak kan...sebab dellia rasa bahagia sgt bile bersama dharif..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:18 PM | Show all posts
baru jumpa tread ni...maraton terus
best ......cepat  sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 12:12 PM | Show all posts
makin best..tak sabar nak tahu siapa Adam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2013 05:43 PM | Show all posts
********************
            Jumper dari benang bulu hijau itu ditarik rapat ke dada.Sejuk menyucuk tulang. Delia mendongak ke langit yang memuntahkan hujan sejaktadi. Awan gelap masih lagi kelihatan di sana sini. Delia mengeluh perlahansebelum menarik ke atas hujung seluar sudah mulai basah.
            Jam di tangan dikerling. Pukul 5.30 petang. Bermaknasudah hampir 1 satu jam dia  berdiri dihadapan dewan peperiksaan ini. Kaki pun dah nak naik kematu! Menyesal pulatidak bawa payung atau pun rain coat tadi. Padahal dia memang sudah sediamaklum, sekarang ini musim hujan.         
            Delia pandang sekeliling. Masih ada lagi beberapa orangyang mundar mandir di situ. Semuanya hadapi masalah yang sama. Takde payungatau raincoat! Nak redah, takut nanti diserang demam. Di waktu-waktupeperiksaan begini, Delia cukup risau jika kesihatannya terganggu. Takut takmampu nak jawab soalan periksa. Tak nak repeat paper huhuhu!
            “Hai.” Tegur seseorang. Delia berpaling dan lihat Adamsedang berdiri di sisinya. Lelaki ini nampak kacak dengan leather jacket berwarnahitam.
            “Hoi!” Jawab Delia sepatah. Lelaki itu dijeling denganekor mata. “You dari mana ni? Smart semacam je!”
            “Balik exam la, sayang oii! Lupa ke I pun ada paper harini?”
             Ada exam ek? Lupalak. Delia sengih sendiri. Pergh! Pakai stylo camni cuma nak pergi exam! Gilaah! Eh…bukan dia memang selalu pakai macam ni ke?
            “Ingat balik dating tadi.”

            Lelaki itu senyum sebelum keluarkan pashmina pink daribeg. Pashmina itu dililit ke leher Delia yang terdedah. Macam tau-tau je Deliamemang kesejukan. Tapi ni pashmina awek mana pulak? Sah-sah perempuan punyasebab warna pink!
            “Jom balik.”
            “Jap…jap…ni pashmina awek you yang mana? I tak nak kenabergusti tiba-tiba bila terserempak dengan dia!”
            Pashmina pink itu ditarik dari leher dan mahudikembalikan ke tangan Adam. Tak mau la pakai barang entah sapa-sapa! Kot-kotorang tu ada penyakit kulit, tak ke naya! Adam terus senyum dan belitkanpashmina itu ke leher Delia.
            “Ni you punya. I beli kat Paddy’s Market masa keluardengan roommate I semalam!”
            “Betul ni? I tak nak terbunuh sebab pashmina ni tau!”
            Adam sudah tertawa sebelum pegang pipi Delia. Mengarutbetul dia ni!
            “Ni memang you punya.” Dia tunduk rapat ke telinga Delia.“Grow old along with me, the best is yet to be!”Lelaki ini terus-terusan tersenyum memandang Delia yang seperti terpinga-pinga.
            “Jom la balik!”
            “Kan hujan lagi ni.”Ucap Delia sambil lap hidung sudah terasa berair. Belum redah hujan danberhingus. Kalau redah, mau terkedang demam dua tiga hari ni! Delia renungsekilas lelaki tinggi lampai di sisinya. ‘Grow old along with me, the best isyet to be.’ Macam best je ayat!
            “I ada payung. Jom la!”
            Sekaki payung berwarna hitam dibuka. Pantas Delia angguk.Kakinya sudah naik lenguh berdiri di hadapan pintu masuk dewan ini. Langkahdiatur bersama-sama melewati bangunan akedamik dan kolej kediaman. Hujan masihlagi turun tanpa henti walau pun tidak lagi selebat tadi.

            “Senyap je. Marah I ke?”
            Langkah Delia terhenti. Dahinya berkerut-kerut tandakurang faham. Marah? Kenapa nak marah.”
            “I marah? Nak marah sebab apa?”
            Delia kembali menapak bila Adam beri isyarat supayateruskan perjalanan. Cepat jalan cepat sampai. Lebih-lebih lagi cuaca sudahsemakin gelap.
            “Marah sebab hal kat library tu la!”
            Senyum sinis tersungging di bibir Delia. Pasal hal nirupanya. Ingat marah sebab apa tadi! Buat suspen je!
            “Tak marah. Just sakit hati dengan perangai Hedzry denganyou. Macam budak kecik.”
            Mengenangkan peristiwa itu, Adam tertawa kecil. Diasendiri tidak sangka dia akan bertindak begitu. Semuanya seperti di luarkawalannya.
            “Sorry. I didn’t know why I was like that. It just beyondmy control!”
             Padahal jauh dalamhati Adam tau dia sebenarnya cemburu. Tidak senang hati bila melihat Hedzrymasih tidak berputus asa untuk mendekati Delia. Hedzry pun satu, dah banyakkali orang cakap tapi masih tak faham-faham. Masih mahu mencuba nasib.
            “You takut Hedzry buat bukan-bukan lagi dekat I ye?”
            Laju kepala Adam mengangguk. Hedzry tu bukan bolehpercaya sangat. Kena pula dia memang sudah lama cuba meminati Delia. Risaukejadian ‘spiked’ seperti malam tahun baru berulang kembali. Tak ke naya!
            “Lelaki ni bila terlalu mahukan sesuatu, kadang-kadangboleh bertindak di luar batas akal. Bertindak tanpa fikirkan akibatnya dikemudian hari. Sebab tu, I selalu risau bila nampak Hedzry dekat dengan you. Itak dia apa-apakan you!”
            Mereka terdiam lama. Langkah diteruskan tanpa pedulipandangan orang-orang yang berselisih dengan mereka. Delia mahu pun Adammasing-masing tidak kisah andai rahsia mereka terbocor. Dah malas nak fikir!

            “You tak payah risau. Lepas kena dulu, I memang 200percent berjaga-jaga. Tak mau terkena lagi. Cukuplah sekali.”
            “Bunyi macam menyesal je!”
            “Mau tak menyesal. Maruah I tergadai macam tu je. Dalamkeadaan yang I sendiri tak pasti macamana!”
            Kali ini langkah Adam pula terhenti. Dia berpaling denganriak wajah yang agak pelik. Nak kata marah, macam bukan. Tapi sedih pun bukan.
            “Dalam kata lain, you takkan kahwin dengan I kalau bukansebab kita terlanjur kan?” Adam hela nafas lemah. “You menyesal kahwin denganI?”
            “Yup. Tapi…I tak pernah menyesal! Mesti ada sebab kenapakita ditemukan macam tu. You jangan fikir bukan-bukan!”
            Adam senyum tapi tidak seperti selalu. Tampak kosong danhambar. Lelaki itu kembali melangkah tanpa berkata apa-apa lagi. Terusmelangkah dan melangkah sehingga melewati simpang ke apartment mereka. Adam sepertihanyut dalam dunianya sendiri.
            Melihat Adam begitu, pantas Delia tarik lengan lelakiitu. Tidak mahu mereka tersasar jauh dari arah yang sepatutnya. Adam terpingasebelum Delia pegang pipi lelaki itu dengan dua tangannya.
            “Stop thinking about all those crap!” Kali ini Deliabersuara tegas. “I tak pernah menyesal kahwin dengan you. Sekali pun tak pernahterfikir macam tu. You kena percaya pada I, macamana I percaya pada you!”
            Lama mereka bertatapan sebelum Adam tarik Delia ke dalampelukan. Terlalu erat sehingga buatkan Delia sukar untuk bernafas. Kang adapulak masuk newspaper muka depan ‘Seorang wanita mati akibat dipeluk kuat olehsuami!’ Mau kecoh satu dunia. Hahaha!

            “I love you, Azreen!” bisik Adam di telinga dan buatDelia tersenyum. Ini satu-satunya lelaki yang memanggilnya dengan nama itu. Atassebab apa Delia sendiri tidak tahu. Yang pasti Delia menyukainya.
            “I love you more…”
             Mereka salingtersenyum. Jari bertaut sebelum mereka teruskan perjalanan yang dari tadi asyikterhenti. Padahal bukan jauh mana pun. Paling lambat boleh sampai dalam 15minit! Tapi hari ini, mereka cipta rekod baru. Setengah jam baru sampai depanrumah! Gila lambat! Dah macam merangkak!
            “Tak masuk dulu?”
            “Tak boleh. I kena balik bilik. Dah janji dengan Shafiknak stay up sama-sama.”
            Delia angguk. Dia dah biasa dan dia tidak pernah kisah.Bukannya Adam tak balik langsung!
            “Good luck for your last paper. Lusa kan? I doa you berjayadapat result yang gempak!”
            “Yup. Thanks for the ‘doa’. You ada dua paper lagi kan?”
            Angguk lagi. Dua paper yang macam nak maut study! Jangankantoi paper commerce dah la! Huhuhu. Kalau kuiz, asyik-asyik dapat paras-parashidung. Antara hidup dan mati. Mujur la carry mark ok!
            “Good luck. I gerak dulu. Dah dekat maghrib ni!”
            “Ok! Take care.”
            Delia cium tangan Adam dan Adam juga cium tangan Delia.Kemudian beralih ke pipi kiri dan kanan, dahi dan ciuman berakhir di bibir.Adam peluk Delia lama.
            “Tolong jaga hati you untuk I, Azreen!”
            Bisik Adam sebelum berlalu. Delia senyum pandang lelakiitu sehingga hilang. Ayat Adam sebentar tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya. Seolah terakam dan dimainkan semula berulang kali. Tolong jaga hatiyou untuk I…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2013 05:44 PM | Show all posts
Bab12
            Delia betulkan letak kepalanya di atas bantal.  Entah kenapa hari ini dia rasa seperti kurangsihat. Kepala pening dan perut rasa seperti masuk angin. Terasaberpusing-pusing di dalam perut tapi tetap tidak jumpa jalan keluar. Sudah,dari tadi Delia bermalas-malasan di atas katil.
            Masuk hari ini, sudah seminggu Adam pulang ke Malaysia. MenurutAdam, datuknya kemalangan dan kondisinya amat kritikal. Disebabkan itu, Adamterpaksa pulang tiba-tiba. Delia diberitahu juga lewat pangillan telefonsewaktu Adam dalam perjalanan ke lapangan terbang. Mujur ketika itu, Adam sudahhabis paper. Adam suruh Delia tinggal sebab Delia masih ada satu lagi paper.Takkan nak ‘drop paper’ pula. Nanti semester depan sah-sah kena repeat!
            Setiap malam Adam akan menghubunginya dan menceritakanapa yang terjadi di Malaysia. Datuk Adam sudah pun meninggal dunia 3 hari lalukerana kecedaraan serius di kepala akibat kemalangan tempohari. Jadi, Adamberitahu akan pulang ke Sydney selewat-lewatnya hari Isnin depan. Adam mahumenyertai sekurang-kurangnya 3 kali kenduri tahlil buat arwah datuknya
.
            Kali terakhir bercakap di telefon, Delia tahu Adammenangis. Mungkin sedih dengan kehilangan datuk tersayang. Delia sendiri turutmenitiskan airmata kala itu kerana dia pernah merasai saat kehilangan sepertiini. Tak mungkin dia lupa bagaimana perasaannya sewaktu ibu meninggal dunia. DanDelia tahu, walau siapa pun yang meninggal dunia perasaan sedih itu tetap sama.Tetap boleh buatkan kita menangis.
            Pintu biliknya diketuk dari luar. Tentu Fatimaa risaukandia yang dari tadi asyik berkurung di dalam bilik. Perlahan-lahan Delia bangundan menapak ke pintu. Tombol pintu dipulas perlahan sebelum dia jengul kepalakeluar. Fatimaa sedang tersenyum. Hari ini, Fatimaa ‘off duty’. Sebab itu,doctor muda ini rajin mengetuk pintu biliknya bila sedar Delia kurang sihat.
            “Are you ok, Dell? You look pale.”
            “I’m fine. Don’t worry.”
            Delia senyum. Dia sakit bukannya teruk sangat. Cumapening dan perut rasa tak sedap. Takat perut masuk angin.Bukan kena kanser punsampai nak kena risau.
            “I cooked some porridge. Just eat it when you hungry.” Fatimaamasih senyum. Dia ni pun sawan senyum gamaknya! “I’m going out and by the way,there was one lady came just now. She asked me to give this to you.”
            Sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 bertukar tangan.Delia kerut dahi. Siapa yang bagi ni?
            “Who?”
            “Forgot to ask. Sorry!” Fatimaa angkat tangan danberlalu. Dia lupa dan perempuan yang datang tadi pun seperti tidak mahumengenalkan diri. Malah tergesa-gesa mahu pergi.

            Melihat Fatimaa semakin menjauh, Delia terus tutup pintudan berlalu ke katil. Sampul surat itu dipandang berulang kali. Tulisan dihadapan seperti tulisan tangan Adam. Ini ke benda yang Adam nak bagi pada dia?
            Memang Adam ada cakap dia ada tinggalkan sesuatu untukDelia. Adam kata nanti Shafik akan hantar sebab Adam tidak punya masa waktuitu. Takut ketinggalan flight. Jadi, kenapa perempuan pulak yang hantar? Ke siShafik ni perempuan? Biar betul Adam ni. Shafik ke Shafikah?
            Laju tangan Delia tekan nombor telefon bimbit Adam. Diaperlu tahu Shafik tu lelaki ke perempuan! Mana tau kot-kot Shafik ni sebenarnyaperempuan. Dah la duduk sebilik dengan Adam. Mau meraung aku kalau Shafikmemang perempuan!
            Telefon Adam berdering lama tanpa ada jawapan. Deliamendengus sebelum cuba dail sekali lagi. Masih tidak berangkat. Entah celahmana pakcik ni letak handphone? Delia mendengus kasar dan campak telefon kesisi. Nantilah telefon balik.
            Sampul surat dibuka. Sekeping surat bertaip computerdikeluarkan. Delia kerut dahi. Surat apa ni? Patah perkataan yang terteradibaca satu persatu. Dari atas hingga ke bawah. Bila terasa masih tidak faham,Delia terpaksa ulang baca dari atas semula.
            Sudah 3 kali dia ulang baca. Namun dia masih gagal untukmemahami isi kandungan surat ini. Kertas itu dilipat dan diletakkan di bawahbantal. Delia baring dan pejam mata. Bercadang untuk tidur sebentar. Aku takfaham sebab pening sangat kot!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2013 05:45 PM | Show all posts
**************************
            Kertas A4 yang hampir lunyai itu dibaca dan direnungberulang kali. Akhirnya dia faham keseluruhan isi kandungan surat ini. Bodoh!Berhari-hari baca baru boleh faham. Setitik airmata yang cuba menitis disekapantas. Delia tarik nafas dalam-dalam.
            Hari ini hari Jumaat. Bermakna sudah 2 minggu Adam pulangke Malaysia dan jika mahu dikira sudah seminggu Adam tidak mampu untukdihubungi. Handphone tutup. Tak tahu kenapa. Nak telefon rumah, dia bukannnyatahu apa nombor telefon Adam. Jangan no telefon, alamat rumah pun takde!
            Kala ini Delia tersedar. Terlalu sedikit perkara tentangAdam yang diketahuinya. Dia tidak pernah tahu apa makanan kegemaran Adam,berapa ramai adik beradik Adam. Bahkan nama ibu Adam pun dia tak tahu. Danpeliknya dia tidak pernah terlintas untuk bertanya. Nama bapa Adam pun dia tahusebab ada tertulis disurat nikah. Kalau tak…harus tak tahu!
            Handphone Sony Ericsson Xperia ditekan-tekan sebelumberhenti di album. Satu persatu gambar dilihat dan Delia pelik sendiri. Kenapasepanjang bersama Adam, dia tidak pernah terfikir untuk mengambil gambar lelakiitu? Handphone yang dia gunakan ini bukannya tiada kamera.
            Sudahnya, dia memang tidak punyai apa-apa selain darimemori. Tidak banyak tapi masih mampu untuk buatkan dia tersenyum ceria.
            Kertas A4 tadi dimasukkan kembali ke dalam sampul dandisimpan ke dalam laci. Delia senyum tipis pandang wajahnya di hadapan cermin.Tampak agak pucat dan tidak bercahaya. Delia mengeluh perlahan.

            Sehingga ke saat ini, dia masih belum mampu mempercayaisepenuhnya isi kandungan surat itu. Dia tetap berharap surat yang diterimanyaini cuma ‘Prank’ dari si penghantar dan penghantar itu sudah pasti bukan Adam.
            Tapi bila Adam terus senyap tanpa ada khabar berita,terdetik di hati Delia mungkin surat itu adalah benar. Sekarang Adambenar-benar lenyap tanpa ada berita. Sebelum ini, kalau tidak telefon Adampasti akan hantar sms untuk bertanya khabar. Bukan hilang sebegini.
            Entah-entah handphone Adam kena curi kot! Delia pujukhati untuk bersangka baik. Tapi kalau hilang handphone, takkan la tak bolehbeli baru? Adam kan banyak duit! Eh mana kau tau dia banyak duit? Deliaberfikir sejenak. Kalau dia tak banyak duit, mesti dia tak boleh beli tiketbalik Malaysia sekelip mata. Bukan harga dua tiga hengget!
            Kalau pun dia tak mampu nak beli handphone baru, kanboleh guna telefon rumah. Bukan suruh bergayut pun. Cukup sekadar beritahu apasebenarnya yang terjadi. Takdelah orang tertanya-tanya. Tak pun boleh email.Adam kan pakai blackberry. Kan benda alah canggih tu boleh hantar email. Tapidia tahu ke email aku? Tak semena-mena Delia tepuk dahi. Mana Adam tahu alamatemail dia. Apa pun tak boleh!
            Terkenang surat di dalam laci buat Delia mengeluh. Kenapadia perlu fikir macam-macam. Sedangkan di dalam surat itu sudah jelaskansemuanya. Sudah dinyatakan dengan terang. Jadi, Kenapa aku masih tak nak faham?Kau bukannya bodoh sangat pun!

            Kalendar di atas meja direnung lama. Hati sayu tiba-tiba.Hari ini adalah 31 Mac dan mengikut perjanjian asal, hari ini adalah hariterakhir dia jadi isteri Adam. Salinan perjanjian yang ditandatangani 3 bulanlalu masih ada dalam simpanannya. Sungguh dia hampir-hampir terlupa dengan perjanjianitu. Perjanjian yang dikiranya cukup bijak di kala dia buat keputusan untukmelamar Adam. Gila seh! Perempuan ajak lelaki kahwin.
            Namun waktu itu dia tidak mampu berfikir cara lain lagiuntuk melindungi maruahnya yang tercemar. Dia tidak boleh pura-pura tidak tahu.Dibuatnya mengandung, tak ke memang cari nahas! Boleh kena dismiss kalauketahuan walau pun dia tidak bersalah. Lagi pun ada ke orang nak percayaceritanya. Silap-silap dia yang akan dipersalahkan kembali kerana memang diayang rela hati mengikut Melia malam itu.
            Delia raup muka perlahan. Kenapa aku perlu rasa beginisedangkan apa yang terjadi ini memang sudah dirancang sejak awal? Kenapa perlubersedih? Nafas ditarik dan dihela kuat seolah melepaskan semua yang terbuku.
            Selepas ini semuanya akan kembali seperti dulu. Lagi punbukan ada sesiapa tahu pasal hal ini. Jadi tak perlu untuk bercerita padasesiapa. Ya allah! Aku redha andai ini yang terbaik buatku…

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 10:11 PM | Show all posts
Awat skit sgt TJ
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 10:03 AM | Show all posts
Xde sambungan lagi ka????
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 10:25 AM | Show all posts
smbg lagiiii.......please...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 10:44 AM | Show all posts
surat apakah itu? nak baca jugakkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 10:54 AM | Show all posts
kenapaaku posted on 22-1-2013 10:44 AM
surat apakah itu? nak baca jugakkkkkkkkkkkkkk

kita pun nak baca gakkk! hehe... saspen.

Sambung lagi cheqqq....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2013 05:02 PM | Show all posts
Bab13




            Rambut panjang yang diikat ekor kuda terbuai-buai bila Delia mula berlari anak. Ke kiri dan kanan mengikut rentak larian. Peluh yang menitis di dahi sesekali diseka dengan tuala good morning yang tersangkut dileher.
            “Kakak…adik…cuba lari elok-elok. Jangan tolak-tolak. Nanti jatuh.”
            Dani dan Dania tersengih lebar bila ditegur. Dua anak kecilnya ini memang begini. Pantang dekat, mesti saling cuit mencuit. Bila terlebih cuit, mulalah menangis. Ditegur tak pernah nak dengar. Bila dah bergaduh, mama juga yang dicari!
            3 beranak ini berlari sambil mengambil angin pagi di Tasik Titiwangsa. Sesekali beriadah biar sampai basah ketiak! Hahaha! Rosak peribahasa!
            Poket kanan tracksuit Delia bergegar tiba-tiba. Mujur Delia tidak terlompat terkejut. Handphone dikeluarkan dan Delia mencebik bila lihat nama pemanggil yang tertera. Butang hijau ditekan.
            “Dekat mana ni?”
            Wah! Bagus betul bahasa kau! Takde salam, terus nak main sergah. Tak belajar Pendidikan Islam ke masa sekolah dulu?
            “Assalamu’alaikum, Encik Ameer…”
            Lelaki di hujung talian rasa terpukul. Dia tersengih sendiri. Menggelupur sangat sampai lupa nak beri salam. Tak pasal-pasal kena sekolah!
            “Wa’alaikumussalam. You kat mana ni?”
            “Ha…baru sejuk dengar. Ni tak…main terjah je. Apa ingat ni rancangan Melodi ke?” Delia dah mula membebel macam mak nenek. Dah terbiasa membebel sehingga terlupa dengan siapa dia sedang bercakap sekarang.
            “Yela…yela…I salah.” Ameer bersuara lirih. Mengiyakan kesalahan sendiri sebentar tadi. “Untuk kali ke3 I tanya…you kat mana ni?”
            Delia mencebik lagi. Manja kemain pula dia ni. Tersampuk apa kat Pakistan sana sampai jadi macam ni tiba-tiba? Kalau tak, mana tau bercakap selembut ini. Lagi-lagi bila kena ulang soalan berkali-kali.
            “Dell…”
            “Kitorang dekat Tasik Titiwangsa. Jogging!”
            “Tunggu I dekat sana. Lagi setengah jam I sampai!”
            Talian sudah diputuskan. Tapi Delia masih ternganga. Bila pula dia ni balik dari Pakistan? Tak tau pun. Mati-mati ingat lelaki itu menelefonnya dari Pakistan.
            “Mama…adik dah penat ni!”

            Rengekan Dani mula kedengaran. Baru lari tiga empat langkah dah penat. Tak boleh harap betul! Padahal masa dekat rumah, dialah yang paling beria-ia nak pergi jogging! Excited lebih!
            Melihat wajah Dani yang tampak kelelahan, Delia terpaksa mengarahkan kaki ke kerusi batu di tepi tasik. Punggung dilabuhkan di sisi anak-anaknya yang sedang menarik nafas lega. Peluh yang menitis sekali lagi diseka.
            Mata dihala ke kiri dan kanan. Agak ramai pengunjung pagi ini. Ada yang sedang jogging, ada yang dating dan ada yang sekadar duduk-duduk mengambil angin dengan keluarga masing-masing. Gelagat anak-anak kecil yang keriangan di taman permainan menggamit Dani dan Dania untuk menyertai mereka.
            “Mama…can we go there?” Tuding Dania ke arah taman permainan. Wajah comel itu direnung lama sebelum Delia angguk dan tersenyum.
            “Yes…but promise to behave yourself. Don’t be naughty. Same goes to you, young man!”
            Dua anak kecil itu sengih dan terangguk faham. Belum sampai seminit Delia berpesan, dua anak kecil itu sudah pun mula tarik menarik. Berebut untuk menaiki tangga papan gelungsur. Delia geleng kepala. Buat penat pesan je! Buang air liur.

            Lima tahun bersendirian membesarkan anak-anak, jadikan Delia seorang yang amat berdikari kerana dia tahu tidak mungkin akan ada sesiapa yang mahu membantu. Dia perlu untuk berpijak di alam nyata yang dia sebenarnya sebatang kara. Walaupun Tan Sri Rashdan banyak membantu, keluarga itu tetap bukan darah dagingnya. Tidak mustahil suatu masa nanti akan ada yang mengungkit.
            Suatu masa dahulu, dia akui pernah berputus asa. Malah waktu itu dia rasa seperti mahu mati. Dia disahkan mengandung, empat bulan selepas kehilangan Adam dan kandungannya ketika itu sudah mencecah usia 20 minggu. Sungguh-sungguh dia tidak percaya kerana setiap bulan dia tetap ‘period’ seperti biasa.
            Berhari-hari untuk dia terima hakikat itu. Patutlah dia kerap tidak sihat. Dia ingat kerana terlalu banyak berfikir. Bila semester baru bermula, Delia teruskan pengajian seperti biasa. Bila perutnya mula kelihatan, dia mula jadi perhatian ramai orang. Pandangan mereka mula dirasakan berbeza. Maklumlah tiada siapa tahu yang dia pernah berkahwin.
            Delia kuatkan semangat untuk teruskan hidup seperti biasa. Cakap-cakap orang tidak akan menyenangkankan dia. Jadi dia perlu berusaha untuk membahagiakan diri sendiri. Dia teruskan hidup seolah tiada apa yang berubah.

            Namun dia bernasib baik kerana tidak pernah kekurangan wang. Setiap bulan ayah tetap masukkan duit dalam akaunnya tanpa pernah terlewat. Bila ayah kata mahu datang melawat dia terpaksa bohong dengan mengatakan dia tiada di kampus kerana mengikuti aktiviti university di luar bandar. Ayah percaya bulat-bulat semua kata-katanya.
            Di sebabkan kesihatan yang tidak menentu, Delia selalu ponteng kuliah. Sampai surat amaran terpaksa dikeluarkan oleh pihak university. Namun pihak university masih boleh memberinya peluang bila melihat keadaannya yang semakin sarat.
            Bila tiba musim peperiksaan, dia pergi dengan separuh hati kerana dia tidak yakin mampu menjawab dengan baik. Dan jangkaannya memang benar. Bila keputusan peperiksaan keluar, namanya tersenarai dalam nama pelajaryang disingkir dari university kerana ‘result’ yang buruk.
            Dia menangis berjam-jam lamanya. Dia sudah tidak tahu apa yang boleh dia lakukan waktu itu. Mahu pulang ke Malaysia, pastinya tidak boleh kerana kandungannya sudah menghampiri 30 minggu. Tapi untuk terus tinggal disini juga adalah tidak mungkin. Dia bukan ada apa-apa lagi di sini.
            Mungkin tertekan dengan keadaan, dia tumpah darah di saat kandungan berusia 34 minggu. Dia bernasib baik waktu itu Khaleed dan Fatimaa ada di rumah. Pasangan suami isteri itu berkejar membawanya ke wad kecemasan di hospital Prince of Wales. Dua anak kecil itu dilahirkan melalui proses pembedahan kerana degupan jantung mereka agak lemah.
            Proses kelahiran dan pendaftaran dua anak kecil itu semuanya diuruskan oleh Khaleed dan Fatimaa. Pasangan suami isteri itu mungkin simpati dengan keadaan Delia. Mereka pernah bertanya di mana Adam. Tapi bila Delia cakap tidak tahu, keduanya terus senyap tanpa pernah bertanya lagi.

            “Jauh menung. Sampai call I pun tak angkat!”
            Delia terlompat bila ada orang berbisik di telinganya. Kali ini dia benar-benar terkejut. Kalau ada sakit jantung, memang ‘confirm’ dia dah jalan! Sambil mengurut dada Delia berpaling. Ameer dengan selamba melabuhkan punggung di kerusi.
            “You nak I mati ke?”
            Lelaki itu tersenyum sebelum beri isyarat supaya Delia duduk di sisinya.  Delia geleng sambil berpeluk tubuh. Tak hingin dia duduk sebelah mamat berangin ni! Kang takpasal-pasal terjangkit angin dia!
            “Duduk je la. I bukan makan orang pun!”
            “Tak nak!” Kau memang tak makan orang tapi takut aku yang makan hati. Ayat-ayat kau kan berbisa tahap lapan!
            “Ikut suka you la…”
            “Daddy!!!”
            Jeritan riang dari Dani dan Dania membantutkan hasrat Delia untuk berbalas kata dengan Ameer. Dua anak kembar itu sudah pun melompat ke ribaan Ameer dan memeluk lelaki itu sungguh-sungguh. Macam rindu sangat! Padahal baru dua minggu tak jumpa!
            “Daddy beli apa-apa tak untuk kakak?”
            Bulat mata Delia. Menjadi-jadi pula perangai Dania ni.Tak pasal-pasal nanti Ameer kata dia yang ajar anak cakap macam tu! Tak ke haru!
            “Ada dalam kereta daddy…”
            “Untuk adik ada tak?”
            “Ada. Daddy beli untuk semua.”

             Bahu dua anak comel ini dirangkul kemas. Dua minggu tidak ketemu buatkan dia rindu. Walaupun bukan darah daging, Dani dan Dania membesar di hadapan matanya. Lima tahun bukan jangka masa yang pendek dan dia sendiri tidak menyangka dia akan jatuh kasih dengan si kecil yang comel ini.
            “Untuk mama?”
            Delia dah rasa macam nak hantuk kepala dekat batang pokok di belakangnya. Bikin malu betul anak-anaknya ini!
            “Mestilah ada. Kalau tak, nanti mama nangis!”
            Sekarang dah rasa macam nak hantuk kepala Ameer pula kat batang pokok. Suka hati mak tiri dia je buat cerita tak senonoh macam tu! Saman kang!
            “Daddy…mama kalau nangis, buruk!”
            Tiga beranak itu ketawa terkekeh-kekeh. Delia sudah cekak pinggang geram. Perangai dua anaknya ini kadang-kadang memang tak boleh nak dijangka. Tengok sekarang, tiba-tiba jadi sebiji macam Ameer.
            “Amboi-amboi! Sedapnya mengata mama! Adik ni anak mama ke daddy?”
            “Mestilah anak mama dengan daddy. Kan kakak, kan?”

            Spontan Delia dan Ameer berpandangan. Tak sangka itu jawapan dari Dani. Bunyinya seperti ringkas tapi sebenarnya makan dalam.  Lama mereka terdiam sebelum Ameer tiba-tiba bangun.
            “Jom makan. Daddy lapar la.”
            Ameer pegang perut. Memang dia lapar sebab belum sempat bersarapan. Celik mata pagi tadi terus bergegas cari Delia dan anak-anak.
            “Kakak nak makan roti canai.”
            “Adik pun…adik pun…”
            Pantas Ameer angguk. Dia sukakan senyuman manis dua anak kecil ini. Dia pandang Delia yang tampak berkerut-kerut.
            “Kereta you dah siap ke?” Delia geleng. Ameer sambung kata-kata. “Abis tu datang naik apa tadi?”
            “Cab la. Takkan naik kapal terbang pulak!”
            Ameer ketap bibir. Boleh tahan juga mulut Delia ni bila menjawab!
            “Lorat!”

            Pipi Delia dicubit kuat. Pantas Delia jengilkan mata besar-besar. Ni dah melampau tahap gaban! Ada yang kena sepak kang! Dengan rasa geram yang menggunung, Delia buka langkah luas-luas untuk mengejar Ameer yang sudah jauh di hadapan. Tak kira! Aku nak sepak kau, Ameer…

Last edited by TJ2 on 22-1-2013 05:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 05:11 PM | Show all posts
TJ2 posted on 22-1-2013 05:02 PM
Bab13              Rambut panjang yang diikat ekor kuda terbuai-buai bilaDelia mula berlari anak. Ke ...

bahagianya pasangan delia ngan ameer, tapi siapa pilihan delia...adakah amir masih hidup? huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2013 05:15 PM | Show all posts
suria74 posted on 22-1-2013 05:11 PM
bahagianya pasangan delia ngan ameer, tapi siapa pilihan delia...adakah amir masih hidup? huhuhuhu ...

la...bila lak ameer mati?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 05:25 PM | Show all posts
TJ2 posted on 22-1-2013 05:15 PM
la...bila lak ameer mati?

ada sambungan lagi ke utk hari nie?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2013 05:33 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 22-1-2013 05:25 PM
ada sambungan lagi ke utk hari nie?

esok...
ari ni dah tak sempat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 07:14 PM | Show all posts
Alaaaa...................huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.077693 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list