CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 23-1-2013 09:36 AM | Show all posts
TJ2 posted on 22-1-2013 05:15 PM
la...bila lak ameer mati?

hakhakhak ralit punya pasal............adam masih hidup ke sebaliknya yeeee....huhuhuh x sabar menanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2013 06:18 PM | Show all posts
Pendrive corrupt...
Xdpt nk update
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TJ2 posted on 23-1-2013 06:18 PM
Pendrive corrupt...
Xdpt nk update

Rasa adam tu kembar dzarif ...adam dah meninggal exciden..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 08:15 AM | Show all posts
bila la pendrive tuan tanah ni nak ok......
dah lama citer ni tergantung......
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:15 AM | Show all posts
lama lagi ke nak sambung ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 03:59 PM | Show all posts
*********************
            “You look different…”
            Mata tunak memandang lelaki yang sedang menghirup teh tarik di hadapannya. Tanpa kata lelaki itu senyum. Senang betul dia ni senyum sekarang! Dah la manis macam berlori-lori gula tumpah! Boleh kena diabetes!
            “Kenapa tengok I lama-lama ni?”
            Muka Delia sudah jadi biru. Entah macamana pula boleh terleka pandang Ameer ni? Kantoi betul! Delia berdehem dan hirup nescafe tarik yang dah tinggal separuh cawan.
            “I bukan pandang you tapi pandang orang belakang you. Jangan perasan boleh tak?”
            Laju Ameer menoleh sebelum kembali memandang Delia. Dahi lelaki itu berkerut seribu.
Delia tahan senyum lihat gelagat Ameer. Dia benar-benar tidak sangka Ameer akan percaya omongannya tadi.
            “You kenal ke? Muka macam pecah rumah je.”
            Delia sudah senyum-senyum. Kalau ikutkan hati memang dah lama dia bantai gelak. Tapi mengenangkan Ameer yang boleh berubah sikap dalam sekelip mata, baik dia ketawa dalam perut je.

             “Kenal la.”
            Kata Delia penuh yakin sebelum mengalih pandangan ke arah anak muda berkulit sawo matang  duduk dibelakang Ameer. Secara kebetulan anak muda itu mengangkat muka dan pandangan mereka bertemu. Lama mereka berpandangan sebelum anak muda itu bangun dan melangkah ke meja Delia.
            “Delia…kan?”
            Ameer dah buat muka pelik tahap lapan belas. Sekejap dia pandang Delia dan sekejap lagi dia pandang lelaki tegap yang berdiri di tepi mejanya. Kerutan di dahi semakin berlapis-lapis.
            “Aariq?”
            Anak muda bernama Aariq itu angguk. Dalam rasa yang masih berbaur, Delia ukir senyuman. Bertahun-tahun dia tidak pernah ketemu lelaki yang satu ini.
            “Didn’t expect to meet you right here…”
            Delia angguk. Dia sendiri tidak sangka akan ketemu Aariq di sini. Dari niat Cuma mahu mempermainkan Ameer, terus terkena diri sendiri.
            “Siapa ni, Dell?”
            “Aariq! My…” Delia telan liur. Nak cakap apa ek pada Ameer? Takkan nak cakap abang kot? Dia bukan abang aku. Abang tiri? Nak ke lelaki yang tua dua tahun darinya ini mengaku?
            “Aariq Darius. His brother!”
            “Ameer.”

            Dua lelaki itu berjabat tangan. Delia Cuma mampu menghela nafas perlahan. Tak pernah disangka Aariq mahu mengakui dia sebagai adik. Maklumlah mereka bukannya rapat sangat.
            “Why don’t you come and join us?”
            Ameer tunjuk kerusi kosong di sisi Dani. Tapi Aariq pantas menggeleng sambil menuding ke belakang.
            “I datang dengan someone.” Aariq senyum sebelum pandang Dani dan Dania silih berganti. “Dah besar budak-budak ni, Lia. Comel!”
            “Dah lima tahun, Aariq…”
            Aariq senyum tipis. Memang sudah lima tahun mereka tidak berjumpa. Seingatnya kali terakhir adalah sewaktu ayah meninggal. Itu pun secara jauh. Bukan dia tidak mahu mendekati, tapi mama selalu memomokkannya dengan cerita-cerita buruk tentang Delia. Secara tidak langsung, menjadikan mereka tidak rapat.
            Tapi, secara peribadi dia tahu mama mereka-reka cerita. Delia yang dapat dia lihat dulu adalah gadis polos yang riang. Malah gadis itu mampu menerima mama dan dia tanpa banyak soal.
            “So Ameer…you must be Lia’s beloved husband? Kenapa tak youtak teman Lia balik dulu? Kesian Lia.”

            Peristiwa bertahun-tahun dulu masih lagi bermain dibenaknya. Waktu dia leka membaca di dalam bilik, tiba-tiba kedengaran bunyi kecoh di bawah. Suara ayah yang melengking tinggi membuatkan dia pantas turun. Ingatkan ayah bergaduh dengan mama. Tapi rupa-rupanya ayah marahkan Delia yang muncul tanpa di sangka. Malah pulang bersama dua bayi kecil yang tidak tahu apa-apa.
            Dia lihat Delia menangis-nangis merayu. Tapi ayah tetap tidak endah malah tega mengheret Delia keluar. Dia seperti mahu membantu tapi mama awal-awal sudah beri isyarat supaya jangan cuba-cuba masuk campur.
           
             “Sorry…saya tak faham!”
            Kata-kata Aariq sebentar tadi benar-benar tidak difahaminya. Delia balik kemana? Kalau bab ‘husband’ memang dia boleh pura-pura. Tapi, soalan Aariq yang seterusnya jadikan Ameer keliru sendiri.
            “Dulu kan…”
            “Dia bukan ‘husband’ Lia!” ucap Delia senafas. Kalau boleh, dia memang tidak mahu bersoal jawab tentang hal-hal lima tahun lalu. Semuanya sudah tidak penting lagi!
            “Jadi betullah cakap-cakap mama selama ni?”
            “Kalau Lia betul pun…ada ke orang nak percaya?”
            Soalan dibalas soalan. Aariq diam. Delia diam. Ameer pun diam sebab dia memang tak faham apa-apa. Nak menyampuk, dia tak tau hujung pangkal. Jadi, lebih baik dia jadi pemerhati. Macam Dani dan Dania yang dari tadi senyap tanpa kata.
            Aariq mendengus kasar. Sebatang pen dikeluarkan dan lelaki itu tunduk menulis sesuatu di atas kertas tisu.
            “Ni alamat rumah mama. Nanti kita boleh borak panjang.”
            Delia renung kertas tisu yang bercoret tulisan tangan Aariq. Satu-satu perkataan dibaca dan Delia angkat muka.
            “Mama dah pindah? Rumah ayah macamana?”
            “Mama dah jual. Mama kata sedih bila duduk situ. Asyik terkenangkan ayah!”
            Dah jual! Berpinar rasa biji mata Delia. Macam-macam rasa bergumpal di dada. Sampai hati mama Aina jual rumah ayah! Apa hak mama?
            “Bila mama jual? Kenapa tak tanya Lia? Tu kan rumah ayah Lia!!” Tanpa sedar Delia membentak geram. Melampau betul tindakan mama Aina!
            “Last two months. Tak tau dah ada ‘buyer’ ke belum. Yang lain-lain ‘better’ Lia tanya mama sendiri. Saya tak campur.”

            Selepas Aariq kembali ke mejanya semula, Delia terus mendiamkan diri. Mengenangkan rumah ayah yang telah dijual, Delia sayu sendiri. Di rumah itulah dia dibesarkan. Di situlah dia pernah bergembira dengan ayah dan ibu suatu masa dulu. Banyak kenangan yang ada.
            “Dell…are you ok?”
            Delia angguk walaupun dia terasa seolah mahu menggeleng. Malah dia benar-benar terasa mahu menangis. Semuanya terlalu menyesakkan dada. Seolah menghimpit seluruh tulang belulangnya.
            “Sure ke ni?”
            “Tolong jangan tanya lagi…”
            Delia takut dia tidak mampu bertahan kalau Ameer terus-terusan bertanya. Kala ini airmata sudah pun mulai bergenang. Menanti saat untuk menuruni pipi.
            “Fine. Jom la balik!”
            Langkah diatur mengekori Ameer dan anak-anak ke kereta.Tisu pemberian Aariq dipandang sekali lagi sebelum digenggam kuat. Dia takkan maafkan perbuatan mama Aina…

Last edited by TJ2 on 7-2-2013 04:04 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-2-2013 04:06 PM | Show all posts
Bab14



            Sejak sepuluh minit tadi Delia mundar mandir di garaj milik Tan Sri Rashdan. Sekejap ke depan sekejap lagi dia ke belakang. Namun orang yang dinanti tidak juga kunjung tiba. Delia mencebik tiba-tiba.
            “Cakap je la kalau tak nak bagi pinjam. Tak payah suruh orang tunggu kat sini lama-lama. Ingat orang hadap sangat ke…”
            “Ha…mengumpat I lagi ke?”
            Delia ternganga. Entah bila Ameer muncul, dia sendiri tidak pasti. Tau-tau sudah tegak berdiri di belakangnya.
            “Mengata sikit je. You ni ada ‘magic’ ke hape? Selalu sangat muncul tiba-tiba.”

            Ameer sengih sambil melangkah ke arah Audi TT Coupe 2.0 hitam yang terpakir cantik. Butang ‘alarm’ ditekan dan pantas lelaki itu memboloskan diri. Enjin mengaum hebat buatkan Delia kerut dahi. Nak kemana pulak dia ni? Kalau pun nak keluar bagi la aku kunci kereta mana-mana dulu.Tadi kata boleh pinjam!
            “Wei makcik! Apa lagi yang tercegat tu? Kata nak pergi Shah Alam.”
            “Memang nak pergi tapi mana kunci keretanya?”
            Delia sudah bercekak pinggang. Geram bercampur letih berdiri macam ‘guard’ dekat garaj ni.
            “Nak bagi you bawak kereta I? Dalam mimpi je la ek. I lagi rela tolong hantar dari you calarkan kereta-kereta kesayangan I ni.”Gebang je lebih. Padahal dia risau untuk lepaskan Delia sendirian. Takut andai sesuatu yang buruk berlaku lagi. Cukuplah sekali! “Cepatlah masuk! Takkan you nak I dukung kot.”
            Dengan wajah masam mencuka Delia melangkah menghampiri kereta Ameer. Tubuh dihempas kasar ke kerusi kulit hitam berkilat itu. Ikut hati memang dia tak nak tapi celah mana nak cari teksi kat kawasan ini. Jarang teksi nak masuk ke kawasan elit melainkan jika memang sengaja dipanggil keran arata-rata pemilik rumah di sini punyai kereta sendiri.

            Audi TT Coupe 2.0 milik Ameer meluncur laju membelah Lebuhraya Persekutuan. Jalan rasa yang sedikit sesak berhampiran persimpangan Sunway buatkan Ameer terpaksa memperlahankan kenderaan.
            “Nak buat apa pergi Shah Alam ni?”
            Delia yang dari tadi leka memandang keluar berpaling pada Ameer. Lelaki kacak yang mengenakan kacamata hitam dari jenama Guess itu memandangnya seketika sebelum mengalih pandangan ke hadapan. Mana boleh pandang lama-lama, kang accident!
            “Tengok rumah ayah.”
            “Ooo…rumah ayah you kat Shah Alam. Tak pernah pulak I tau!”
            Senyuman terukir tanpa sedar. Selama ini memang dia tidak pernah bercerita, jadi mana mungkin Ameer tahu. Paling kuat pun Cuma Tan Sri Rashdan saja yang tahu kerana lima tahun dahulu Tan Sri Rashdan yang menghantarnya ke rumah ayah. Malah lelaki tua itu yang jadi saksi dia dihalau oleh ayah.
            Dan dari situlah bermulanya hubungan antara mereka. Lelaki tua yang seusia ayah itu membawanya pulang dan membantunya untukmeneruskan hidup yang kala itu dirasakannya sudah tidak bermakna lagi. Mujur seluruh ahli keluarga Tan Sri Rashdan boleh menerimanya dan anak-anak seadanya kecuali lelaki di sisinya ini.

            “Dell…Shah Alam ni besar. So…you takde niat ke nak bagi I ‘specific address’?”
            Delia tepuk dahi. Terlupa nak bagi alamat kerana dia tak sangka Ameer akan menemaninya.
            “Seksyen 9.”
            Ameer angguk dan terus memacu laju keretanya mengharungi kesesakkan jalan raya yang sememangnya tidak pernah berkurangan. Siang atau pun malam tetap sama. Penuh dengan pelbagai jenis kereta. Agaknya rakyat Malaysia ni semuanya kaya-kaya! Ada kereta sorang sebiji!
            Menghampiri Bulatan Kayangan, tiba-tiba Delia rasa berdebar dan bila Ameer berhenti di sebuah rumah yang tertulis perkataan ‘Fo rSale’, perasaan itu bertukar sebak. Sampai hati mama!
            Delia hela nafas dan melangkah keluar dari kereta. Berdiri di hadapan rumah yang menyimpan banyak kenangan ini buatkan dadanya semakin sesak. Lima tahun berlalu, rumah ini tampak seperti tidak pernah berubah. Tetap cantik seperti dulu.

            Dari balik pagar hitam yang setinggi 6 kaki itu, Delia seolah terlihat kelibat ayah, ibu dan dia sedang bergelak tawa sambil menikmati minum petang. Kemudian Delia terlihat pula bayangan ayah dan dia sedang berlari-lari mengelilingi kereta. Ayah sedang memegang getah air dan dia pula terjerit-jerit minta tolong.
            Dah akhir sekali, Delia dapat lihat bagaimana ayah mengamuk bila dia pulang dengan Dani dan Dania. Tanpa belas ayah mengheretnya keluar. Di sinilah, di hadapan pagar inilah kali terakhir dia dapat lihat ayah yang dia sayangi. Ayah pergi tanpa mahu menoleh lagi.
            “Kenapa nangis ni?”
            Perempuan muda itu cepat-cepat menyeka airmata yang jatuh di pipi. Ameer kerut dahi. Terlalu banyak perkara yang tidak dia tahu tentang perempuan yang ada di hadapannya ini. Malah tadi dia sendiri agak terkejut bila diarahkan berhenti di depan banglo ala mediterranean yang tersergam indah.


           

Last edited by TJ2 on 7-2-2013 04:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 04:13 PM | Show all posts
              
            Dan, dia bertambah terkejut bila Delia mengajaknya memanjat tembok batu setinggi 6 kaki itu untuk memasuki pekarangan banglo cantik ini. Dengan selamba dia lihat Delia panjat tembok dan melompat ke halaman yang terhias dengan rumput yang menghijau. Tanpa kata Ameer mengikuti langkah Delia. Jangan kena tangkap dah!

            “Nampak macam ‘terror’ je you panjat-panjat pagar ni.”
            Delia senyum tipis. Dulu dia memang selalu panjat pagar kalau terlewat balik dari mana-mana. Konon-konon nak mengelak dari jumpa ayah yang semestinya akan duduk menunggu di ruang tamu. Sekali dua memang lepas. Lama kelamaan kantoi juga. Bila dah tau, ayah tunggu kat dalam bilik. Bernanah juga telinga bila kena bebel.

            “Ni rumah ayah you ke?”
            Delia angguk sebelum keluarkan segugus kunci dari dalam beg tangan. Selamba dia buka pintu dan melangkah masuk. Nasib baik mama tak tukar kunci! Kalau tak, jenuh juga nak masuk. Suasana yang hening buatkan Delia mengeluh kecil. Dulu, walaupun dia cuma tinggal dengan ayah dan bibik, rumah ini tidak pernah sunyi. Penuh dengan gelak tawa dan kebahagiaan.
            Bila lihat Delia menghilang di balik pintu. Ameer ambil keputusan untuk mengambil angin di luar. Sekaligus mahu memerhati keadaan. Mana tau ada jiran-jiran Nampak tindakan mereka memanjat pagar sebentar tadi. Tak keharu kalau ada yang buat ‘report’ polis!
            Perlahan-lahan punggung diletak di kerusi batu yang ada di halaman. Matanya liar memandang sekeliling. Sungguh dia kagum dengan gaya rumah ini. Dari luar saja sudah tampak cukup cantik dan bergaya.

            Tidak pernah dia sangka Delia berasal dari keluarga yang kaya. Perwatakan Delia juga tidak pernah membayangkan dia dibesarkan dengan kemewahan. Jauh berbeza dengan Irina yang dari luaran juga sudah kelihatan angkuh. Siapa sebenarnya Delia ini? Dan apakah yang sebenarnya telah terjadi?
            Soalan itu sudah banyak kali mengetuk ruang mindanya.Tapi dia tidak tahu bagaimana mahu bertanya. Lebih-lebih lagi dia memang tidak pernah rapat dengan Delia. Mesti Delia pelik kalau dia bertanya.
            “Jauh menung.”
            Ameer mendongak dengan pantas. Laju tangannya mengurut dada. Ingatkan siapa tadi? Rupanya Delia yang menegur. Dia pandang Delia yang sudah ambil tempat di hadapan. Bersama Delia ada beberapa buah album.
            “Album siapa ni?” Tanya Ameer sambil menyelak helaian album yang dibawa oleh Delia. “Album you masa kecik-kecik ek? Cute!” Tembak Ameer bila lihat gadis kecil dalam album ini kelihatan persis Dani.

            “Ameer...I nak minta tolong sikit boleh?”
            “Tolong apa?”
            “Tolong beli rumah ni bagi pihak I. Nanti I bayar ansur-ansur dekat you.”
            Delia telan liur. Entah dari mana dia dapat idea gila ini pun dia tak tahu. Yang lebih gila, boleh pula dia minta tolong pada Ameer. Nak suruh Dzariff tolong, lelaki itu jauh di Australia. Sudah berminggu-minggu di Sydney menguruskan anak syarikat yang sedang bermasalah di sana dan tidak tahu bila baru dapat balik ke Malaysia. Takut rumah ni dah ada pembeli lain kalau dia tunggu Dzariff balik.
            “Berapa harga rumah ni?” Tanya Ameer. Lelaki itu masih leka membelek gambar-gambar dalam album Delia. Sesekali lelaki itu kelihatan seperti tersenyum.
            “3.6 million.”

                Suara Delia kedengaran perlahan. 3.6 juta! Bukan RM3.60 ye! Mau sampai ke tua tak habis-habis bayar hutang kalau Ameer setuju nak beli rumah ni! Ternganga juga dia tadi semasa bercakap dengan wakil syarikat yang menguruskan hal jual beli rumah ayah ini.
            “Kalau I tolong you… I dapat apa?”
            Apa punya soalan ni? Delia sudah kerut dahi. Lelaki dihadapannya masih tunduk menghadap gambar-gambar dalam album. Entah apa yang menarik dalam tu, Delia pun tak tahu.
            “You nak apa? Insya’allah I akan usahakan. Pasal bayaran balik, you nak potong gaji I bulan-bulan pun takpe…”
            “Kalau I nak you kahwin dengan I, boleh?”
            Nafas terasa seperti tersekat. Delia tersedak sendiri.Ameer angkat muka sekilas dan kembali menatap album di tangannya.
            “Jangan main-main boleh tak?”
            “No. I meant what I said just now!”
            “Kalau I tak nak?”
            “I takkan tolong you beli rumah ni. The choice is yours, darling!”
            Kejamnya mamat ni! Delia ketap bibir. Macam aku hadap sangat pertolongan dia! Takpe. Ada kereta ada lori. Aku langgar kereta kau nanti! Berlagak sangat!!!


Last edited by TJ2 on 7-2-2013 04:19 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 04:14 PM | Show all posts
TJ2 posted on 7-2-2013 04:06 PM
Bab14

  

tq tt...tp tmbh la lagik...huhuhuh sabar menanti dah lama x update...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 04:21 PM | Show all posts
suria74 posted on 7-2-2013 04:14 PM
tq tt...tp tmbh la lagik...huhuhuh sabar menanti dah lama x update...

tq sbb sudi baca. nah munga
bnyk benda jadi...
pendrive corrupt. data lost n xde back up.
jenuh nak buat semua benda dari awal balik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 04:28 PM | Show all posts
ala delia terima je la ameer tu.....dpt rmh ayah ko balik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:44 AM | Show all posts
cuma nak ucap.....terima kasih terima kasih terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 03:50 PM | Show all posts
Wow!!!agak2 Delia nak kawin x dgn Ameer??




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 04:00 PM | Show all posts
cegitu posted on 8-2-2013 03:50 PM
Wow!!!agak2 Delia nak kawin x dgn Ameer??

uols rase???
hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 05:02 AM | Show all posts
omg,best gila la cite ni..
sambung tau...sabar menanti!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow dh ade n3 bru..bestnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 05:47 PM | Show all posts
boleh tak nak agak,Dell kahwin dgn Ameer
pastu si Adam tu muncul balik.
meronta2 hati nak baca sambungan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2013 08:06 PM | Show all posts
kikiharris posted on 10-2-2013 05:47 PM
boleh tak nak agak,Dell kahwin dgn Ameer
pastu si Adam tu muncul balik.
meronta2 hati nak baca sam ...

boleh...
mane tau kot2 btl...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 08:55 PM | Show all posts
TJ takde ke smbungan? Dah byk ketinggalan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 12:13 PM | Show all posts
*****************************


            “Delia Azreen Abas!!!”
            Pantas Delia menoleh bila namanya dijerit kuat dari luar pagar. Entah siapa yang rajin sangat memanggil nama penuhnya. Di balik pagar kelihatan seorang perempuan muda sedang bercekak pinggang.
            “Qistina. Ya allah, lamanya tak jumpa kau! Bila kau balik ni? Mana tau aku ada kat sini?”
            Melihat wajah itu buatkan Delia melonjak keriangan. Ini adalah sahabat baiknya sejak kecil. Cuma mereka terpisah bila masing-masing melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Dia ke Australia dan Qistina ke India.
            “Nampak somebody terkial-kial panjat tembok ni tadi. Automatik aku terfikirkan kau. Yela…siapa lagi yang suka panjat pagar tu?” Qistina sengih dan sambung kata. “Actually, dah bertahun-tahun aku balik, beb. Cuma tak dapat nak cari kau. So, where on earth have you been?”
            “Ada kat Malaysia ni. Just, a lot of things happened and I bet you must have heard of it, right?”

            Qistina tersenyum. Memang dia ada dengar Cuma tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita itu kerana Delia yang dia kenal adalah seorang gadis yang baik walaupun sedikit nakal. Bukan nakal kerana liar tapi nakal kerana sering mengusik orang lain. Malah seingatnya dulu, Delia tidak pernah punyai teman lelaki.
            “Dengar-dengar camtu je. Eh! Kau buat apa kat sini? Bukan rumah ni mak tiri kau dah jual ke?”
            “Sebab tu la aku datang sini. Rumah ayah aku ni, beb. Suka hati mama Aina je nak jual.”
            “Wei…apa kata kau datang rumah aku? Ni sembang ikut celah pagar, dah rasa macam dalam penjara pulak.”
            Mereka tertawa bersama. Riang dan gembira. Delia beri isyarat supaya Qistina tunggu di sebelah sana sebelum dia gamit Ameer untuk berlalu pergi. Tanpa kata lelaki itu setia menjadi pengikutnya untuk memanjat tembok tinggi itu.
            “Kau ni tetap tak berubah kan?”

Last edited by TJ2 on 13-2-2013 12:15 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.070117 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list